Kabinet Ph Perlu Pasukan Terbaik Pm Boleh Tun M Disusuli Anwar



Kabinet PH perlu pasukan terbaik, PM boleh Tun M, disusuli AnwarOleh: Redzuan RF8 MediaJune 14, 2020ShareOleh: Dr Mohd Amim OthmanKemelut terkini politik Malaysia perlu diselesaikan segera dengan memberi setiap bucu serban kepada haknya agar matlamat meletakkan semula batu Hajarul Aswad (jawatan PM) ke tempatnya, atau di antara kabilah di Mekah bersiap sedia untuk berperang. Ketika waktu kemuncak, politik menekan pemimpin tidak patut berlaku dalam kalangan ahli parti dan kaedah penyelesaian terbaik setiap individu berkepentingan perlu ke meja rundingan dan membuat keputusan dengan rasional yang boleh memberi kebaikan kepada semua.Penyokong PH sebenarnya menaruh harapan sebuah kerajaan Pakatan Harapan (PH) baru dapat dibentuk sebelum parlimen dibubarkan. Kerana pembentukan kerajaan baru yang diberinama “PH Plus” yang dianggotai beberapa komponen parti lain akan mengelak tipu helah mega yang bakal dilakukan oleh pihak Perikatan Nasional (PN) dalam PRU ke-15 nanti.Massa melihat Datuk Seri Anwar ditekankan (sebagai PM) penyokong dan ahli PKR sendiri yang tidak lagi mempercayai Tun Mahathir. Yang lebih pelik kumpulan undi rosak yang satu ketika dahulu berkempen menyerang PH dan BN kelihatan lebih sudu dari kuah tanpa memikirkan usaha mereka itu bukan mengukuhkan parti PKR atau PH itu sendiri. Tetapi, ia dilihat membawa mudarat dari kebaikan kepada PH. Atau mereka sebenarnya mempunyai agenda yang lain?Keadaan politik tergantung tidak elok dibiarkan lama mendominasi politik negara. Penyokong dan ahli parti patut memberi cadangan balas dan bukan menyerang tanpa memberi alternatif kepada kepimpinan parti PH. Bercakap senang tetapi tuan punya badan yang menanggung bebannya. Malah, penyokong perlu melihat dilihat di luar kerangka politik yang lebih besar. Tumpuan utama adalah membina semula negara dan menyelamatkan kerajaan dari penyamun tarbus yang semakin rakus membahagikan jawatan dan sumber untuk kepentingan parti masing–masing.Siapa Perdana Menteri?Sebenarnya rakyat sudah bosan dengan aktiviti ahli politik yang keterlaluan. Di kala negara di serang Covid-19 dan rakyat ramai yang mula kehilangan pekerjaan. Aktiviti politik keterlaluan dilihat oleh rakyat tidak memberi keuntungan kepada mereka. Ditambah dengan tingkah laku ahli parlimen yang melompat parti telah menghilangkan keyakinan mereka kepada proses demokrasi. Ia merupakan satu keadaan yang tidak bagus kepada negara dengan dianggarkan generasi muda mula menjauhkan diri dari politik. Sesuatu perlu dilakukan segera bagi menyelamatkan perkara ini.Keputusan meletak Datuk Seri Anwar adalah hak parti PKR dan penyokongnya setelah memberi kepercayaan kepada Tun Mahathir menerajui kempen PH dalam PRU-14. Sekali ditipu bukan mudah untuk mempercayai orang yang sama dua kali.Di dalam hati nurani Tun Mahathir pula, kesungguhnya beliau mungkin dipengaruhi tiga sebab utama iaitu pertama; perasaan malu kehilangan jawatan Perdana Menteri akibat dikhianati dan ditipu kumpulan pengkhianat dan beliau mahu bersara dalam keadaan bergaya seperti tahun 2003. Kedua; ketakutan beliau melihat satu demi satu penyamun tarbus 1MDB bakal bebas melalui pembebasan Musa Aman dan terakhir imej negara di persada antarabangsa semakin merosot juga satu faktor keengganan beliau mengundur diri.Jika kepimpinan utama PH beralah dan memikir sesuatu yang lebih besar dari jawatan, tetapi melihat sesuatu yang lebih penting iaitu kuasa dan peranan yang boleh dimainkan selepas mendapat semula kerajaan maka Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri perlu diikat dengan syarat yang ketat dengan beberapa syarat yang harus dipersetujui beliau.Pertama satu “Ikatan Perjanjian Persefahaman” dan penetapan satu tarikh khas “Pemindahan Jawatan Perdana Menteri” yang dipersetujui di antara kedua pihak. Dicadangkan satu tarikh iaitu 31 Oktober 2020 bersamaan tarikh beliau meletak jawatan perdana menteri kali pertama dahulu, iaitu pada 31 Oktober 2003. Alasan persidangan APEC tidak lagi relevan setelah beberapa program dan jadual asal persidangan sudah dibatalkan. Pemimpin manakah mahu menghadiri persidangan ketika negara masing-masing bergelut dengan wabak.Pengorbanan besarDi pihak Datuk Seri Anwar penolakan jawatan perdana Menteri perlu dilihat satu pergorbanan yang besar. Beliau perlu diberi jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM). Jawatan ini perlu diapit dengan kuasa eksekutif yang besar dalam melantik individu tertentu di beberapa kementerian penting tanpa campurtangan Tun Mahathir dan pegawai beliau seperti yang berlaku kepada Dr Rahim Ghaouse yang dicadangkan dilantik sebagai Setiausaha Sulit Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Wan Azizah ketika tempoh 22 bulan pemerintahan dulu. Inilah antara luka lama yang menjadi antara halangan utama PKR sukar untuk menerima semula Tun Mahathir. Namun, dalam konteks pembentukan kerajaan baru, umum mengetahui Datuk Seri Anwar berjiwa besar dan berpandangan jauh.Sesuatu yang lebih utama ialah persetujuan Tun Mahathir untuk membenarkan satu projek khas diwujudkan iaitu “Jabatan Bina Semula Negara” yang akan menstruktur semula sistem demokrasi dan pentadbiran awam Malaysia agar lebih telus melibatkan pemindahan pemusatan kuasa SPRM, Polis dan Jabatan Peguam Negara kepada Parlimen Malaysia.Ini adalah antara impian dan matlamat paling utama perjuangan reformasi Datuk Seri Anwar di dalam PKR. Kehilangan jawatan Perdana Menteri tidak sebesar mana berbanding persetujuan untuk membina semula Malaysia di atas landasan yang betul agar pahat tidak lagi berbunyi setelah rumah siap dibina.Manakala, Parti Amanah Negara perlu diberi tugas mendampingi masyarakat Melayu pendalaman dan dipusatkan kementerian yang sesuai dengan peranan mereka. Tempoh 22 bulan seperti menekan Parti Amanah Negara dengan pemberian kementerian yang tidak strategik ditambah pula peranan menteri luar bandar yang ketika itu tidak berfungsi dengan baik. Pengkhianatan adalah satu hikmah terbesar kepada rakyat. Kerana adanya musang berbulu ayam seperti Azmin, Zuraidah, Rina dan Pakwan menjadi duri dalam daging serta merosakkan nama baik PH dan menyukarkan PH melaksanakan manifesto mereka.DAP pula diberi kementerian yang berkaitan perdagangan global yang berkaitan dominasi China dalam perdagangan antarabangsa di samping mengurangkan serangan media PN terhadap kerajaan PH bahawa Amanah balaci DAP. Pemimpin parti serpihan PPBM patut diberi jawatan yang sesuai dengan pengalaman mereka. Tugas Jabatan Bina Semula Negara diberikan kepada YB Syed Saddiq, orang muda kerana mereka bakal mewarisi negara bersih dan berintegriti berdasarkan pengalaman beliau sebagai pelajar undang-undang di UIA dahulu. Proses pembinaan semula kerajaan tidak sepatutnya mudah meletak sesiapa saja berdasarkan kedudukan mereka di dalam parti tetapi untuk kali ini ia dipilih berdasarkan kemampuan mereka bertindak dalam isu-isu tertentu dengan baik.Menteri dan peratusan kaumBuat pertama kali dalam sejarah pentadbiran eksekutif Malaysia, posisi menteri perlu mengambilkira peratusan kaum dalam Malaysia. Ketika ini, orang Melayu dan pribumi membentuk 70 peratus rakyat Malaysia dan seharusnya diberikan 20 kerusi menteri dan ikuti kaum cina 6 kerusi (23 peratus) dan India 2 kerusi (5 peratus). Kerusi pribumi Sabah dan Sarawak diletak di bawah pembahagian kerusi pribumi Melayu. Kesilapan meletak individu melalui parti akan menyebabkan jumlah kaum tidak seimbang. Justeru, berdasarkan kuota kaum maka YB di kalangan kaum Cina dan India perlu membuat keputusan di dalam kalangan mereka parti manakah wakil mereka boleh berperanan sebagai menteri bagi mewakili kuota kaum mereka.Kempen untuk menolak Tun sebenarnya tidak menguntungkan sesiapa. Yang mendapat untung adalah kumpulan pengkhianat dari kelompok Azmin dan gerakan baru yang cuba dipelopori oleh Ezam Mohd Noor yang setelah terpinggir di dalam Perikatan Nasional cuba mencari nafas baru melalui politik baru dengan memecahbelahkan kesatuan Pakatan Harapan.Malah, ia tidak mustahil memecahbelahkan kumpulan penyokong di dalam PKR, DAP dan Amanah. Kepada penyokong Anwar, seekor kuda liar dan penting untuk membawa harapan ke tempat yang mahu dituju sepatutnya diikat dengan tali yang kuat pada hidung dengan satu ikatan duri yang berbisa. Tun Mahathir pun manusia biasa dan acap kali membuat kesilapan, tetapi jika satu persetujuan dan ikatan perjanjian yang kuat dan diikat dengan persetujuan ahli keluarga dari kedua pihak. Rasanya, pengakhiran terbaik untuk PH Plus akan kunjung tiba dan negara dapat keluar dari kemelut ekonomi dan Covid-19.Di bawah disenaraikan kementerian dan menteri yang sesuai berdasarkan prestasi mereka di dalam parti dan mereka dilihat layak memainkan peranan dalam kementerian masing-masing. Penolakan beberapa individu tertentu adalah disebabkan sepanjang 5 tahun perjuangan PH kemampuan mereka dalam menjadi seorang menteri yang mampu mengalas tugas membina semula Malaysia tidak menyerlah.Mereka sekadar mengisi jawatan kosong tanpa ide dan inisiatif yang baru. Pemilihan kali ini bukan berdasarkan kepada jawatan dalam parti dan beberapa kuat mereka mengampu presiden mereka. Manakala YB yang tidak terpilih boleh dilantik sebagai Timbalan Menteri.Kabinet Bina Semula Negara 2020-20231. Perdana Menteri : YAB Tun Mahathir
2. Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan : YB Ds Anwar Ibrahim
3. Menteri Dalam Negeri : YB Ds Saifuddin Nasution
4. Menteri Pertahan : YB Datuk Johari Abdul
5. Menteri Hal Ehwal Ekonomi : YB Senator Rafizi Ramli
6. Menteri Penerangan : Yb Fahmi Fadzil
7. Menteri Pendidikan : Yb Syed Ibrahim Bin Syed Noh
8. Menteri Belia Dan Sukan : Yb Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir
9. Menteri Wanita Dan Keluarga : Yb Fuziah Salleh
10. Menteri Sumber Manusia : YB Abdullah Sani
11. Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan : Yb Tuan William Leong Jee Keen
12. Menteri Kesihatan : Dr Lee Boon Chye
13. Menteri Air, Tenaga Dan Sumber Asli : Yb Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
14. Menteri Pengangkutan : Yb Lim Guan Eng
15. Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Yb Anthony Loke
16. Menteri Kementerian Industri Utama : Yb Teresa Kok
17. Menteri Pelancongan : Yb Tuan Tony Pua Kiam Wee
18. Menteri Undang-Undang : Gobind Singh Deo
19. Menteri Luar Bandar : Yb Mohd Sabu
20. Menteri Pertanian : Yb Salahuddin Ayub
21. Menteri Usahawan : Yb Khalid Samad
22. Menteri Agama : YB Ds Dr Mujahid Yusuf
23. Menteri Pengajian Tinggi : Yb Dr Maszlee Malik
24. Menteri Kerja raya : Yb Amiruddin Hamzah
25. Menteri Wilayah : Yb Aziz Jamman
26. Menteri Luar Negeri : Yb Ignatius Dorell Leiking
27. Menteri Pembangunan Malaysia Timur : Yb Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof
28. Menteri Hal Ehwal Pengguna : Yb Nancy ShukriKOMPOSISI MENTERI BERDASARKAN KAUMMelayu dan Pribumi (20)
1. Perdana Menteri : Tun Mahathir
2. Timbalan Perdana Menteri Dan Menteri Kewangan : Ds Anwar Ibrahim
3. Menteri Dalam Negeri : Ds Saifuddin Nasution
4. Menteri Pertahan : Datuk Johari Abdul
5. Menteri Hal Ehwal Ekonomi : Yb Rafizi Ramli
6. Menteri Penerangan : Yb Fahmi Fadzil
7. Menteri Pendidikan : Yb Syed Ibrahim Bin Syed Noh
8. Menteri Belia Dan Sukan : Yb Akmal Nasrullah Bin Mohd Nasir
9. Menteri Wanita Dan Keluarga : Yb Fuziah Salleh
10. Menteri Sumber Manusia : YB Abdullah Sani
11. Menteri Luar Bandar : Yb Mohd Sabu
12. Menteri Pertanian : Yb Salahuddin Ayub
13. Menteri Usahawan : Yb Khalid Samad
14. Menteri Agama : YB Dr Mujahid Yusuf
15. Menteri Pengajian Tinggi : Yb Dr Maszlee Malik
16. Menteri Kerjaraya : Yb Amiruddin Hamzah
17. Menteri Wilayah : Yb Aziz Jamman
18. Menteri Luar Negeri : Yb Ignatius Dorell Leiking
19. Menteri Pembangunan Malaysia Timur : Yb Dato’ Sri Haji Fadillah Bin Yusof
20. Menteri Hal Ehwal Pengguna : Yb Nancy ShukriCINA (6)
1. Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan : Yb Tuan William Leong Jee Keen
2. Menteri Kesihatan : Dr Lee Boon Chye
3. Menteri Pengangkutan : Yb Lim Guan Eng
4. Menteri Perdagangan Antarabangsa Dan Industri: Yb Anthony Loke
5. Menteri Kementerian Industri Utama : Yb Teresa Kok
6. Menteri Pelancongan : Yb Tuan Tony Pua Kiam WeeINDIA (2)
1. Menteri Air, Tenaga Dan Sumber Asli : Yb Dato’ Dr. Xavier Jayakumar
2. Menteri Undang-Undang : Gobind Singh DeoPenyokong pemimpin tertentu di dalam PH perlu sedar bahawa dalam membuat desakan terhadap kepimpinan, mereka perlu mengambilkira pelbagai aspek terutama sumber, peranan parti, wakil yang sesuai dan bagaimana menyatukan semula Pakatan harapan dan bukan membunuh peluang yang hampir tiada. Berfikirlah untuk kebaikan parti dan Negara. Sekian

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/kabinet-ph-perlu-pasukan-terbaik-pm.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Tak Boleh Pinggirkan Kekuatan Tun M Maszlee

Anwar Tak Boleh Pinggirkan Kekuatan Tun M Maszlee

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 289 hits
Pakatan Harapan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menidakkan kekuatan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya mahu merampas semula kerajaan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik beranggapan Anwar seorang sampai bila bila...
Ph Tak Dapat Kalahkan Muhyiddin Yassin Kerana Anwar Ibrahim Tun M

Ph Tak Dapat Kalahkan Muhyiddin Yassin Kerana Anwar Ibrahim Tun M

papar berkaitan - pada 21/6/2020 - jumlah : 288 hits
PH tidak berminat untuk ambil alih kerajaan Dr MahathirPakatan Harapan seolah olah tidak berminat untuk mengambil alih kerajaan apabila masih gagal mencapai keputusan berkenaan calon Perdana Menteri kata Tun Dr Mahathir Mohamad Katanya ia s...
Kalau Anwar Boleh Berpegang Pada Janji Mengapa Kita Tidak

Kalau Anwar Boleh Berpegang Pada Janji Mengapa Kita Tidak

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 260 hits
Semua tahu sewaktu PH mengadakan perjanjian peralihan kuasa di antara Tun M dan Anwar sekiranya PH menjadi kerajaan waktu itu Anwar masih di dalam penjara Kita semua telah membuat janji dengan manusia yang sedang terpenjara ketika itu Bahka...
Anwar Tun M Dinasihatkan Bersara Sahaja

Anwar Tun M Dinasihatkan Bersara Sahaja

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 203 hits
SIK Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar bersara dari terlibat dengan politik demi masa depan Malaysia yang lebih baik Demikian saranan Menteri Besar Kedah Mohammad Sanus Md Nor ketika mempengerusikan sidang...
Ulasan Akhbar Cina Fokus Pemilihan Calon Perdana Menteri Ph Plus Ph Calonkan Anwar Tun M Calonkan Diri Sendiri

Ulasan Akhbar Cina Fokus Pemilihan Calon Perdana Menteri Ph Plus Ph Calonkan Anwar Tun M Calonkan Diri Sendiri

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 314 hits
Rina Ariana Sumber Sin Chew Daily Tarikh 11 6 2020Diterjemahkan oleh Megat Hisemudin Megat Kasim Menurut berita yang diperolehi oleh Sin Chew Daily PH Plus dalam fokus pemilihan calon Perdana Menteri memperlihatkan yang PH telah mencalonkan...
Boleh Jadi Gila Rakyat Malaysia Anwar Mahathir Berebut Jadi Pm Ganti Muhyiddin

Boleh Jadi Gila Rakyat Malaysia Anwar Mahathir Berebut Jadi Pm Ganti Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/6/2020 - jumlah : 480 hits
Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi PKR hari ini dijangka memberi penjelasan berhubung spekulasi peralihan kuasa Bagaimanapun dalam kenyataan media petang tadi PKR sekadar berkata parti itu akan menyokong Pakatan Harapan dan sekutunya untuk...
Tun Telah Dapat Dua Kali Berilah Peluang Anwar Sekali

Tun Telah Dapat Dua Kali Berilah Peluang Anwar Sekali

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 249 hits
Anwar realistik Dia sebut jumlah yang ada dlm poket PH iaitu 107 MP Bodohlah dia kalau dia nak sebut ada berapa lagi MP yang berminat untuk bersama PH Jika ini diambil kira ertinya ada lagi 115 MP dari 222 kesemuanya Adakah Muhyidin dapat k...
Rundingan Berjalan Henti Berbalah Kem Tun M Anwar

Rundingan Berjalan Henti Berbalah Kem Tun M Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 225 hits
Pelan peralihan kuasa akan musnah sekiranya ketegangan terus wujud antara penyokong kem Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim Menurut AJK Biro Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor Syazmir Hariz Noorazalan kedua dua kem tidak patut menunjuk nunjuk sia...
Tun Sudah Tua Galah Sejengkal Berilah Kepada Anwar

Tun Sudah Tua Galah Sejengkal Berilah Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 323 hits
Oleh A Razak Ismail Saya mengulas artikel Galah sejengkal Tun Dr Mahathir yang ditulis oleh Dr Maszlee Malik baru baru ini Bagi saya tiba masanya Dr Mahathir pula hulurkan galah sejengkal itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kait buah ...
Pm Anwar Meets With Indonesia S Finance Minister For Discussions In Riyadh

Nga Kor Ming S Influence In Dap On The Rise

Gear Up For Standard 1 Registration

Irma Hasmie Enggan Komen Status Perkahwinan Apa Yang Penting Allah Jaga Hati Fikiran Kami

Senarai Cawangan Atm Bank Islam Di Seluruh Negeri Kelantan

Panduan Dan Cara Atasi Sembelit Bagi Dewasa Kanak Kanak Dan Selepas Bersalin

Suami Tukang Masak Dadah Isteri Tolong Edar

Salah Besar Kalau Kembali Kepada Quran Dan Sunnah Saja Tambah Ulil Amri



Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Racun Rihanna Slot Samarinda TV3

5 Adaptasi Permainan Video ke TV dan Filem Paling Berjaya Setakat Ini

10 Fakta Biodata Erysha Emyra Pelakon Drama Berepisod Aku Bukan Ustazah TV3 Cinta Untuk Sekali Lagi Astro Ria

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Leha Leya Lawa Tonton

Info Dan Sinopsis Restu Drama Melayu Berepisod Platform Online iQIYI Malaysia


There Is An Awakening

2 Aidilfitri 2024

Optimizing Your Twitter Feed Strategies For Positive Content Filtering

Life Begin At 40

Perubahan Bila Masuk 40an

Adapting To Consumer Behavior