Kelengkapan Bersalin Ibu Dan Anak Ini Senarai 33 Barang Wajib Bawa Ke Hospital


Semasa kita sudah mengandung di trimester ke 3, elok buat persiapan awal untuk kelengkapan bersalin.
Persiapan awal boleh jimatkan banyak masa. 
Manalah tahu tiba tiba bersalin awal, kan naya!

Penting untuk buat persediaan sebelum due date. Sumber: Momtricks.comKlik pilihan link di atas untuk terus ke bahagian tersebutList.Kelengkapan bersalin ibu dan anak yang mesti disediakan lebih awal!Hari ini Maznee akan kongsikan semua keperluan yang kita perlukan semasa melahirkan anak untuk kegunaan kita selepas bayi dilahirkan. 
Pastikan kita dah pun siapkan barangan ini swaktu usia kandungan berusia 36 minggu mengandung. Maznee ada pengalaman bersalin awal semasa anak kedua.
Mujur dah sediakan awal awal.
Satu Maznee nak kongsi, keadaan bersalin di hospital kerajaan dan swasta amat berbeza. Paling ketara dari segi keselesaan.
Staf di hospital kerajaan sangat sibuk & bilangan ibu yang akan bersalin sangat ramai. Dan dari pengalaman sendiri, walaupun kita dah buat pemeriksaan di hospital swasta semasa hamil.
Tak ada jaminan yang kita tak akan di tukarkan ke hospital kerajaan atas komplikasi yang berlaku. Jadi, persediaan awal ini akan sangat sangat membantu kita buat persiapan untuk keadaan terburuk boleh berlaku.


Kenapalah anak keluarga tu pandai pandai ya? Kecil kecil dah pandai membaca. Sebenarnya tak ada rahsia pun. Baca buku ini  sekarang untuk jawapannya!
Satu tips yang bagus ialah menyediakan beg. Beg pertama untuk kegunaan kita semasa melahirkan di hospital.
Beg kedua pula untuk kegunaan bayi kita selepas dilahirkan untuk di tinggalkan di wad selepas bersalin.
Di bawah ini Maznee kongsikan senarai kelengkapan bersalin ya.


Di hospital kerajaan.Apa kelengkapan bersalin yang perlu saya letakkan di dalam bag?Maznee akan pecahkan barang barang di bawah ikut kategori.
Lebih mudah untuk buat rujukan kan.


Ibu dan anak.Dokumen penting untuk dibawa semasa bersalin.1. Pelan kelahiran dan rekod kehamilan. 
Ini akan melancarkan urusan kita mendaftar di hospital. IC jangan lupa bawa, kalut kelam kabut boleh lupa nak bawa.

Pastikan kita bawa rekod ini kerana hospital akan memerlukan ini untuk kenal pasti keadaan kesihatan ibu dan bayi yang akan dilahirkan.

Maznee rekemen pergi saja ke hospital kerajaan yang ada program rakan bayi seperti di Shah Alam & Klang. Tempat lain tak pasti.

Kena tanya.
2. Kad perlindungan perubatan. 
Sekiranya kita bekerja dan syarikat menyediakan kelebihan untuk kegunaan semasa bersalin elok pastikan kad tersebut di bawa bersama.


Kerja kerajaan banyak kelebihannya. Tinggal hospital pun senang dapat wad 1st class & 2nd class. Untung banyak benefit. Baca buku ini untuk rahsia lulus temuduga jawatan gomen!Beg.Pakaian untuk dibawa semasa bersalin.3. Baju blouse yang selesa. 
Walaupun hospital akan menyediakan baju untuk kegunaan pesakit, boleh juga bawa baju sendiri.
Seeloknya sediakan baju yang berwarna gelap supaya jika ada kesan darah tidak akan ketara. Bolehlah baju ini di pakai lagi selepas bersalin.
4. Pakai cermin mata. 
Elakkan penggunaan kanta pelekap (contact lens) kerana akan mengganggu kita semasa bersalin nanti.
Kan susah sekiranya terjadi sesuatu nanti, dan kita terlupa menanggalkan contact lens.
5. Selipar yang selesa di gunakan. 
Dan pastikan selipar ini dalam keadaan baik (tapaknya masih belum haus).
6. Stokin.
Ikut pengalaman bersalin 2 orang anak, suhu di bilik bersalin boleh jadi sangat sejuk. Memakai stokin yang selesa boleh membantu memanaskan badan & mengelakkan kita menggigil kerana kesejukan.
Hospital tak sediakan stokin tau. Sebab itu elok sediakan sendiri.
7. Pakaian basahan.
Ambil baju di rumah yang selalu di pakai di rumah kerana baju tersebut akan kotor semasa melahirkan anak.
8. Bra khas untuk menyusu. 
Ini akan memudahkan kita menyusu anak selepas bersalin dengan selesa. Di samping itu mudah juga untuk pam susu.
9. Getah rambut.
Ini untuk mengikat rambut yang panjang. Atau boleh saja gunting rambut kepada fesyen yang lebih pendek di minggu akhir kehamilan
10. Pad bersalin. 
Penggunaan pad bersalin untuk menyerap darah nifas akan memastikan kita selesa & kawasan kemaluan sentiasa kering.
11. Seluar dalam. 
Bawa lebih untuk kegunaan di hospital.Seeloknya dari bahan kapas.
12. Pakaian untuk di gunakan untuk pulang. 
Bawa pakaian yang selesa seperti kain batik dan baju t shirt lengan panjang dari kain kapas.

Selalu tak cukup duit? Amalkan tips ini untuk kumpul RM1,000 setiap bulan. Tak payah tunggu naik gaji untuk mula menyimpan!Senarai barang.Produk penting untuk di bawa semasa bersalin.
13. Barangan penjagaan peribadi. 
Jika kita diperlukan untuk tinggal di wad (mungkin kerana demam atau keadaan lain yang memerlukan pemantauan berterusan dari doktor. Bawa tuala, ubat gigi, pencuci muka safi dan lain lain.
14. Minyak atau losyen urut.
Ini bagus untuk memberikan sedikit kelegaan dari sakit semasa menunggu bersalin.
15. Makanan dan minuman.
Makanan yang dapat membekalkan tenaga segera semasa bersalin. 

Kalau semasa mengandung kita wajib jaga pemakanan untuk elakkan kencing manis dan Hb sentiasa cantik.

Semasa bersalin kita perlu makanan yang memberikan tenaga untuk meneran.

Contoh makanan yang baik ialah madu & minuman sukan isotonik.

Badan kita memerlukan tenaga yang banyak untuk melahirkan anak.

Apatah lagi selepas bersalin, kita wajib berpantang untuk cepat sembuh.
16. Set berpantang.
Ada set bersalin yang boleh di makan ibu sejurus saja selepas melahirkan anak. Antaranya set bersalin shaklee. 

Sediakan set ini semasa pantang supaya badan ibu dan anak mendapat nutrisi yang cukup.
Lain lain untuk di bawah. (Tak wajib)
17. Bahan bacaan.
Majalah ataupun buku zikir yang dapat membantu menenangkan minda. Ini akan bantu kita sibukkan diri dari risau menunggu waktu bersalin.

18.Bantal. 
Ada dari kita yang tak boleh tidur dengan baik sebab tak ada bantal yang sesuai. Lebih baik bawa bantal yang kita suka dari rumah. 

19. Telefon pintar & earphone. 
Memasang surah al quran dan zikir dari aps pemain muzik akan membantu kita menenangkan fikiran. 
20. Powerbank. 
Caj powerbank sehingga penuh untuk kegunaan di waktu kecemasan.
21. Pengecas telefon pintar. 
Ada hospital yang tidak membenarkan kita mengecaj telefon bagi tujuan keselamatan. Tapi lebih elok kita bawa saja.
22. Pam susu. 
Walaupun hospital kerajaan ada menyediakan pam susu, tetapi masih perlu berkongsi. Tak perlulah berjalan berulang kali ke bilik pam susu. 
Dan kita juga boleh elakkan dari mengalami bengkak susu. Sakit sangat tau.

Persiapan bayi.

Barangan ibu dan baby untuk di bawa ke hospital. Sumber Naturallyfreelife.comApa kelengkapan bayi yang perlu saya sediakan?Di bawah ini Maznee berikan cadangan barang barang kelengkapan bayi yang baik di bawa ibu dan ayah ke hospital.
Seperti biasa, sediakan awal awal lebih baik.

