Kemelut Sudah Tamat Jangan Ganggu Muhyiddin


ULASAN

Lambaian seorang PM daripada Muhyiddin. Foto AFP.JAM 10:30 pagi ini Muhyiddin Yassin dijangka akan menghadap Yang Dipertuan Agong, Al Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk mengangkat sumpah sebagai perdana menteri ke-8.

Petang semalam Dato' Bijaya Sura Pengelola Istana telah mengeluarkan kenyataan memaklumkan ahli parlimen Pagoh itu mendapat kepercayaan 114 ahli parlimen yang dibuat menerusi SD, dan jumlah itu menyakinkan Yang diPertuan Agong untuk memberi surat perlatikan sebagai PM kepadanya.

Walaupun angka itu dipersoalkan oleh Pakatan Harapan (PH), namun ia tidak mungkin akan dilayan oleh Agong. Apa dirancangkan diduga tetap akan dilangsungkan mengikut jadual. Berdasarkan perubahan yang berlaku di Johor, walaupun angka kumpulan baru yang membentuk kerajaan baru Johor itu dipertikaikan, tetap ia tidak dilayan oleh Istana Johor, dan hal itu juga terpakai di Kuala Lumpur ini.

Di Johor Pakatan Harapan (PH) cuba mempertikaikan yang mereka memiliki kelebihan suara (majoriti), dan ingin kemukakan semula angka itu kepada Sultan, tetapi ia tidak dilayan. Suka atau tidak perlu diterima hakikat kerajaan negeri Johor adalah kerajaan baru.

Berakhir.
Krisis dan pergolakan politik yang melanda negara selama tujuh hari bermula 23 Februari berakhir 29 Februari boleh dianggap sudah berakhir walaupun ia masih ada hal-hal yang boleh dipertikaikan dan munasabah untuk dipersoalkan. Pengesahan pengakhiran kemelut itu adalah jam 10:30 nanti apabila Muhyiddin selesai mengangkat sumpah.

Sama ada PH berpuas hati atau tidak, ia boleh dilakukan kemudian. Parlimen masih ada dan ia merupakan forum dan medan terbaik untuk dibawa apa-apa yang tidak memuaskan itu untuk diadili. Dalam sistem demokrasi mahkamah keadilannya di parlimen bukan di Istana.

Mungkin kalau Agong tidak melayan tuntutan PH dengan meneruskan majlis angkat sumpah, mungkin kerana baginda mahu membiarkan ia dibawa ke parlimen kerana di situ nanti semua orang dapat lihat dan saksi dengan kepala mata sendiri, dan tidak timbul keraguan lagi.

Malam tadi PH mendakwa mereka juga memperolehi majoriti mudah memiliki 114 suara yang menyokong. Dr Mahathir akan membawa perkara itu kepada Agong pagi ini.

Saya yakin dan percaya Istana tidak akan mempedulikan apa yang hendak dikemukakan oleh PH itu. Kenyataan dikeluarkan petang semalam masih sah. Dan sekiranya Agong memansuhkan keputusan yang sudah dibuat semalam ia menampakan ketempangan dan kecacatan Istana Negara dan ketidak sempurnaan Istana sebagai institusi keadilan.

Mengingati apa yang berlaku tujuh hari lalu tidak terbayang dan tidak sanggup dikenang kembali kerana ia menggeri dan memeritkan.. Ngeri dan gerun.  Macam mana rakyat negara ini digoncang dan dihumban dengan krisis dan pergolakan yang belum pernah berlaku selama ini. Rakyat diheret songsang untuk memenuhi kehendak amarah orang politik.

Pergolakan itu menyaksikan bagaimana persilatan dan pergocahan dalam dunia politik yang menyerlahkan berbagai rupa, ragam, menimbulkan rasa, ada yang sampai menghanyirkan keadaan.

Sudah pasti apa yang berlaku itu akan menjadi catatan sejarah. Pengajaran politik yang cukup bernilai buat generasi akan datang. Mereka akan membaca, menalaah, menyelidik dan mengenali sepak terajang politik, sebagai satu seni yang tidak mudah untuk ditafsirkan. Pergolakan dan krisis itu adalah ilmu politik yang masih belum tercatat dalam buku-buku pengetahuan politik di negara ini.

Paling utama dapat diaksikan ialah karektor dan sifat orang politik yang seakan-akan hilang perasaan peri kemanusiaan, lebur maruah dan juga harga diri. Perhatikan apa jadi saat mereka mencari dan memburu angka untuk memboleh membentuk kerajaan, ada yang sanggup melacurkan diri. Berbagai ragam yang tersaksi yang belum pernah terlihat selama ini.

Sifat munafik atau hipokrasi sangat jelas ditunjukan dalam pergolakan dan krisis berkenaan. Kerajaan PH berusia 20 bulan itu jatuh adalah kerana adanya politician munafik, rakan yang mengkhianati rakan, permainan tikam belakang, tikam depan dan juga menggunakan matlamat menghalalkan cara. Kemunafikan itu boleh disaksikan dengan jelas dan terang. Secebis keikhlasan tidak ternampak dan rakyat dijadikan alasan untuk melempiaskan nafsu.

Apa yang berlaku selama tujuh hari itu, serta rentetan-rentetan sebelum daripada itu akan dianalisa dan dikaji. Ia akan diambil pengajaran sebaiknya. Yang bijak akan menggunakannya untuk mahasabah diri sementara yang ego dan sombong akan membiarkan ia berlalu begitu sahaja.

Manakala sepanjang kewujudan kerajaan baru gabungan; Umno-Pas, sebahagian Bersatu, sesuku Keadilan dan Gabungan Parti Sarawak (GPS), akan dinilai dan dikenang sepanjang zaman. Kejadian dan peristiwa itu akan dijadikan kes study dan rujukan oleh ahli sejarah, ahli politik, pemerhati politik dan sebagainya.

Apakah apa-apa yang berlaku disepanjang tempoh itu hingga berakhir, ia benar atau tidak mengikut proses demokrasi atau tidak, akan dinilai dan dirumuskan kemudian. Cuma perlu difahami apa yang berlaku itu masih mengikut peraturan-peraturan sistem demokrasi. Soal ianya satu tindakan bertentangan dengan tatabudaya dan nilai budi manusia itu soal lain. Dalam demokrasi membenarkan demikian dan perlembagaan negara membolehkannya.

Mengenai masa depan kerajaan itu dan penerimaan ia bergantung kepada rakyat dan umum menilainya dari perspektif masing-masing. Persoalan dan tanda tanya akan tetap tumbuh dan cambah di kepala orang apakah kerajaan itu akan bertahan lama. Atau pun ia akan mengalami apa dialami sekarang ini.

Dan di sini saya tidak mahu bercakap dan membuat prediction mengenai masa depan kerajaan baru dibentuk itu, kerana apa yang berlaku itu masih menuruti lunas-lunas demokrasi yang didokong, kerajaan baru itu walaupun tidak bermoral kerana ia dibentuk para maling, tetapi semua orang perlu menghormatinya.

Berilah peluang kepada Muhyiddin untuk mengurus dan mentadbir negara tanpa menganggunya. Dan saya rasa kita bertuah kerana disepanjang tempoh perampasan kerajaan itu dan sehingga pembentukan kerajaan baru tidak ada apa-apa kejadian tidak diingini berlaku. Barang kali inilah dikatakan demokrasi Malaysia masih sihat, sekiranya darah jadi ukuran bukannya air mata kerana perampasan kerajaan itu tidak menitiskan setitik darah pun, apa yang ada hanya kebeladunan air mata sahaja. [wm.kl. 8: 21 am 01/03/2020]



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://msomelayu.blogspot.com/2020/03/kemelut-sudah-tamat-jangan-ganggu.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Henttikan Mesra Arak Jangan Ganggu Keamanan Rakyat Melalui Arak

Henttikan Mesra Arak Jangan Ganggu Keamanan Rakyat Melalui Arak

papar berkaitan - pada 24/2/2020 - jumlah : 355 hits
M sia jangan mesra arak henti insentif kepada pengilangPADA 14 Oktober 2019 akhbar The Edge Markets melaporkan saham saham dua pengilang arak terbesar di Malaysia Heineken Malaysia Bhd and Carlsberg Brewery Malaysia Bhd naik 1 24 peratus da...
Video Muhyiddin Syukur Kemelut Pm8 Berakhir

Video Muhyiddin Syukur Kemelut Pm8 Berakhir

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 372 hits
LIHAT VIDEO DI SINI KUALA LUMPUR Presiden Bersatu Tan Sri Muhyiddin Yassin melahirkan rasa syukur berakhirnya kemelut perlantikan Perdana Menteri kelapan setelah pihak Istana Negara mengesahkan beliau dipilih ke jawatan itu Beliau turut men...
Kemelut Senyum Tun M Pilih Muhyiddin Sebagai Pm Baru Pula

Kemelut Senyum Tun M Pilih Muhyiddin Sebagai Pm Baru Pula

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 426 hits
Dr Mahathir berkata beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri sekiranya namanya tidak dicalonkan untuk memegang jawatan tersebut Jika semua orang pilih Muhyiddin saya ok Tun MahathirPUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad memberi bayangan bahawa ...
Adakah Kemelut Politik Sudah Selesai Dengan Perlantikan Ts Muhyiddin Sebagai Pm Ke 8

Adakah Kemelut Politik Sudah Selesai Dengan Perlantikan Ts Muhyiddin Sebagai Pm Ke 8

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 334 hits
1 Mac 2020 di Istana Negara berlangsung Istiadat Kurnia Suratcara Perlantikan Dan Angkat Sumpah Jawatan Tan Sri Muhyiddin Yassin swbagai Perdana Menteri ke 8 DYMM SPB YDP Agong Ke XVI Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah I...
Seminggu Lagi Sebelum Tamat Penawaran Etunai Rakyat Jangan Lupa Tebus

Seminggu Lagi Sebelum Tamat Penawaran Etunai Rakyat Jangan Lupa Tebus

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 252 hits
Kerajaan telah menawarkan RM30 melalui program eTunai Rakyat kepada pengguna tempatan dalam usaha mengalakkan penggunaan dompet digital untuk transaksi nirtunai Ia telah ditawarkan sejak awal tahun ini dan program berkenaan bakal ditamatkan...
Muhyiddin Calon Pm Ke 8 Berakhirkah Kemelut Perebutan Kuasa

Muhyiddin Calon Pm Ke 8 Berakhirkah Kemelut Perebutan Kuasa

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 218 hits
Diterbitkan Hari ini 8 31 pagi BERITAULASAN Saat ini khabar angin bertiup kencang bahawa Muhyiddin Yassin akan dilantik sebagai perdana menteri ke 8 Dr Mahathir pula dikhabarkan akan dikekalkan di dalam kabinet baru sebagai menteri kanan Se...
Biodata Muhyiddin Yassin Keluarga Keturunan Ulama

Biodata Muhyiddin Yassin Keluarga Keturunan Ulama

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 1098 hits
Muhyiddin Yassin 73 tahun dipilih sebagai Perdana Menteri ke 8 Malaysia oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah selepas memperoleh kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat menggantikan Tun Mahathir Mo...
Polis Panggil Penganjur Perhimpunan Haram Bantah Muhyiddin

Polis Panggil Penganjur Perhimpunan Haram Bantah Muhyiddin

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 354 hits
KUALA LUMPUR Polis akan memanggil penganjur perhimpunan haram yang diadakan di depan pusat membeli belah di ibu negara semalam Ketua Polis Daerah Dang Wangi Mohd Fahmi Visuvanathan Abdullah berkata penganjur melanggar Akta Perhimpunan Aman ...
Muhyiddin Yassin Mula Bertugas Harini Ini Sebagai Perdana Menteri Baru

Muhyiddin Yassin Mula Bertugas Harini Ini Sebagai Perdana Menteri Baru

papar berkaitan - pada 2/3/2020 - jumlah : 601 hits
Baru baru ini Tan Sri Muhyiddin Yasin telah pun dilantik sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 8 oleh Yang di Pertuan Agong Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Angkat Sumpah Jawatan seba...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Arsenal Selesa Tewaskan Crystal Palace Kali Kedua

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Lirik Lagu Kupupu Dani Kurama

Filem Strike Silat Cult Master

Radja Apa Sih Chord

Zikir Inna Fatahna Laka Fathan Mubina Tanda Kemenangan Islam

Funtasi Land Waktu Operasi Harga Tiket Aktiviti Menarik