Keluarga Saya Keluarga Malaysia



SETELAH Tun Dr Mahathir Mohamad menggagaskan Wawasan 2020, Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Islam Hadhari dan Datuk Seri Najib Tun Razak pula dengan 1Malaysia, kini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan konsep Keluarga Malaysia dalam perutusan pertamanya sebagai Perdana Menteri kesembilan.
Gagasan yang dibawa beliau bukan retorik. Ia juga tidak memerlukan pelan besar, pelancaran gah penuh gilang- gemilang, poster, bendera dan segala-galanya seperti kempen-kempen lain sebelum ini kerana konsep Keluarga Malaysia sudah lama dihayati oleh rakyat Malaysia.
Malah, perasaan kekitaan ini sudah lama ada dalam naluri setiap anak Malaysia. Cumanya ia tidak diasah, dipertajam dan dikilau di depan mata semua hingga kita perasaan kekitaan Keluarga Malaysia mula luntur dan berkarat. Seolah-olah perasaan itu tidak trendy, malah sudah ketinggalan atau out dated.
Apakah perasaan curiga, syak wasangka dan penuh dendam itu adalah perasaan seharusnya kita anuti, kononnya kerana ia menggambarkan kita adalah rakyat Malaysia moden? Setahu saya, perasaan saling membenci, suka berseteru dan berperang itu adalah perangai manusia dahulu kala.
Konsep Keluarga Malaysia ‘mencungkil persamaan dengan tidak lagi menggali perbezaan, bersepakat untuk menyelamatkan keluarga kita,’ demikian hasrat Perdana Menteri. Pandemik Covid-19 telah mengubah sama sekali landskap ekonomi dan sosial. Ia adalah reset, reboot lalu mula menunaskan kembali apa yang telah layu dan punah.
Walaupun dalam kalangan orang politik lambat sangat untuk menyedari realiti itu, alhamdulilah akhirnya mereka mengetepikan perbezaan dan mengutamakan negara dan warganya. Memorandum persefahaman (MoU) yang ditandatangani kelmarin antara blok kerajaan dan pembangkang adalah sejajar dengan tuntutan semasa iaitu kestabilan politik sehingga Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).
Ebit Lew beri iPhone kepada mangsa samun

Parti-parti politik dan para politikusnya adalah golongan amat berpengaruh. Meskipun ramai yang tidak gemar dengan tindak-tanduk mereka yang asyik berseteru selagi mereka tidak sehaluan, ia sentiasa mempengaruhi sentimen rakyat untuk berasa tidak selamat. Akhirnya rakyat terikut-ikut untuk sentiasa berpolemik. Ia jelas amat membuang masa.
Pendekatan Keluarga Malaysia amat simple kerana menyalurkan mekanisme psikososial yang sudah sebati dalam diri kita. Ia merentasi sempadan agama, bangsa dan kaum. Konsep dalam keluarga yang mengamalkan sikap berat sama dipikul dan ringan sama dijinjing, seperti aur dengan tebing serta berakit-rakit ke hulu dan berenang-renang ke tepian memberi mood timbang rasa, toleransi dalam suasana damai serta sejahtera.
Utopia? Tidak, kerana kita pernah amalkan sikap kerjasama antara kaum, agama dan budaya. Sebabnya dahulu kita semua sama-sama susah, sama-sama payah membina keluarga masing-masing. Hari ini juga kerana Covid-19 kita sama-sama hidup dalam kepayahan dan keperitan hidup yang mencengkam.
Ramai dalam kalangan kita yang tersembam dari segi ekonomi kerana hilang mata pencarian akibat dibuang kerja dan perniagaan runtuh, malah ada pula antara kita terputus bekalan makanan. Susah dan payah itulah yang membangkitkan sikap tolong- menolong.
Kempen bendera putih bagi saya adalah kemuncak perasaan pasrah kita kepada kepayahan peribadi. Dengan mengibar bendera putih, kita memohon dan mengharap orang lain datang membantu. Dan, kita yang lain telah mengumbah dan tumpahkan kembali perasaan ingin menolong orang lain, sepadan dengan semangat Keluarga Malaysia.
Inilah semangat saling membantu yang harus kita bajai agar ia tumbuh subur dalam sanubari. Konsep setiakawan Ali, Ah Chong dan Samy yang diterap ke dalam buku-buku teks sekolah seharusnya kita rangkul semula dalam kehidupan seharian. Terima kasih kepada kita semua. Selamat menyambut Hari Malaysia yang ke-58.
* Norden Mohamed ialah mantan Ketua Pengarang Sinar Harian
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Baca Artikel Menarik :
Cubaan Bunuh Isteri Selepas Wanita Itu Menang Loteri RM31.6 juta Pensyarah ditahan SPRM, beri kontrak kepada kakak, abang ipar MoU Kerajaan-PH gagal halang mangkuk “berterbangan” dalam Parlimen ‘Membiarkan’ UEC kesilapan pemimpin tak boleh dimaafkan Imam Besar Masjid Putra Mohon Maaf Secara Terbuka Insiden Layanan Dua Darjat [VIDEO] Terima Kasih Kerajaan, Pertimbang Moratorium Pinjaman Tanpa Faedah Terakru – Ahmad Maslan MoU bukan jaminan PH sokong Bajet 2022 – Anwar Bawa balik pelacur ke rumah, lelaki pukul isteri selepas ditegur Staf wanita Pejabat Pos mengamuk gara-gara warga Bangladesh tak ikut SOP [VIDEO] Ahmad Maslan mangsa politiking – Puad Resepi Baby Kailan Masak Bawang Putih & Udang Layari Laman Facebook MYKMU
Ulama Kedah,Tok Guru Pak Teh Mad meninggal dunia