1. Dua atau tiga pakaian tidur yang selesa. 


Kain kapas memang terbaik.


2. Selimut bayi. 


Cuaca sekarang yang tidak menentu boleh menyebabkan anak kita mudah terkena selesema. 
Selimut ini mungkin kita tidak akan gunakan di hospital, tapi semasa discaj dari wad dan boleh di bawa pulang. 
Lebih baik kita selimutkan bayi supaya selesa

3. Lampin bayi (Saiz new born).
Bayi kita akan kerap buang air dan perlu sentiasa menukar lampin. Ini dapat mengelakkan bayi terkena ruam lampin

Maznee lebih suka gunakan lampin jenis pants sebab senang, sarung saja

4. Kain tuala (Besar dan kecil).
Mengeringkan anak selepas mandi

5. Sepasang sarung tangan dan sarung kaki.
6. Topi bayi.
Melindungi kepala bayi daripada cuaca sejuk

7. Satu pakaian bayi untuk di gunakan untuk pulang ke rumah.
8. Susu formula untuk bayi.
Sekiranya susu ibu kita tidak keluar atas pelbagai faktor, bawa sedikit susu formula. 
9. Barangan penjagaan bayi.
Produk yang sesuai untuk kulit bayi sangat penting untuk mencegah ruam dan selesa untuk kulit anak kita yang masih muda dan sensitif

Pilihlah sabun mandi, minyak urut yang selamat seperti shaklee baby

10. Baby wipes.
Tisu segera untuk bersihkan bayi semasa menukar lampin. Sangat berguna di saat ketiadaan air

11. Kerusi kereta bayi. 
Ibu yang baru bersalin kehilangan banyak darah dan telah menggunakan banyak tenaga semasa melahirkan anak. 
Penggunaan kerusi bayi akan menjamin keselamatan bayi yang sangat lembut. Hati hati memandu di jalanraya

Nyawa isteri dan anak berada di tangan pemandu

12. Botol untuk menyimpan susu yang di pam.
Mengepam susu dengan kerap dan berdisiplin akan menambahkan kuantiti susu ibu


Kesimpulan tentang kelengkapan bersalin di hospital.Kita hanya merancang, Allah yang menentukan. Di harap dengan senarai di atas dapat membantu anda menghadapi detik detik bahagia menyambut kelahiran zuriat tercinta.
Anak kita mahukan perlindungan dan belaian kasih sayang dari ibu dan ayahnya.
Dan siapa lagi yang lebih bertanggungjawab menyediakan keperluan mereka dari kita sendiri?
Kita tak dapat memilih anak yang di lahirkan, tetapi kita dapat memilih untuk menjadi ibu dan ayah terbaik idaman anak anak.
Sampai jumpa lagi di lain masa.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://hargasetbersalin.blogspot.com/2018/04/kelengkapan-bersalin-ibu-dan-anak-hospital.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Checklist Barang Baby Amp Ibu Untuk Bawa Ke Hospital Ini Senarainya

Checklist Barang Baby Amp Ibu Untuk Bawa Ke Hospital Ini Senarainya

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 268 hits
Apabila kandungan dah mencecah 8 bulan inilah waktunya untuk bakal ibu sediakan checklist barang baby dan ibu untuk dibawa ke hospital Siap sedia seawal yang mungkin ini dapat mengelak daripada tertinggal barang yang sangat diperlukan Anda ...
Dos Don Ts Bila Anak Tercekik Yang Mama Papa Wajib Tahu Tersilap Cara Boleh Bawa Maut

Dos Don Ts Bila Anak Tercekik Yang Mama Papa Wajib Tahu Tersilap Cara Boleh Bawa Maut

papar berkaitan - pada 28/11/2020 - jumlah : 308 hits
Tercekik adalah salah satu sebab kematian yang tidak disengajakan di kalangan kanak kanak Saluran pernafasan dan tenggorok yang sempit menyebabkan mereka berisiko untuk tercekik Ketika tercekik salur pernafasan dan tenggorok yang tertutup a...
Anak Sulung Perangainya Aneh Ibu Bapa Perlu Bijak Dalam Menangani Sindrom Anak Sulung

Anak Sulung Perangainya Aneh Ibu Bapa Perlu Bijak Dalam Menangani Sindrom Anak Sulung

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 326 hits
Ibu bapa mana yang tidak gembira dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka Sudah tentu bayi bertuah itu akan dibelai dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh Suasana yang harmoni dan sejahtera ini akan berterusan sehinggalah tiba waktu...
Doktor Ini Kongsikan Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Periksa Jika Anak Terjatuh Atau Terhantuk

Doktor Ini Kongsikan Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Periksa Jika Anak Terjatuh Atau Terhantuk

papar berkaitan - pada 26/11/2020 - jumlah : 247 hits
Umum telah mengetahui bahawa kanak kanak sememangnya aktif dan sukar untuk duduk diam Justeru daripada itu pelbagai risiko yang boleh terjadi kepada kanak kanak sekiranya aktiviti mereka tidak dipantau Kecederaan disebabkan terhantuk terjat...
Ibu Cari Bakal Menantu Untuk Anak Perempuannya Dengan Syarat Suka Bertiktok

Ibu Cari Bakal Menantu Untuk Anak Perempuannya Dengan Syarat Suka Bertiktok

papar berkaitan - pada 23/11/2020 - jumlah : 206 hits
Viral di media sosial video seorang wanita mahu mencari menantu untuk anak perempuannya Video tersebut dimuat naik di laman TikTok mengundang banyak perhatian netizen terutamanya buaya darat Video yang dimuat naik pengguna yurikegavriel pad...
Ibu Cheetah Ajar Anak Memburu Photographer Nafi Kisah Palsu Ibu Rusa Korbankan Diri Untuk Selamatkan 2 Anaknya

Ibu Cheetah Ajar Anak Memburu Photographer Nafi Kisah Palsu Ibu Rusa Korbankan Diri Untuk Selamatkan 2 Anaknya

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 687 hits
Baru baru ini viral di media sosial gambar seekor rusa dimakan oleh sekumpulan Cheetah semata mata untuk menyelamatkan dua ekor anaknya dari menjadi santapan haiwan pemangsa itu Sekumpulan Cheetah telah mengejar rusa betina ini dan dua ekor...
Pukul Jerit Pada Anak Memang Tiada Luka Rasa Puas Tapi Kesan Mendalam Anak Jadi Pemarah Macam Ibu Ayah

Pukul Jerit Pada Anak Memang Tiada Luka Rasa Puas Tapi Kesan Mendalam Anak Jadi Pemarah Macam Ibu Ayah

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 491 hits
Danial Mommy cakap apa tadi Jangan main dekat TV kan Sekarang apa dah jadi Pecah tangan mommy laju memukul anak amarah menguasai diri Anak kecil dalam ketakutan tak tahu bagaimana nak meminta maaf hanya mampu menangis YA SEBENARNYA ANAK FAH...
Baru Anak Satu Kalau Sembilan Pengsan Bukan Senang Nak Jadi Ibu Lufya Omar Kongsi Cerita Layan Anak Di Instagram

Baru Anak Satu Kalau Sembilan Pengsan Bukan Senang Nak Jadi Ibu Lufya Omar Kongsi Cerita Layan Anak Di Instagram

papar berkaitan - pada 21/11/2020 - jumlah : 407 hits
Menjadi ibu bukanlah perkara yang senang tambah tambah jika anak pula seorang yang lasak dan aktif sentiasa tidak kira tempat dan masa Berkongsikan mengenai pengalaman menjadi ibu kepada seorang cahaya mata pelakon Lufya Omar menulis panjan...
Sedih Bila Dia Tolak Umie Peluk Mak Tok Jarang Jumpa Anak Sebab Kerja Ibu Ini Tekad Berhenti

Sedih Bila Dia Tolak Umie Peluk Mak Tok Jarang Jumpa Anak Sebab Kerja Ibu Ini Tekad Berhenti

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 351 hits
Ramai ibu pada zaman kini yang mengambil peluang untuk bekerja demi membantu keluarga Perkara ini semestinya bukan perkara yang asing lagi Demi mencari rezeki ramai yang terpaksa berkorban kasih sayang dan masa bersama anak dan keluarga Sep...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik

Jangan Risau Gadis M Sia Bimbang Bf Terlalu Akrab Dengan Sepupu Perempuannya