Apa Penyelesaian Kemelut Politik Perak



Dalam perlembagaan negeri, tidak ada satu kaedah khusus untuk menentukan cara seseorang Menteri Besar hilang sokongan majoriti. Waktu DS Nizar hilang kuasa di Perak dahulu, ia diukur melalui lompatnya tiga orang ADUN, yang kemudiannya disahkan melalui pertemuan bersemuka setiap ADUN bersama Sultan Perak.

Kaedah yang biasa digunakan ialah melalui usul undi tidak percaya. Usul undi percaya sebenarnya agak ganjil, dan sepatutnya tidak perlu dibuat pun. Pihak kerajaan tidak perlu membuktikan seseorang Menteri Besar mendapat sokongan, sebab bukti sokongan hanya diperlukan ketika beliau dilantik oleh Sultan. Itu pun dibuat atas pertimbangan Sultan, bukannya melalui usul di dalam DUN

Usul undi percaya bukan sahaja tidak perlu, bahkan ia ibarat jerat yang boleh merugikan kerajaan. Ia mungkin berguna sebagai senjata untuk pembangkang yang berhasrat menguji keutuhan kerjasama parti-parti kerajaan. Jadi bila ia digunakan oleh parti kerajaan, ia ibarat senjata makan tuan

Jadi bila MB Perak kalah dalam undi percaya, maka dia dikira telah hilang sokongan. Mengikut Perlembagaan Perak dia perlu meletakkan jawatan, melainkan jika DUN dibubarkan oleh Sultan atas permintaannya. Jadi hanya ada dua pilihan: letak jawatan atau mohon bubar DUN

Persoalannya, jika dia meletakkan jawatan, adakah Sultan mesti menerima peletakan jawatan itu? Jawapannya tidak semestinya. Sultan berhak membuat menelitian dan penilaian sebelum memutuskan samada menerima atau menolak peletakan jawatannya

Dalam situasi ini, parti-parti yang mempunyai anggota dalam DUN perlu cepat bertindak. Mana-mana pihak yang mampu mencukupkan jumlah sokongan melebihi majoriti, maka layak untuk mentadbir kerajaan negeri. Mereka perlu tentukan tokoh yang ingin dijadikan Menteri Besar, dan tokoh itu mesti mendapat sokongan sekurang-kurangnya 30 orang ADUN daripada jumlah keseluruhan 59 kerusi

Dalam situasi biasa, jika tiada mana-mana ADUN mendapat kepercayaan majoriti, maka DUN wajar dibubarkan, untuk memberi peluang kepada pilihan raya negeri dalam masa 60 hari. Tapi dalam situasi wabak Covid-19 sekarang, ia bukan satu pilihan yang baik. Oleh itu terdapat beberapa kemungkinan bagi merungkaikan situasi ini:
Pertama, MB sedia ada dibenarkan terus mentadbir, walau pun dengan sokongan yang tidak mencukupi. Situasi ini dianggap sebagai ‘minority government’ atau kerajaan minoriti. Kerajaan ini bersifat sementara melainkan jika beliau berjaya mengumpulkan semula sokongan

Kedua, parti pembangkang berjaya mendapatkan sokongan tambahan dari ADUN Bebas atau ADUN kerajaan dan menubuhkan kerajaan baharu

Ketiga, parti kerajaan mengadakan rundingan baharu dan kembali bergabung bagi memberikan sokongan kepada Menteri Besar yang baharu yang memiliki sokongan majoriti

Keempat, tiada siapa yang layak mendapat sokongan majoriti sehingga memberi kesan kepada kelancaran kerajaan termasuklah untuk meluluskan belanjawan. Maka, DUN terpaksa dibubarkan dan PRN terpaksa diadakan

Kelima, bagi mengelakkan PRN waktu wabak, maka kerajaan Persekutuan melalui YDPA mengisytiharkan darurat di Perak dan melantik mana-mana tokoh untuk memimpin Perak dalam tempoh berkenaan

Sama-sama kita doakan agar Allah memberikan taufik dan hidayat kepada para pemimpin untuk memilih penyelesaian terbaik demi kesejahtaraan negara dan rakyat

DR MUHAMMAD FATHI YUSOF5 Disember 2020



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt

............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mindarakyat.net/2020/12/apa-penyelesaian-kemelut-politik-perak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemelut Politik Perak Perlantikan Mb Baharu Adalah Jalan Penyelesaian

