Kemudahan Yang Ada Di Bukit Bunga Kelantan
Artikel sebelum ini yang aku tulis tentang apa yang menarik di Bukit Bunga Kelantan mendapat sambutan yang menggalakkan dari pembaca blog luqman zakaria. Jadi, untuk kali ini aku nak kongsikan dengan korang tentang kemudahan yang ada di Bukit Bunga Kelantan.
Baca juga : Apa Yang Menarik Di Bukit Bunga Kelantan?
Kemudahan yang aku maksudkan adalah seperti tempat rehat dan rawat, stesen minyak dan lain lain supaya dapat memudahkan korang yang datang berkunjung ke Bukit Bunga Kelantan mencari tempat seperti ini dengan lebih cepat
Senarai Kemudahan Yang Ada Di Bukit Bunga Kelantan1. Stesen Minyak Di Bukit Bunga Kelantan Terdapat dua stesen minyak yang berdekatan kalau korang nak singgah untuk isi minyak di Bukit Bunga iaitu Petronas dan juga Caltex. Stesen minyak Petronas berada berdekatan dengan R&R Bukit Bunga dan tempat membeli belah dimana ianya agak sesak sewaktu musim cuti.
Stesen minyak Caltex pula berada sikit jauh dari Petronas. Kalau korang google stesen minyak caltex akan muncul stesen minyak Caltex Bukit Bunga tetapi penduduk setempat memanggilnya stesen minyak Caltex kampung chedok.
2. Rehat Dan Rawat Bukit Bunga (R&R Bukit Bunga)Aku tak pasti bila R&R Bukit Bunga mula beroperasi tetapi Alhamdulillah sekarang walaupun masih ada beberapa kedai yang kosong tetapi ada peniaga yang sudah memulakan perniagaan disana untuk memberi kemudahan kepada pengunjung yang datang contohnya kedai makan. Kemudahan lain seperti tandas, tempat parking dan surau juga disediakan
3. Bank Yang Ada Di Bukit Bunga KelantanSatu satunya bank yang ada di Bukit Bunga adalah Affin Bank Berhad. Untuk pengetahuan korang pada hari Ahad hingga Rabu Affin Bank Berhad beroperasi bermula jam 9:15 pagi hingga 4:30 Petang manakala pada hari khamis pula bermula jam 9:15 pagi hingga 4:15 petang dan tutup pada hari jumaat dan sabtu
4. ATM di Bukit Bunga Kelantan Sebelum ini penduduk setempat hanya boleh menggunakan ATM yang disediakan oleh Affin Bank Berhad yang terletak di Dataran Bandar Baru Bukit Bunga sahaja tetapi sekarang terdapat satu lagi ATM Bank Islam Malaysia Berhad baru yang ditempatkan di Plaza IMT-GT untuk memudahkan mereka yang ingin mengeluarkan wang di Bukit Bunga
ATM Affin Bank Berhad Bukit Bunga Kelantan
ATM Bank Islam Malaysia Berhad Bukit Bunga Kelantan
5. 7 Eleven Bukit Bunga Kelantan 7 Eleven Bukit Bunga Kelantan terletak di Dataran Bandar bandar Baru Bukit Bunga bersebelahan dengan Affin Bank Berhad. 7 Eleven Bukit Bunga Kelantan tidak beroperasi selama 24 Jam (buat masa ini). Ianya dibuka bermula Jam 6:00 pagi hingga 12:00 Malam sahaja.
6. Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia (PEDi) Bukit Bunga Kelantan Pusat Ekonomi Digital Keluarga Malaysia atau nama pendeknya PEDi adalah merupakan pusat sehenti yang diwujudkan untuk memberi kemudahan kepada penduduk setempat dari pelbagai segi termasuklah menyediakan capaian internet kepada penduduk dikawasan yang kurang mendapat liputan jalur lebar. Kemudahan seperti fotokopi, printing dan lain lain juga disediakan.
PEDi Bukit Bunga juga berada di Dataran Bandar Baru Bukit Bunga berdekatan dengan 7 Eleven dan Affin Bank Berhad. PEDi Bukit Bunga beroperasi setiap hari bermula jam 9:00 pagi hingga 6:00 petang kecuali cuti umum.
7. Farmasi di Bukit Bunga KelantanSekiranya korang sedang mencari farmasi jangan risau kerana terdapat 2 farmasi yang boleh dikunjungi di Bukit Bunga iaitu Farmasi De Juma dan juga Farmasi Timur.
Farmasi De Juma Bukit BungaWaktu Operasi Farmasi De Juma : Dibuka setiap hari bermula jam 10:00 Pagi hingga 10:00 Malam
Farmasi Timur Bukit Bunga Waktu Operasi Farmasi Timur : Dibuka setiap hari bermula jam 9:00 Pagi hingga 10:00 Malam
8. Dobi Layan Diri di Bukit Bunga Kelantan Terdapat dua dobi layan diri di Bukit Bunga yang boleh digunakan oleh korang iaitu Dobi Sayang Bukit Bunga yang berada bersebelahan dengan QAS Hotel dan satu lagi Kedai Laundry Layan Diri yang terletak bersebelahan dengan Farmasi Timur Bukit Bunga.
Berikut adalah antara kemudahan yang ada di Bukit Bunga Kelantan. Aku harap dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada pembaca blog luqman zakaria dan memudahkan mereka yang berkunjung ke Bukit Bunga mendapatkan maklumat tentang kemudahan yang ada disini. Sebarang penambahan akan dibuat dari semasa ke semasa.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.luqmanzakaria.com/2022/11/kemudahan-yang-ada-di-bukit-bunga-.html