Bursa Malaysia Catat Paras Tertinggi Enam Bulan




Pasaran saham tempatan yang berada pada paras tertinggi dalam tempoh enam bulan dijangka meneruskan lagi momentum kenaikannya, disokong oleh langkah yang diumumkan di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA), Jumaat lalu.
Penanda aras di Bursa Malaysia, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat hari ini apabila pelabur melihat Malaysia berada dalam landasan tepat dan bersedia untuk proses pemulihan ekonomi berdasarkan langkah PENJANA serta kelonggaran di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Ketika ditutup, FBM KLCI meningkat 18.83 mata kepada 1,575.16 berbanding 1,556.33 ketika ditutup pada Jumaat lalu, sekali gus paras tertinggi sejak Januari lalu.
Indeks utama itu dibuka 16.47 mata lebih tinggi pada 1,572.80 dan bergerak di antara 1,567.97 hingga 1,590.83 sepanjang sesi dagangan.
Pemegang lesen Wakil Peniaga dan Pasaran Hadapan Inter-pacific Securities Sdn Bhd, Zainal Ariffin Osman, berkata PENJANA mampu mengurangkan impak atau kejutan yang disebabkan oleh pandemik COVID-19.
Beliau berkata, seperti kebanyakan pasaran saham global, Malaysia juga tidak terkecuali daripada berdepan dengan kejatuhan selain keputusan kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha membendung pandemik itu.
Namun, tegasnya, berdasarkan dagangan hari pertama selepas pengumuman PENJANA oleh Perdana Menteri pada Jumaat lalu, Bursa Malaysia kekal stabil sepanjang sesi.
"PENJANA terus memberikan dorongan kepada pasaran ditambah dengan pembukaan kembali aktiviti ekonomi secara berperingkat.
"Ini adalah masa untuk pasaran menjalankan pemulihan kerana sudah merekodkan kejatuhan yang banyak sejak Februari lalu.
"Dorongan seperti ini membantu meningkatkan sentimen pelabur dan mengukuhkan kembali keyakinan kepada pasaran saham tempatan.
"Bagaimanapun, Bursa Malaysia masih belum dapat menjangka sama aa pelan pemulihan ini mampu menarik kembali pelabur asing kerana ketika ini belum ada tanda mereka akan kembali ke pasaran," katanya sambil menambah, unjuran beberapa pihak termasuk Bank Dunia mengenai pemulihan ekonomi Malaysia bermula pada akhir tahun ini juga menjadikan sentimen pasaran bertambah positif.
Sementara itu, Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid, berkata pengumuman PENJANA menunjukkan komitmen kerajaan untuk terus menyokong pertumbuhan ekonomi domestik.
Beliau berkata, beberapa langkah khusus kepada industri tertentu seperti industri hartanah dan automotif juga dijangka merancakkan jualan bagi syarikat yang berkaitan dengan industri terbabit.
Bagi pasaran saham tempatan, katanya, ia dilihat akan kembali meningkat berdasarkan pemulihan dan kelebihan beberapa sektor ketika ini.
Mohd Afzanizam berkata, berdasarkan analisis teknikal, kedudukan paras rintangan semasa adalah 1,633 mata dan paras sokongan adalah 1,552 mata.
Selain itu katanya, indeks FBM KLCI berada di paras terlebih beli.
"Sememangnya, pasaran saham tempatan dijangka akan mengalami pembetulan teknikal dalam masa terdekat.
"Namun, bagi pelabur asing, buat masa ini, mereka lagi mencatatkan jualan bersih. Ini bermakna mereka sedang memerhati suasana pasaran semasa dan prospek akan datang.
"Justeru, buat masa ini mereka mungkin memilih untuk melabur dalam instrumen yang berisiko rendah seperti bon kerajaan. Bagaimanapun, sekiranya momentum pemulihan ekonomi ini berterusan, kita boleh menjangkakan mereka akan kembali aktif dalam pasaran saham tempatan," katanya.

MR :  Macai PH bodoh nak faham perkara macam ni


Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt





............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/06/bursa-malaysia-catat-paras-tertinggi.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tiga Bulan Teman Menantu Amp Cucu Di Jakarta Ibu Ashraf Sinclair Pulang Ke Malaysia

Tiga Bulan Teman Menantu Amp Cucu Di Jakarta Ibu Ashraf Sinclair Pulang Ke Malaysia

papar berkaitan - pada 4/6/2020 - jumlah : 531 hits
Pemergian anak sulungnya pada pertengahan bulan Februari yang lalu membuatkan ibu kepada pelakon Ashraf Sinclair terbang ke Jakarta untuk bersama menantunya Bunga Citra Lestari serta cucu tersayang Noah Sinclair Khadijah Abdul Rahman telah ...
Covid 19 Kkm Senaraikan 4 Daerah Catat Kes Taburan Tertinggi Setakat 29 Mei

Covid 19 Kkm Senaraikan 4 Daerah Catat Kes Taburan Tertinggi Setakat 29 Mei

papar berkaitan - pada 29/5/2020 - jumlah : 286 hits
Kementerian Kesihatan Malaysia menerusi ciapannya di Twitter telah berkongsikan taburan kes positif Covid 19 mengikut daerah di Malaysia Menurut ciapan tersebut daerah di Cheras Hulu Langat Lembah Pantai dan Rembau mencatatkan kes Covid 19 ...
Iran Catat Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Dalam 24 Jam

Iran Catat Kes Baharu Covid 19 Tertinggi Dalam 24 Jam

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 316 hits
TEHRAN Iran mencatatkan 3 574 kes jangkitan baharu Covid 19 hari ini yang tertinggi pernah dicatatkan dalam tempoh 24 jam sejak Februari lalu Ia adalah hari keempat berturut turut Iran mencatatkan jangkitan baharu melebihi angka 3 000 Rekod...
Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Jun 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Jun 2020 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 453 hits
Anda dipanggil menduduki Ujian Psikometrik Bulan Jun 2020 ini Tahniah jika anda dipanggil untuk ujian ini tetapi apa persediaan yang
Kembali Ke Malaysia Setelah 3 Bulan Temani Bcl Ini Pesan Menyentuh Ibu Ashraf Untuk Menantunya

Kembali Ke Malaysia Setelah 3 Bulan Temani Bcl Ini Pesan Menyentuh Ibu Ashraf Untuk Menantunya

papar berkaitan - pada 5/6/2020 - jumlah : 323 hits
BCL juga menghadiahkan sang ibu mertua sebuah Alquran dan sajadah sebagai pengingat untuk selalu mendoakan Ashraf
Kerajaan Bersetuju Bagi Rakyat Malaysia Cuti Hari Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Setiap Tahun

Kerajaan Bersetuju Bagi Rakyat Malaysia Cuti Hari Isnin Minggu Pertama Bulan Jun Setiap Tahun

papar berkaitan - pada 2/6/2020 - jumlah : 763 hits
Ketua Setiausaha Negara dalam satu kenyataan media telah memaklumkan tentang pindaan tarikh Hari Keputeraan Seri Paduka Baginda Yang di Pertuan Agong XVI Pindaan tarikh ini tentu memberikan berita gembira dan teruja buat seluruh warga Malay...
Bursa Malaysia Likely To See Further Gains Next Week

Bursa Malaysia Likely To See Further Gains Next Week

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 292 hits
The FTSE Bursa Malaysia KLCI is likely to rise further next week on the back of better overnight Wall Street performance on Friday coupled with the recently announced National Economic Recovery Plan incentives A market analyst said the FBM ...
Bursa Malaysia Lancar Bursa Academy Platform Pembelajaran Dalam Talian Untuk Pelabur

Bursa Malaysia Lancar Bursa Academy Platform Pembelajaran Dalam Talian Untuk Pelabur

papar berkaitan - pada 7/6/2020 - jumlah : 405 hits
Bursa Malaysia Berhad baru baru ini telah melancarkan sebuah platform pembelajaran dalam talian dikenali sebagai Bursa Academy Platform ini dibangunkan sebagai sebuah portal pembelajaran sehenti yang menawarkan informasi serta permainan int...
Gesaan Malaysia Kepada Kesepaduan Asean Elak Kesan Buruk Tarif As Pm Anwar

1mdb Witness Protection Chief Rebuffs Najib S Subpoena

1mdb Withdraws Suit Against Singaporean Woman In Rosmah S Luxury Goods Case

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Hr Ministry Miti To Gather Data On Firms Workers Affected By Pipeline Fire

Raya Di Teratak Kecil Nieyl

Bab 4 April 2025


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Program Affiliate Klikjer

Rumahku Sepatutnya Syurgaku

Dododots Released Limited Edition Of The Powerpuff Girls Collection

Resepi Cucur Ubi Kentang

Lirik Lagu Gasoline Akim The Majistret

Resepi Puding Awan Nano Mr Ali