Hukum Pekerja Muslim Menggunakan Kad Perubatan Insuran Konvensional Yang Disediakan Syarikat


Soalan
Assalamualaikum, saya bekerja di sebuah syarikat swasta dan syarikat saya telah menyediakan medical card untuk pekerja-pekerja bagi menjaga kebajikan staff syarikat. Menjadi kemusykilan pada saya, adakah saya boleh menggunakan medical card tu kerana medical card tersebut diambil dari syarikat insurans konvensional, bukannya syarikat takaful?
Ringkasan Jawapan
Hukum asal bermuamalat dengan insurans konvensional adalah haram kerana terdapat unsur judi, riba dan gharar pada insurans tersebut. Oleh itu, sekiranya pekerja tersebut mempunyai kemampuan untuk mengambil medical card atau pelan perlindungan takaful yang patuh syariah atas kapasiti peribadi, maka ianya adalah lebih baik dan lebih selamat. Namun, sekiranya tidak mampu, memadailah menggunakan tuntutan sekadar jumlah premium yang dibayar oleh syarikat.
Disarankan juga pada mana-mana syarikat yang mempunyai pekerja-pekerja muslim khususnya bagi mempertimbangkan semula kemudahan dan insentif insurans konvensional yang diberikan tersebut dengan menukarkannya kepada takaful yang patuh syariah bagi meraikan sensitiviti pekerja-pekerja muslim.
Huraian Jawapan
Sebelum memperincikan perbincangan hukum, perkara pertama yang perlu difahami adalah situasi yang berlaku dalam persoalan ini. Apa yang dapat difahami melalui soalan di atas, situasi persoalan ini boleh dibahagikan kepada dua situasi sebagaimana berikut:
Situasi 1
Syarikat mensyaratkan pekerjanya untuk mengambil pelan perlindungan daripada syarikat insurans tertentu dan bayaran premium kepada syarikat tersebut akan dipotong daripada gaji bulanan pekerja tersebut. Dalam keadaan ini, pekerja itu sendiri mengeluarkan duitnya untuk membayar premium tersebut.
Situasi 2
Syarikat menyediakan insentif pelan perlindungan bagi menjaga kebajikan pekerjanya, bayaran premium kepada syarikat insurans ditanggung sepenuhnya oleh pihak syarikat. Oleh itu, apabila pekerja diterima masuk untuk bekerja di syarikat tersebut maka secara automatik dia layak untuk menggunakan insentif kebajikan yang disediakan pihak syarikat tersebut.
Islam sangat menitik beratkan tentang sumber sesuatu yang diperoleh. Oleh kerana itu, setiap muslim mesti berusaha untuk memastikan sumber pendapatan atau perolehannya daripada sumber yang halal dan menjauhi unsur haram dan syubhah. Rasulullah SAW bersabda:
إِنَّ الْحَلَالَ بَيِّنٌ وَإِنَّ الْحَرَامَ بَيِّنٌ، وَبَيْنَهُمَا أُمُورٌ مُشْتَبِهَاتٌ، لَا يَعْلَمُها كَثِيرٌ مِنَ النَّاسِ، فَمَنِ اتَّقَى الشُّبُهَاتِ اسْتَبْرَأَ لِدِينِهِ وَعِرْضِهِ، وَمَنْ وَقَعَ فِي الشُّبُهَاتِ وَقَعَ فِي الْحَرَامِ، كَالرَّاعِي يَرْعَى حَوْلَ الْحِمَى يُوشِكُ أَنْ يَرْتَعَ فِيهِ، أَلَا وَإِنَّ لِكُلِّ مَلِكٍ حِمَى، أَلَا وَإِنَّ حِمَى اللَّهِ مَحَارِمُهُ، أَلَا وَإِنَّ فِي الْجَسَدِ مُضْغَةً إِذَا صَلَحَتْ صَلَحَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، وَإِذَا فَسَدَتْ فَسَدَ الْجَسَدُ كُلُّهُ، أَلَا وَهِيَ الْقَلْبُ
Maksud: Sesungguhnya perkara yang halal itu jelas dan perkara yang haram itu jelas, dan di antaranya perkara yang samar yang tidak diketahui tentangnya oleh kebanyakan orang, maka sesiapa yang menyelamatkan dirinya daripada perkara yang samar ini maka dia telah menyelamatkan agamanya dan maruahnya, sesiapa yang tetap mengambil perkara yang samar ini sebenarnya terjebak dalam perkara yang haram. Ketahuilah bahawasanya di dalam tubuh badan ada segumpal darah jika ianya baik maka baiklah seluruh jasad. Jika ianya rosak maka rosaklah seluruh jasad, ketahuilah ianya adalah hati.
(Sahih al-Bukhari No.2051 dan Muslim No.1599)
Selain itu, melakukan transaksi dengan harta yang jelas pengharamannya seperti harta yang berunsurkan riba dan judi akan membawa kepada perbuatan tolong-menolong dalam kemungkaran. Ini dapat dilihat melalui firman Allah SWT berikut:
وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ
Maksudnya: Dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Surah al-Maidah (2)
Ulama-ulama’ yang berpandangan bahawa tidak boleh menerima pemberian daripada orang yang diketahui hartanya daripada sumber yang haram adalah kerana perbuatan menerima tersebut seolah-olah meredai perkara mungkar dan perkara-perkara syubhah sepatutnya dijauhi. Al-Suyuthi berkata:
ما حرم أخذه حرم إعطأوه
Maksudnya: Apa yang haram untuk diterima maka haram juga untuk memberinya. (Rujuk al-Asybah wa an-Nazoir h.150)
Tambahan lagi, pampasan yang diberikan kepada pekerja adalah sepenuhnya datang daripada sumber yang haram iaitu insurans konvensional. Imam Syirazi dalam al-Muhazzab menyatakan bahawa bermuamalat dengan perkara yang diketahui sumbernya adalah haram adalah tidak dibolehkan.
ولا يجوز مبايعة من يعلم أن جميع ماله حرام
Maksudnya: Tidak dibenarkan untuk jual beli dengan orang yang diketahui bahawa seluruh hartanya daripada sumber yang haram. (Rujuk al-Muhazzab fi Fiqh al-Imam al-Syafie 21/2)
Al-Buhuti dalam Kasyful Qina’ menyatakan bahawa menerima pemberian daripada orang yang hartanya bercampur antara halal dan haram adalah dibenci:
‌وَتُكْرَهُ ‌إجَابَةُ ‌مَنْ ‌فِي ‌مَالِهِ ‌حَلَالٌ ‌وَحَرَامٌ ‌كَأَكْلِهِ ‌مِنْهُ ‌وَمُعَامَلَتِهِ وَقَبُولِ هَدِيَّتِهِ وَهِبَتِهِ وَنَحْوِهِ
Maksudnya: Dan dibenci untuk menerima pemberian daripada orang yang hartanya bercampur antara yang halal dan haram seperti memakan pemberiannya atau melakukan transaksi dengannya dan menerima hadiah atau hibah daripadanya dan sebagainya. (Rujuk Kasyaful Qina’ 167/5)
Begitu juga Ibn Muflih menukilkan tentang soalan yang diajukan kepada al-Marruzi tentang bermuamalat dengan harta yang diperoleh daripada hasil riba serta makan darinya. Al-Marruzi berpendapat bahawa ianya adalah haram untuk orang yang memperoleh daripada riba dan orang yang memakan darinya.
وَسَأَلَ الْمَرُّوذِيُّ أَبَا عَبْدِ اللَّهِ ‌عَنْ ‌الَّذِي ‌يُعَامَلُ ‌بِالرِّبَا ‌يُؤْكَلُ ‌عِنْدَهُ؟ قَالَ: لَا، قَدْ لَعَنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ آكِلَ الرِّبَا وَمُوكِلَهُ، وَقَدْ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالْوُقُوفِ عِنْدَ الشُّبْهَةِ
Maksudnya: Dan telah ditanya al-Marruzi Aba Abdillah tentang orang yang bertransaksi dengan riba dan memakan hasil darinya? Dia berkata: Tidak, sesungguhnya Rasulullah s.a.w melaknat pemakan riba dan orang yang memberi makannya, dan sesungguhnya Rasulullah s.a.w memerintahkan untuk menahan diri (tawaqquf) pada perkara yang syubhah. (Rujuk al-Furu’ wa Tashih al-Furu’ 388/4)
Di samping itu, kami juga ingin menukilkan sebuah hadis bagi menerangkan sikap wara’ dalam perkara yang tidak jelas statusnya. Saidina Abu Bakar pernah diberikan makanan oleh hambanya dan makanan itu datang daripada hasil yang haram, maka Saidina Abu Bakar memuntahkan makanan tersebut.
كَانَ لِأَبِي بَكْرٍ غُلاَمٌ يُخْرِجُ لَهُ الخَرَاجَ، وَكَانَ أَبُو بَكْرٍ يَأْكُلُ مِنْ خَرَاجِهِ، فَجَاءَ يَوْمًا بِشَيْءٍ فَأَكَلَ مِنْهُ أَبُو بَكْرٍ، فَقَالَ لَهُ الغُلاَمُ: أَتَدْرِي مَا هَذَا؟ فَقَالَ أَبُو بَكْرٍ: وَمَا هُوَ؟ قَالَ: كُنْتُ تَكَهَّنْتُ لِإِنْسَانٍ فِي الجَاهِلِيَّةِ، وَمَا أُحْسِنُ الكِهَانَةَ، إِلَّا أَنِّي خَدَعْتُهُ، فَلَقِيَنِي فَأَعْطَانِي بِذَلِكَ، فَهَذَا الَّذِي أَكَلْتَ مِنْهُ، فَأَدْخَلَ أَبُو بَكْرٍ يَدَهُ، فَقَاءَ كُلَّ شَيْءٍ فِي بَطْنِهِ ”
Maksudnya: Abu Bakar r.ah mempunyai seorang hamba lelaki yang pernah memberikan kepadanya sebahagian hasil pendapatannya. Abu Bakar biasa makan daripada hasil tersebut. Suatu hari hamba lelaki tersebut membawa sesuatu dan Abu Bakar memakannya. Hamba itu berkata kepadanya, “Adakah kamu tahu apakah ini?” Abu Bakar kemudian bertanya, “Apakah ini?” Hamba itu kemudian berkata, “Suatu masa dulu, ketika zaman jahiliah aku menjadi tukang tilik bagi seseorang tetapi aku menipunya dan apabila dia bertemu denganku dia memberikanku upah bagi khidmatku itu, dan itulah apa yang kamu makan itu.” Kemudian Abu Bakar meletakkan tangan dalam mulutnya dan memuntahkan apa yang ada dalam perutnya.
Sahih Bukhari (3842)
Analisis Hukum
Bagi Situasi 1, sekiranya syarikat tersebut hanya mensyaratkan untuk pekerja mengambil apa-apa pelan perlindungan, maka sebagai seorang muslim dia wajib mengambil pelan perlindungan yang berasaskan Islam. Sekiranya dia mengambil pelan perlindungan konvensional maka perbuatan tersebut adalah haram dan berdosa kerana mengikut kaedah feqah “apa yang haram diterima, haram juga untuk memberinya.”
Kami juga melihat bahawa konteks ini lebih sesuai dengan pandangan fuqaha’ yang tidak membenarkan kerana transaksi itu berlaku secara langsung antara pekerja dan pihak syarikat insurans konvensional. Tambahan lagi, perbuatan tersebut juga dianggap pelakunya reda tolong-menolong dalam perkara yang mungkar.
Allah s.w.t berfirman:
وَتَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡبِرِّ وَٱلتَّقۡوَىٰۖ وَلَا تَعَاوَنُواْ عَلَى ٱلۡإِثۡمِ وَٱلۡعُدۡوَٰنِۚ
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Surah al-Maidah (2)
Namun, berbeza pula bagi Situasi 2, pihak yang membayar premium insurans adalah syarikat dan bukannya pekerja itu sendiri. Ini bermakna, transaksi membayar premium insurans konvensional yang melibatkan unsur judi, gharar dan riba itu dilakukan oleh syarikat bukannya pekerja. Oleh kerana itu, pekerja tidak menanggung kesalahan atau dosa yang dilakukan pihak syarikat. Manakala kemudahan medical card yang disediakan oleh pihak syarikat adalah memang menjadi polisi syarikat bagi setiap pekerja yang diterima masuk akan layak menggunakan kemudahan kesihatan tersebut.
Kami mentelaah kepada beberapa institusi luar negara tentang isu ini. Antaranya Institusi Fatwa Jordan menyatakan bahawa seorang pekerja boleh menerima wang insurans konvensional yang dibayar oleh syarikat dia bekerja dengan syarat premium yang dibayar adalah daripada pihak syarikat bukannya daripada duit pekerja seperti pemotongan gaji dan lain-lain.
عقود التأمين التجاري عقود محرمة بصورها وأشكالها كافة؛ لما فيها من غرر ومقامرة وأكل لأموال الناس بالباطل، فيحرم إنشاء هذه العقود إذا كان الخيار متاحاً للموظف.
أما إذا كانت الشركة تؤمن جميع الموظفين من أموالها ودون اقتطاع أي جزء من رواتب الموظفين، فلا حرج على الموظف أو ورثته حينئذ أن ينتفعوا بأموال التأمين المدفوعة إليهم
Maksudnya: Akad insurans konvensional adalah akad yang diharamkan bentuknya atau warna secara keseluruhan, kerana padanya terdapat unsur gharar dan judi dan memakan harta manusia dengan cara yang batil, maka diharamkan akad ini apabila terdapatnya pilihan untuk dicapai oleh pekerja.
Walaubagaimanapun, sekiranya syarikat yang menjamin (membayar insurans) untuk semua pekerjanya daripada harta syarikat itu sendiri dan tanpa memotong gaji atau sebahagian (bayaran premium) diambil daripada gaji pekerja, maka tidak ada halangan untuk pekerja atau warisnya untuk mengambil manfaat dengan duit insurans yang diberikan kepada mereka. (Rujuk Fatwa No.1915 bertarikh 05-10-2011)
Manakala fatwa yang dikeluarkan dalam Islamweb pula membenarkan pekerja memanfaatkan insurans yang telah dicarum pihak syarikat dengan syarat dia tidak mempunyai kemampuan untuk mencari alternatif yang halal.
فإن لم يكن هناك إجبار فلا يجوز الاشتراك في التأمين التجاري بكافة أنواعه، أما في حالة الإجبار فيجوز للموظف الانتفاع بالتأمين في حدود المبلغ الذي دفعته شركته فقط.
Maksudnya: Sekiranya pekerja secara rela hati membuat potongan gaji bulanan untuk melanggan insurans, maka tidak harus kerana haram terlibat dengan segala bentuk insurans konvensional. Namun, sekiranya syarikat sendiri bayarkan untuk pekerja tanpa ada potongan gaji maka dibolehkan untuk pekerja mengambil manfaat dengan insurans konvensional tidak melebihi jumlah yang dicarum oleh syarikatnya sahaja. (Rujuk Fatwa 111239 Islamweb)
Penutup
Hukum asal bermuamalat dengan insurans konvensional adalah haram kerana terdapat unsur judi, riba dan gharar pada insurans tersebut. Oleh itu, sekiranya pekerja tersebut mempunyai kemampuan untuk mengambil medical card atau pelan perlindungan takaful yang patuh syariah atas kapasiti peribadi, maka ianya adalah lebih baik dan lebih selamat. Namun, sekiranya tidak mampu, memadailah menggunakan tuntutan sekadar jumlah premium yang dibayar oleh syarikat.
Disarankan juga pada mana-mana syarikat yang mempunyai pekerja-pekerja muslim khususnya bagi mempertimbangkan semula kemudahan dan insentif insurans konvensional yang diberikan tersebut dengan menukarkannya kepada takaful yang patuh syariah bagi meraikan sensitiviti pekerja-pekerja muslim.
Wallahualam.
 
Sumber: muftiwp.gov.my
The post Hukum Pekerja Muslim Menggunakan Kad Perubatan (Medical Card) Insuran Konvensional yang Disediakan Syarikat appeared first on Islam Itu Indah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.islamituindah.my/hukum-pekerja-muslim-menggunakan-kad-perubatan-medical-card-insuran-konvensional-yang-disediakan-syarikat/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pemprov Dki Terus Kaji Rencana Aturan Hukum Larangan Menggunakan Air Tanah

Pemprov Dki Terus Kaji Rencana Aturan Hukum Larangan Menggunakan Air Tanah

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 233 hits
Kepala Seksi Perencanaan pada Dinas Sumber Daya Air DKI Jakarta Elisabeth Tarigan menyatakan pembahasan aturan hukum tentang larangan penggunaan air tanah di Jakarta masih terus dilakukan
Syarikat Swasta Di Sabah Dibenar Beli Vaksin Untuk Pekerja

Syarikat Swasta Di Sabah Dibenar Beli Vaksin Untuk Pekerja

papar berkaitan - pada 31/7/2021 - jumlah : 347 hits
Syarikat swasta dan sektor perindustrian boleh membeli vaksin Pfizer Sinovac dan Astrazeneca untuk pekerja mereka Sabah benar syarikat swasta beli vaksin sendiri KOTA KINABALU Kerajaan Sabah kini membenarkan syarikat swasta dan sektor perin...
Baru Buka Meja Dah Di Serbu Pembeli Menggunakan Air Tapis Berkualiti Setanding Air Jenama Terkenal

Baru Buka Meja Dah Di Serbu Pembeli Menggunakan Air Tapis Berkualiti Setanding Air Jenama Terkenal

papar berkaitan - pada 30/7/2021 - jumlah : 274 hits
Lokasi Jalan Putra 1B Taman Klebang Putra 31200 Chemor Perak Waktu Niaga Setiap Hari 4 petang 7 malam Untuk Tempahan 018 5945580 MalaysianS
Asb Loan Menggunakan Teknik Hybrid

Asb Loan Menggunakan Teknik Hybrid

papar berkaitan - pada 1/8/2021 - jumlah : 539 hits
ASB loan menggunakan teknik hybrid Artikel 1 August 2021 Teknik Hybrid adalah gabungan antara teknik compounding dan teknik rolling dividen Tapi tak semua orang sesuai menggunakan teknik ini Hanya orang yang mampu konsisten simpan setiap bu...
Menggunakan Router 4g Dengan Plan Tanpa Had Umobile

Menggunakan Router 4g Dengan Plan Tanpa Had Umobile

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 318 hits
Assalamualaikum Abe Kie ada guna Streamyx a k a Unifilite di rumah tapi servisnya kadang2 bermasalah Boleh dikatakan setiap bulan ada saja kelajuan internet tu turun di bawah 1Mbps Bila terjadi sebegini anak2 tak sedap duduk Lalu abam kie k...
Ketahui Punca Kualiti Sperma Boleh Rosak Jika Salah Cara Menggunakan Wifi Komputer Riba

Ketahui Punca Kualiti Sperma Boleh Rosak Jika Salah Cara Menggunakan Wifi Komputer Riba

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 322 hits
Menggunakan komputer riba untuk melayari internet secara wayarles berkemungkinan besar boleh merosakkan kualiti sperma lelaki dan bahkan membunuhnya para saintis memberi amaran Kajian makmal yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik mendapa...
Kad Atm Bank Disekat Diblock Maybank Cimb Rhb Bsn Public Bank Bank Islam

Kad Atm Bank Disekat Diblock Maybank Cimb Rhb Bsn Public Bank Bank Islam

papar berkaitan - pada 13/8/2021 - jumlah : 586 hits
KAD ATM BANK DISEKAT DIBLOCK MAYBANK CIMB RHB BSN PUBLIC BANK BANK ISLAM Pernahkah anda terjadi ketika ingin menggunakan Kad ATM anda tiba tiba gagal Ini kerana kad ATM anda kemungkinan disekat atau diblock Bagaimana cara untuk Unlock kemba...
Pujuk Pakar Perubatan Di Luar Balik Bantu Negara

Pujuk Pakar Perubatan Di Luar Balik Bantu Negara

papar berkaitan - pada 17/8/2021 - jumlah : 259 hits
BH ONLINEDatuk Dr Noor Azmi Ghazali Sektor kesihatan negara kini benar benar diuji bukan hanya dari segi keupayaan fasiliti tetapi juga sumber tenaga termasuk pakar untuk mendepani pandemik Wartawan BH Mohd Nasaruddin Parzi mendapatkan pand...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kesan Dunning Kruger Macam Pakar Tapi Sebenarnya Tak

Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat