Kempen Pru15 Program Bermula 1 Julai 2022


 DARI RAFIZI RAMLI 


20 Jun 2022


KEMPEN PRU15: 
PROGRAM BERMULA 1 JULAI 2022


Saya akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu bermula 1 Julai 2022 sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15). Jangkaan saya ialah Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan oleh kerajaan baru.


Tumpuan utama saya ialah untuk meyakinkan pengundi-pengundi dari tiga kumpulan iaitu:


1. Pengundi tegar KEADILAN dan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan


2. Pengundi atas pagar yang akan mengundi di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan


3. Pengundi kali pertama (dari kalangan pengundi muda bawah 25 tahun dan mereka yang tidak pernah mengundi selama ini) di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan


Saya berpendapat bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan boleh menjadi blok terbesar di Dewan Rakyat selepas PRU15 sekiranya:


i. Jumlah pengundi tegar pelbagai bangsa yang sebelum ini mengundi KEADILAN dan Pakatan Harapan dapat ditingkatkan untuk mencecah 70% jumlah keluar mengundi (dari purata 60% sedia ada sejak beberapa pilihanraya negeri, iaitu peningkatan 10%)


ii. KEADILAN dan Pakatan Harapan berjaya memikat kembali 5% dari pengundi atas pagar yang beralih sokongan selepas PRU14 dalam tahun 2018 dahulu untuk kembali mengundi KEADILAN dan Pakatan Harapan


iii. KEADILAN dan Pakatan Harapan berjaya mendapat 30% dari jumlah pengundi kali pertama pelbagai kaum


Saya akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada adalah tinggi.


Kempen akan bermula dengan satu latihan peringkat nasional kepada sukarelawan-sukarelawan Ayuh Malaysia yang akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 dari jam 2 petang ke 5 petang di Kuala Lumpur. Kami meletakkan sasaran 30,000 sukarelawan dari seluruh negara untuk berkempen bagi KEADILAN dan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi marginal.


Latihan peringkat nasional akan memberi tugasan dan latihan kepada sukarelawan-sukarelawan dalam bidang khusus seperti Ejen Tempat Mengundi (PACA), kempen rumah ke rumah, kempen menelefon pengundi dan kempen media sosial.


Saya menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang pernah menjadi sukarelawan, atau yang ingin menyumbang untuk hadir sebagai sukarelawan dan melalui latihan pusat pada 2 Julai ini. Mereka yang berminat boleh mula mendaftar minggu ini dan butiran pendaftaran akan diberikan di laman www.ayuhmalaysia.org 


Ayuh Malaysia juga akan mengadakan satu majlis kutipan dana pada hari yang sama, Sabtu 2 Julai 2022 bermula jam 8 malam bertempat di SJKC Chung Kwo, Kuala Lumpur. Tiket-tiket boleh mula dibeli minggu ini secara atas talian di laman www.ayuhmalaysia.org 


Majlis kutipan dana itu adalah untuk melancarkan Tabung Trak bagi membiayai perbelanjaan menyediakan sebuah trak kempen untuk dibawa ke seluruh negara, seperti mana saya pernah berkempen di atas trak selama dua tahun sebelum PRU14 yang lalu. 


Majlis kutipan dana itu akan diteruskan di Johor Bahru pada hari Khamis, 7 Julai 2022 (8 malam) dan Pulau Pinang pada hari Sabtu, 23 Julai 2022 (8 malam). Program serupa ke bandar-bandar lain akan diumumkan kemudian.


Selain dari dua majlis ini, bermula minggu ini, siaran kempen Ayuh Malaysia akan bermula setiap 2-3 hari di laman media sosial bermula hari Jumaat, 24 Jun 2022 ini. Kandungan utama siaran kempen Ayuh Malaysia akan tertumpu kepada kupasan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang termasuk lima teras kempen Ayuh Malaysia yang telah diumumkan sebelum ini.


Saya akan mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini. Kempen ini meliputi dua pendekatan:


i. Kempen dengan trak secara ceramah kepada orang ramai untuk menarik minat rakyat kepada penyelesaian masalah secara membina dan kesan undi mereka kepada pentadbiran negara


ii. Diskusi dengan kumpulan tertentu mengenai isu-isu khusus yang diadakan di dalam dewan untuk mengupas pandangan pakar dan orang ramai dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah negara


Kempen akar umbi sebegini akan disiarkan secara langsung melalui laman media sosial untuk diikuti seluruh rakyat Malaysia.


Saya sedang mengkaji beberapa masalah teknikal penganjuran kempen di peringkat akar umbi untuk mematuhi segala SOP yang masih perlu dititikberat sepanjang kempen ini.


Saya menyeru semua sukarelawan dan pendukung KEADILAN/Pakatan Harapan yang bersama-sama kempen saya dahulu untuk turut serta dalam kempen yang bermula 1 Julai 2022 ini. Walaupun keadaan telah banyak berubah, saya percaya kesungguhan kita mendekati rakyat akan dapat memenuhi sasaran kempen untuk meningkatkan kadar keluar mengundi serta menarik minat pengundi atas pagar dan pengundi kali pertama.


Nantikan pengumuman-pengumuman kempen minggu ini untuk membina gelombang baru Ayuh Malaysia.


RAFIZI RAMLI
https://www.facebook.com/100044561133929/posts/pfbid0gGYThTLfx53hdD494Bm6ynjVuNcF1UcEcksGN81smMLcWQQ3AU5DDGZM336azupcl/






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/kempen-pru15-program-bermula-1-julai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tanpa Buang Masa Rafizi Gerak Kempen Pru15 Melalui Ayuh Malaysia Bermula 1 Julai

Tanpa Buang Masa Rafizi Gerak Kempen Pru15 Melalui Ayuh Malaysia Bermula 1 Julai

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 167 hits
Saya akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu bermula 1 Julai 2022 sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 Jangkaan saya ialah Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 d...
Kelayakan Kemaskini Maklumat Bkm Dan Tarikh Penukaran Bermula 20 30 Jun 8 29 Julai 2022

Kelayakan Kemaskini Maklumat Bkm Dan Tarikh Penukaran Bermula 20 30 Jun 8 29 Julai 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 221 hits
Berita gembira kepada penerima bantuan keluarga Malaysia bayaran fasa dua bantuan ini akan dibuat bermula 27 Jun ini secara berperingkat bersekali dengan BKM Tambahan dan anda juga boleh mengemaskini maklumat permohonan sekiranya terdapat p...
Harga Siling Minyak Masak Dalam Botol Dimansuhkan Mulai 1 Julai 2022

Harga Siling Minyak Masak Dalam Botol Dimansuhkan Mulai 1 Julai 2022

papar berkaitan - pada 22/6/2022 - jumlah : 326 hits
TERKINI Subsidi minyak masak sawit dalam kemasan botol 2kg 3kg 5kg akan dimansuhkan berkuat kuasa 1 Julai harga dijangka naik Harga siling minyak minyak masak tulen bagi pek kemasan botol dua tiga dan lima kilogram dimansuhkan dan tidak aka...
Transaksi Tol Rfid Di Laluan Plus Juru Skudai Bermula 15 Jan 2022

Transaksi Tol Rfid Di Laluan Plus Juru Skudai Bermula 15 Jan 2022

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 159 hits
Transaksi tol menggunakan teknologi Identifikasi Frekuensi Radio untuk kenderaan ringan persendirian akan dilaksanakan di laluan Juru Pulau Pinang hingga ke Skudai Johor di Lebuhraya Utara Selatan mulai 15 Januari 10 malam PLUS menerusi sat...
Keputusan Pemilihan Keadilan 2022 Dalam Masa Terdekat Konges Nasional 15 Julai

Keputusan Pemilihan Keadilan 2022 Dalam Masa Terdekat Konges Nasional 15 Julai

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 147 hits
Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 akan diumukan dalam masa terdekad sebaik sahaja proses audit forensik selesai Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil hal itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat malam tadi Berhubung ...
Subsidi Minyak Dimansuhkan Harga Barang Naik Bermula Julai

Subsidi Minyak Dimansuhkan Harga Barang Naik Bermula Julai

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 237 hits
Subsidi Minyak Dimansuhkan Harga Barang Naik Bermula Julai Otak aku macam tak boleh nak brain lepas baca tentang subsidi minyak akan dimansuhkan dan barang lain akan naik mulai Julai Menurut Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pe...
Puspakom Tidak Lagi Terima Bayaran Secara Tunai Bermula 1 Julai Ini

Puspakom Tidak Lagi Terima Bayaran Secara Tunai Bermula 1 Julai Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 154 hits
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer memaklumkan bahawa mereka tidak lagi akan menerima pembayaran secara wang tunai di semua 54 pusat pemeriksaan mereka di seluruh negara bermula 1 Julai 2022 ini Transaksi tanpa tunai itu melibatkan sem...
Apa Terjadi Pada 1 Julai 2022

Apa Terjadi Pada 1 Julai 2022

papar berkaitan - pada 23/6/2022 - jumlah : 186 hits
Bagaimanapun Ronald memberi jaminan kerajaan akan terus membantu rakyat terutama golongan berpendapatan rendah melalui subsidi yang akan disalurkan secara terus kepada kumpulan berkenaan seperti yang diumumkan oleh Perdana Menteri Dato Sri ...
Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

Ahsan Hendra Sapa Penggemar Di Ajang Indonesia Open 2022

papar berkaitan - pada 16/6/2022 - jumlah : 239 hits
Ahsan Hendra Sapa Penggemar di Ajang Indonesia Open 2022 Perhelatan Indonesia Open 2022 yang berlangsung mulai Selasa hingga Minggu diwarnai acara jumpa penggemar dengan idola atlet bulu tangkis
Saka Bapak Kau

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

Natural Gas Fuel Not A Hazard

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Movie Jangan Pandang Belakang 2

Samarinda Lara Kasih

Daging Goreng Belengas

Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk