Kemboja Thailand Mohon Sokongan Malaysia Percepat Mekanisme Gencatan Senjata Sempadan




KUALA LUMPUR – Kemboja dan Thailand masing-masing memohon sokongan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk mempercepatkan pemantauan perjanjian gencatan senjata bagi memastikan keamanan berkekalan di sempadan Thai – Kemboja.
Pada Selasa, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan perbualan berasingan dengan Perdana Menteri Kemboja, Hun Manet dan Pemangku Perdana Menteri Thailand, Phumtham Wechayachai.
Hun Manet berkata, beliau menghubungi Anwar bagi mempercepatkan pelaksanaan mekanisme gencatan senjata.
“Saya telah membuat panggilan telefon dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia, mengenai kemajuan pelaksanaan gencatan senjata.
“Kami juga membincangkan keperluan penubuhan segera Pasukan Pemerhati ASEAN (AOT) dan pengoperasian Pasukan Pemerhati Interim (IOT). Kedua-duanya adalah mekanisme penting untuk memantau pelaksanaan gencatan senjata secara berkesan,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau pada Selasa malam.
Sementara itu, Phumtham berkata, beliau turut membincangkan operasi IOT dengan Anwar bagi membantu memastikan keamanan berkekalan di sempadan Thai – Kemboja.
“Saya menegaskan semula bahawa Thailand mahu IOT, yang baru sahaja memulakan tugasnya beroperasi mengikut prinsip dan rangka kerja yang dipersetujui pada Mesyuarat Luar Biasa Jawatankuasa Am Sempadan (GBC) pada 7 Ogos.
“Saya juga mencadangkan agar mesyuarat GBC akan datang yang dijadualkan bulan depan dapat meneliti semula operasi IOT sekiranya perlu,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasminya pada Selasa.
Phumtham turut menyampaikan penghargaan kepada Anwar atas peranan Malaysia dalam membantu perkembangan positif situasi semasa serta kesediaan Malaysia menyokong pendirian Thailand bagi mencari penyelesaian aman melalui rundingan dua hala Thai – Kemboja.
Kemboja dan Thailand sebelum ini bersetuju menamatkan konflik bersenjata di sepanjang kawasan sempadan mereka dalam mesyuarat khas di Putrajaya pada 28 Julai, selepas lima hari pertempuran sengit.
Gencatan senjata itu dicetuskan oleh Malaysia dengan pemerhatian Amerika Syarikat dan China yang turut menggesa supaya pertikaian sempadan diselesaikan segera demi keselamatan serantau.
Pegawai Kemboja dan Thailand menghadiri mesyuarat GBC pada 7 Ogos di Kuala Lumpur, diikuti mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Serantau melibatkan pegawai atasan tentera di Wilayah Trat, Thailand pada Sabtu lepas.
Kedua-dua negara kini berusaha mencapai satu gencatan senjata yang kukuh selepas konflik yang tercetus berhubung kawasan sempadan tidak bertanda antara mereka.
Sementara itu, Kementerian Pertahanan Kemboja pada Selasa memaklumkan keadaan keselamatan di kawasan sepanjang sempadan ketika ini adalah stabil.
“Situasi di sepanjang kawasan barisan hadapan meliputi wilayah Preah Vihear, Oddar Meanchey dan Banteay Meanchey kekal tenang serta berada di bawah kawalan kukuh pasukan kami,” kata jurucakap kementerian Leftenan Jeneral Maly Socheata. – Bernama
 
 
 
 


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/19/kemboja-thailand-mohon-sokongan-malaysia-percepat-mekanisme-gencatan-senjata-sempadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 182 hits
Pagi ini saya menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narkphanit bersama delegasi masing masing di Perdana Putra Pe...
Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 343 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke 58 di Cyberjaya Selangor pada 8 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 8 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian gencatan senjata antara Thailand da...
15 Teknokrat Palestin Akan Tadbir Gaza Jika Gencatan Senjata Tercapai Utusan Malaysia

15 Teknokrat Palestin Akan Tadbir Gaza Jika Gencatan Senjata Tercapai Utusan Malaysia

papar berkaitan - pada 14/8/2025 - jumlah : 405 hits
Utusan Malaysia Astro Awani Jabatan Penyiaran Malaysia beritaharian sg The Merdeka Times
Thailand Mahu Kemboja Sertai Operasi Pembersihan Periuk Api Di Sempadan

Thailand Mahu Kemboja Sertai Operasi Pembersihan Periuk Api Di Sempadan

papar berkaitan - pada 17/8/2025 - jumlah : 465 hits
SISAKET Thailand menggesa Kemboja agar menyertai operasi pembersihan periuk api di sepanjang sempadan bersama bagi menjamin keselamatan jangka panjang dan memperkukuh keamanan Menteri Luar Thailand Maris Sangiampongsa berkata Kemboja perlu ...
Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja Pm Anwar

Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 378 hits
Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja PM Anwar LARUT 16 Ogos Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam usaha pendamaian antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan di sempadan kedua dua negara diiktiraf d...
Rakam Video Hubungan Intim Peras Ugut Puluhan Wanita Thailand Akhirnya Rakyat Malaysia Ini Ditangkap

Rakam Video Hubungan Intim Peras Ugut Puluhan Wanita Thailand Akhirnya Rakyat Malaysia Ini Ditangkap

papar berkaitan - pada 10/8/2025 - jumlah : 482 hits
KOSMO SUSPEK ditangkap di sebuah kondominium Foto The Pattaya NewsBANGKOK Seorang lelaki warga Malaysia didakwa merakam video wanita Thailand dan melakukan pemerasan bagi mendapatkan wang di Pattaya lapor portal berita Thaiger hari ini nbsp...
Ninja Van Malaysia Melancarkan 44 Laluan Rentas Sempadan Baharu Bagi Memacu Pengembangan Perniagaan Malaysia

Ninja Van Malaysia Melancarkan 44 Laluan Rentas Sempadan Baharu Bagi Memacu Pengembangan Perniagaan Malaysia

papar berkaitan - pada 22/8/2025 - jumlah : 994 hits
KUALA LUMPUR 19 Ogos 2025 Ninja Van Malaysia hari ini mengumumkan pelancaran 44 laluan penghantaran antarabangsa baharu memberikan perniagaan Malaysia akses langsung ke pasaran utama di seluruh Asia Pasifik Amerika Utara Amerika Latin Timur...
Pvc Folder Menu Printing Pilihan Premium Untuk Restoran Caf Hotel

Simpan Video Dan Foto Dari Threads Dan Instagram Dengan Mudah

Doa 13 September 2025

How To Start Amazon Fba With Low Investment And High Potential

Tujuh Suspek Ditahan Kes Kekecohan Di Kampung Sungai Baru

Bukti Anak Selamat

Buat Demonstrasi Di Kampung Sg Baru Menteri Tegur Tindakan Rafidah Nak Negara Kita Ini Tidak Aman

Cerita 2 Penduduk Kampung Sg Baru Kl Diusir


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masa Itu Hanya Fikir Biarlah Mati Berpelukan Mangsa Tanah Runtuh

10 Website Paling Kerap Dilayari Rakyat Malaysia Pada Bulan Ogos

Laluan Ke Pantai Timur Meriah Pengguna Kongsi Situasi Pulang Ke Kampung Halaman

Mala Agatha Plin Plan Chord

Le Chemin Du Bois Harel By Alta A New Urban Vision In Timber Architecture

Ron95 Price To Drop To Rm1 99 Per Litre By End Of This Month Pm