Kemelut Politik Perak Perlantikan Mb Baharu Adalah Jalan Penyelesaian

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 274 hits
KUALA LUMPUR Pelantikan jawatan Menteri Besar baharu adalah penyelesaian terbaik terhadap kemelut politik di Perak ketika ini dengan calon yang dikemuka perlu mendapat sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri Penganalisis politik dari U...
Video Ph Perak Tentukan Keputusan Cadangan Berhubung Kemelut Politik

Video Ph Perak Tentukan Keputusan Cadangan Berhubung Kemelut Politik

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 279 hits
Kedudukan terkini kerusi DUN Perak KUALA LUMPUR Pemimpin Pakatan Harapan di Perak diberikan kuasa untuk memutuskan atau membuat sebarang cadangan berhubung kemelut yang berlaku di negeri tersebut Pengerusinya PH Datuk Seri Anwar Ibrahim ber...
Kemelut Politik Perak Umno Mesti Bincang Dengan Ph Kata Khalid

Kemelut Politik Perak Umno Mesti Bincang Dengan Ph Kata Khalid

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 234 hits
Sebenarnya cara untuk menjamin kestabilan hanya satu Umno kena berbincang dengan PH Pengarah Komunikasi AMANAH Khalid Samad berpendapat Umno di Perak perlu berbincang dengan Pakatan Harapan bagi menyelesaikan kemelut politik di negeri itu M...
Pas Dan Bersatu Bersama Dalam Perbincangan Kemelut Politik Perak

Pas Dan Bersatu Bersama Dalam Perbincangan Kemelut Politik Perak

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 265 hits
Kepimpinan PAS danPPBM bertemu petang tadi bagi membincangkan kemelut politik yang melanda Perak susulan kegagalan undi percaya didalangi UMNO terhadap kepemimpinan Menteri Besar Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu pada Jumaat lalu Pertemuan PAS ...
Kemelut Politik Perak Apa Sebenarnya Terjadi

Kemelut Politik Perak Apa Sebenarnya Terjadi

papar berkaitan - pada 7/12/2020 - jumlah : 210 hits
Kemelut politik Perak Apa sebenarnya terjadi Oleh December 07 2020FB Nabeel Naqie IIIKemelut politik Perak bermula akibat ketidakpuasan hati ahli ahli UMNO terhadap Menteri Besar kerana beberapa perkara termasuk MB melanggar perjanjian deng...
Mesyuarat Dewan Tertinggi Bn Tidak Tumpu Kemelut Politik Perak

Mesyuarat Dewan Tertinggi Bn Tidak Tumpu Kemelut Politik Perak

papar berkaitan - pada 9/12/2020 - jumlah : 369 hits
KUALA LUMPUR Mesyuarat Dewan Tertinggi Barisan Nasional malam ini tidak membuat sebarang keputusan berhubung krisis politik di Perak walaupun kemelut itu ada dibincangkan Bendahari Agungnya Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata mesyuarat ...
Kemelut Politik Di Perak Nasi Belum Menjadi Bubur

Kemelut Politik Di Perak Nasi Belum Menjadi Bubur

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 227 hits
Satu perkara yang cukup jelas adalah bahawa perlantikan Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu sebagai Menteri Besar dahulu adalah dibuat oleh Sultan Perak Sultan Nazrin Shah Ada rekod terbuka yang dilaporkan oleh media bahawa UMNO BERSATU dan PAS m...
Kemelut Politik Perak Patut Selesai Secara Rundingan Terlebih Dahulu Tuan Ibrahim

Kemelut Politik Perak Patut Selesai Secara Rundingan Terlebih Dahulu Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 5/12/2020 - jumlah : 298 hits
Oleh Disember 5 2020 2 25pmMenteri Alam Sekitar dan Air Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man menyampaikan sumbangan kepada mangsa banjir serta petugas di Pusat Pemindahan Banjir di SK Tiong Kota BharuKOTA BHARU PAS menyifatkan kemelut politik y...
Aset Khazanah Akan Di Jual Ketika Fokus Kita Adalah Pada Isu Kwsp Dan Kemelut Politik Perak

Aset Khazanah Akan Di Jual Ketika Fokus Kita Adalah Pada Isu Kwsp Dan Kemelut Politik Perak

papar berkaitan - pada 6/12/2020 - jumlah : 360 hits
Fokus netizen dan rakyat Malaysia sekarang ini adalah kepada isu moratorium dan pengeluaran Akaun 1 KWSP serta yang terbaru adalah perkembangan politik di Perak Tanpa ramai sedari usaha pihak pihak tertentu untuk mengalibabakan satu lagi as...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids