Doktor Ini Kongsikan Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Periksa Jika Anak Terjatuh Atau Terhantuk


Umum telah mengetahui bahawa kanak-kanak sememangnya aktif dan sukar untuk duduk diam.
Justeru daripada itu, pelbagai risiko yang boleh terjadi kepada kanak-kanak sekiranya aktiviti mereka tidak dipantau.
Kecederaan disebabkan terhantuk, terjatuh dan sebagainya sudah tidak asing lagi bagi golongan ini.
Oleh yang demikian, ibubapa perlulah sentiasa berwaspada dan ambil tahu tentang perkara yang perlu dilakukan sekiranya anak mereka terjatuh dan terhantuk kepala.
Seorang doktor bernama Kamarul Ariffin Nor Sadan ada berkongsikan tentang perkara yang ibu bapa perlu periksa pada anak mereka sekiranya anak mereka itu terhantuk. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti perkongsiannya seperti berikut:
“Anak saya jatuh dari stroller. Lepas tu dia nangis tak henti-henti,” kata si ibu dalam keadaan panik.
Anak dia yang berumur sekitar setahun, jatuh dari stroller, kemudian menangis tak henti-henti walaupun dah dipujuk oleh si emak. Bila saya lihat sahaja keadaan bayi itu, terus saya gemuruh.
Ketika saya sentuh dan periksa, ternyata apa yang saya khuatiri berlaku sememangnya sedang terjadi. Otot lehernya mengeras, tangan melurus, dan kakinya melunjur. Allahu!
Ini tandanya bayi ni mula mengalami sawan, dan itu bermakna telah berlaku kecederaan otak. Ada beberapa lagi tanda saya kena periksa. Ibubapa perlu buat perkara yang sama jika anak jatuh.
1. Lebam/lebam: ini tanda kecederaan tisu badan seperti otot, tendon, lemak, kulit dan kapilari(salur darah halus). Jika ia sangat keras, besar, dan berwarna sangat gelap, bawa jumpa doktor. Khuatir berlaku hematoma, pendarahan di bawah kulit.
2. Luka: jika nampak darah, periksa saiz luka. Jika lebih lebar dari lebar satu jari, perlu bawa jumpa doktor. Sementara itu, cuci sekali dengan air bersih, kemudian tekap. Tak usah cuci berulang kali. Darah hanya akan berhenti bila kita tekap luka.
3. Retak: jika ada nampak keganjilan dalam bentuk kepala anak, cuba raba kepalanya. Khuatir ada keretakan pada tengkorak. Hanya keretakan sehingga tulang tengkorak terbenam atau terangkat dapat dirasa. Jika tak pasti, bawa jumpa doktor.
4. Menangis tak henti (inconsolable cry): Jika anak kecil(umur kurang 3 tahun) menangis tanpa boleh dipujuk, kemungkinan anak mengalami sakit kepala. Sakit kepala berpanjangan mungkin akibat kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
5. Pandangan kabur: bahagian otak yang memproses penglihatan terletak di bahagian belakang kepala. Jika terhantuk di bahagian belakang kepala dan selepas itu pandangan jadi kabur, mungkin ada kecederaan otak. Bawa jumpa doktor.
6. Pengsan: jika anak tidak sedarkan diri selepas terhantuk, mungkin berlaku kedeceraaan otak. Kecederaan otak yang boleh berlaku adalah: gegaran(consussion), lebam(contusion), atau pendarahan. Bawa jumpa doktor.
7. Muntah: kadang-kadang lepas terhantuk, anak akan muntah. Tetapi jika anak muntah berterusan, ia mungkin tanda ada kecederaan otak. Muntah-muntah ini boleh disebabkan oleh tekanan dalam otak meningkat. Bawa jumpa doktor.
8. Sawan: ini juga salah satu tanda berlakunya kecederaan otak. Simptom sawan adalah, anak mata naik ke atas, mulut berbuih, bibir biru, kejang leher serta tangan dan kaki, terkencing, terberak, dll. Salah satu simptom ini berlaku, jumpa doktor.
Anak-anak perlu dipantau dalam masa 24-48 jam selepas terjatuh. Sebahagian simptom yang disebutkan tadi kadang-kadang tidak terjadi serta merta selepas jatuh, tetapi terjadi lewat sedikit. Maka sekurang-kurangnya seharian.
Jika tiada tanda-tanda yang membimbangkan, boleh beri Paracetamol dan letakkan tuaman ais pada kawasan yang terhantuk untuk mengurangkan sakit dan mengelakkan bengkak yang besar. Boleh tuam selama 5-10 minit dan diulang 3 kali sehari.
Nasihat terakhir: Jika anak jatuh, buatlah keputusan ikutlah naluri hati seorang ibu. Walaupun anak kelihatan elok sahaja tetapi ibu risau dan ragu, maka bawalah jumpa doktor. Tak apa jika terlebih waspada, daripada terlebih ambil ringan.
Oh ya! Bayi yang sawan tadi saya stabilkan kondisi dia, dan panggil ambulans untuk bawa ke hospital untuk pemeriksaan dan pemantauan lanjut.
Semoga bermanfaat!
Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan
Sumber: Kamarul Ariffin Nor Sadan


The post Doktor Ini Kongsikan Perkara Yang Ibu Bapa Perlu Periksa Jika Anak Terjatuh Atau Terhantuk appeared first on Suara Viral Malaysia.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://suaraviral.org/doktor-ini-kongsikan-perkara-yang-ibu-bapa-perlu-periksa-jika-anak-terjatuh-atau-terhantuk/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Andainya Kita Ada Anak Istimewa Bersyukurlah Dia Tiket Ibu Bapa Ke Syurga

Andainya Kita Ada Anak Istimewa Bersyukurlah Dia Tiket Ibu Bapa Ke Syurga

papar berkaitan - pada 2/12/2020 - jumlah : 410 hits
Ibu bapa yang diuji dengan anak istimewa ini anda sepatutnya rasa bertuah Memang agak berat ujian ini kerana nak membesarkannya bukanlah mudah Perlu ada pengorbanan masa dan tenaga Bagaimanapun ingatlah pasangan yang mempunyai anak istimewa...
Rasa Nak Ketawa Menangis Atau Marah Ibu Terkejut Anak Order 19 Hidangan Dari Food Panda Rm226 76

Rasa Nak Ketawa Menangis Atau Marah Ibu Terkejut Anak Order 19 Hidangan Dari Food Panda Rm226 76

papar berkaitan - pada 16/11/2020 - jumlah : 297 hits
Sudah menjadi kebiasaan bagi golongan ibu bapa berkongsi telefon pintar dengan anak anak kecil untuk mereka menonton video dari aplikasi YouTube mahupun bermain permainan video sebagai hiburan di kala ibu bapa sedang sibuk menguruskan sesua...
Anak Sulung Perangainya Aneh Ibu Bapa Perlu Bijak Dalam Menangani Sindrom Anak Sulung

Anak Sulung Perangainya Aneh Ibu Bapa Perlu Bijak Dalam Menangani Sindrom Anak Sulung

papar berkaitan - pada 27/11/2020 - jumlah : 327 hits
Ibu bapa mana yang tidak gembira dengan kehadiran cahaya mata pertama mereka Sudah tentu bayi bertuah itu akan dibelai dan dijaga bagai menatang minyak yang penuh Suasana yang harmoni dan sejahtera ini akan berterusan sehinggalah tiba waktu...
Macam Macam Ibu Bapa Fikir Sebelum Beli Susu Anak Cerewet Nak Yang Terbaik

Macam Macam Ibu Bapa Fikir Sebelum Beli Susu Anak Cerewet Nak Yang Terbaik

papar berkaitan - pada 14/11/2020 - jumlah : 518 hits
Sebagai ibu bapa kita pasti menginginkan hanya yang terbaik buat si manja Apabila sudah masanya anak perlu minum susu tepung formula kita akan memilih jenama yang diyakini dengan pelbagai kandungan nutrisi yang bagus untuk kesihatan anak Ib...
Sekolah Larang Ibu Bapa Lempar Anak Dari Pintu Pagar Setinggi 6 Kaki Apabila Terlewat Masuk Sekolah

Sekolah Larang Ibu Bapa Lempar Anak Dari Pintu Pagar Setinggi 6 Kaki Apabila Terlewat Masuk Sekolah

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 326 hits
Sekolah larang ibu bapa lempar anak dari pintu pagar setinggi 6 kaki apabila terlewat masuk sekolahSebuah sekolah di Perancis melarang ibu bapa melempar anak anak mereka dari pintu pagar setinggi enam kaki apabila mereka terlambat ke sekola...
Ibu Ayah Stres Punca Anak Buat Perangai Aura Negatif Terkesan Pada Mereka

Ibu Ayah Stres Punca Anak Buat Perangai Aura Negatif Terkesan Pada Mereka

papar berkaitan - pada 29/11/2020 - jumlah : 325 hits
Geramnya dengan anak yang buat perangai ni Sampai satu tahap ibu ayah rasa tak boleh biarkan Kena juga ajar bagi mereka faham dan ingat supaya lain kali tak buat lagi Tapi pernah tak kita terfikir emosi anak yang tak sama dengan pemikiran o...
Ibu 1st Time Nak Bersalin Kena Ambil Tahu Ini Perkara Akan Berlaku Dalam Bilik Bersalin

Ibu 1st Time Nak Bersalin Kena Ambil Tahu Ini Perkara Akan Berlaku Dalam Bilik Bersalin

papar berkaitan - pada 13/11/2020 - jumlah : 575 hits
Perasaan gementar di kalangan ibu yang pertama kali bersalin adalah suatu perkara yang biasa Tambahan pula ia adalah pengalaman pertama Ingat pengalaman setiap individu adalah berbeza antara satu sama lain Jadikan pengalaman mereka sebagai ...
Hak Hadhanah Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

Hak Hadhanah Yang Ibu Bapa Perlu Tahu

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 455 hits
Baru baru ini tular kisah bekas suami usahawan kosmetik Hasmiza Othman membuat tuntutan hadhanah di Mahkamah Bekas suami DS Vida yang diwakili peguamnya memfailkan
Viral Video Pemuda Tendang Ibu Ibu Di Palembang Warganet Geram Anak Durhaka

Viral Video Pemuda Tendang Ibu Ibu Di Palembang Warganet Geram Anak Durhaka

papar berkaitan - pada 3/12/2020 - jumlah : 352 hits
Sebuah video kekerasan terhadap orang tua baru baru ini viral di sosial media Seorang peuda muda tampak menendang seorang ibu di jalanan sampai membuat warga yang melintas tak bisa berkutik melihatnya Publik lantas mengecam tindakan itu dan...
Keep Sarawak Free Of National Party Interference Says Pbb S Karim

Chatuchak Market Thailand

Simpan Duit Farah Dalam Akaun Asb Mami

Tips Bebas Hutang Viral Pulak Kisah Saya Ni

Why Is There Such Inexhaustible Hatred For Tun Musa Aman

Benefits Of Dates Juice From Improving Bone Health To Promoting Beautiful Skin

Hs Farmstay Water Park And Mini Zoo Muar

Hadi Pilih Pilih Hujah Agama Bela Mastura


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Kenapa Manusia Suka Main Game Simulasi Rutin Harian

One In A Million 2024 Cara Undi Peserta Episod Mingguan Akhir 40 Keputusan Markah Musim 4 Di Tangan Penonton Saksikan Calpis Soda OIAM Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton

Kenapa Sambutan Krismas Disebut Sebagai Hari Natal


Keindahan Alam Dan Keunikan Lanskap Taman Rekreasi Tasik Melati Kangar

A Parent S Confessional Upkk Just Kafa Or The Real Deal

Petua Untuk Jadi Keluarga Bahagia

Kaedah Geofizik Dalam Mitigasi Bahaya Tanah Runtuh

Teknologi Dan Keperluan Bilik Bersih Dalam Industri Semikonduktor

Umrah Percuma Kepada Anak Muda Lagi Episut Hitam