Harapan Ph Di Kelantan Dan Terengganu Masih Kabur


LANCONGAN POLITIK (2)

Bendera Pas dan BN di Terengganu
menggambarkan kekuatan parti itu.SENARIO pilihan raya ke-15 tidak banyak berbeza dengan pilihan raya ke-14 lalu di Kelantan dan Terengganu. Kedua-dua buah negeri pantai timur ini yang dipisahkan oleh banjaran Titiwangsa dengan negeri-negeri di pantai barat itu masih seperti dahulu.
Gelombang kebangkitan rakyat seperti di tahun 2018, tidak mengimbau ke Kelantan, Terengganu dan Pahang. Banjaran Titiwangsa sepanjang 500 km dan tinggainya 900 - 2,100 meter menjadi penghadang. 
Tiga buah negeri di sebelah timur banjaran Titiwangsa seperti tidak terusik dalam pilihan raya ke-14 lalu apabila ia kekal dibawah kekuasaan Pas di Kelantan dan Terengganu manakala Pahang dibawah BN. Seakan-akan getaran atau tsunami dalam Piraum ke-14 tidak sampai menyambar Kelantan dan Terengganu. Arus dan gelombang lautan Cina selatan kekal menjadi benteng buat Pas. 
Selepas lebih separuh kempen Piraum ke-14 berjalan, tidak jelas apakah ada perubahan dan kejutan nanri di Kelantan dan Terengganu. Walaupun sudah pecah keinginan rakyat untuk menukar kerajaan negeri, tetapi getaran yang ada belum mencukupi. 
Lebih-lebih lagi di Terengganu situasinya seperti tepu, malahan Pas menjadi kian kental apabila ia bergabung dengan Bersatu menerusi Muafakat Nasional (MN). Penggabungan itu memberi suntikan energi tambahan dan menjadi tonik perkasa buat Pas untuk kekal menguasai negeri penyu menangis itu. 
Dalam Piraum ke-14 lalu, pembangkang khasnya PH tidak mendapat sebarang kerusi baik parlimen maupun Dun di Kelantan dan Terengganu. 
Melihat kepada suasana dan situsi yang ada kini, tampaknya keputusan Piraum ke-14 akan berulang semula di ketiga-tiga negeri itu. Kelantan dan Terengganu dijangka kekal kepada Pas dengan lebih bergaya lagi. Pilihan raya peringkat parlimen ini akan menjadi gambaran awal untuk PN kekal menguasai Kelantan dan Terengganu kelak. 
Sebaliknya kalau dalam pilihan raya 19 November nanti PH atau pembanagkang berjaya mengugatkan kekuasan Pas dan MN, ia memberi petunjuk  Kelantan dan Terengganu akan bertukar tangan dalam pilihan raya negeri kelak. Namun setakat hari ini tidak ada tanda-tanda akan berlaku hal itu. 
Bagaimana pun ada perkembangan mengejutkan di Pahang, dimana kemungkinan BN akan kehilangan negeri itu dan menjadi milik PN. Gabungan Pas bersama Bersatu dilihat memberi cabaran buat BN Pahang. PN pula nampaknya mengidamkan Pahang dan menjadikan Pahang sebagai negeri sasaran negeri ke empat untuk dikuasainya selepas Terengganu, Kelantan dan Kedah. Kehadiran Bersatu bersamanya memberi harapan itu dan dijadikan Pas sebagai kuasa tambah. 
Hakikat ini dirasai apabila timbalan presiden Pas, Tuan Ibrahim Tuan Man, ikut bertanding di salah satu kerusi Dun di Pahang disamping mempertahankan parlimen Kubang Kerian di Kelantan. Langkah Tuan Ibrahim itu sudah tentu membawa sesuatu maksud dan agenda tersendiri. Jika tidak ada mengadakan masakan tempua bersarang rendah. 
Tanpa menghebohkan Tuan Ibrahim khabarnya ditandai akan jadi MB Pahang. Selain bertanding di parlimen Kubang Kerian, Tuan Ibrahim juga bertanding di Dun Jengka, Pahang. 
Ini menunjukkan PN mempunyai keyakinan dan azam tinggi untuk menguasai Pahang. Jangan memperendahkan impian PN ini.  
Apa pun saya tidak sempat untuk mnyaksikan dengan mata kepala sendiri apa yang berlaku di Pahang ketika ini. Ulasan dan rumusan dibuat hanya melihat kepada apa dilaporkan dalam media massa dan juga melihat kepada sambutan dan kekemasan pelancaran jentera pilihan raya PN di Kerdau tempoh hari. Saya tidak sempat menjelajah ke seluruh 14 kawasan parlimen di Pahang lantaran kesuntukan masa kecuali hanya di Bentong, Raub, Lipis dan sebahagian Jerantut. 
Sebenarnya Pas mempunyai modal di Pahang untuk memperluaskan "perniagaannya". Hari ini Pas menguasai lapan (8) daripada 42 kerusi Dun di negeri itu. Dengan modal asas itulah Pas cuba memperkembangkan kerusinya bersama Bersatu. Bersatu akan bertindak menjadi pemodal buat Pas di Pahang. 
Ertinya PN memerlukan 18 kerusi lagi untuk menguasai Dun Pahang. Dengan sambutan dan perubahan rakyat Pahang dan pengaruh Pas semakin tambah berkembang dan sokongan Bersatu, PN yakin akan menguasi Dun Pahang. Pas menjadi kian ghairah untuk menguasai Pahang apabila parti itu menjadi sebahagian kerajaan yang mana banyak manfaat dikutip dari kesempatan itu. 
Berbalik kepada Kelantan dan Terengganu, tidak banyak perubahan berbanding dengan pilihan raya ke-14 lalu. Tampaknya PH masih gagal untuk mendapat kerusi di kedua-dua buah negeri itu dalam pilihan raya ini, apa lagi untuk menaklukinya masih jauh. 
Ada beberapa faktor, kenapa timbul rasa kurang yakin mengenai keupayaan itu. Pertama ialah perpecahan dalam parti komponen dan amalan politik budak-budak, bergasak sesama sendiri khususnya dalam parti Amanah. Plitik mabuk air ketum menjadi harapan itu tumpul. DNA Pas yang ada dalam Amanah terus hijau dan subur. 
Sebelum ini kerusi parlimen Kota Bharu dilihat berpotensi untuk dimenangi oleh PH menerusi Amanah memandangkan kepada kutipan undi dalam pilihan raya lalu menerusi calonnya pengerusi PH Kelantan ketika Husam Musa. Husam adalah calon PH yang memperolehi undi paling tinggi berbanding dengan 13 calon parlimen lain. Husam raih (22,422) berbanding undi pemenang Takiyuddin Hassan (PAS) (28,291)manakala BN 16,256. Takiyuddin menang dengan majoriti 5,869. 
Mengikut matemetik politik, pihak pembangkang perlu menambahkan sekitar 3,000 undi sahaja lagi untuk menguasai kerusi Kota Bharu. Dengan kehadiran undi 18, diperkiranya kalau Husam terus kekal bertanding di Kota Bharu, beliau diyakini akan dapat merampas kerusi berkenaan. 
Malangnya peluang keemasan ini tidak dapat difaham dan disambar oleh PH Kelantan apabila menanggalkan Husam dari Kota Bharu. Politik mabuk air ketum menyebabkan peluang keemasan itu terlepas.


