Thailand Mahu Kemboja Sertai Operasi Pembersihan Periuk Api Di Sempadan




SISAKET – Thailand menggesa Kemboja agar menyertai operasi pembersihan periuk api di sepanjang sempadan bersama bagi menjamin keselamatan jangka panjang dan memperkukuh keamanan.
Menteri Luar Thailand, Maris Sangiampongsa berkata, Kemboja perlu menunjukkan keikhlasan dengan bekerjasama dalam usaha pembersihan bersama, satu cadangan yang dibangkitkan pada mesyuarat Jawatankuasa Sempadan Am (GBC) Thai-Kemboja di Malaysia baru-baru ini.
Beliau menekankan bahawa operasi bersama akan menjadi bukti nyata semangat muhibah untuk meredakan ketegangan dan menjamin keamanan berkekalan di sempadan.
“Periuk api ialah senjata tanpa diskriminasi yang menyebabkan penderitaan tidak berperikemanusiaan terhadap anggota tentera dan orang awam.
“Lima anggota Tentera Darat Diraja Thailand telah kehilangan kaki manakala 11 yang lain cedera parah akibat periuk api. Ini adalah isu kemanusiaan yang mesti diselesaikan bagi memastikan keselamatan jangka panjang,” katanya pada sidang media di sini.
Pada Sabtu, Maris mengetuai delegasi diplomat dari 33 negara ke wilayah Sisaket di timur laut untuk meninjau kawasan yang rosak akibat pertembungan sempadan baru-baru ini.
Maris berkata, Thailand dan Kemboja berkongsi sempadan yang panjang, dan rakyat kedua-dua negara perlu terus saling bergantung.
“Kewujudan periuk api antipersonel bukan sahaja mengancam nyawa dan keselamatan tentera serta orang awam, malah meninggalkan kesan mendalam yang menimbulkan rasa tidak percaya dan kebencian antara rakyat kita.
“Periuk api antipersonel adalah senjata tanpa diskriminasi yang mengorbankan pejuang dan orang awam,” katanya.
Sementara itu, Maris menegaskan komitmen penuh Thailand terhadap obligasi undang-undang di bawah Konvensyen Ottawa, yang diterima pakai masyarakat antarabangsa pada 1997 untuk mengharamkan penggunaan senjata tersebut.
Beliau berkata, usaha berterusan Thailand membantu mangsa periuk api agar dapat hidup bermaruah dan kembali menyertai masyarakat adalah sebahagian daripada kemajuan global dalam menangani kesan kemanusiaan periuk api. – Bernama
 
 


Source link


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://edisiviral.com/2025/08/16/thailand-mahu-kemboja-sertai-operasi-pembersihan-periuk-api-di-sempadan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kemboja Thailand Mohon Sokongan Malaysia Percepat Mekanisme Gencatan Senjata Sempadan

Kemboja Thailand Mohon Sokongan Malaysia Percepat Mekanisme Gencatan Senjata Sempadan

papar berkaitan - pada 20/8/2025 - jumlah : 1208 hits
KUALA LUMPUR Kemboja dan Thailand masing masing memohon sokongan Malaysia selaku Pengerusi ASEAN untuk mempercepatkan pemantauan perjanjian gencatan senjata bagi memastikan keamanan berkekalan di sempadan Thai Kemboja Pada Selasa Perdana Me...
Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja Pm Anwar

Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja Pm Anwar

papar berkaitan - pada 16/8/2025 - jumlah : 475 hits
Dunia Iktiraf Peranan Malaysia Dalam Usaha Damai Thailand Kemboja PM Anwar LARUT 16 Ogos Peranan Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN dalam usaha pendamaian antara Thailand dan Kemboja susulan ketegangan di sempadan kedua dua negara diiktiraf d...
Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

Pm Anwar Menerima 2 Wakil Dari Kemboja Dan Thailand Untuk Perjanjian Gencatan Senjata

papar berkaitan - pada 7/8/2025 - jumlah : 258 hits
Pagi ini saya menerima kunjungan hormat Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pertahanan Kemboja Jeneral Tea Seiha dan Pemangku Menteri Pertahanan Thailand Jeneral Nattaphon Narkphanit bersama delegasi masing masing di Perdana Putra Pe...
Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

Perjanjian Gencatan Senjata Thailand Kemboja Hasil Solidariti Asean Pm Anwar

papar berkaitan - pada 8/8/2025 - jumlah : 422 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir pada sambutan Hari ASEAN Ke 58 di Cyberjaya Selangor pada 8 Ogos 2025 Foto Facebook Anwar IbrahimCYBERJAYA 8 Ogos Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata perjanjian gencatan senjata antara Thailand da...
Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

Malaysia Pacu Rundingan Damai Thailand Kemboja Demi Kestabilan Asean Khaled Nordin

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 390 hits
Malaysia menyatakan komitmen untuk membantu menyokong proses damai antara Thailand dan Kemboja secara neutral selaras dengan nilai dan semangat ASEAN Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata perkara itu dibincangkan dalam...
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 439 hits
Rundingan Damai Thailand Kemboja Pilih Malaysia Kerana Politik Ekonomi Stabil Anwar KOTA KINABALU 3 Ogos Thailand dan Kemboja memilih Malaysia sebagai lokasi rundingan damai kerana keyakinan terhadap kestabilan politik serta kemajuan ekonom...
Hutan Terbakar Di Felda Sungai Buaya 23 47 Hektar Dipadam Operasi Masih Diteruskan

Hutan Terbakar Di Felda Sungai Buaya 23 47 Hektar Dipadam Operasi Masih Diteruskan

papar berkaitan - pada 3/8/2025 - jumlah : 238 hits
Hutan terbakar di FELDA Sungai Buaya 23 47 hektar dipadam operasi masih diteruskan Kawasan hutan di Jalan Kiambang Sari 1 dekat FELDA Sungai Buaya dilapor terbakar semalam membabitkan keluasan kira kira 24 28 hektar Foto ihsan FB HAZMIR BAH...
Betul Ke Flash Express Malaysia Tutup Operasi 2026

Tahniah Malaysia Menggapai Kecemerlangan Bersama

Cara Daftar Saudi Visa Bio Untuk Bakal Haji

Usman Awang Peranan Sasterawan Sebagai Patriot

Keadaan Mangsa Banjir Di Aceh Kritikal Bantuan Masih Diperlukan Utusan Melayu Plus 18 12 2025

Sabtu Kimchi Homemade Type M

Sistem Semakan Keputusan Pentaksiran Cara Semak Pelaporan Pbd

Delicious Recipe Corned Beef Hash Casserole


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Pokok Cili Pelangi

The No Fluff Guide To Local Seo In Parker What Moves Rankings And What Wastes Money

Tragedi Serpentina Kisah Karl Patterson Schmidt Dan Satu Gigitan Fatal

Lebihan Dagangan Malaysia Merosot Drastik 58 8 Pada November 2025 Implikasi Ekonomi Dan Tindak Balas

Budi95 Jimat Rm800 Juta Sebulan Ke Mana Perginya Pm Anwar

Villa H Ark Architecture Tunisia