Bayi Lelaki Baru Lahir Kuat Menyusu Normal Pakar Kata Ia Bantu Rangsang Lebih Penghasilan Susu


Ramai ibu baru melahirkan kehairanan mengapa bayi lelaki yang baru lahir lebih kerap menyusu. Hal ini secara tidak langsung menyebabkan si ibu keletihan bagi memenuhi keperluannya yang mahu menyusu dalam tempoh yang singkat.
Menurut Pakar Laktasi bertauliah di MilkWithLove Breastfeeding Centre, Ratzuraini Rahim, anda tidak perlu risau jika bayi bangun menyusu dengan kerap kerana ia adalah keadaan normal bagi bayi yang menyusu dengan susu ibu. Jangan membandingkan keadaan ini dengan bayi yang menyusu susu formula yang rata-ratanya tidur nyenyak dan lebih lama.
Apakah bezanya? Teliti fakta ini. Susu ibu lebih mudah dicernakan berbanding susu formula. Ia diserap dan melalui sistem pencernaan bayi dengan lebih cepat, sekali gus menyebabkan bayi kerap berasa lapar. Ia juga disebabkan amaun susu ibu yang dihisap bersesuaian dengan keperluan perut bayi yang masih kecil.
Kebanyakan bayi baru lahir akan menyusu sekurang-kurangnya lapan hingga 12 kali dalam sehari. Kekerapan itu akan membantu merangsang pengeluaran susu ibu yang lebih banyak dalam minggu-minggu pertama kehidupan bayi.
Menjelang usia satu hingga dua bulan, kekerapannya berkurang kepada tujuh hingga sembilan kali sehari. Jadi, anda hanya perlu menyusu mengikut permintaan. Kebanyakannya dalam sela masa satu setengah hingga tiga jam setiap kali.
Jangan sesekali membiarkan bayi baru lahir tidak menyusu melebihi empat jam terutamanya pada waktu malam. Waktu malam adalah masa yang sangat baik untuk menyusu dengan kerap bagi merangsang pengeluaran susu yang lebih banyak. Pada ketika inilah hormon prolaktin berada pada tahap yang paling tinggi.
Enam hingga lapan minggu pertama adalah masa di mana ibu dan bayi membina hubungan. Ada kalanya bayi kerap menyusu disebabkan mahu berada dekat dengan ibu kerana berasa selesa dan selamat.
Kekerapan bayi menyusu sebenarnya baik, bagi mengelakkan masalah payudara bengkak di awal kelahiran. Apabila payudara dikosongkan dengan kerap, ia akan menghantar signal ke otak agar menghasilkan susu yang lebih banyak. Bayi juga berkemungkinan lebih kerap menyusu apabila berada dalam keadaan tidak sihat untuk mendapat lebih banyak antibodi bagi melawan penyakit ketika itu.
Ada kalanya bayi akan mengalami fasa growth spurt di mana keperluan untuk menyusu lebih daripada kebiasaannya. Ia disebabkan oleh perkembangan fizikal seperti mula mengesot, mengiring, meniarap atau berjalan. Ia juga boleh disebabkan oleh perkembangan organ dan mental bayi. Apabila melalui fasa ini, bayi akan lebih kerap menyusu untuk mendapatkan khasiat daripada susu ibu.
Sementara itu pastikan yang lekapan di payudara semasa bayi menyusu adalah betul dalam usaha memastikan kekerapan bayi menyusu bukan disebabkan oleh masalah pengeluaran susu ibu. Jika lekapan mulut bayi tidak betul, ia akan mengakibatkan susu tidak dapat dikeluarkan dengan efisien lalu menyebabkan bayi tidak mendapat susu secukupnya.
Jika berat meningkat secara normal, bilangan lampin basah sekurang-kurangnya enam kali sehari dan bayi ceria dan sihat,  tidak perlu risau tentang kadar pengeluaran susu. Ia adalah satu tanda yang bayi menyusu secukupnya.

Di awal kelahiran, anda mungkin berasa letih untuk memenuhi keperluan penyusuan bayi disebabkan keadaan fizikal selepas bersalin dan masih berusaha menyesuaikan diri dengan rutin harian sebagai ibu menyusu. Cuba untuk ambil masa berehat atau tidur seketika ketika bayi tidur.
Jangan sibuk dengan kerja rumah. Anda perlukan rehat secukupnya supaya kekal sihat untuk menyusukan bayi. Jika ada kerja-kerja rumah yang perlu diselesaikan, minta bantuan suami atau keluarga. Tidur bersama bayi lebih memudahkan anda menyusukan dia. Sentiasa menyusu dalam keadaan tenang tanpa rasa tertekan. Semat dalam minda yang ia adalah perkara normal.
The post Bayi Lelaki Baru Lahir Kuat Menyusu, Normal. Pakar Kata Ia Bantu Rangsang Lebih Penghasilan Susu appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://majalahpama.my/bayi-lelaki-baru-lahir-kuat-menyusu-normal-pakar-kata-ia-bantu-rangsang-lebih-penghasilan-susu/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tali Pusat Bayi Baru Lahir Tak Di Jaga Dengan Betul Boleh Sebabkan Jangkitan Kuman Demam Panas

Tali Pusat Bayi Baru Lahir Tak Di Jaga Dengan Betul Boleh Sebabkan Jangkitan Kuman Demam Panas

papar berkaitan - pada 7/11/2018 - jumlah : 1203 hits
Tali pusat adalah saluran kehidupan bagi janin semasa dalam kandungan Tali pusat bayi baru lahir berwarna putih kebiru biruan Setelah bayi dilahirkan doktor akan menyepit dan memotong tali pusat itu Di tempat tali pusat melekat ke perut pul...
Ahli Bomba Ini Azan Kan Bayi Baru Lahir Ini Kisah Bayi Ini Dilahirkan Pasti Menyentuh Hati Anda

Ahli Bomba Ini Azan Kan Bayi Baru Lahir Ini Kisah Bayi Ini Dilahirkan Pasti Menyentuh Hati Anda

papar berkaitan - pada 10/11/2018 - jumlah : 556 hits
Ahli Bomba Ini Azan kan Bayi Baru Lahir Ini Kisah Bayi Ini Dilahirkan Pasti Menyentuh Hati AndaAhli Bomba Ini Azan kan Bayi Baru Lahir Ini Kisah Bayi Ini Dilahirkan Pasti Menyentuh Hati Anda
Bayi Baru Lahir Letak Tangan Atas Dada Macam Solat Dijemput Ilahi

Bayi Baru Lahir Letak Tangan Atas Dada Macam Solat Dijemput Ilahi

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 796 hits
Bayi baru lahir letak tangan atas dada macam solat dijemput Ilahi PETALING JAYA Saat yang paling dinanti nantikan pasangan suami isteri adalah kehadiran cahaya mata sebagai pelengkap kasih sayang Kedua duanya pasti teruja dan tidak sabar me...
Bapa Jual Bayi Perempuan Baru Lahir Rm24 000 Sebab Dia Hanya Mahukan Bayi Lelaki

Bapa Jual Bayi Perempuan Baru Lahir Rm24 000 Sebab Dia Hanya Mahukan Bayi Lelaki

papar berkaitan - pada 1/11/2018 - jumlah : 504 hits
Bapa jual bayi perempuan baru lahir RM24 000 sebab dia hanya mahukan bayi lelakiTerdesak mahukan anak lelaki membuatkan si bapa ditahan selepas dia cuba menjual anak perempuannya dengan harga 40 000 yuan Lelaki yang dikenali sebagai Xiaohui...
Bayi Kembar Baru Lahir Dicampak Ibunya Keluar Dari Kereta Yang Sedang Bergerak

Bayi Kembar Baru Lahir Dicampak Ibunya Keluar Dari Kereta Yang Sedang Bergerak

papar berkaitan - pada 8/11/2018 - jumlah : 598 hits
The ReporterDua bayi kembar perempuan ditemui di tepi jalan dipercayai dicampak keluar oleh ibunya dari kereta yang sedang bergerak lapor Dalam kejadian di Negros Oriental Filipina wanita itu dipercayai membuang anaknya pada waktu awal pagi...
Lagi Kes Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Ibu Bapa Menolak Suntikan Vitamin K

Lagi Kes Bayi Baru Lahir Meninggal Akibat Ibu Bapa Menolak Suntikan Vitamin K

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 735 hits
Banyak salah faham dalam kalangan ibu bapa antivaksin yang menyangka suntikan vitamin K yang diberi kepada bayi yang baru lahir adalah satu vaksin baru Tanggapan ini salah sama sekali Suntikan vitamin K diperkenalkan sejak 1961 bagi mengela...
Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Tong Sampah

Mayat Bayi Baru Lahir Ditemui Dalam Tong Sampah

papar berkaitan - pada 2/11/2018 - jumlah : 537 hits
Mayat bayi baru lahir ditemui dalam tong sampahMayat seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditemui dalam tong sampah di Pangsapuri Desa Ilmu Kota Samarahan Sarawak hari ini Dalam kejadian jam 1 30 tengah hari itu mayat bayi yang masih...
Dari Mikayla Lahir Tak Pernah Berjaga Malam Memey Terpaksa Kejut Baru Bangun Menyusu

Dari Mikayla Lahir Tak Pernah Berjaga Malam Memey Terpaksa Kejut Baru Bangun Menyusu

papar berkaitan - pada 11/11/2018 - jumlah : 620 hits
Bayi berjaga malam tak cukup tidur perkara biasa apabila dah bergelar ibu Hinggakan ada yang menyatakan ibu kena jadi burung hantu dan pergi kerja pun dalam keadaan yang tak bersemangat Itulah hakikat yang perlu dilalui oleh sesetengah wani...
Video Politik Wang Dulu Kata Pada Umno Sekarang Baru Faham Masalah Rafizi

Video Politik Wang Dulu Kata Pada Umno Sekarang Baru Faham Masalah Rafizi

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 529 hits
Calon Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli mengakui sukar untuk membuktikan berlakunya amalan politik wang dalam pemilihan partinya walaupun beliau sebelum ini pernah mengutarakan dakwaan mengenai berlaku gejala tersebut dalam Pemilihan PKR S...
Writing Love Letters That Feel Honest Not Overwritten Or Fake

Hujan Lebat Pusat Beli Belah Trx Bocor Lagi

Lazada S Christmas Promotion

Confirm Tak Lemau Ini Cara Kekalkan Kerangupan Ikan Bilis Goreng

Thailand Kemboja Setuju Hentikan Semua Tembakan Berkuat Kuasa Petang Jumaat Trump

Cross Country Contenders 5 Custom Bmws We D Ride Coast To Coast

Reinstate Ptptn Loan Waiver For Top Scorers From Private Varsities Govt Urged

Hiburan Kim Seri Eina Bakal Dipenjara Di Korea Kakak Ipar Luah Rasa Di Threads Kau Yang Ambil Duit Play Victim Lagi


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Alarm Device What It Is How It Keeps You Safe

Easy Beef Gravy Recipe Flour

Hari Konsultasi Fasa 2 Di Smk

Aktiviti Konvensyen Melayu 153 Ppim 13 12 2025

Lirik Lagu Ayuh Pulang Aina Abdul Amir Jahari

Pulang Bukan Bererti Kalah Tapi Menyelamatkan Diri