Ppbm Pas Sedang Bincang Krisis Politik Di Perak

PETALING JAYA: Presiden PPBM, Muhyiddin Yassin sedang berbincang  dengan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang bagi mencari penyelesaian untuk  krisis politik di Perak, kata Ketua Penerangan PPBM, Wan Saiful Wan Jan.
Katanya, mereka sedang membincangkan isu pembentukan kerajaan Perak dan calon menteri besar daripada Umno.
“Di peringkat PPBM, kita mengambil keputusan untuk merujuk kepada  Perikatan Nasional bagi langkah lanjut. Jadi, kita akan lihat  perkembangan terkini dan bincang dengan rakan-rakan kita dalam PN  dahulu.
“Bila ada keputusan yang perlu dimaklumkan, kita akan keluarkan kenyataan rasmi,” katanya kepada FMT hari ini.
   Terdahulu, Presiden Umno, Ahmad Zahid Hamidi tidak menolak  kemungkinan ia akan bergabung dengan beberapa parti lain, termasuk  Pakatan Harapan untuk menubuhkan kerajaan Perak.
Katanya, keutamaan Umno ialah mengekalkan jajaran dan kerjasama  politik terdahulu, iaitu Muafakat Nasional dan PN, tetapi apa juga  tindakan Umno mesti bertapak pada realiti.
Katanya, perbincangan antara Umno dan parti komponen PN, iaitu PPBM  dan PAS sudah dibuat pimpinan Umno Perak, manakala beliau akan  mengadakan perbincangan susulan di peringkat pusat.
Susulan itu, pemimpin PH Perak menyuarakan kesediaan bekerjasama  dengan Umno bagi membentuk kerajaan negeri yang kukuh demi kepentingan  rakyat.
 MR : PAS sepatutnya keluar daripada MN dan kuatkan PN untuk PRU-15. 
UMNO bukan rakan boleh dipercayai
Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram  https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt
 ............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected] 
  
  
  


 ©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini  untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.
			
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang : 
https://www.mindarakyat.net/2020/12/ppbm-pas-sedang-bincang-krisis-politik.html