Dalam pilihan raya kali ini Husam hampir-hampir tidak bertanding kerana permainan politik brutal dan mabuk air ketum dalam partinya. Nasib baik Anwar Ibrahim yang bijak dan dapat mengesan "aura yang dimiliki Husam meletakkannya bertanding di kerusi Pasir Mas. Pemergian Husam ke P022 Pasir Mas, tidak ubah seperti memasuki belantara yang belum ada denai dan jalan yang memaksa Husam perlu berkerja keras.
Alhamudilah, perkembangan di Pasir Mas membezakan dengan kerusi-kerusi lain yang ditandingi PH di Kelantan. Sambutan rakyat kepada Husam di Pasir Mas sungguh merujakan. Aura dimiliki Husam sebagai seorang ahli politik yang memerahkan akal fikiran untuk membantu rakyat dan negeri diterima baik oleh masyarakat Pasir Mas. Walaupun Pasir Mas merupakan tapak baru buatnya, tetapi aura dan keistimewaan yang ada kepadanya menyebabkan rakyat menerimanya. Husam adalah jenama yang sudah lama dikenali di Kelantan.
Melihat kepada sambutan hangat kepada Husam, kerusi P022 Pasir Mas dilihat bakal menjadi satu-satu kerusi yang akan menjadi milik PH. Harapan itu bukan sahaja di kalangan orang Kelantan tetapi orang di luar Kelantan juga menaruhkan harapan besar kepada Husam. Semua mata tertumpu kepada kerusi Pasir Mas. Pertarungan di Pasir Mas kini sengit,  di antara Husam dengan penyandang kerusi itu Fadzli Shaari yang boleh dianggap adik kepada Husam semasa dalam Pas dahulu. 


Himpuan Gerakan Rakyat Pasir Mas
menunjukkan gelora kebangkitan rakyat.Dari segi roma, pengalaman dan akal politik Husam jauh ke hadapan berbanding Fadzli yang selayaknya menjadikan Husam sebagai gurunya. Fadzli baru bertatih dalam politik sehari dua. Sebaliknya Husam sudah berdekad.  
Rakyat Pasir Mas kini melihat pertarungan adalah di antara Husam dengan Fadzli, manakala dua calon lain, BN dan Putera hanya sekadar menjadi neon menghiasi suasana Piraum sahajha.
Manakala di Terengganu keadaan sangat menyedihkan. PH khasnya tidak ada harapan untuk memenangi satu kerusi pun. Daripada lapan kerusi parlimen yang ditandingi PH, setakat apa yang tersaksi sepanjang "lawatan" saya ke negeri penyu itu semalam tidak ada kawasan atau kerusi yang boleh memberi harapan. Penguasaan Pas dan BN di negeri itu sungguh menjolok mata. 
Satu-satu kerusi yang dikira ada harapan kepada PH hanya Kuala Terengganu pun begitu masih kabur. Politik mabuk ketum juga berlaku di Terengganu. Perkembangan atau ukuran ini dibuat berdasarkan petunjuk zahiriah. 
Sambutan rakyat Terengganu kepada PH agak longlai. Kunjungan Anwar Ibrahim ke Terenggan tidak mendapat sambutan seperti  di Kelantan. Di sini ada perbezaan sikap di antara rakyat Terengganu dengan rakyat Kelantan. Kasih sayang mereka kepada Pas terutamanya di kawasan luar bandar masih menebal dan berkarat hijau dan biru.
Kuala Terengganu dilihat kerusi harapan kepada PH. Tetapi harapan itu tidak begitu menjadi dan menyerlah, apabila calon yang bertanding mewakili PH daripada Amanah tidak memiliki aura seperti apa berlaku kepada Husam. Raja Bahrin Shah walaupun daripada kerabat di raja tetapi status itu tidak mempengaruhi rakyat.
Seperti juga berlaku di Kelantan, hal itu terjadi di Terengganu. Pertaruhan Raja Baharin di kerusi Kuala Terengganu bukan satu keputusan bijak dan strategik untuk menang tetapi lebih kepada untuk memuas hati pihak tertentu yang mengamalkan kronisme politik. Tidak ada percaturan politik oleh PH khasnya Amanah baik di Terengganu dan juga Kelantan. 
Di sini tidak berlaku kebijaksana dalam mengatur calon dalam PH oleh Amanah. Dalam kata lain parti itu tidak berstrategi tetapi leih kepada untuk melepas geram dan melayan nafsu politik mabuk ketum. Raja Baharin walaupun tidak begitu kuat untuk menawan Kuala Terengganu di kekalkan, sebaliknya Husam yang dikira sangat berpotensi untuk merampas Kota Bharu di halau. Apa yang berlaku ini ada kena mengena dengan ketumpulan daya politik pimpinan tertinggi parti itu. 
Kesimpulannya nasib PH di Kelantan, Terengganu dan Pahang akan mengulangi nasib yang sama seperti Piraum ke-14 lampau. Kelantan dan Terengganu tidak akan menyumbang kerusi untuk kemenangan PH di federal. Ia berlaku kerana kedangkalan politik gabungan berkenana.
Cuma kalau pun ada sedikit cahaya perubahan untuk dijadikan cenderamata Piraum ke-15 ini buat PH hanya Husam di kerusi Pasir Mas. Melihat dari segi mood dan sambutan rakyat sudah mahukan perubahan di Kelantan yang benci dan muak dengan Pas, situasi ini membuka peluang baik kepada PH, namun disebabkan pihak pembangkang tidak bijak berpolitik maka ia seperti berlalu begitu sahaja. 
Makanya kalau PH gagal menguasai Kelantan dan Terengganu, usah disalahkan kepada rakyat, rakyat sudah memberi peluang tetapi "kebundakan" pemimpin dalam paarti PH itu khasnya Amanah menjadikan peluang itu sesaia sahaja.
Kecelaruan dan tidak ada kekompakan PH dalam menghadapi pilihan raya bagi menawan Kelantan dan Terengganu bukan sahaja berlaku dalam PH, tetapi ia juga terjadi dalam BN. BN sebagai pembangkang, parti yang sudah lama menangisi nasib di Kelantan, tidak tahu mengatur rancangan dan membaca sifir untuk mengambil Kelantan. Sekiranya BN bersedia berkejasama dengan PH tugas untuk menawan Kelantan dan tumbangkan Pas menjadi ringan. Sayang itu tidak berlaku.  [kb.7:07 am 14/11/2022]
*No edit.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2022/11/harapan-ph-di-kelantan-dan-terengganu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Lawan Jangka Pas Kekal Kuasai Kelantan Terengganu Laporan

Lawan Jangka Pas Kekal Kuasai Kelantan Terengganu Laporan

papar berkaitan - pada 19/11/2022 - jumlah : 175 hits
Lawan jangka PAS kekal kuasai Kelantan Terengganu LaporanPAS 57Shares PAS dijangka kekal menguasai Kelantan dan Terengganu dalam Pilihan Raya Umum ke 15 yang berlangsung esok Perkara itu turut diakui pihak lawan lapor TMI Menurut laporan it...
Keropok Lekor Dari Terengganu

Keropok Lekor Dari Terengganu

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 360 hits
Assalamualaikum wbtRABU lepas lalu di Facebook Memories gambar Keropok Lekor dari Terengganu yang Sk baru goreng masa tu buah tangan Cik Ani dan Che Li yang pulang dari kampung Che Li di Terengganu Kebetulan pulak masa memori tu lalu Cik An...
Tomyam Sotong Udang Dan Belut Yang Sedap Di Cafe Hanamina Kg Bukit Kemudu Setiu Terengganu

Tomyam Sotong Udang Dan Belut Yang Sedap Di Cafe Hanamina Kg Bukit Kemudu Setiu Terengganu

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 347 hits
Cafe Hanamina di Kg Bukit Kemudu berdekatan dengan Kg Banggol Setiu Terengganu Tak sangka ada cafe tang comel dan makanan yang sedap Menu tak banyak tapi menarik ada Tomyam SotongTomyam Udang GalahTomyam Belut sertaMee Celup Telur gedik And...
Macam Macam Ada Shahidan Muncul Di Terengganu Bergegas Nak Isi Borang

Macam Macam Ada Shahidan Muncul Di Terengganu Bergegas Nak Isi Borang

papar berkaitan - pada 4/11/2022 - jumlah : 271 hits
MalaysiakiniPRU15 Majlis pengumuman calon calon PN Terengganu yang asalnya biasa biasa saja apabila hampir semua penyandang dicalokan semula berubah menjadi kejutan apabila susuk Shahidan Kassim muncul Bekas menteri besar Perlis yang digugu...
Terengganu Govt Offers Free Bus Rides Home For Out Of State Voters

Terengganu Govt Offers Free Bus Rides Home For Out Of State Voters

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 321 hits
GE15 The Terengganu government is offering free buses to ferry local voters living out of state to return home to vote on Nov 19 PAS Terengganu information chief Hishamuddin Abdul Karim said this was part of the state s initiative to assist...
Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di Terengganu

Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di Terengganu

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 300 hits
Senarai Calon Pilihan Raya Ke 15 Di TerengganuAssalamualaikum Hi korang Tinggal beberapa hari lagi kita akan menunaikan tanggungjawap kita sebagai pengundi Tempat mengundi dah tahu korang dah tahu ke siapa calon yang akan bertanding kat tem...
T22j25 Hari Ke 5 Di Terengganu Bertolak Balik Ke Sepang Singgah Di Marang

T22j25 Hari Ke 5 Di Terengganu Bertolak Balik Ke Sepang Singgah Di Marang

papar berkaitan - pada 7/11/2022 - jumlah : 132 hits
Singgah di Kampung Kijing Marang TerengganuSudah lama tidak balik ke Terengganu maka kesempatan kali ini kami singgah sebentar di Kampung Kijing Sebelum ini pernah beberapa kali cuba singgah tapi tidak kesampaian kerana beberapa cabaran sep...
Kasus Mayat Di Kalideres Yakin Ibu Masih Hidup Anaknya Menangis Saat Bertemu Saksi

Kasus Mayat Di Kalideres Yakin Ibu Masih Hidup Anaknya Menangis Saat Bertemu Saksi

papar berkaitan - pada 22/11/2022 - jumlah : 124 hits
Dian meminta saksi tidak menghidupkan lampu di kamar yang ditiduri Margareth karena ibunya tidak bisa melihat cahaya Merasa janggal tanpa sepengetahuan Dian korban menyalakan lampu ponselnya dan mengarahkan pada Margareth yang ternyata suda...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities