Apakah Ini Petanda Tun Mahathir Akan Jadi Calon Pas Prk Kemaman





Dulu hangpa dua maki hamun macam macam. Nak kena pekena pulak dengan Mahathir.


Menerusi laman sosialnya petang tadi, Presiden Pas, Hadi Awang memaklumkan tentang kunjungan Tun Mahathir Mohamad ke kediamannya di Rusila, Terengganu.


Dalam catatannya, Hadi berkata, beliau berbesar hati dengan kesudian bekas Perdana Menteri itu berkunjung ke terataknya di Rusila.


Beliau turut mendoakan agar Tuhan mengurniakan kesihatan dan rahmat kepada Tun Mahathir.


Tidak pasti apa urusan Tun Mahathir di Terengganu, tetapi kedatangannya menziarahi Hadi di Rusila lada waktu ini segera mencetuskan khabar ia ada kaitan dengan PRK Kemaman tidak lama lagi.


Saya sebelum ini adalah yang paling awal iaitu pada 3 Oktober lalu mencadangkan agar Pas meletakkan Tun Mahathir sebagai calonnya di PRK Kemaman.


Ia sebagai susulan Pas telah melantik beliau sebagai penasihat ekonomi kepada empat negeri tadbirannya atau SG4.


Artikel bertajuk Pas Patut Calonkan Tun Mahathir Tanding di Kemaman boleh dibaca di sini – https://shahbudindotcom.net/2023/10/03/pas-patut-calonkan-tun-mahathir-tanding-di-kemaman.html


Sejak itu, isu kemungkinan Tun Mahathir bertanding di Kemaman mula menjadi bualan ramai dengan pelbagai pihak turut menulis, malah beberapa pimpinan Pas tidak terkecuali memberi reaksi berkenaan dengannya.


Begitu pun, sejak isu berkenaan timbul, Tun Mahathir tidak pernah langsung membuka mulutnya.


Untuk berkata beliau berminat tidak pernah, nak kata tak berminat pun tak pernah.


Tetapi, dengan tiba-tiba beliau sanggup datang ke Rusila untuk mengunjungi Hadi, apakah Tun Mahathir sebenarnya sedang melobi bagi dirinya sendiri untuk jadi calon Kemaman?


Jika bukan itu tujuannya, apa tujuan lain Tun Mahathir bertandang ke rumah Hadi di Rusila?


Memerhati gerak politik Tun Mahathir, beliau tidak mungkin saja-saja datang ke rumah Hadi di Rusila jika sekadar untuk bertanya khabar atau ingin berbual-bual sambil teringin nak makan keropok lekor Terengganu semata-mata.


Ia mesti ada hajat besar, dulu juga Tun Mahathir pernah mengunjungi Anwar Ibrahim di mahkamah sebelum mereka akhirnya bekerjasama untuk menjatuhkan Najib Razak.


Lagi pula selama ini, dalam banyak pertemuan kedua-duanya, ia hampir semuanya diadakan di kediaman Tun Mahathir di Kajang.


Apakah pertemuan di Rusila ini bakal mencatat sejarah buat Pas dengan bekas Perdana Menteri dua kali itu akhirnya akan dipilih sebagai calon bagi PRK Kemaman? – ShahbudinHusin 02/11/2023.


https://shahbudindotcom.net/2023/11/02/apakah-ini-petanda-tun-mahathir-akan-jadi-calon-pas-prk-kemaman.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2023/11/apakah-ini-petanda-tun-mahathir-akan_3.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Prk Kemaman Shabery Cheek Tokoh Agama Dalam Senarai Calon Bn Kemaman

Prk Kemaman Shabery Cheek Tokoh Agama Dalam Senarai Calon Bn Kemaman

papar berkaitan - pada 7/11/2023 - jumlah : 174 hits
Haspaizi ZainNama Pengerusi Felda Ahmad Shabery Cheek serta seorang tokoh agama di Terengganu adalah antara dalam senarai utama untuk diketengahkan sebagai calon BN bagi Pilihan Raya Kecil Kemaman Menurut sumber BN kedudukan Ahmad Shabery y...
Prk Kinsman Bn Beri Bayangan Calon Prk Parlimen Kemaman Individu Terkemuka

Prk Kinsman Bn Beri Bayangan Calon Prk Parlimen Kemaman Individu Terkemuka

papar berkaitan - pada 6/11/2023 - jumlah : 318 hits
Zaid Salimbhnews bharian com myKEMAMAN Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dijangka mengumumkan calon dari parti itu bagi Pilihan Raya Kecil Parlimen Kemaman pada 13 November ini Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Tere...
Tun Mahathir Kunjungi Presiden Pas Di Rusila

Tun Mahathir Kunjungi Presiden Pas Di Rusila

papar berkaitan - pada 3/11/2023 - jumlah : 162 hits
Hari ini sejarah baharu negara tercipta di bumi Marang ujar Dr Muhammad Khalil Abdul Hadi menerusi hantaran di laman Facebooknya hari ini Katanya beliau bersama sama ayahandanya Tan Sri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menerima kunjungan daripada...
Apa Kata Tun M Isi Borang Keahlian Pas Terlebih Dahulu

Apa Kata Tun M Isi Borang Keahlian Pas Terlebih Dahulu

papar berkaitan - pada 22/10/2023 - jumlah : 139 hits
Presiden Pas Hadi Awang semalam menolak kemungkinan parti itu akan meletakkan Tun Mahathir Mohamad sebagai calon pada PRK Kemaman 2 Disember depan Kata beliau tak munasabah untuk Pas berbuat demikian Kalau nak timbulkan isu biar munasabah u...
Mp Pas Saya Akan Terus Doakan Supaya Kerajaan Jatuh

Mp Pas Saya Akan Terus Doakan Supaya Kerajaan Jatuh

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 168 hits
Shakira BuangPARLIMEN Seorang anggota parlimen Perikatan Nasional hari ini mengakui dia secara peribadi mendoakan kejatuhan pentadbiran 22 bulan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini Malah Nik Muhammad Zawawi Salleh secara terbuka berkata di...
Hutang Harakah Pas Minta Tunggu Keputusan Mahkamah

Hutang Harakah Pas Minta Tunggu Keputusan Mahkamah

papar berkaitan - pada 24/10/2023 - jumlah : 153 hits
N Faizal GhazaliPAS meminta bekas syarikat pencetak akhbar lidah rasmi parti itu menunggu keputusan mahkamah berhubung isu tunggakan hutang Perkara itu disuarakan Timbalan Presiden PAS Tuan Ibrahim Tuan Man dalam respon ringkasnya kepada Ma...
Lebai Pas Pi Mana Masa Ni

Lebai Pas Pi Mana Masa Ni

papar berkaitan - pada 26/10/2023 - jumlah : 227 hits
Ahmad Shahril Masa mezah jadi menteri KDN dan lakukan perkara yang sama ke mana agaknya menghilang ustaz Pas ni
Bagaimana Memulakan Perniagaan Kedai Runcit Sendiri

Perak Deputy Speaker Defends Nga Over Abuse Of Power Claims

Take This Gowingo Check And You May See Your Struggles Literally

Umno Seeks Court Order To Claim Seri Pacific Hotel Land Held In Trust By Dr Mahathir Daim And Two Others

Madani Govt Finally Eyes Empathetic Ptptn Fix

Kedegilan Ibu Hamil Yang Berbahaya Bikin Doktor Stress

Roundel Roundup 7 Custom Bmw Motorcycles To Inspire Your Project

Startup Paling Menarik Yang Diperkenalkan Di Google Cloud Next


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Masuk Usia 40 An Ini 6 Perkara Penting Yang Kebanyakan Orang Cari

Buasir Otak Tv Roblox Lawan Alien Dalam Perang Dunia Live

Digital Double Meanings What Garden Gummies Say About Today S Social Media Culture

71 Peratus Rakyat Austria Sanggup Boikot Barangan As Tinjauan

7 Destinasi Bajet Mesra Di Kl Bamboo Playhouse Taman Botani Perdana 6 30 Pagi

Muhyiddin Shahidan Sah Hadir Majlis Pembukaan Kapsul Masa 2020 Di Menara Kl