The post Keluarga saya, Keluarga Malaysia appeared first on MYKMU.NET.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2021/09/15/keluarga-saya-keluarga-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 261 hits
AMSTERDAM Keluarga 298 mangsa nahas Penerbangan Malaysia MH17 menuduh Rusia berbohong mengenai peranannya dalam kejadian itu pada hari pertama perbicaraan tuduhan bunuh terhadap empat suspek kejadian berkenaan di Belanda Mereka berbohong ka...
Pm Seru Rakyat Bugar Semangat Perpaduan Keluarga Malaysia

Pm Seru Rakyat Bugar Semangat Perpaduan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 230 hits
Hari Malaysia PM seru rakyat bugar semangat perpaduan Keluarga Malaysia Rakyat di seluruh Semenanjung Sabah dan Sarawak diseru untuk membulat tekad memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga yang berjaya serta...
Konsep Keluarga Malaysia 1malaysia Dan Islam Hadhari Apa Yang Kita Faham

Konsep Keluarga Malaysia 1malaysia Dan Islam Hadhari Apa Yang Kita Faham

papar berkaitan - pada 9/9/2021 - jumlah : 259 hits
Oleh Nurul Aisyah KONSEP itu boleh dicipta namun setakat mana keberkesanan pelaksanaannya dan sejauh mana relevan konsep tersebut dengan masyarakat kita Ramai yang masih terpinga pinga dengan nama nama konsep dan pemahaman yang cuba dibawa ...
Konsep Keluarga Malaysia Lebih Baik Daripada Malaysian Malaysia Dap

Konsep Keluarga Malaysia Lebih Baik Daripada Malaysian Malaysia Dap

papar berkaitan - pada 4/9/2021 - jumlah : 211 hits
AGENDA DAILY Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang PAS tetap tegas menolak konsep Malaysian Malaysia yang diperjuang DAP walaupun secara teorinya ia berasaskan perpaduan sebaliknya konsep Keluarga Malaysia lebih kepada penyatuan dengan s...
Keluarga Malaysia Atau Keluarga Saya

Keluarga Malaysia Atau Keluarga Saya

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 362 hits
Malaysia Day gift from a robber for his brother I heard that Nafas takes care of fertilizer and subsidies of billions of ringgit per year Hussein Abdul Hamid Dulu kini dan selama2nya CSR MOU saves the Prime Minister In the opinion of vetera...
Keluarga Malaysia Bermula Dari Kita

Keluarga Malaysia Bermula Dari Kita

papar berkaitan - pada 20/9/2021 - jumlah : 286 hits
TARIKH 10 September 2021 menjadi langkah mula ke arah harapan lebih cerah buat negara kita apabila kawasan paling teruk dilanda Covid 19 dibenarkan melangkah ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara Garis sempadan antara Selangor Kuala Lumpur dan P...
Keluarga Malaysia Bukan Bermakna Sama Rata Sama Rasa

Keluarga Malaysia Bukan Bermakna Sama Rata Sama Rasa

papar berkaitan - pada 19/9/2021 - jumlah : 411 hits
JIKA keadilan itu menjadi asas perpaduan dalam Keluarga Malaysia maka muktamadkan makna keadilan itu bukan samarata samarasa tetapi meletakkan sesuatu pada tempatnya atau memberikan hak kepada yang berhak Sebelum ini saya telah menulis meng...
Kes 1mbd Singapura Selesai Beberapa Bulan Di Malaysia Dah Hampir 3 Tahun Di Mana Dan Siapa Yang Lembab

Kes 1mbd Singapura Selesai Beberapa Bulan Di Malaysia Dah Hampir 3 Tahun Di Mana Dan Siapa Yang Lembab

papar berkaitan - pada 12/9/2021 - jumlah : 473 hits
Pembaharuan 7 perkara yang diperkenalkan oleh kerajaan sekarang juga bukanlah penyelesaian pokok dan menyeluruh Kes rayuan hendaklah dengan amaran bahawa hukuman berat sedang menunggu jika rayuan itu ditolak ini supaya rayuan bukan sekadar ...
Selangor Govt Offers Alternatives To Cattle Farmers Facing Eviction

Rm42 Billion Fdi Up In Smoke Malaysia S Solar Industry Hit As Chinese Companies Shut Down Due To U S Tariffs

Ini Amaran Tegas Kkm Dedah Produk Makanan Beracun

Trends In The Domain Industry

Sd Guthrie Defends Eviction Of Selangor Cattle Farmers

15 Months Jail For Korean Man Over Fake Currencies

Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Terkini Kadar Dividen Asb 2024

Beli Kelengkapan Sekolah Di Pusat Pakaian Hari Hari

Resepi Sambal Hijau Telur

Daging Masak Kurma

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu

Rakyat Amerika Syarikat Tiada Telur