Keluarga Malaysia Bermula Dari Kita


TARIKH 10 September 2021 menjadi langkah mula ke arah harapan lebih cerah buat negara kita apabila kawasan paling teruk dilanda Covid-19 (Lembah Klang) dibenarkan melangkah ke Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN). Garis sempadan antara Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya yang dipisahkan oleh sekatan jalan raya diberhentikan bermula detik 12.01 tengah malam, hari sama.

Maka berpusu-pusulah warga Lembah Klang berhimpun di tempat-tempat menarik bagi ‘melepas gian’ setelah sembilan bulan bermula 13 Januari lalu, sempadan tiga negeri ini ditutup untuk aktiviti rentas sempadan. Viral di media sosial suasana sekitar pusat peranginan, rekreasi, pusat beli-belah dan tempat makan dipenuhi warga kota, rata-ratanya menikmati masa berkualiti bersama keluarga tersayang.

ENDEMIK
Kejayaan penduduk Lembah Klang menerima ‘nikmat’ ini banyak berpunca daripada sikap disiplin kendiri kita semua yang sentiasa mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di luar rumah. Selain itu, antara faktor lain yang tidak kurang pentingnya juga adalah kejayaan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) yang digerakkan bermula 24 Februari lalu.

Ini merupakan kejayaan kita semua tanpa mengira darjat, pangkat, kedudukan mahupun bangsa. Apabila kita saling melengkapi dan sama-sama bermuafakat untuk melawan virus maut ini, maka secara tidak langsung berjaya membawa kedudukan kehidupan makin bertambah baik.

Konsep Keluarga Malaysia yang diilhamkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob harus dilihat dari skop lebih besar dan meluas. Bagaimana konsep berkenaan mampu memberi hasil setimpal dan seimbang bagi perjuangan dan harapan kita melawan pandemik Covid-19.

Namun, jangan terhenti di situ. Selepas ini, Covid-19 akan menjadi endemik dalam kehidupan seharian kita. Virus maut itu tetap ada di sekeliling kita.

Eloklah kiranya konsep Keluarga Malaysia itu diserap dan diasimilasi mengikut peranan dan skop masyarakat yang lebih kecil dan berfokus.

Dengan adanya roh atau semangat kekeluargaan seperti yang diterapkan melalui konsep tersebut, tidak mustahil kita mampu mengorak langkah lebih laju dalam mengubah kualiti kehidupan seharian.

BERDAULAT
Air yang dicincang tidak akan putus. Ia jelas menggambarkan betapa kekuatan ikatan antara ahli keluarga walaupun berbeza bentuk muka, nama panggilan atau darjat.

Begitulah juga dengan rakyat di negara ini. Kita perlu mempunyai ikatan saling melengkapi sesama sendiri untuk membuatkan kehidupan makin bertambah baik dari hari ke hari.

Jika dalam kalangan kita sendiri asyik bertelagah dan sibuk menjatuhkan sesama sendiri, akhirnya kita akan terlepas untuk menjadikan better nation di negara berdaulat ini. Justeru, pentingnya untuk kita mengait kebersamaan dan memberhentikan penggalian perbezaan terutama bagi tiga kaum utama iaitu Melayu, Cina dan India.

Selagi mana kita tidak punya kesedaran yang cukup dalam membentuk sebuah Keluarga Malaysia dalam erti kata sebenar, selagi itulah kita tidak mampu membentuk kualiti kehidupan lebih baik daripada sebelum ini.

Semoga Malaysia mampu menjadi sebuah negara contoh di persada antarabangsa dengan resipi Keluarga Malaysia yang kita pegang saat ini.

Siapa lagi yang perlu berperanan ke arah itu, jika tidak kita sendiri?

Oleh: Sarfarizmal Md. Saad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://tungkaranhati.blogspot.com/2021/09/keluarga-malaysia-bermula-dari-kita.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Piala Malaysia Kl City Fc Bermula Langkah Kanan Tewaskan Sri Pahang Fc Malam Tadi

Piala Malaysia Kl City Fc Bermula Langkah Kanan Tewaskan Sri Pahang Fc Malam Tadi

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 291 hits
KUALA LUMPUR Kuala Lumpur City FC membuka kempen Piala Malaysia dengan langkah kanan selepas menewaskan Sri Pahang FC 3 1 dalam aksi Kumpulan A di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur Cheras malam tadi Pemain tengah menyerang KL City Romel Moral...
Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

Keluarga 298 Mangsa Nahas Penerbangan Malaysia Mh17 Menuduh Rusia Berbohong

papar berkaitan - pada 7/9/2021 - jumlah : 261 hits
AMSTERDAM Keluarga 298 mangsa nahas Penerbangan Malaysia MH17 menuduh Rusia berbohong mengenai peranannya dalam kejadian itu pada hari pertama perbicaraan tuduhan bunuh terhadap empat suspek kejadian berkenaan di Belanda Mereka berbohong ka...
Sepak Mula Piala Malaysia Bermula Hari Ini Bangkitkan Kembali Nostalgia 100 Tahun Bola Sepak Negara

Sepak Mula Piala Malaysia Bermula Hari Ini Bangkitkan Kembali Nostalgia 100 Tahun Bola Sepak Negara

papar berkaitan - pada 27/9/2021 - jumlah : 414 hits
PIALA Malaysia yang memasuki tahun ke 100 FOTO Arkib NSTP Sepak mula Piala Malaysia hari ini bangkitkan kembali nostalgia 100 tahun bola sepak negara KUALA LUMPUR 25 Sept Pejam celik pejam celik Piala Malaysia yang merupakan kejohanan bola ...
Yoursay No Room For Nga In Keluarga Malaysia

Yoursay No Room For Nga In Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 23/9/2021 - jumlah : 279 hits
YOURSAY Isn t Parliament reform part of the MOU BobbyO Can a senior minister interfere in the powers of the House speaker or even in the proceedings in Parliament If senior ministers do not have the authority to interfere in the proceedings...
Keluarga Pelajar Malaysia Dibunuh Di Taiwan Mendapat Rm300 000 Sebagai Pampasan

Keluarga Pelajar Malaysia Dibunuh Di Taiwan Mendapat Rm300 000 Sebagai Pampasan

papar berkaitan - pada 24/9/2021 - jumlah : 406 hits
Seorang lelaki di Kaohsiung menyebabkan kematian penuntut Irene Chung 24 yang berasal dari Sibu Sarawak Pegawai Taiwan telah bersetuju untuk memberi ganti rugi kepada ahli keluarga pelajar Malaysia yang meninggal dunia dengan RM300 000 sete...
Keluarga Malaysia Atau Keluarga Saya

Keluarga Malaysia Atau Keluarga Saya

papar berkaitan - pada 18/9/2021 - jumlah : 362 hits
Malaysia Day gift from a robber for his brother I heard that Nafas takes care of fertilizer and subsidies of billions of ringgit per year Hussein Abdul Hamid Dulu kini dan selama2nya CSR MOU saves the Prime Minister In the opinion of vetera...
Keluarga Saya Keluarga Malaysia

Keluarga Saya Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 249 hits
SETELAH Tun Dr Mahathir Mohamad menggagaskan Wawasan 2020 Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan Islam Hadhari dan Datuk Seri Najib Tun Razak pula dengan 1Malaysia kini Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan konsep Keluarga Malaysia dal...
Pm Seru Rakyat Bugar Semangat Perpaduan Keluarga Malaysia

Pm Seru Rakyat Bugar Semangat Perpaduan Keluarga Malaysia

papar berkaitan - pada 16/9/2021 - jumlah : 231 hits
Hari Malaysia PM seru rakyat bugar semangat perpaduan Keluarga Malaysia Rakyat di seluruh Semenanjung Sabah dan Sarawak diseru untuk membulat tekad memperkukuhkan azam dan membugar semangat perpaduan sebagai satu keluarga yang berjaya serta...
Sabah Cops Man Beating Employee In Viral Video Was In 2019

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor

Put Aside Egos And Resolve Rice Crisis Mat Sabu Syed Hussin Told

Bufet Ramadan 2025 Di Le Meridien Petaling Jaya

How A Parent S Affection Shapes A Child S Happiness For Life

Surat Al Isra Ayat 1 Arti Dan Tafsir Ayat Isra Mi Raj

Tarikh Pembayaran Emolumen Bulanan Bagi Tahun 2025

Himpunan Srbr Amaran Kepada Pemuda Pas Bersatu


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Rumc Your Gateway To A World Class Medical Degree In Malaysia

Surat Al Baqarah Ayat 284 286 Arti Perkata Dan Hukum Tajwid

Arief Ujian Rindu Chord

Luqman Podolski Tiba Tiba Chord

Court Fines Senior Citizen Rm1 600 For Slapping Puspakom Staff

Two Unidentified Soy Sauce Factories Closed Netizens Demand Their Identity Among Other Issues