Tanpa Buang Masa Rafizi Gerak Kempen Pru15 Melalui Ayuh Malaysia Bermula 1 Julai


 
Saya akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu bermula 1 Julai 2022 sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15).
Jangkaan saya ialah Dewan Rakyat akan dibubarkan seawal Ogos atau September 2022 untuk membolehkan Bajet 2023 dibentangkan oleh kerajaan baru.
Tumpuan utama saya ialah untuk meyakinkan pengundi-pengundi dari tiga kumpulan iaitu:
1. Pengundi tegar KEADILAN dan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan
2. Pengundi atas pagar yang akan mengundi di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan
3. Pengundi kali pertama (dari kalangan pengundi muda bawah 25 tahun dan mereka yang tidak pernah mengundi selama ini) di kerusi-kerusi utama yang perlu dipertahankan
Saya berpendapat bahawa KEADILAN dan Pakatan Harapan boleh menjadi blok terbesar di Dewan Rakyat selepas PRU15 sekiranya:
i. Jumlah pengundi tegar pelbagai bangsa yang sebelum ini mengundi KEADILAN dan Pakatan Harapan dapat ditingkatkan untuk mencecah 70% jumlah keluar mengundi (dari purata 60% sedia ada sejak beberapa pilihanraya negeri, iaitu peningkatan 10%)
ii. KEADILAN dan Pakatan Harapan berjaya memikat kembali 5% dari pengundi atas pagar yang beralih sokongan selepas PRU14 dalam tahun 2018 dahulu untuk kembali mengundi KEADILAN dan Pakatan Harapan
iii. KEADILAN dan Pakatan Harapan berjaya mendapat 30% dari jumlah pengundi kali pertama pelbagai kaum
Saya akan berkempen menggunakan pentas Ayuh Malaysia memandangkan tahap kelesuan pengundi terhadap parti-parti sedia ada adalah tinggi.
Kempen akan bermula dengan satu latihan peringkat nasional kepada sukarelawan-sukarelawan Ayuh Malaysia yang akan diadakan pada hari Sabtu, 2 Julai 2022 dari jam 2 petang ke 5 petang di Kuala Lumpur.
Kami meletakkan sasaran 30,000 sukarelawan dari seluruh negara untuk berkempen bagi KEADILAN dan Pakatan Harapan di kerusi-kerusi marginal.
Latihan peringkat nasional akan memberi tugasan dan latihan kepada sukarelawan-sukarelawan dalam bidang khusus seperti Ejen Tempat Mengundi (PACA), kempen rumah ke rumah, kempen menelefon pengundi dan kempen media sosial.
Saya menjemput seberapa ramai rakyat Malaysia yang pernah menjadi sukarelawan, atau yang ingin menyumbang untuk hadir sebagai sukarelawan dan melalui latihan pusat pada 2 Julai ini.
Mereka yang berminat boleh mula mendaftar minggu ini dan butiran pendaftaran akan diberikan di laman www.ayuhmalaysia.org
Ayuh Malaysia juga akan mengadakan satu majlis kutipan dana pada hari yang sama, Sabtu 2 Julai 2022 bermula jam 8 malam bertempat di SJKC Chung Kwo, Kuala Lumpur. Tiket-tiket boleh mula dibeli minggu ini secara atas talian di laman www.ayuhmalaysia.org
Majlis kutipan dana itu adalah untuk melancarkan Tabung Trak bagi membiayai perbelanjaan menyediakan sebuah trak kempen untuk dibawa ke seluruh negara, seperti mana saya pernah berkempen di atas trak selama dua tahun sebelum PRU14 yang lalu.
Majlis kutipan dana itu akan diteruskan di Johor Bahru pada hari Khamis, 7 Julai 2022 (8 malam) dan Pulau Pinang pada hari Sabtu, 23 Julai 2022 (8 malam). Program serupa ke bandar-bandar lain akan diumumkan kemudian.
Selain dari dua majlis ini, bermula minggu ini, siaran kempen Ayuh Malaysia akan bermula setiap 2-3 hari di laman media sosial bermula hari Jumaat, 24 Jun 2022 ini.
Kandungan utama siaran kempen Ayuh Malaysia akan tertumpu kepada kupasan idea-idea baru untuk menyelesaikan masalah-masalah utama yang dihadapi rakyat Malaysia sekarang termasuk lima teras kempen Ayuh Malaysia yang telah diumumkan sebelum ini.
Saya akan mengumumkan jadual kempen mengikut bandar dan kerusi-kerusi Parlimen minggu ini. Kempen ini meliputi dua pendekatan:
i. Kempen dengan trak secara ceramah kepada orang ramai untuk menarik minat rakyat kepada penyelesaian masalah secara membina dan kesan undi mereka kepada pentadbiran negara
ii. Diskusi dengan kumpulan tertentu mengenai isu-isu khusus yang diadakan di dalam dewan untuk mengupas pandangan pakar dan orang ramai dalam mencari penyelesaian kepada masalah-masalah negara
Kempen akar umbi sebegini akan disiarkan secara langsung melalui laman media sosial untuk diikuti seluruh rakyat Malaysia.
Saya sedang mengkaji beberapa masalah teknikal penganjuran kempen di peringkat akar umbi untuk mematuhi segala SOP yang masih perlu dititikberat sepanjang kempen ini.
Saya menyeru semua sukarelawan dan pendukung KEADILAN/Pakatan Harapan yang bersama-sama kempen saya dahulu untuk turut serta dalam kempen yang bermula 1 Julai 2022 ini.
Walaupun keadaan telah banyak berubah, saya percaya kesungguhan kita mendekati rakyat akan dapat memenuhi sasaran kempen untuk meningkatkan kadar keluar mengundi serta menarik minat pengundi atas pagar dan pengundi kali pertama.
Nantikan pengumuman-pengumuman kempen minggu ini untuk membina gelombang baru Ayuh Malaysia.
RAFIZI RAMLI


Timbalan Presiden PKR.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/06/tanpa-buang-masa-rafizi-gerak-kempen.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Pru15 Program Bermula 1 Julai 2022

Kempen Pru15 Program Bermula 1 Julai 2022

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 330 hits
DARI RAFIZI RAMLI 20 Jun 2022KEMPEN PRU15 PROGRAM BERMULA 1 JULAI 2022Saya akan mula berkempen secara tersusun setiap minggu bermula 1 Julai 2022 sebagai persediaan menghadapi Pilihanraya Umum ke 15 Jangkaan saya ialah Dewan Rakyat akan dib...
Kenyataan Media Rafizi Ramli Walau Kongres Ditangguh Rafizi Akan Mula Gerak Kerja Pru15 Minggu Depan

Kenyataan Media Rafizi Ramli Walau Kongres Ditangguh Rafizi Akan Mula Gerak Kerja Pru15 Minggu Depan

papar berkaitan - pada 12/6/2022 - jumlah : 198 hits
Pandangan saya mengenai tindakan menangguhkan keputusan pemilihan KEADILAN baru baru ini akan disampaikan mengikut saluran dalaman Keutamaan kita adalah membina kepercayaan rakyat kepada agenda masa depan yang boleh memperbaiki kehidupan ra...
Pru15 Perlu Sedikit Masa Lagi Fokus Pembangunan Ekonomi Dan Negara Azmin

Pru15 Perlu Sedikit Masa Lagi Fokus Pembangunan Ekonomi Dan Negara Azmin

papar berkaitan - pada 20/6/2022 - jumlah : 195 hits
Pilihan Raya Umum Ke 15 tidak sesuai diadakan dalam tempoh terdekat memandangkan proses membangunkan semula ekonomi negara dan rakyat yang terkesan akibat COVID 19 memerlukan sedikit masa lagi Menteri Kanan Perdagangan Antarabangsa dan Indu...
Keputusan Pemilihan Keadilan 2022 Dalam Masa Terdekat Konges Nasional 15 Julai

Keputusan Pemilihan Keadilan 2022 Dalam Masa Terdekat Konges Nasional 15 Julai

papar berkaitan - pada 21/6/2022 - jumlah : 201 hits
Keputusan Pemilihan KEADILAN 2022 akan diumukan dalam masa terdekad sebaik sahaja proses audit forensik selesai Menurut Pengarah Komunikasi KEADILAN Fahmi Fadzil hal itu diputuskan dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat malam tadi Berhubung ...
Kelayakan Kemaskini Maklumat Bkm Dan Tarikh Penukaran Bermula 20 30 Jun 8 29 Julai 2022

Kelayakan Kemaskini Maklumat Bkm Dan Tarikh Penukaran Bermula 20 30 Jun 8 29 Julai 2022

papar berkaitan - pada 25/6/2022 - jumlah : 271 hits
Berita gembira kepada penerima bantuan keluarga Malaysia bayaran fasa dua bantuan ini akan dibuat bermula 27 Jun ini secara berperingkat bersekali dengan BKM Tambahan dan anda juga boleh mengemaskini maklumat permohonan sekiranya terdapat p...
Malaysia Perlu Kempen Anti Rasuah Baharu

Malaysia Perlu Kempen Anti Rasuah Baharu

papar berkaitan - pada 11/6/2022 - jumlah : 548 hits
Malaysia memerlukan satu kempen anti rasuah yang baharu memandangkan bekas Perdana Menteri sendiri pun berpendapat gaji Ketua Setiausaha Negara yang lebih tinggi daripada gaji Perdana Menteri sendiri terlalu rendah Parlimen yang dijadualkan...
Blahlah Tun Pkr Ph Dah Ada Rafizi Ramli Dan Anwar Ibrahim Pru15

Blahlah Tun Pkr Ph Dah Ada Rafizi Ramli Dan Anwar Ibrahim Pru15

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 248 hits
Perdebatan mengenai kenyataan Tun Mahathir beberapa hari lalu mengenai kerjasama khemah besar pembangkang dalam PRU 15 nanti belum lagi selesai Mahathir berkata beliau tidak mahu melihat Anwar dan Muhyiddin bersamanya Dan ini ulasan saya pu...
Puspakom Tidak Lagi Terima Bayaran Secara Tunai Bermula 1 Julai Ini

Puspakom Tidak Lagi Terima Bayaran Secara Tunai Bermula 1 Julai Ini

papar berkaitan - pada 9/6/2022 - jumlah : 214 hits
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer memaklumkan bahawa mereka tidak lagi akan menerima pembayaran secara wang tunai di semua 54 pusat pemeriksaan mereka di seluruh negara bermula 1 Julai 2022 ini Transaksi tanpa tunai itu melibatkan sem...
Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur Rm300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022

Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur Rm300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022

papar berkaitan - pada 27/6/2022 - jumlah : 268 hits
Terkini Perdana Menteri Umum Bantuan Barangan Dapur RM300 Untuk Semua Isi Rumah Bermula Julai 2022 Untuk makluman semua pada tahun 2022 terdapat pelbagai bantuan kemudahan dan Inisiatif yang boleh anda dapatkan disediakan oleh Pihak Kerajaa...
Court Orders Naza Wheels To Pay Damages Over Breach Of Contract

Private Jet Photo Ignites New Storm In Sabah

Precious Metal Recycling Malaysia A Smarter Way To Reduce Waste And Recover Value

Tunm To Pmx No Harm Stepping Down Due To Public Pressure Both Boris Johnson Sheikh Hasina Did So

Level Up Your Wardrobe With Geeksoutfit Com The Ultimate Destination For Geek Nerd Shirts

Saat Berita Duka Menyentuh Jiwa

Rasa Tidak Puas Hati Ke Atas Windows Antara Sebab Populariti Linux Meningkat

Usik Bawa Lari Bola Pm Anwar Sempat Bergurau Dengan Kanak Kanak Di Surau


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Belajar Menerima Pandangan Mereka

Umno Pahang Desak Prosiding Kes Perlaksanaan Titah Adendum Terhadap Najib Dijalankan Segera Secara Tertib

Jerebu Di Malaysia 2025 Status Terkini Dan Panduan Tindakan

Isnin Atau Selasa Ini Rakyat Bakal Terima Penghargaan Istimewa Pm Anwar Beri Bayangan

Remaja Dicekup Menyamar Polis Tahan Gadis Tengah Malam

Erika Carl Hamil 9 Bulan 6 Hal Mengejutkan Yang Baru Ia Ungkap Ke Publik