Kemenangan Yang Pahit Di Sabah



KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri Sabah pada Sabtu lalu sangat signifikan untuk menjadi indikator kepada senario politik Malaysia pada masa depan.

Dengan keputusan tipis semalam yang menyaksikan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) hanya mengumpul 38 kerusi (berbanding 37 kerusi yang diperlukan untuk majoriti mudah), ia menggambarkan betapa ‘cairnya’ politik Malaysia ketika ini.

Ini kerana senario menang tipis di Sabah sebenarnya tidak jauh berbeza dengan apa yang dilalui kerajaan Pusat ditunjangi gabungan PN yang cuma memiliki 113 kerusi Parlimen (daripada keseluruhan 222 kerusi di Dewan Rakyat) manakala Pakatan Harapan mengejar rapat dengan 109 kerusi.

Jika diteliti dengan lebih mendalam sejak Pilihan Raya Umum ke-14 pada tahun 2018, hakikatnya tiada sebuah parti paling menonjol dan berkuasa di Malaysia.

Dalam erti kata mudah, era emas UMNO dan Barisan Nasional (BN) menjadi payung besar kepada berbelas-belas parti menerusi panji BN telah pun berakhir.

Semua parti ketika ini terpaksa menerima hakikat bahawa mereka perlu bergantung dan berkongsi kuasa antara satu sama lain untuk menjadi kerajaan.

Malah, lebih pahit sebenarnya di Sabah, apa yang dimandatkan rakyat Negeri Di Bawah Bayu pada PRU2018 dan pada PRN2020 sebenarnya tidak banyak berbeza.

Pada PRU2018, BN mendapat 29 kerusi, Warisan 29 kerusi dan STAR dua kerusi sebelum Warisan berjaya memujuk ADUN BN melompat parti.

Justeru, dengan gelora politik Malaysia, termasuk di Sabah, apabila kerajaan dibentuk dengan perbezaan dua atau tiga kerusi, ia bagaikan bergantung pada tali yang sangat halus.

Sebarang pertikaian sesama rakan gabungan sebagai contoh isu calon Ketua Menteri atau jika ada berlakunya aktiviti ‘beli-belah’ Yang Berhormat, bila-bila masa sahaja perkongsian kuasa antara rakan gabungan boleh terbubar.

Majoriti kecil

Namun begitu, bagi Timbalan Pengarah Institut Kajian Etnik (Kita), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Dr Kartini Aboo Talib, majoriti dua atau tiga kerusi sudah cukup memadai untuk Gagasan Rakyat Sabah (GRS) membentuk pimpinan kerajaan negeri.

Prinsipnya mudah bagi Kartini. Kemenangan sebuah parti itu, katanya, bukan diukur melalui berapa jumlah sebuah parti itu memenangi kerusi dipertandingkan tetapi jumlah kerusi melalui gabungan parti iaitu GRS yang kini memiliki 41 kerusi (selepas disokong tiga ADUN Bebas) berbanding Warisan Plus dengan 32 kerusi.

“Sekarang ini kalau kita lihat banyak negara di dunia, memang berlaku pola dan trend bahawa tidak ada parti yang mendapat majoriti dua pertiga. Ini memberikan ruang kepada calon bebas, parti kecil untuk sama-sama membentuk kerajaan.

“Di Australia, trend itu sudah berlaku sejak lebih 10 tahun dahulu. Begitu juga dengan Belgium. Kalau kita lihat di Malaysia, pembentukan gabungan parti-parti kecil membentuk satu payung yang besar telah bermula sejak Perikatan dan disusuli dengan BN, PH serta seterusnya PN,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Jelas Kartini, trend permuafakatan itu sudah berlaku sejak tahun 1960 selepas Arend Lijphart, seorang pakar sains politik, memperkenalkan idea permuafakatan di Eropah kerana pada ketika itu parti politik di sana bukan sahaja berdepan dengan isu persoalan, malah perbezaan ideologi serta politik untuk membentuk kerajaan.

Tegas Kartini, idea permuafakatan itu menjadi jalan penyelesaian bagi menggabungkan parti-parti yang kecil dan trend itu diguna pakai sehingga ke hari ini termasuklah di Sabah dan di Malaysia.

“Idea ini juga masih lagi kukuh. Kalau satu ketika dahulu, kita boleh nampak ada parti yang memenangi dua pertiga tetapi pada kali ini sama seperti yang pernah dilalui oleh Arend Lijphart, tiada parti yang cukup besar menguasai dua pertiga. Yang wujud ialah gabungan beberapa parti kecil membentuk sebuah permuafakatan,” katanya.

Biarpun begitu, landskap politik negara melalui permuafakatan parti politik itu belum cukup matang kerana pada hakikatnya bila-bila masa sahaja senario itu akan berubah. Hari ini ahli Parlimen sokong kerajaan Pusat, esok lusa menyokong parti lawan pula.

Situasi ini juga boleh berlaku di Sabah kerana sehingga jam 10 malam tadi kemelut pemilihan Ketua Menteri masih bertemu penyelesaian. Ia melibatkan dua nama iaitu antara Pengerusi BN Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin dan Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor.

Malah lebih mengejutkan, tersebar khabar angin kononnya PBS yang memenangi tujuh kerusi akan menjadi king maker dengan memberi sokongan kepada Warisan Plus susulan tiada kelibat pemimpin parti tersebut ketika mesyuarat pemilihan Ketua Menteri pagi semalam. Bagaimanapun, PBS menafikan spekulasi itu, malah mengakui bersedia untuk memberi sokongan kepada mana-mana Ketua Menteri baik daripada BN atau Bersatu.

Kuasa mutlak

“Bila tidak ada satu kuasa mutlak, masing-masing mula memberikan tawaran masing-masing. Parti yang kecil sekalipun merasakan mempunyai peranan dan juga memberikan maksud dan makna ke atas kedudukan seperti itu.

“Keadaan yang tidak stabil sebenarnya memudahkan blok-blok tertentu merasakan mereka itu penting dan signifikan. Dalam konteks penubuhan kerajaan Sabah, PBS merupakan king maker. Kalau PBS tarik diri, memang susah GRS hendak membentuk kerajaan dan Warisan Plus merasakan PBS yang paling mudah didekati sebagai parti lokal berbanding PN ataupun BN,” akui Pensyarah Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia, Profesor Dr Sivamurugan Pandian.

Malah, tegasnya, keadaan sedemikian akan berterusan jika parti dalam GRS tidak menunjukkan kematangan dalam memastikan kestabilan blok baharu itu.

“Kalau dulu, apabila BN menguasai secara mutlak, dengan sendirinya kita tahu siapa calon Ketua Menteri. Sama juga dengan kerajaan Persekutuan. Perdana Menteri kita tahu siapa dia walaupun tidak bertulis tetapi ada konsensus sesama mereka. Tetapi di Sabah, dilemanya masing-masing merasakan mereka mahu jawatan tersebut.

“Jadi saya rasakan di sinilah kita akan melihat kematangan berpolitik siapa yang bersedia berkompromi atau siapa yang bersedia untuk berkorban jika benar-benar mahu mempertahankan kestabilan.

“Jika tidak, keadaan ini akan berterusan apatah lagi Warisan Plus merasakan mereka boleh menggugat dan memerintah semula jika wujud peluang melakukan rundingan terutamanya melibatkan parti PBS,” katanya.

#Sumber :  SH  

MR :  Kemenangan kecil pun jika berbakti pada rakyat besar maknanya berbanding kemenangan besar tapi menyiksa rakyat  


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/09/kemenangan-yang-pahit-di-sabah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pengajaran Pahit Dari Sabah Satu Bacaan Gramsci

Pengajaran Pahit Dari Sabah Satu Bacaan Gramsci

papar berkaitan - pada 3/10/2020 - jumlah : 141 hits
Pada 3 Oktober 2020Oleh Howard Lee Sono pessimista con l intelligenza ma ottimista per la volont Saya seorang pesimis dek kerana kebijakan tetapi optimis kerana kemahuan Ini adalah ungkapan tulisan Antonio Gramsci seorang falsafah sosialis ...
Prn Sabah Kemenangan Luar Jangkaan Grs

Prn Sabah Kemenangan Luar Jangkaan Grs

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 231 hits
SHAH ALAM Kemenangan majoriti mudah Gabungan Rakyat Sabah yang dianggotai Barisan Nasional Perikatan Nasional Parti Solidariti Tanah Airku dan Parti Bersatu Sabah pada Pilihan Raya Negeri Sabah semalam merupakan satu kemenangan luar jangkaa...
Kemenangan Di Sabah Perkukuh Kedudukan Muhyiddin

Kemenangan Di Sabah Perkukuh Kedudukan Muhyiddin

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 224 hits
SEMPORNA Perdana Menteri Muhyiddin Yassin yang berdepan cabaran terhadap kepimpinannya lulus ujian politik terbesar sejak mengambil alih kerajaan dengan kemenangan tipis dalam pilihan raya negeri Sabah sekali gus membantu memperkukuh kedudu...
Pilihan Raya Negeri Sabah Tiada Kemenangan Mutlak Warisan Adalah Pemenang Terbanyak

Pilihan Raya Negeri Sabah Tiada Kemenangan Mutlak Warisan Adalah Pemenang Terbanyak

papar berkaitan - pada 27/9/2020 - jumlah : 258 hits
nbsp KOTA KINABALU Keputusan Pilihan Raya Negeri Sabah menyaksikan tiada parti yang mendapat kemenangan mutlak untuk membentuk kerajaan negeri Walaupun Gabungan Rakyat Sabah mengumumkan kemenangan dengan majoriti mudah 38 kerusi namun GRS
Sabah 2020 Candidates Still Going Door To Door

Sabah 2020 Candidates Still Going Door To Door

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 232 hits
Independent Api Api candidate Ng Chun Sua handing out brochures at Gaya Street Sunday Market in Kota Kinabalu on Sunday NSTP ASWADI ALIASKUALA LUMPUR The implementation of new norms as a response to mitigate the risk of Covid 19 transmissio...
Prn Sabah Individu Positif Covid 19 Tidak Dibenarkan Mengundi

Prn Sabah Individu Positif Covid 19 Tidak Dibenarkan Mengundi

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 289 hits
M Update 22 9 2020 Pesakit Covid 19 yang menerima rawatan di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri Sabah Sabtu ini Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata namun tiga kategori lain pengundi dibenarka...
Pdrm Pantau Warga Dua Kerakyatan Mengundi Prn Sabah Kpn

Pdrm Pantau Warga Dua Kerakyatan Mengundi Prn Sabah Kpn

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 253 hits
M Update 22 9 2020 Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador berkata berdasarkan risikan polis kumpulan itu sebelum ini pulang ke negara asal tetapi akan kembali ke Sabah untuk mengundi Beliau berkata Polis Diraja Malaysia tidak sesekali...
Perlekeh Atm Dan Pdrm Berperang Dengan Ayam Dan Anjing Calon Warisan Prn Sabah Undur Diri

Perlekeh Atm Dan Pdrm Berperang Dengan Ayam Dan Anjing Calon Warisan Prn Sabah Undur Diri

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 467 hits
Kita harap calon Warisan ini meletakkan jawatan dan undur diri daripada bertanding di PRN Sabah Minta Maaf sahaja tidak cukup lebih lebih lagi apabila Angkatan Tentera Malaysia membuat kenyataan amat terkesan dengan kenyataannya yang mengai...
Prn Sabah Benarkan Rakyat Sabah Yang Dikuarantin Guna Undi Pos

Prn Sabah Benarkan Rakyat Sabah Yang Dikuarantin Guna Undi Pos

papar berkaitan - pada 22/9/2020 - jumlah : 239 hits
Tujuh calon KEADILAN meluahkan rasa kesal terhadap situasi yang dihadapi 270 pegawai dan anggota polis di Sabah apabila tidak dapat mengundi awal untuk Pilihan Raya Negeri Sabah kerana masih dikuarantin Mereka berpandangan setiap rakyat mem...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi


echo '';
Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi


Tidur Di Masjid Istimewa Pas Menjelas Kehidupan Saranan

178 House A Contemporary Architectural Marvel In Jalisco Mexico

18 Indonesian Cops Held For Alleged Extortion Of Malaysians At Concert

Jkr To Repair Four Sinkholes On Lojing Gua Musang Road

Umno Ns Harap Bahagi Kerusi Dun Sama Rata Untuk Pru

Myplayvip