Kempen Ayambersamamu Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Kampung Orang Asli Kangkar Senanga Johor



Kempen #AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli dengan Makanan Berkhasiat . Ayam Brand & JAKOA Bantu Komuniti di Kampung Orang Asli Kangkar Senanga, Johor– Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID-19.
 

Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia (JAKOA) sedang bekerjasama dengan Ayam Brand™ bagi membawa kempen kebajikan komuniti viral #AyamBersamaMu ke komuniti Orang Asli di Johor.
 

The Director General of JAKOA, Prof Dr Juli Edo (centre) togather with the Orang Asli communities in Kampung Orang Asli Kangkar Senanga, Johor


Pantri komuniti #AyamBersamaMu kini berdiri dengan sendiri di 13 lokasi di seluruh negara dengan kerjasama komuniti yang menyumbangkan dan mengambil keperluan harian seperti makanan, bagi membantu mereka yang memerlukan, dan disokong oleh sumbangan produk dari Ayam Brand, Mission Foods dan Alce Nero, antara yang terlibat.

Versi kempen kebajikan komuniti tersebut yang diubahsuai kini sedang dilancarkan di Kampung Kangkar Senanga dengan bekalan produk Ayam Brand dan Alce Nero untuk sebulan bagi kegunaan 22 keluarga Orang Asli.
Ketua Pengarah JAKOA, Prof Dr Juli Edo berkata kempen #AyamBersamaMu diperlukan sebagai sokongan dalam bentuk nyata dan psikologi bagi komuniti Orang Asli menerusi sumbangan makanan keperluan dalam tempoh sukar ini.
 

Villagers (right) in Kampung Orang Asli Kangkar Senanga receiving 1 month canned food supply from Ayam Brand


“Pakej rangsangan yang disediakan untuk Orang Asli telah membantu banyak komuniti tetapi mereka masih menghadapi cabaran ekonomi, khususnya dalam menyara hidup keluarga. Kempen #AyamBersamaMu ini merupakan bantuan yang positif dan tepat pada masanya bagi komuniti Orang Asli, dan menjadi peringatan buat mereka bahawa mereka tidak keseorangan. Ada organisasi dan individu yang prihatin akan nasib mereka. Ucapan terima kasih kami buat Ayam Brand dan Alce Nero di atas kemurahan hati syarikat-syarikat ini menyumbangkan produk makanan sihat berkualiti premium,” kata Prof Dr Juli Edo.

 

Oleh kerana komuniti-komuniti ini tinggal jauh di pedalaman, JAKOA akan mengendalikan sokongan logistik dan menyelaraskan tugas dengan En Lim Bin Ab Rahman dan orang tua-tua di kampung dalam mengedarkan sekotak 27 produk kepada ketua-ketua keluarga dalam setiap komuniti, dan pada masa yang sama mengamalkan penjarakan sosial.

 

JAKOA picking up the Ayam Brand products from Ayam Brand office


“Komuniti-komuniti ini amat terjejas di segi ekonomi, dan sumbangan barangan makanan yang tahan lama merupakan penghubung nyawa yang penting. Kami berharap lebih banyak organisasi akan menyertai kempen #AyamBersamaMu atau memulakan usaha kebajikan sendiri,” tambah beliau.

 

Menerusi program Tanggungjawab Sosial Korporatnya yang telah berjalan sekian lama, Ayam Brand™ telah menyumbang lebih 2 juta makanan berkhasiat kepada pertubuhan amal dan menyediakan makanan berkhasiat untuk lebih 21,800 orang dari 524 organisasi dan NGO amal sejak 13 tahun lalu.

 

Kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu turut memberi sokongan kepada petugas barisan hadapan di Hospital Sungai Buloh, golongan gelandangan, golongan OKU, anak yatim, ibu tunggal dan orang tua sejak wabak Covid-19 melanda Malaysia. Dianggarkan 20,000 produk Ayam Brand telah diedarkan setakat ini.

 

“Kami telah menyantuni pelbagai komuniti, terutama mereka yang memerlukan menerusi kempen kebajikan komuniti ini, dan and berpuas hati bekerja dengan JAKOA bagi membantu komuniti Orang Asli. Produk-produk kami sarat dengan zat makanan dan rendah kandungan gula dan garam, menjadikannya sesuai untuk pemakanan Orang Asli. Kami mengubah suai konsep pantri komuniti kerana kekurangan penderma disebabkan lokasi yang terpencil. Kami mengalu-alukan jenama lain untuk turut serta dalam membantu komuniti ini. Kesimpulan daripada kempen #AyamBersamaMu ini adalah kita mampu bantu-membantu sebagai satu komuniti,” kata Pengurus Pemasaran Ayam Brand Malaysia, Cik Teoh Wei Ling.

 

Kempen #AyamBersamaMu ini umpama pucuk dicita ulam mendatang bagi penduduk Kampung Orang Asli Kangkar Senanga di Johor.

 

“Waktu ini merupakan tempoh sukar bagi kami kerana aktiviti ekonomi di kawasan kami telah berkurangan dan peluang tidak banyak. Sumbangan oleh Ayam Brand dan JAKOA ini meringankan kesusahan kami dalam menyara keluarga. Kami amat menghargai rasa timbang rasa dan kuantiti produk berkualiti yang disumbangkan. Ini mampu memastikan kesemua 22 keluarga di sini cukup makan untuk sekurang-kurangnya sebulan. Kami belum pernah mencuba tuna, saba atau pasta jadi ini juga merupakan pengalaman baru buat kami!” terang En Lim Bin Ab Rahman.

 

Seorang penduduk kampung, menganggap sumbangan yang diberi ini sebagai durian runtuh yang amat dialu-alukan oleh komuniti Orang Asli Kangkar Senanga.

 

The kids in Kampung Orang Asli Kangkar Senanga received the pasta products from Alce Nero


“Kami semua kenal jenama Ayam Brand, tetapi ia kami anggap mewah dan hanya untuk majlis istimewa. Dan kini kami ada cukup untuk sebulan. Malah kami tidak perlukan alat pembuka tin untuk menikmati tuna, saba, kacang panggang dan santan ini. Kami berasa seolah-olah seluruh rakyat Malaysia bersama kami di dalam kempen #AyamBersamaMu ini,” kata penduduk kampung.

 

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai kempen kebajikan komuniti #AyamBersamaMu, layari https://www.ayambrand.com.my. 

 





Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://inilahrealitibukanfantasi.blogspot.com/2020/08/kempen-ayambersamamu-ayam-brand-jakoa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Empat Negeri

Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat Ayam Brand Jakoa Bantu Komuniti Di Empat Negeri

papar berkaitan - pada 8/8/2020 - jumlah : 515 hits
Kuala Lumpur 07 Ogos 2020 Komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian akibat kurangnya peluang ekonomi ekoran wabak COVID 19 Jabatan Kemajuan Orang Asli Malaysia sedang bekerjasama dengan Ayam Brand bagi membawa kempen kebajikan komun...
Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat

Kempen Ayambersamamu Menyokong Orang Asli Dengan Makanan Berkhasiat

papar berkaitan - pada 4/8/2020 - jumlah : 301 hits
Kempen AyamBersamaMu Menyokong Orang Asli Betapa sedihnya ciktom bila mendapat tahu yang komuniti Orang Asli turut terjejas mata pencarian
Resepi Sandwich Tuna Chili Saba Ayam Brand

Resepi Sandwich Tuna Chili Saba Ayam Brand

papar berkaitan - pada 7/8/2020 - jumlah : 655 hits
Sesekali sarapan kita bersandwich kan apa salahnya Kebetulan Tuna Chili Saba Ayam Brand ada lagi jadi kita buat sandwich pulak Resepi Menu sarapan yang simple dan kenyang The post appeared first on
Seronok Ternak Ayam Kampung

Seronok Ternak Ayam Kampung

papar berkaitan - pada 10/8/2020 - jumlah : 486 hits
Ahmad Rabiul ZulkifliBIARPUN memiliki Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Projek daripada Universiti Malaysia Pahang seorang pemuda nekad menceburi bidang penternakan ayam kampung di kawasan rumahnya di Kampung Tanggol Kuala Berang Inisiatif pem...
Resepi Berpantang Yang Mudah Lauk Pindang Ayam Kampung

Resepi Berpantang Yang Mudah Lauk Pindang Ayam Kampung

papar berkaitan - pada 12/8/2020 - jumlah : 632 hits
Kali ni Seri Wangi nak share resepi lauk orang dalam pantang untuk ibu ibu muda yang sedang berpantang Seri Wangi tau zaman sekarang kebanyakan ibu ibu muda ramai yang bekerja dan ada yang terpaksa berpantang sendiri sebab tiada orang tua y...
Pasangan Ingin Bernikah Di Johor Boleh Dapatkan Pengesahan Status Daripada Penghulu Ketua Kampung

Pasangan Ingin Bernikah Di Johor Boleh Dapatkan Pengesahan Status Daripada Penghulu Ketua Kampung

papar berkaitan - pada 23/7/2020 - jumlah : 238 hits
JOHOR BAHRU 22 Julai Pasangan beragama Islam yang ingin bernikah di Johor boleh mendapatkan pengesahan akuan status diri bujang daripada penghulu mukim dan ketua kampung berkuat kuasa serta merta Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam...
Persediaan Balik Kampung

Persediaan Balik Kampung

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 463 hits
InsyaAllah pada 31 Julai 2020 ini kita semua akan menyambut Hari Raya Aidil Adha Sudah pasti ramai dikalangan kita akan pulang ke kampung untuk berhari raya dengan keluarga tersayang Iyolah kan Masa Raya Puasa tempohari tak boleh balik kamp...
Tawuran Antara Kampung Remaja 16 Tahun Di Depok Kena Bacok

Tawuran Antara Kampung Remaja 16 Tahun Di Depok Kena Bacok

papar berkaitan - pada 29/7/2020 - jumlah : 218 hits
Polisi langsung melakukan pengejaran Dari peristiwa tawuran tersebut pihaknya berhasil mengamankan sejumlah remaja
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Skill Up Steam Curator


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Suriname Negara Pelbagai Kaum

Wayang Isu Pembinaan Kb Sentral

Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord