Kelebihan Menggunakan Cc Cream Hansaegee Nature Spf 50


Kelebihan Menggunakan CC Cream Hansaegee Nature SPF 50 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah masuk minggu ke-3 negeri Perak menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2. Ini bermaksud sudah 3 minggu Sha masuk bekerja di pejabat kembali. Tapi dalam seminggu hanya 2 kali sahaja perlu masuk pejabat, 3 hari lagi Bekerja Dari Rumah (BDR). Sepanjang BDR Sha terasa agak penat lebih dari hari bekerja di pejabat, maklumlah bila di rumah sudah ada tanggungjawab baru iaitu sebagai guru kepada Abang Zaryth dan Adik Nur. Kerja rumah lain seperti mengemas dan memasak juga harus dilaksanakan seperti biasa.


Elak Kulit Kusam Bersama CC Cream Hansaegee NatureWalaupun duduk di rumah dan jarang keluar Sha tetap menitik beratkan kesihatan kulit agar tetap nampak berseri dan berkeyakinan. Tidak mustahil kita dapat jaga kulit daripada nampak kusam apabila kita menggunakan produk yang baik dan serasi dengan kulit kita. Macam Sha, Sha bersyukur dan berpuas hati apabila dipertemukan dengan produk kecantikan daripada Hansaegee Nature iaitu Gold Nano CC Cream.
 

Jika korang masih ingat Sha pernah berkongsi tentang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini. Yang mana sebelum ini Sha tunjukkan Gold Nano CC Cream ini membantu kulit Sha nampak segar dan sekata. Kali ini Sha suka untuk berkongsi beberapa kelebihan memakai Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini.


Kelebihan Menggunakan CC Cream SPF 50 Hansaegee Nature

#1 Mudah Digunakan Pada Wajah
Sebenarnya Sha adalah antara sebilangan orang yang nak cantik tapi malas. Jangan tak percaya! Kalau boleh Sha nak mempunyai krim yang boleh dipakai cepat dan boleh melindungi kulit Sha daripada sinaran matahari. Selain nak cepat, mestilah Sha nak yang bagus dan berbaloi. Sha percaya kat luar sana ramai kan yang macam Sha, suka yang ringkas tapi nak nampak cantik. Jadi korang kena baca kelebihan Gold Nano CC Cream ini sehingga Sha nak berkongsi lagi dengan korang tentang produk ini.


Mana tak senang nak pakai Gold Nano CC Cream ini. Sha hanya letak pada jari sahaja, kemudian calit pada setiap bahagian wajah. Selepas itu, Sha ratakan sahaja ke seluruh wajah sehingga setiap bahagian dilitupi oleh CC Cream. Macam mana? Mudah sahaja kan nak cantik-cantik tak kira duduk rumah sahaja ataupun nak keluar. Kalau nak keluar lagilah nak bersiap kan? Lama-lama tak bersiap nak juga cantik berseri. 


#2 Perlindungan Daripada UV Dengan SPF50++
Sejak ada seorang rakan selalu berkongsi bahayanya sinaran matahari berlebihan untuk kulit, Sha mula mengambil berat tentang produk yang boleh membantu memberi perlindungan UV. Maklumlah bukan semua CC Cream mempunyai fungsi melindungi kulit kita daripada sinaran UV berlebihan. Kebanyakkan CC Cream dipasaran lebih kepada menutup cela dikulit wajah kita.

Dengan kandungan SPF50++ Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ia dapat memberi kedua-dua kebaikan iaitu melindungi kulit daripada sinaran UV berlebihan dan juga menutup cela kulit kita supaya nampak natural. Jadi jimat tak perlu beli beberapa produk untuk menjaga kulit kita.


#3 Tekstur Krim Yang Ringan


Yang ini paling menarik untuk Sha ulang beli Gold Nano CC Cream ini kerana teksturnya yang ringan. Kenapa best bila tekstur ringan? Sha rasa tak comot bila pakai krim ini. Terdapat sesetengah krim akan buat kita selesa dan ada yang buat kita rimas. Jadi dengan Gold Nano CC Cream ini buat kita rasa seperti biasa dan semula jadi.
Bila tekstur ringan, krim mudah dicuci dan tidak menyebabkan liang-liang kulit kita tersumbat. Sebagai seorang wanita Islam, produk yang mudah dicuci amatlah dititik beratkan supaya kita mudah nak cuci. Bukan apa, bila kita nak solat pun senang tak ada rasa berat nak cuci nak bersiap balik. Bila waktu malam nak tidur pun mudah nak cuci tak ambil masa yang lama. Jadi bila penat tak adalah kita tertidur tanpa cuci muka.


#4 Pembungkusan senang dibawa kemana sahaja 
Sebelum membeli apa-apa produk penjagaan diri, selain melihat fungsi dan harga barangan Sha suka lihat botol atau cara pembungkusan produk. Bukan apa, kenalah beli yang saiznya memudahkan kita nak bawa ke mana-mana. Kalau besar mungkin agak berat nak bawa, tapi dengan Gold Nano CC Cream Hansaehee Nature ini memang direka dengan saiz yang cun! Memandangkan Sha sejenis yang simple, suka bawa beg tangan yang tak besar, saiz Gold Nano CC Cream ini memang cantik. 

Bukan sekadar tekstur sahaja ringan tapi botol pun ringan dan comel. Saiznya lebih kurang sebesar telapak tangan sahaja. Paling penting penutup botol krim yang jenis kunci twist membuatkan kita rasa yakin nak letak dalam beg tangan. Kadang-kadang risau kalau bawa krim dalam beg, takut terbuka penutup. Gold Nano CC Cream ini memang sesuai nak bawa ke mana-mana kerana bentuk tiubnya yang memudahkan kita nak guna. Sesetengah produk letak dalam bekas, pengguna kena cuit dengan jari macam tak sesuai nak bawa dalam beg tangan. Betul tak?


Sebenarnya dalam mendapatkan sesuatu produk krim sebegini, yang Sha paling suka jika kita pakai krim tapi kulit kita masih nampak natural. Sebab itulah Sha menyarankan korang mencuba Gold Nano CC Cream ini. Calit CC Cream sudah nampak macam pakai bedak, pakai foundation padahal hanya dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature.



Sha bukan apa korang, selalu juga jumpa orang yang suka pakai krim tak kena dengan wajah. Jadi untuk elak korang nampak pelik atau terlebih putih korang kena pilih CC Cream yang sesuai. Gold Nano CC Cream memberi kesan yang baik dan tidak bercapuk. Paling penting muka tidak berminyak dan tak nampak pelik kerana ia akan blend dengan warna kulit asal kita.


Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature

Brand: Hansaegee Nature 
Website: www.hansaegee.com/shop
IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/
FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature
Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shalimaryusof.com/2021/07/kelebihan-menggunakan-cc-cream.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hansaegee Nature Cc Cream Gold Nano Nampak Simple Tapi Glowing Tak Bercapuk Dan Kulit Nampak Lebih Segar

Hansaegee Nature Cc Cream Gold Nano Nampak Simple Tapi Glowing Tak Bercapuk Dan Kulit Nampak Lebih Segar

papar berkaitan - pada 18/8/2021 - jumlah : 314 hits
Sejak dulu lagi kita memang tak berapa suka sangat nak pakai krim muka ni Nak nak pula kalau siang hari Melekit berminyak belengas bagai Aishhh memang tak senang duduk la dibuatnya Kejap kejap lap kejap kejap lap kadang kadang terfikir juga...
Hukum Pekerja Muslim Menggunakan Kad Perubatan Insuran Konvensional Yang Disediakan Syarikat

Hukum Pekerja Muslim Menggunakan Kad Perubatan Insuran Konvensional Yang Disediakan Syarikat

papar berkaitan - pada 12/8/2021 - jumlah : 574 hits
Soalan Assalamualaikum saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan syarikat saya telah menyediakan medical card untuk pekerja pekerja bagi menjaga kebajikan staff syarikat Menjadi kemusykilan pada saya adakah saya boleh menggunakan medical c...
Resep Masakan Menggunakan Ayam

Resep Masakan Menggunakan Ayam

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 832 hits
Moga resipi min share ni boleh bantu bagi idea buat para ibu Resepi ayam ini khas untuk anda yang gilakan ayam goreng Pin Di Ayam 1 ekor ayam potong menjadi 16 bagian Resep masakan menggunakan ayam 200 250 gram jamur kancing iris tipis 20 R...
Resipi Jagung Bakar Berempah Menggunakan Air Fryer

Resipi Jagung Bakar Berempah Menggunakan Air Fryer

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 365 hits
Resipi Jangung Bakar Berempah Menggunakan Air Fryer Settle menu acah diet haritu Hehe dah berkali kali jugak aku try sebenarnya Haritu adik aku suggest beli buku resipi menu sihat menggunakan air fryer masa pergi kedai buku haritu maka beli...
Mengapa Steam Deck Menggunakan Linux

Mengapa Steam Deck Menggunakan Linux

papar berkaitan - pada 16/8/2021 - jumlah : 281 hits
Sebelum Steam Deck wujud terlebih dahulu peranti yang dinamakan sebagai Team Machines dilancarkan oleh Valve pada tahun 2015 Kenapa butiran ini penting Kerana pada ketika itu Windows 8 baru sahaja dilancarkan dan selepas itu pula lahirnya S...
Resepi Turun Temurun Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak

Resepi Turun Temurun Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 506 hits
AssalamualaikumResepi Turun Temurun Nasi Lemak Menggunakan Santan Kotak Makan nasi lemak dan minum kopi o Sedapnya Terbayang bayang nasi lemak yang ada ikan bilis kacang telur dan timun Boleh bertambah tiga pinggan tu Lagipun nasi lemak ini...
Kini Tiada Lagi Dead Zone Selepas Menggunakan Wifi Range Extender

Kini Tiada Lagi Dead Zone Selepas Menggunakan Wifi Range Extender

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 343 hits
Tidak guna kalau wifi laju pun tetapi capaiannya tidak sampai ke peranti anda baik smartphone ataupun laptop Jadi antara solusi yang boleh digunakan untuk masalah ini adalah dengan menggunakan Wifi Range Extender Ini merupakan masalah pada ...
10 Manfaat Menggunakan Aplikasi Absensi Online Selama Pandemi

10 Manfaat Menggunakan Aplikasi Absensi Online Selama Pandemi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 403 hits
Selama pandemi COVID 19 ini memaksa karyawan yang bekerja di sektor non esensial diharuskan Work From Home Tentunya WFH ini mengubah proses dan cara kerja karyawan dalam bekerja Nah biasanya perusahaan melakukan evaluasi kinerja karyawan le...
Pemprov Dki Terus Kaji Rencana Aturan Hukum Larangan Menggunakan Air Tanah

Pemprov Dki Terus Kaji Rencana Aturan Hukum Larangan Menggunakan Air Tanah

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 234 hits
Kepala Seksi Perencanaan pada Dinas Sumber Daya Air DKI Jakarta Elisabeth Tarigan menyatakan pembahasan aturan hukum tentang larangan penggunaan air tanah di Jakarta masih terus dilakukan
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord