Kemaman Kubu Kuat Umno Bukan Pas Zahid


malaysiakini.com
Bernama
Diterbitkan: Nov 13, 2023 4:21 PM
Pengerusi Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata parti itu berpeluang merampas kembali kerusi Parlimen Kemaman, Terengganu pada Pilihan Raya Kecil (PRK) 2 Dis ini, kerana kawasan itu merupakan kubu kuat UMNO dan bukannya parti PAS.

Ahmad Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri berkata kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) disebabkan fitnah terhadap UMNO dan BN selain penggunaan sumber kewangan yang luar biasa oleh pihak lawan.

“Kita merasakan Kemaman bukan kubu kuat PAS, Kemaman ialah kubu kuat UMNO.

“Namun, disebabkan terjahan isu fitnah dan juga simbahan kebencian terhadap UMNO khususnya dan BN, serta penggunaan sumber kewangan yang sangat luar biasa pada ketika itu, maka kita kekurangan undi di Kemaman,” katanya pada majlis pengumuman calon BN bagi PRK Kemaman di Menara Dato’ Onn di Kuala Lumpur, hari ini.

Bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor diumum sebagai calon langsung BN bagi PRK Kemaman.

Ahmad Zahid berkata Raja Mohamed Affandi yang dibesarkan di Kemaman, dilihat mampu meraih sokongan rakyat sekali gus merampas kembali kerusi berkenaan berdasarkan kepimpinannya dalam ketenteraan.

“Beliau mempunyai latar belakang yang sangat kuat dalam kerjaya ketenteraan dan beliau telah melalui kerjaya profesional ini dengan begitu gigih,” katanya.

Ditanya mengenai penerimaan jentera UMNO dan BN terhadap pemilihan Raja Mohamed Affandi sebagai calon BN, Ahmad Zahid meluahkan keyakinan terhadap sokongan ahli parti dan pengundi di Kemaman.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRK Parlimen Kemaman pada 2 Dis ini manakala tarikh penamaan calon dan hari pengundian awal masing-masing ditetapkan pada 18 dan 28 Nov.

PRK Parlimen Kemaman perlu diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 26 Sept, yang membatalkan kemenangan calon PAS Che Alias Hamid pada PRU15.

Pada PRU15, calon BN Datuk Seri Ahmad Said tewas kepada Che Alias dengan majoriti 27,179 undi sekali gus menyaksikan PAS mendominasi kesemua 14 kerusi Parlimen di negeri berkenaan.

Kerusi Parlimen Kemaman sebelum ini diwakili BN menerusi Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek selama tiga penggal, sebelum bertukar tangan kepada Che Alias pada PRU14.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2023/11/kemaman-kubu-kuat-umno-bukan-pas-zahid.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Zahid Kemaman Traditional Umno Base Not Pas Stronghold

Zahid Kemaman Traditional Umno Base Not Pas Stronghold

papar berkaitan - pada 13/11/2023 - jumlah : 225 hits
BN chairman Ahmad Zahid Hamidi believes the party can wrest back the Kemaman parliamentary seat in Terengganu in the Dec 2 by election as the constituency is an Umno stronghold and not that of PAS Zahid who is also the Deputy Prime Minister...
Umno Tandus Calon Sehingga Terpaksa Letak Calon Luar Di Kemaman Sanusi

Umno Tandus Calon Sehingga Terpaksa Letak Calon Luar Di Kemaman Sanusi

papar berkaitan - pada 16/11/2023 - jumlah : 208 hits
agendaily com15 11 2023Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Langkah UMNO meletak calon luar daripada parti itu membuktikan mereka sudah ketandusan pemimpin yang layak diketengahkan kata Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor Ketua Pengarah Pilihan ...
Pas Eyes Bigger Majority In Unnecessary Kemaman By Election

Pas Eyes Bigger Majority In Unnecessary Kemaman By Election

papar berkaitan - pada 10/11/2023 - jumlah : 284 hits
PAS election director Sanusi Nor acknowledged that voter fatigue will be a key factor given that this will be the third vote in the constituency in just over 12 months PETALING JAYA PAS is aiming to win the Kemaman parliamentary by election...
Apakah Ini Petanda Tun Mahathir Akan Jadi Calon Pas Prk Kemaman

Apakah Ini Petanda Tun Mahathir Akan Jadi Calon Pas Prk Kemaman

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 242 hits
Dulu hangpa dua maki hamun macam macam Nak kena pekena pulak dengan Mahathir Menerusi laman sosialnya petang tadi Presiden Pas Hadi Awang memaklumkan tentang kunjungan Tun Mahathir Mohamad ke kediamannya di Rusila Terengganu Dalam catatanny...
Umno Mustn T Get Too Comfortable Says Zahid After Pn Mps Back Govt

Umno Mustn T Get Too Comfortable Says Zahid After Pn Mps Back Govt

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 257 hits
Ahmad Zahid Hamidi said it is important for Umno to win back the four seats PETALING JAYA Umno cannot afford to get too comfortable after four opposition MPs decided to pledge their support for Prime Minister Anwar Ibrahim Umno president Ah...
Pas Picks Terengganu Mb Samsuri For Kemaman By Election

Pas Picks Terengganu Mb Samsuri For Kemaman By Election

papar berkaitan - pada 17/11/2023 - jumlah : 184 hits
Samsuri Mokhtar who is a Terengganu state assemblyman and menteri besar will be contesting the Kemaman parliamentary seat in a by election next month PETALING JAYA PAS has named Samsuri Mokhtar a party vice president who is Terengganu mente...
Umno Beri Bayangan Letak Calon Langsung Prk Kemaman

Umno Beri Bayangan Letak Calon Langsung Prk Kemaman

papar berkaitan - pada 11/11/2023 - jumlah : 275 hits
Presiden Umno Zahid Hamidi yakin pemilihan calon langsung tanpa melihat hierarki dapat diterima baik PETALING JAYA Zahid Hamidi membayangkan calon langsung Umno diletakkan pada PRK Kemaman 2 Dis ini Presiden Umno berkata keputusan meletakka...
Dap Family Conspiracy Claim Pas Mp Continues To Keep Mum

Dap Family Conspiracy Claim Pas Mp Continues To Keep Mum

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 345 hits
PAS MP Siti Mastura Muhammad has once again evaded the media today after coming under fire for claiming family ties between Bagan MP Lim Guan Eng and prominent figures of Chinese ethnicity including a communist leader The Kepala Batas lawma...
Pas Mps Are Resolute Tuan Ibrahim Says Amid Defections In Bersatu

Pas Mps Are Resolute Tuan Ibrahim Says Amid Defections In Bersatu

papar berkaitan - pada 8/11/2023 - jumlah : 211 hits
PAS MPs will remain loyal to the party and its leadership despite recent defections in its ally party Bersatu said its deputy president Tuan Ibrahim Tuan Man Tuan Ibrahim when met at the Parliament today expressed confidence that parliament...
Cycling 9 Februari 2025

Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Rasmi Vivo V50 Bakal Masuk Pasaran Malaysia Ancora Red Jadi Taruhan