Prn Sabah Individu Positif Covid 19 Tidak Dibenarkan Mengundi
M Update, 22/9/2020 – Pesakit Covid-19 yang menerima rawatan di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, Sabtu ini.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, namun tiga kategori lain pengundi dibenarkan dengan prosedur yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
“Terdapat empat kategori pengundi, yang pertama ialah pengundi biasa. Mereka ini perlu hadir pada waktu ditetapkan dan melaksanakan prosedur operasi standard (SOP) antaranya beratur mengikut jarak ditetapkan.
“Kita menggalakkan pengundi keluar mengundi pada waktu yang ditetapkan namun jangan salah faham, jika ada pengundi yang tidak boleh datang pada waktu ditetapkan, mereka boleh datang pada waktu lain dan dibenarkan mengundi, kita hanya menggalakkan bagi mengurangkan kesesakan,” katanya pada sidang media, hari ini.
Beliau berkata, kategori kedua ialah mereka yang bergejala, mereka ini perlu terus ke tempat mengundi dan akan dibawa ke tempat pengundian khas yang disediakan.
“Kategori ketiga pula ialah mereka yang masih dikuarantin, mereka ini dibenarkan mengundi tetapi mesti membuat permohonan kepada Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) supaya dapat ditentukan masa untuk mereka dibawa keluar.
“Kategori keempat pula ialah individu yang positif Covid-19 dan dirawat di hospital tidak dibenarkan keluar mengundi,” katanya.
Mengulas berhubung SOP ketika berkempen, Ismail Sabri berkata, bagi kempen rumah ke rumah hanya satu atau dua individu saja dibenarkan masuk ke dalam rumah berkenaan.
“Begitu juga kempen menerusi ceramah, SPR mencadangkan tidak lebih 30 individu ketika ceramah dilakukan. Sewaktu berkempen, SOP asas perlu dilaksanakan iaitu memakai pelitup muka, menggunakan cecair nyahkuman dan menjaga jarak fizikal,” katanya. – HM Online
The post PRN Sabah: Individu Positif Covid-19 Tidak Dibenarkan Mengundi appeared first on M-Update.
source : M-Update
Booking Bilik Hotel Dengan Harga Yang 23% Lebih Rendah
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://encikpenyu.blogspot.com/2020/09/prn-sabah-individu-positif-covid-19.html