13 Amalan Berpantang Penuh Lepas Bersalin Badan Sihat Walau Dah Usia 40 Tahun


Amalan berpantang secara tradisional sudah semakin jarang diamalkan kini kerana ramai wanita mula mengamalkan cara hidup yang lebih sihat berbanding cara lama.
Namun jangan dilupakan cara lama jika ia masih baik dan berkesan untuk tubuh badan kita kembali cergas dan sihat. Apa yang penting adalah mengambil makanan yang sihat dan segar.
Semasa berpantang, banyak amalan yang boleh diamalkan untuk menjaga kesihatan tubuh, lebih-lebih lagi bila semakin berusia kelak. Ikuti perkongsian Pn Dzuriasikim Dzulkefli yang boleh mama ikuti.

BERPANTANG PENUH SELEPAS BERSALIN
Saya tulis huruf besar ni. Sebab ramai wanita moden tak suka berpantang. Ambil ringan. Serta mungkin juga kerana tidak seiring dengan banyak pendapat moden. Tapi saya kongsikan di sini sebahagian dari amalan berpantang saya dari kelahiran anak pertama hingga ke 5 ya.
MANDI AKAR KAYU
Mandi akar kayu setiap hari walaupun sampai ke hari terakhir berpantang. Biasanya ada orang yang akan bantu sediakan. Jika tiada, minta tolong suami rebuskan.
Bangun awal, mandi air suam atau hangat dengan rebusan akar kayu awal pagi. Terus sapu segala ramuan di perut dan ikat perut atau berbengkunglah dari awal pagi. Mulakan hari begini. Lepas tu baru boleh sarapan dan buat lain-lain perkara.
MENGAMALKAN HERBA ATAU JAMU.
Terutama ketika dalam pantang. Usah malas untuk makan atau minum air akar kayu di samping ubat dari hospital. Terlalu banyak khasiatnya yang Allah jadikan dalam akar kayu.
BERURUT.
Sapu minyak herba satu badan. Berurut selalu.
BERTANGAS
Jangan lupa bertangas.
KURANG PENGAMBILAN AIR.
Jangan sampai tak cukup air, tapi jangan minum terlalu banyak. Jangan minum ais. Saya pantang 100 hari tak minum air sejuk. Malah hingga kini, saya jarang minum ais.

BERTUNGKU
Bertungku penting, jangan culas.
BERBENGKUNG.
Mesti pakai. Jangan culas. Jangan ambil mudah. Jangan malas. Jangan ganti bengkung dengan girdle moden ketika dalam pantang.
JAGA MAKAN
Usah makan sembarangan. Waktu berpantang saya hanya minum air yang suam sahaja, tidak sejuk (walaupun pada suhu bilik). Makan pula hanya ikan, daging, ayam yang dibakar sahaja. Ikan pun bukan semua ikan yang boleh dimakan. Saya juga banyak amalkan makan nasi bersama lada hitam yang ditumbuk. Kunyit hidup dan halia muda.
BERSTOKIN
Usah ambil remeh. Berstokin bukanlah untuk elak badan dari dimasuki angin. Tetapi agar badan kekal hangat (to keep you warm).
PASTIKAN BADAN SENTIASA PANAS.
Jauhi aircond.
PANTANG BERSAMA SUAMI.
(Kalau saya 100 hari, terserahlah).
ELAK MENGANGKAT BENDA BERAT/SENAMAN BERAT.
Arwah ibu selalu pesan…“Perut tu dah keluar anak seorang…”. Dia sebenarnya cuba membayangkan bahawa badan perlukan waktu untuk sembuh setelah melahirkan dan supaya saya tidak pandang remeh tentang itu.
PANTANG KELUAR RUMAH
Tahanlah sekejap, jangan keluar rumah.
IKAT RAMBUT TINGGI SELALU.
Ikat kemas-kemas. Orang dulu-dulu selalu simpan rambut supaya boleh diikat sebelum bersalin dan ketika dalam pantang. Ikatan rambut yang kemas dipercayai boleh mengurangkan sakit kepala dan menegangkan wajah.
Perlu diingat, kebaikan berpantang ini adalah untuk diri sendiri. Kena sihatkan dalaman dahulu. Jadi perlu bersabar kerana ia hanya untuk sementara waktu iaitu di antara 44 hari, 60 hari atau 100 hari. Jangan culas kalau betul-betul nak jaga badan.

Wanita zaman moden (tidak semua) memang serba boleh. Hampir semua perkara mampu diuruskan sendiri dengan efisyen. Tak salah berpantang sendiri, cuma perlu konsisten dan disiplin. Kalau rasa malas tapi masih lagi ingin berpantang sendiri, carilah penyedia khidmat berpantang dan urut selepas bersalin yang boleh ditempah secara online.
Ingatlah, berpantang adalah proses pemulihan tubuh yang amat penting dan akan memberi kesan kebaikan kepada kesihatan jangka masa panjang.
Masa muda kita tak rasa. Rasa macam ok. Jalan ok. Bersama suami ok. Duduk kaki terbuka ok. Tak pakai stokin ok. Tak ikat perut pun ok.
Malah ada wanita moden yang berasa bangga apabila boleh memandu setelah dua minggu bersalin. Memang tak sakit. Belum lagi. Tunggu bila berusia, kata orang tua, jika tidak berpantang ni, bukan sahaja diri yang akan merasa nanti, malah pasangan (suami) pun boleh “rasa”.
Berpantang ini juga boleh menjaga dan mengekalkan seri wajah. Pernah dengar tak orang tua-tua sebut “Hilang seri dia lepas bersalin….”. Atau “jatuh muka” lepas bersalin. Begitulah.
Sebab itulah kalau tengok wanita zaman nenek-nenek kita, mereka masih langsing dan cergas bertenaga walaupun setelah lanjut usia dan beranak ramai. Orang zaman dulu beranak 8 ke 10 orang itu biasa bagi mereka.
Selain pemakanan dan cara hidup, amalan berpantang yang diamalkan sedikit sebanyak dapat membantu untuk mengekalkan kesihatan. Jika dibandingkan dengan wanita zaman kini, umur baru 30 pun sudah banyak penyakit yang datang.

Untuk kesihatan ibu yang baru bersalin, pengaliran darah adalah sangat penting. Kaedahnya termasuk lah senaman yang ringan dengan kerap dan berurut. Jika tidak mampu mencari orang untuk mengurut, boleh buat senaman yang ringan untuk pengaliran darah dari kaki ke jantung.
Jika malas, urat-urat hijau yang kembang di kaki tu (varicose vein) boleh hadir. Ia sebenarnya bukan urat, tetapi saluran darah ‘vena’ yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung.
Untuk mencegah varicose vein atau untuk mengelak supaya ia tidak menjadi bertambah teruk, ini lah panduan untuk anda:
* Senaman yang kerap untuk membantu pengaliran darah di kaki. Jika tak bersenam, boleh berurut.
* Kurangkan berat badan melalui penjagaan pemakanan dan senaman. Lagi gemok badan kita, lebihlah lagi tekanan lemak badan dan berat badan kita ke atas vena kita dan ini melambatkan pengaliran darah dari kaki kembali ke jantung.
* Elakkan berdiri lama-lama. Elakkan duduk bersila dan jangan duduk lama-lama sangat. Bangun dan berjalan. Walaupun anda pergi mengurut kaki dan badan, anda tidak boleh mengurut sepanjang masa. Satu-dua jam saja pengaliran darah sehari semasa mengurut, lepas tu duduk saja sepanjang masa itu masih tidak mencukupi.
* Bila berjalan, elakkan memakai kasut tinggi. Ini menyebabkan perubahan kedudukan badan dan melebihkan tekanan ke atas vena di kaki.
* Bila tidur malam, tinggi kan kaki sedikit di atas beberapa bantal supaya kaki lebih tinggi dari badan untuk membantu pengaliran darah dari kaki ke jantung semasa kita tidur. Lagipun, tidur begini sangat rileks dan selesa.
Jadi wanita, jagalah kesihatan diri luar dan dalaman.
Dzuriasikim Dzulkefli
52 tahun
Menarik: “Ikut Muka Mommy, Sebiji Sama”, CP Juliana Evans Kongsi Wajah Anak Kedua, Comelnya!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
The post 13 Amalan Berpantang Penuh Lepas Bersalin, Badan Sihat Walau Dah Usia 40 Tahun! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/13-amalan-berpantang-penuh-lepas-bersalin-badan-sihat-walau-dah-usia-40-tahun/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pakai Bengkung Bukan Untuk Kuruskan Badan Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin

Pakai Bengkung Bukan Untuk Kuruskan Badan Bantu Kurangkan Sakit Lepas Bersalin

papar berkaitan - pada 29/9/2023 - jumlah : 240 hits
Pemakaian bengkung dilihat sudah cukup sinonim bagi wanita berpantang dengan alasan untuk kempiskan perut dan kembali langsing macam dulu Walhal apa yang lebih penting lagi pemakaian bengkung ini adalah untuk memberikan sokongan kepada bada...
Gajah Tertua Di Malaysia Lokimala Mati Pada Usia 86 Tahun

Gajah Tertua Di Malaysia Lokimala Mati Pada Usia 86 Tahun

papar berkaitan - pada 16/9/2023 - jumlah : 191 hits
Gajah tertua di negara ini Lokimala milik Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah Lanchang yang berjasa sebagai denak mati pada usia 86 tahun semalam Haiwan betina itu dibawa masuk ke negara ini dari Assam India pada 27 Jun 1974 mati
Tip Ukur Pilih Bra Masa Nak Beli Ibu Ibu Lepas Bersalin Saiz Aset Mesti Dah Berubah

Tip Ukur Pilih Bra Masa Nak Beli Ibu Ibu Lepas Bersalin Saiz Aset Mesti Dah Berubah

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 192 hits
Tip ukur pilih bra masa nak beli ibu ibu lepas bersalin saiz aset mesti dah berubah Memilih bra bukan sekadar cantik dipandangan mata sahaja sebaliknya faktor utama yang perlu diambil kira ketika memilih bra adalah ukuran yang tepat serta k...
Sebelum Umur 40 Tahun Dr Malar Saran Penuhkan 5 Vitamin Ni Kalau Nak Kekal Sihat

Sebelum Umur 40 Tahun Dr Malar Saran Penuhkan 5 Vitamin Ni Kalau Nak Kekal Sihat

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 389 hits
Melepasi usia 40 tahun sememangnya cukup membahagiakan kerana sudah pun berada di landasan dan hampir mencapai matlamat dan cita cita yang diimpikan Namun dikala usia sebegini kesihatan adalah perkara dan kunci utama untuk kita kekal sihat ...
Hulk Hogan Menikah Lagi Di Usia 70 Tahun

Hulk Hogan Menikah Lagi Di Usia 70 Tahun

papar berkaitan - pada 25/9/2023 - jumlah : 280 hits
TERJEMAHAN SINAR HARIANHulk Hogan mendirikan rumah tangga buat kali ketiga dengan Sky Daily Foto TMZTALLAHASSEE Ikon WWE Hulk Hogan mengahwini kekasihnya yang merupakan seorang guru yoga dalam satu majlis ringkas di Clearwater Florida Ameri...
Sup Ayam Herba Ginseng Sup Ayam Kurma Merah Untuk Ibu Berpantang Amalan Kaum Cina Sejak Dulu

Sup Ayam Herba Ginseng Sup Ayam Kurma Merah Untuk Ibu Berpantang Amalan Kaum Cina Sejak Dulu

papar berkaitan - pada 23/9/2023 - jumlah : 201 hits
Rangkaian menu herba dan ginseng ini seakan sudah sebati di kalangan masyarakat Cina Tak hairanlah amalan minum herba ini turut sama digunakan sebagai makanan utama bagi wanita berpantang Dalam masyarakat Cina ginseng kurma merah dan goji m...
Buat Air Rebusan Cuci Rahim Lepas Haid Badan Lagi Segar Sebulan Sekali Dah Cukup

Buat Air Rebusan Cuci Rahim Lepas Haid Badan Lagi Segar Sebulan Sekali Dah Cukup

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 146 hits
Setiap kali lepas datang bulan atau haid badan kita keletihan melampau ditambah dengan kehilangan darah kotor dalam badan Tak perlukan kos yang tinggi cara mudah untuk segarkan tubuh dalam badan adalah mencuba air rebusan ini untuk mencuci ...
Kesihatan Ibu Baru Bersalin Amalan Penting

Kesihatan Ibu Baru Bersalin Amalan Penting

papar berkaitan - pada 27/9/2023 - jumlah : 334 hits
Selamat datang ke dunia keibubapaan ibu ibu baru Perjalanan ini pasti penuh dengan kegembiraan tetapi juga cabaran yang besar Satu aspek yang tidak boleh diabaikan adalah kesihatan ibu selepas bersalin
We Didn T Force Staff To Attend Xmas Do Says Ministry

No Projects No Kemasukan Rm400k Linked To Kuamut Rep

Lirik Lagu Suara Hati Repvblik

Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Criminal Lawyer Defends Public Whipping Of Man Convicted Of Khalwat

Johor Umno Rep Wants Organisers Prosecuted Over Chinese Flag Fiasco

Restoran Teppan Maru Take Menyediakan Hidangan Autentik Osaka Jepun Chef Takeshi Wada

Orang Kelantan Hari Ini Kena Standby 9 Jajahan Dijangka Banjir


echo '';
Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Ramai Keliru Bagaimana Pemandu Boleh Rempuh Buaya Di Lebuh Raya

Jom Buat Kek Birthday Sendiri

Hidden Hunger In Malaysia The Silent Crisis Affecting Our Kids

Bagaimana Mendapatkan Kebebasan Kewangan

Resepi Tau Fu Fa Homemade Mudah Dan Cepat Hanya Guna 3 Bahan

Persahabatan