Keluarga Adib Boleh Lantik Peguam Pemerhati


foto sumber internet
Keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim boleh melantik peguam untuk bertindak sebagai 'watching brief' atau peguam pemerhati dalam inkues kematian anggota bomba tersebut.

Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Senator Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata bagaimanapun peguam tersebut hanya boleh bertindak sebagai pemerhati sahaja.

Loading...
“Keluarga boleh boleh melantik (peguam) sebagai ‘watching brief’ tetapi bukan sebagai peguam yang mengambil peranan aktif dalam kes ini. Kalau peguam daripada kerajaan ambil peranan aktif dia seolah-olah kerajaan bertembung dengan kerajaan. Ini anehlah,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Kempen Keselamatan Jalan Raya Sempena Hari Raya Aidilfitri 2019 dan Majlis Berbuka Puasa anjuran Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Terengganu di Kuala Terengganu, malam tadi.

Pada Isnin, Peguam Syazlin Mansor, yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta keluarga Allahyarham Muhammad Adib menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba itu.

Penarikan diri beliau mencetuskan pelbagai spekulasi dan persoalan mengenai kedudukan inkues berkenaan dalam memberi keadilan kepada Allahyarham Muhammad Adib.


Semalam, Peguam Negara Tommy Thomas berkata Syazlin berada dalam kedudukan konflik kepentingan kerana beliau mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Jabatan Bomba dan Penyelamat dan keluarga Muhammad Adib Mohd Kassim dalam inkues kematian anggota bomba itu.

Muhammad Adib, 24, anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya, parah dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 Nov tahun lalu.

Selepas 21 hari bertarung nyawa, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada 17 Dis lepas di Institut Jantung Negara.

- Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysianupdate.com/2019/05/keluarga-adib-boleh-lantik-peguam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Peguam Keluarga Muhammad Adib Tidak Patut Tarik Diri Dr Mahathir

Peguam Keluarga Muhammad Adib Tidak Patut Tarik Diri Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 29/5/2019 - jumlah : 340 hits
KUALA LUMPUR 28 Mei Peguam Syazlin Mansor tidak sepatutnya menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim walaupun beliau diarahkan tarik diri daripada mewakili Menteri Perumahan dan Kera...
Keluarga Adib Tuntut Penjelasan Penarikan Diri Peguam

Keluarga Adib Tuntut Penjelasan Penarikan Diri Peguam

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 350 hits
Diterbitkan 27 Mei 2019 9 14 malamAhli keluarga Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim mengaku keliru dengan penarikan diri peguam Syazlin Mansor yang dilantik kerajaan bagi inkues kematian anggota bomba berkenaan Mohd Kamaruzaman A Wahab ya...
Inkues Adib Peguam Yang Wakili Kpkt Dan Keluarga Tarik Diri

Inkues Adib Peguam Yang Wakili Kpkt Dan Keluarga Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 457 hits
SHAH ALAM Episod inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim memasuki cerita baharu selepas peguam yang mewakili Kementerian Perumahan Kerajaan Tempatan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia dan ahli keluarga mangsa Syazlin Mans...
4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

4 Suspek Utama Bunuh Adib Disembunyikan Kat Luar Negara Dan Kosnya Ditanggung Kerajaan Dakwa Peguam

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 1184 hits
SEMASA Pada selasa Peguambela dan Peguamcara Mohd Khairul Azam Abdul Aziz mendakwa empat suspek pembunuh Adib telah disembunyikan diluar negara dimana semua kos hidup mereka telah ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan Pihak polis juga katanya...
Inkues Adib Peguam Negara Perlu Dipecat

Inkues Adib Peguam Negara Perlu Dipecat

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 420 hits
WAN ROHIMI WAN DAUDSEJAK 17 Disember 2018 seluruh negara tertunggu tunggu dapatan fakta tentang punca kematian Allayarham Muhammad Adib Mohd Kassim seorang bekas anggota Bomba dan Penyelamat Malaysia Subang Jaya yang cedera parah sewaktu be...
Utamakan Keadilan Perkembangan Inkues Adib Timbulkan Pelbagai Tanggapan Peguam

Utamakan Keadilan Perkembangan Inkues Adib Timbulkan Pelbagai Tanggapan Peguam

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 556 hits
Pengamal Undang Undang tempatan Adnan Seman melihat perkembangan mutakhir berhubung inkues kematian Allahyarham Mohd Adib Mohd Kassim menimbulkan pelbagai tanggapan dan pada masa yang sama ia juga cukup mengejutkan Ini kerana katanya di pen...
Saya Tiada Komen Tanya Yb Menteri Peguam Adib Enggan Dedah Punca Tarik Diri

Saya Tiada Komen Tanya Yb Menteri Peguam Adib Enggan Dedah Punca Tarik Diri

papar berkaitan - pada 28/5/2019 - jumlah : 554 hits
SHAH ALAM Peguam yang menarik diri sebagai wakil Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Jabatan Bomba dan Penyelamat mendedahkan beliau membuat keputusan itu pada saat akhir Syazlin Mansor ketika ditemui pemberita enggan mengulas l...
Inkues Adib Mahathir Pertahan Ag Minta Peguam Tarik Diri

Inkues Adib Mahathir Pertahan Ag Minta Peguam Tarik Diri

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 464 hits
Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad mempertahankan tindakan Peguam Negara Tommy Thomas yang meminta Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan menarik balik pelantikan Syazlin daripada terus mewakili Kementerian itu dan bomba dalam inkues ...
Inkues Adib Mengapa Peguam Negara Dan Perdana Menteri Menggunakan Alasan Konflik Kepentingan Ini

Inkues Adib Mengapa Peguam Negara Dan Perdana Menteri Menggunakan Alasan Konflik Kepentingan Ini

papar berkaitan - pada 30/5/2019 - jumlah : 651 hits
oleh Ab Jalil Backer Menurut alasan terbaharu kerajaan PH Syazlin diarahkan menarik diri dari menjadi peguam pemerhati KPKT kerana beliau juga mewakili keluarga Adib Perdana Menteri dilaporkan berkata peguam itu mewakili dua pihak yang bert...
Yang Salah Bukan Minat Tapi Obsesi

Panduan Lengkap Beli Rumah Pertama

Call To Boycott Sue Rhb Bank For Illegal Dismissal Of Siti Nurziswanis Erupts Among Opposition Faction

Majlis Munajat Perdana Spm 2025 Aprogram Memori Tercipta

Behind The Scenes Our Honda Cb550 Tracker Project From Start To Finish

Di Tembak Lapan Kali Oleh Individu Yang Di Kenali Rakyat Malaysia Yang Parah Di Golok Thailand Meninggal Dunia

Saifuddin Mungkin Lebih 19 Mp Tak Setuju Tindakan Lembaga Disiplin Bersatu

Nga Kor Ming Minta Maaf Kepada Pengamal Media


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Angkara Dendam Pekebun Cedera Di Perut Ditikam Kenalan

Johor Bahru Residents Bathe In Rain And Mosques As River Pollution Cuts Water To Nearly 2 Million

Klang Valley Johor And Pahang Under Thunderstorm Warning Metmalaysia Urges Caution Amid Flash Flood Risks

Deputy Comms Minister Hopes Malaysian Media Council S First Agm Will Boost Professionalism And Dispute Mechanisms

Rafizi Says Son Showing Worrying Symptoms But Declines To Link Them To Putrajaya Attack

Plot Twist As Legal Eagle Casts Doubt If Rhb Bank Has Pursued Right Procedures In Axing Hardcore Pas Staff