Keliru 2 Kenapa Janji Enam Bulan Tun M Mahu Jadi Pm Tak Boleh Dipercayai




Satu lagi kekeliruan yang timbul di antara mereka yang bersetuju dan menolak Tun Mahathir Mohamad sebagai calon Perdana Menteri PH ialah berhubung tempoh enam bulan yang dipohon oleh Pengerusi Bersatu terpecat itu.

Tun Mahathir, sebagaimana diberitahu oleh Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail dalam kenyataan medianya semalam, telah meminta untuk dirinya dijadikan Perdana Menteri sekali lagi selama enam bulan dalam mesyuarat PH Plus pada 9 Jun lalu.

Selepas memegangnya selama enam bulan itu, Tun Mahathir berjanji akan menyerahkan jawatan tersebut kepada Anwar Ibrahim.

Kemudian, Setiausaha Organisasi DAP, Anthony Loke berkata, ada cara tertentu boleh dilakukan untuk memastikan Tun Mahathir terikat dalam melaksanakan janji tersebut.

Ia katanya, melalui perjanjian hitam putih, selain parti-parti dalam PH juga boleh menarik sokongan daripada Tun Mahathir jika beliau memungkiri janjinya.

Dengan menarik sokongan tersebut, tambah Anthony Loke, kedudukan Tun Mahathir akan jatuh dengan sendirinya dan membuka laluan kepada pilihanraya semula terpaksa diadakan.

Melalui janji Tun Mahathir beserta hujah Anthony Loke itu, mereka yang menyokongnya lalu berhujah, apa masalahnya lagi untuk tidak menyetujui beliau sebagai calon Perdana Menteri bagi PH?

Takkan masih tak yakin juga, tambah mereka dengan suara agak tinggi.

Dalam kenyataan media Saifuddin semalam juga, ada disebut bahawa selain Tun Mahathir meminta untuk menjadi Perdana Menteri sekali lagi selama enam bulan, beliau juga mengatakan Anwar tidak boleh diterima untuk jawatan tersebut kerana kedudukannya sebagai pemimpin parti yang berbilang kaum.

Dalam bahasa mudah, bagi Tun Mahathir, Anwar tidak boleh sama sekali menjadi Perdana Menteri atas kedudukannya sekarang sebagai Presiden PKR.

Kenyataan itu dengan jelas menunjuklan Tun Mahathir akan memungkiri janjinya sekali lagi kerana dalam tempoh enam bulan akan datang, Anwar tentu saja masih lagi memegang jawatan Presiden PKR.

Malah, dengan hampir pasti Anwar akan kekal bersama PKR selama hayatnya kerana parti itu ditubuhkannya dan telah diterima dengan baik oleh rakyat, bererti janji penyerahan kuasa tidak akan dilaksanakan buat selama-lamanya oleh Tun Mahathir.

Apabila Tun Mahathir tidak menunaikan janjinya, sepertimana yang cuba diyakinkan oleh Anthony Loke, sokongan terhadap beliau boleh ditarik untuk menjatuhkannya agar pilihanraya dapat diadakan semula.

Lalu, kata penyokong Tun Mahathir lagi, bukankah ini pilihan terbaik buat Anwar iaitu dapat menjatuhkan Perdana Menteri yang memungkiri janjinya?

Sebenarnya, ini adalah satu lagi cubaan untuk menggagalkan Anwar daripada menjadi Perdana Menteri.

Dengan menarik sokongan dan pilihanraya terpaksa diadakan, walaupun beliau dijatuhkan, itulah sebetulnya yang dikehendaki oleh Tun Mahathir iaitu menghalang Anwar menjadi Perdana Menteri.

Akhirnya Anwar terpaksa bergelut semula untuk memenangi pilihanraya dan meletakkan dirinya sebagai Perdana Menteri sekali lagi.

Sebab itu, untuk mengelakkan dipatuk ular yang sama di lubang yang sama buat kali yang ketiga, memilih Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri adalah sesuatu yang sia-sia, membuang masa dan merbahaya.

Kecenderungan untuk beliau memungkiri janji adalah lebih tinggi berbanding menepatinya, malah telah ditunjukkan sendiri oleh Tun Mahathir dengan hujahnya Anwar tidak boleh diterima sebagai Perdana Menteri kerana mengetuai parti yang berbilang kaum.

Tidak memilih Tun Mahathir sebagai calon Perdana Menteri hanyalah suatu mudarat kecil berbanding mudarat lebih besar bakal menunggu, bukan saja kepada Anwar tetapi juga kepada PH, jika memilihnya sekali lagi.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/keliru-2-kenapa-janji-enam-bulan-tun-m.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bermula 1 Julai 2020 Tiada Caj Hotel Selama Enam Bulan Di Pulau Pinang

Bermula 1 Julai 2020 Tiada Caj Hotel Selama Enam Bulan Di Pulau Pinang

papar berkaitan - pada 26/6/2020 - jumlah : 494 hits
Kerajaan Pulau Pinang mengetepikan caj hotel berkuat kuasa 1 Julai hingga 31 Dis selaras dengan kebenaran merentas negeri Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Kesenian Kebudayaan dan Warisan negeri Yeoh Soon Hin berkata ia adalah usaha keraja...
Kabinet Ph Perlu Pasukan Terbaik Pm Boleh Tun M Disusuli Anwar

Kabinet Ph Perlu Pasukan Terbaik Pm Boleh Tun M Disusuli Anwar

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 374 hits
Kabinet PH perlu pasukan terbaik PM boleh Tun M disusuli AnwarOleh June 14 2020Oleh Dr Mohd Amim OthmanKemelut terkini politik Malaysia perlu diselesaikan segera dengan memberi setiap bucu serban kepada haknya agar matlamat meletakkan semul...
Khm Janji Bayar Wang Kemenengan Liga Hoki Malaysia 2020 Akhir Bulan Ini

Khm Janji Bayar Wang Kemenengan Liga Hoki Malaysia 2020 Akhir Bulan Ini

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 578 hits
KUALA LUMPUR 13 Jun Konfederasi Hoki Malaysia akan melangsaikan wang kemenangan kepada pemenang saingan Liga Hoki Malaysia 2020 pada akhir bulan ini selepas tertangguh susulan pandemik COVID 19 Ahli Lembaga Eksekutif KHM sudah meluluskan un...
Rentasan 697 Panas Ph Temui Kaedah Penyelesaian Supaya Tun Mahathir Tepati Janji

Rentasan 697 Panas Ph Temui Kaedah Penyelesaian Supaya Tun Mahathir Tepati Janji

papar berkaitan - pada 19/6/2020 - jumlah : 432 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6971 PAKATAN HARAPAN BERI JALAN KELUAR SECARA TERHORMAT KEPADA TUN M 2 AZMIN JANGAN CAMPUR URUSAN PAKATAN HARAPAN 3 PEMIMPIN WANITA BANTAH SIASATAN TERHADAP HANNAH 4 BILA PAS NAK HARAMKAN JUDI
Anwar Ibrahim Tolak Cadangan Peralihan Kuasa Enam Bulan

Anwar Ibrahim Tolak Cadangan Peralihan Kuasa Enam Bulan

papar berkaitan - pada 23/6/2020 - jumlah : 434 hits
Presiden PKR menolak cadangan Pakatan Harapan agar dirinya menunggu sehingga enam bulan mengambil alih jawatan perdana menteri daripada Tun Dr Mahathir Mohamad Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam wawancara Channel News Asia berkata cara itu akan...
Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

Air Tingkatkan Risiko Penyakit Kerana Ia Boleh Jadi Pembawa Kuman Pada Bayi Bawah 6 Bulan

papar berkaitan - pada 18/6/2020 - jumlah : 396 hits
Bayi yang menyusu susu ibu secara eksklusif sehingga berumur enam bulan akan membesar dengan sihat dan tidak memerlukan makanan lain Pakar dalam pemakanan bayi mengesyorkan agar penyusuan susu ibu secara eksklusif diteruskan sehingga bayi b...
Bursa Malaysia Catat Paras Tertinggi Enam Bulan

Bursa Malaysia Catat Paras Tertinggi Enam Bulan

papar berkaitan - pada 11/6/2020 - jumlah : 351 hits
Pasaran saham tempatan yang berada pada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan dijangka meneruskan lagi momentum kenaikannya disokong oleh langkah yang diumumkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara Jumaat lalu Penanda aras di Bursa M...
Ph Tolak Cadangan Dr M Jadi Pm Enam Bulan

Ph Tolak Cadangan Dr M Jadi Pm Enam Bulan

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 382 hits
By 12 June 2020Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad KUALA LUMPUR Pakatan Harapan telah menolak cadangan supaya Tun Dr Mahathir Mohamad menjadi Perdana Menteri selama enam bulan sebelum menyerahkan jawatan itu kepada Datuk Se...
Fifa Overturns Three Harimau Malaya Match Results

Tenaga Nasional Berhad Menutup Bekalan Elektrik Sekitar Daerah Kuantan Susulan Hujan Yang Berterusan Dan Banjir

Penuntut Unipsas Dan Kptm Terjejas Banjir Terpaksa Dipindahkan Akibat Hujan Berterusan Selama Beberapa Hari Di Kuantan

Mp Kuantan Adun Tanjung Lumpur Turun Padang Membantu Penduduk Taman Guru Terperangkap Akibat Banjir Yang Kian Buruk

Sultan Pahang Tengku Ampuan Berkenan Sumbang Makanan Kepada Mangsa Banjir Di Dua Pusat Pemindahan Sementara Di Kuantan

Infobencana Jabatan Kebajikan Masyarakat Hujan Lebat Berterusan Di Pahang Akibatkan Negeri Ini Kembali Dilanda Banjir

Checklist Awal Tahun 2026 Perkara Penting Ramai Terlepas Pandang

Pga Sarawak Merampas Barangan Tidak Bercukai Bernilai Rm9 9 Juta


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Himpunan 50 Zikir Harian Sahih Amalan Rasulullah

Tomica Brand Store Pertama Di Asia Tenggara Rasmi Dibuka Di Suria Klcc

Tiada Makanan Tiada Air Bersih Tiada Ubat Untuk Mangsa Banjir Aceh Harian Metro 18 12 2025

Pembungkusan Makanan Berasaskan Plastik Dan Implikasi Terhadap Keselamatan Dan Kesihatan Pengguna

Kepentingan Bidang Arkeogenetik Dalam Kajian Penempatan Orang Asli Di Semenanjung Malaysia

Drama Bisik Asmara