Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja Pm Anwar


Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand-Kemboja – PM Anwar
LARUT, 16 Ogos (Bernama) — Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam usaha pendamaian antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan di sempadan kedua-dua negara diiktiraf dunia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Beliau berkata walaupun ada pihak tertentu yang enggan mengiktiraf peranan tersebut, hakikat bahawa negara terbabit memberi kepercayaan kepada Malaysia untuk memudah cara proses perdamaian membuktikan penghormatan tinggi terhadap kestabilan politik dan ekonomi negara ini.
“Syukur Alhamdulillah, politik kita stabil, orang menghormati pembangunan ekonomi kita. Bila berlaku pergaduhan, mereka menyerahkan usaha perdamaian kepada kita. Satu dunia iktiraf, walaupun ada beberapa orang di Parlimen yang tidak mahu iktiraf, itu tidak mengapa,” katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika merasmikan Karnival Usahawan Tenusu MADANI: Memacu Revolusi Pertanian Moden, Menjana Ekonomi Rakyat di Kompleks Tenusu Farm Fresh Perak di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Perak Datuk Seri Saarani Mohamad, Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu dan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek.
Terdahulu, Duta Besar Amerika Syarikat (AS) ke Malaysia Edgard D. Kagan dilaporkan berkata Malaysia memainkan peranan penting sebagai Pengerusi ASEAN dalam usaha mendamaikan Thailand dan Kemboja melalui mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) susulan ketegangan di sempadan kedua-dua negara.
Edgard berkata penganjuran mesyuarat berkenaan membuktikan kepimpinan Malaysia dalam mempertemukan kedua-dua negara berkenaan.
Sementara itu, Anwar berkata hubungan yang erat Malaysia dengan negara luar memberi manfaat besar termasuk dalam meningkatkan peluang ekonomi tempatan di negara tersebut.
“…peperangan di antara Kemboja dengan Thailand, susu Thailand tak boleh masuk ke Kemboja, tetapi susu Farm Fresh telah masuk ke Kemboja.
“Dan saya beritahu, ini kerana hubungan kita dengan Thailand dan Kemboja baik. Jika (Farm Fresh) mahu membuka ladang di sana (Thailand), kerajaan akan memberi kerjasama sepenuhnya,” katanya.
Anwar turut menegaskan kerajaan sentiasa menyokong usaha memperkukuh keterjaminan makanan negara termasuk industri tenusu tempatan.
Melahirkan rasa bangga dengan pencapaian syarikat tenusu Farm Fresh Bhd (Farm Fresh), beliau berkata peranan syarikat itu dalam menghasilkan produk tenusu, menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat tempatan serta mengembalikan keuntungan kepada masyarakat melalui program tanggungjawab sosial korporat (CSR) wajar dicontohi.
Terdahulu dalam ucapan aluan, Ketua Pengarah Operasi Farm Fresh Azmi Zainal berkata kompleks Farm Fresh Perak seluas 828 ekar kini mempunyai 4,300 lembu tenusu yang menghasilkan 22,000 liter susu sehari.
“Dalam setahun, kompleks ini menghasilkan 10 juta liter susu menjadikan ladang susu terbesar dan paling produktif di negara ini,” katanya yang turut memaklumkan bahawa ladang tersebut mempunyai 150 orang pekerja tempatan yang sebahagian besarnya berusia bawah 30 tahun.
Selain mengeluarkan susu sendiri, syarikat itu turut membeli susu daripada penternak kecil tempatan pada harga yang kompetitif.
“Melalui CSR, tahun lalu kita menyalurkan biasiswa kepada 500 pelajar STPM dan mulai tahun ini, akan melaksanakan program tuisyen matematik untuk sekolah rendah,” katanya.
Sumber: Bernama
BACA: Agong Ingatkan MINDEF Elak Beli Pesawat Terpakai, Hindari Juruterbang Naiki ‘Keranda Terbang’ The post Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand-Kemboja – PM Anwar appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/08/16/dunia-iktiraf-peranan-malaysia-dalam-usaha-damai-thailand-kemboja-pm-anwar/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 344 hits
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar KOTA KINABALU 3 Ogos Thailand dan Kemboja memilih Malaysia sebagai lokasi rundingan damai kerana keyakinan terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonom...
Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 316 hits
Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu menyokong proses damai antara Thailand dan Kemboja secara neutral selaras dengan nilai dan semangat ASEAN Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu dibincangkan dalam...
Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 376 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke 58 di Cyberjaya Selangor pada 8 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 8 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian gencatan senjata antara Thailand da...
Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 196 hits
Pagi ini saya menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narkphanit bersama delegasi masing masing di Perdana Putra Pe...
Anwar Cambodia Thailand Want Malaysia To Continue As Mediator

Anwar Cambodia Thailand Want Malaysia To Continue As Mediator

papar berkaitan - pada 6/8/2025 - jumlah : 301 hits
PARLIAMENT Prime Minister Anwar Ibrahim said that Thailand and Cambodia would like Malaysia to retain its role as their mediator even after its Asean chairpersonship had lapsed He told the Dewan Rakyat today that he expects negotiations to ...
Kemboja Thailand Mohon Sokongan Malaysia Percepat Mekanisme Gencatan Senjata Sempadan

Kemboja Thailand Mohon Sokongan Malaysia Percepat Mekanisme Gencatan Senjata Sempadan

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 1086 hits
KUALA LUMPUR Kemboja dan Thailand masing masing memohon sokongan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk mempercepatkan pemantauan perjanjian gencatan senjata bagi memastikan keamanan berkekalan di sempadan Thai Kemboja Pada Selasa Perdana Me...
Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

Anwar Malaysia Airline S 30 Boeing Aircraft Deal A Sign Of Recovery

papar berkaitan - pada 4/8/2025 - jumlah : 336 hits
Prime Minister Anwar Ibrahim said Malaysia Airlines Berhad s decision to purchase 30 Boeing aircraft signifies the national carrier s improved financial health and reflects the country s strategic trade diplomacy with the United States For ...
Evolusi Pendigitalan Sektor Awam Di Malaysia Menuju Era Kerajaan Digital Bertaraf Dunia

Evolusi Pendigitalan Sektor Awam Di Malaysia Menuju Era Kerajaan Digital Bertaraf Dunia

papar berkaitan - pada 12/8/2025 - jumlah : 384 hits
Original Content Pendigitalan sektor awam di Malaysia bukanlah sebuah perjalanan yang berlaku dalam sekelip mata Ia adalah proses transformasi berterusan yang telah bermula lebih daripada tiga dekad lalu digerakkan oleh kemajuan teknologi m...
Malaysia To Send Monitoring Team To Thailand Cambodia Border If Needed Says Pm

Malaysia To Send Monitoring Team To Thailand Cambodia Border If Needed Says Pm

papar berkaitan - pada 5/8/2025 - jumlah : 173 hits
Anwar Ibrahim says the ongoing Thailand Cambodia peace talks are crucial to Asean s image as a peaceful and economically vibrant region Prime Minister Anwar Ibrahim said he is hopeful that ongoing talks between senior security officials fro...
Sekadar Penjelasan Ringkas

Budi95 Petron Cara Isi Petrol Ron95 Di Petron

Ultimate Beef Cheeks With Beer Recipe

Drama Mutiara Dalam Debuan Kabus

Masa Dia Buat Rawatan Serangan Jantung Datang Ameng Kongsi Keadaan A Aida Darah Beku Di Jantung Amp Paru Paru

Monolog Jiwa Jangan Membenci Tapi Jauhkan Diri

Ph Free To Choose Allies Says Saifuddin On Sabah Polls

Bila Mati Korang Rasa Roh Akan Balik Rumah Tak


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Sarapan Untuk Kongsi Kong

Apabila Facebook Pro Dapat Kesan Copyright

Strawberry Manis

How One Sensor Can Replace Dozens Of Cameras In Student Hotspots

Makluman Gempa Bumi Lemah Di Perairan Batu Pahat Johor Pada 27 September 2025

Nak Capai Impian Kena Tahu Jalan