Pengajaran Pahit Dari Sabah Satu Bacaan Gramsci


 
Pada 3 Oktober 2020oleh Howard LeeOleh Howard Lee
(Ketua DAPSY Kebangsaan dan Adun Pasir Pinji)
“Sono pessimista con l’intelligenza, ma ottimista per la volontà.”
“Saya seorang pesimis dek kerana kebijakan, tetapi optimis kerana kemahuan.” 
Ini adalah ungkapan tulisan Antonio Gramsci, seorang falsafah sosialis Itali, yang dipenjarakan oleh rejim fasis ketika itu. Kata-kata ini tertulis dalam ‘buku nota penjara’ miliknya saat beliau merenung keadaan dirinya yang ketiadaan harapan.
Kerana cuba mengubati melalui tindakan politik akan dunia fasis yang pada pandangannya akan menjerumus pada kehancuran, beliau dikurung lima tahun lamanya agar ‘otaknya berhenti berfungsi’, dan dipenjara 20 tahun di mana kesihatannya yang sudah uzur makin terjejas.
Gramsci menganjurkan dari sudut pandangnya, bahawa menilai dengan hanya kebijakan dan pemikiran tentang keadaan masyarakat, akan hanya berkesudahan dengan prognosis yang bernada pesimis.
Namun dalam situasi paling malap sekalipun, masih ada harapan. Dinamisme dan turun naik masyarakat dan fitrah manusia mewujudkan ruang untuk campur tangan massa. Kemahuan dan tindakan orang ramai boleh digembleng untuk melaksanakan campur tangan massa, yang menjadi sumber optimisme Gramsci.
Di negara kita, keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah menghampakan ramai antara kita, termasuk mereka yang bukan rakyat Sabah (baca: Malaya). Apa yang pada awalnya akan menjadi batu loncatan untuk pergerakan besar dengan tujuan murni buat Malaysia telah dicantas sebelum ianya bermula. Adakah ruang untuk optimisme kemahuan ala Gramsci dalam perjuangan demokrasi Malaysia selepas ini? Ramai, terutamanya dari kelompok intelek yang pesimis dengan bersebab.
Sesetengah dari mereka yang mengkhianati pengundi dalam pilihan raya lalu dengan melompat, lantaran menjadi punca Kerajaan Negeri Sabah Warisan Plus hampir tumbang, kini kembali diundi. Adakah ketiadaan harapan satu-satunya diagnosis yang mungkin untuk keadaan demokrasi negara kita? Kita tertanya-tanya apakah gunanya mengundi dalam pilihan raya, jika “sogokan melompat” yang dirangka secara sistematik dan strategik oleh gunting dalam lipatan menjadi sebab kejatuhan kerajaan Persekutuan dan negeri.
Untuk minggu mendatang, kemelut kuasa di kalangan mereka di bawah yang tersisih daripada penaung kuasa akan timbul. Analisa dan telahan akan mendominasi portal dan media sosial untuk berminggu lamanya. Saling menuding jari dan ungkapan “saya dah cakap” akan muncul dari segenap penjuru. Kebanyakannya akan tersasar dari perkara pokok.
Pemantauan saya membawa kepada kesimpulan berikut. Keputusan yang terhasil menunjukkan bahawa melakukan perkara baik dan betul untuk pengundi menghasilkan kemenangan buat kita dalam beberapa pertempuran, tetapi melakukan perkara taktikal secara tuntas membuatkan pihak sana yang menang perang. Taktik yang dijana oleh kemahuan untuk kejayaan, sedang perjuangan kita untuk tanah air yang lebih baik bertunjang pada nilai dan idea.
Rakyat Malaysia yang mencintai demokrasi mempunyai jangkaan tinggi untuk PRN Sabah. Ia bukan sahaja tentang masa depan Sabah, tetapi juga dorongan untuk lanskap politik kebangsaan. Ia juga titik tumpu dan petunjuk masih ada atau tidak harapan untuk membetulkan kepincangan demokrasi yang berterusan sejak tercetusnya Langkah Sheraton.
Ramai yang melihat Sabah sebagai benteng terakhir Harapan Malaysia untuk mengangkat kembali demokrasi. Ia sepatutnya menjadi momen dimana kuasa kebaikan, si lemah yang terkepung bangkit kembali untuk beroleh kemenangan dalam perjuangan menentang kuasa kejahatan.
Mesej teras dan pokok tentang Perpaduan yang mewarnai kempen PRN Sabah menguasai imaginasi kebanyakan rakyat Malaysia. Ia kena pada selera kebanyakan rakyat Malaysia yang menagihkan pedoman perpaduan merentas kaum. Apatah lagi, ia datang dari pemimpin yang sedang membida jawatan tertinggi untuk dipertaruhkan. Jika gagal beroleh kemenangan di peringkat negeri, adakah berbaloi untuk menimbangkan pendakian ke peringkat kebangsaan?
Pepatah oleh ahli falsafah Jerman, Friedrich Nietzsche yang selalu diungkap dan dipopularkan antaranya oleh Kelly Clarkson, Kanye West dan Batman iaitu “apa yang tidak membunuh anda akan menjadikan anda lebih kuat” kini lebih relevan untuk rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi.
Tetapi sekarang bukan masanya untuk kita mengalah atau berundur, walaupun semuanya tampak sukar dan sangat pesimis buat demokrasi kita. Lantaran satu lagi pepatah muncul; bila kita jatuh, langkah seterusnya adalah untuk bangun kembali. Seorang falsafah Cina pernah berpesan’ “Kejayaan terhebat kita bukanlah tidak pernah jatuh tetapi kembali bangkit setiap kali kita jatuh.”
Mungkin Perpaduan, atau Pisompuruan dalam bahasa Kadazan, atau Pasisimpungan dalam Murut adalah idea bernas yang belum tiba, tetapi tiada nilai pesimisme intelek boleh menafikan tempatnya dalam identiti kebangsaan, kerana membina negara adalah satu perjuangan dan usaha yang tiada sudahnya. Biar bagaimana pendek pun jangka hayatnya, kemenangan 9 Mei 2018 adalah sesuatu yang di luar jangkaan, hasil dari kegigihan kemahuan optimis rakyat Malaysia.
Kita harus memastikan bahawa kemahuan optimis kita kekal subur dan tidak dicantas oleh pesimisme intelek sendiri. Seterusnya, kita hendaklah menyeru sepenuh kekuatan dari cabaran lalu dan kini, untuk terus mara ke hadapan. 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/10/pengajaran-pahit-dari-sabah-satu-bacaan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemenangan Yang Pahit Di Sabah

Kemenangan Yang Pahit Di Sabah

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 221 hits
KEPUTUSAN Pilihan Raya Negeri Sabah pada Sabtu lalu sangat signifikan untuk menjadi indikator kepada senario politik Malaysia pada masa depan Dengan keputusan tipis semalam yang menyaksikan Barisan Nasional Perikatan Nasional dan Parti Bers...
Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

Covid 19 Malaysia Catat 57 Kes Baharu Satu Lagi Kluster Di Kesan Di Sabah Hari Ini

papar berkaitan - pada 21/9/2020 - jumlah : 362 hits
KUALA LUMPUR Kes baharu COVID 19 hari ini mencatat sedikit peningkatan kepada 57 kes berbanding 52 semalam dengan 51 jangkitan tempatan dan enam kes import Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Sabah kekal sebagai...
Sabah 2020 1 088 711 Eligible Voters To Cast Ballots On Saturday

Sabah 2020 1 088 711 Eligible Voters To Cast Ballots On Saturday

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 303 hits
A total of 1 088 711 of the 1 103 646 normal voters are eligible to vote in the 16th Sabah state election on Saturday NSTP File picKOTA KINABALU A total of 1 088 711 of the 1 103 646 normal voters are eligible to vote in the 16th Sabah stat...
Met Dept Wet Spell Expected In Sandakan Kudat And West Coast Districts On Sabah S Polling Day

Met Dept Wet Spell Expected In Sandakan Kudat And West Coast Districts On Sabah S Polling Day

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 297 hits
KOTA KINABALU Voters in Sabah s west coast the interior division Sandakan and Kudat districts may want to bring along an umbrella when they go out to cast their ballots for the state s 16th election on Saturday State Meteorological Departme...
Nga Nightmare If Bung Becomes Sabah Chief Minister

Nga Nightmare If Bung Becomes Sabah Chief Minister

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 220 hits
SABAH POLLS DAP Teluk Intan MP Nga Kor Ming has urged Sabahans to vote for Warisan Plus to prevent Sabah BN chief Bung Moktar Radin and former state minister Musa Aman from becoming their chief minister and governor respectively The elders ...
Peraturan Baharu Untuk Pelawat Dari Sabah Labuan Ke Sarawak

Peraturan Baharu Untuk Pelawat Dari Sabah Labuan Ke Sarawak

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 221 hits
Semua pelawat yang ingin memasuki Sarawak dari Sabah dan Labuan perlu memohon untuk memasuki negeri ini menggunakan aplikasi telefon pintar EnterSarawak dan melampirkan keputusan saringan Reverse Transcript Polymerase Chain Reaction sebelum...
Jagung Rebus Ala Pasar Malam

A Trip In Time The Cichlid Hunters Of Caquet Practical Fishkeeping

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Jika Semua Peniaga Burger Tepi Jalan Bergabung Saiznya Jauh Lebih Besar Dari Mcdonald

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin

Ibu Neelofa Dedah Hidap Kanser Anak Anak Amp Suami Menangis Dapat Tahu