Mengapa Steam Deck Menggunakan Linux



Sebelum Steam Deck wujud, terlebih dahulu peranti yang dinamakan sebagai Team Machines dilancarkan oleh Valve pada tahun 2015.
Kenapa butiran ini penting? Kerana pada ketika itu, Windows 8 baru sahaja dilancarkan, dan selepas itu pula, lahirnya SteamOS untuk pemain PC Linux.
Windows 8 dipersembahkan sebagai sebuah sistem operasi yang membawa paparan antara muka mobil/peranti mudah alih atau bahasa lainnya lebih disasarkan kepada skrin sentuh.
Seterusnya, Windows Store dilancarkan bersama beberapa syarat ketat mengenai jenis perisian yang dibenarkan, dan bayaran mahal untuk membolehkan aplikasi pembangun disertakan sekali ke dalam Windows Store. Atas faktor ini, para pembangun aplikasi dan permainan bimbang Microsoft akan mengetatkan lagi peraturannya. Maklum sahaja, sejarah mengajar kita bahawa Windows tidak mesra pembangun.
Ini tentu sahaja menimbulkan keresahan dan rasa tidak senang di kalangan pembangun.
Atas sebab itulah, SteamOS tercipta. SteamOS merupakan sebuah medium ‘perlepasan’ atau dicipta bertujuan untuk ‘melarikan diri‘ dari Windows.
Kemudian, Steam Machines pula menyusul pada tahun 2015, dengan bernadikan SteamOS.
Malangnya peranti permainan ini gagal mendapat tempat di pasaran. Pelbagai faktor menyumbang kepada kegagalannya, seperti penangguhan penghantaran, perkhidmatan jualan dari Valve yang lemah, dan Steam Controller yang agak janggal untuk digunakan.
Tetapi penyumbang kepada masalah utama ialah SteamOS itu sendiri.
SteamOS hanya dapat menjalankan permainan untuk Linux sahaja, dan seperti yang kita sedia maklum, jumlah permainan untuk Linux adalah tidak memberansangkan. Tambahan pula pada tahun tersebut, pembangun kurang cakna dan minat untuk membangunkan permainan khusus Linux, oleh itu bermacam isu timbul – yang menatijahkan jatuhnya penjualan Steam Machines dalam pasaran.
Namun begitu, satu kejatuhan dan kegagalan tidak menghentikan Valve daripada meneruskan usaha mereka dalam percubaan menempatkan ‘Steam’ di mata pemain global. Selepas hayat Steam Machines berakhir, Valve melahirkan sesuatu yang mampu menamatkan gemelut permainan dalam Linux.
Sesuatu yang dinamakan sebagai Proton.

Valve mengambil keputusan untuk melabur ke dalam satu perkara yang membolehkan permainan Windows dapat dijalankan dalam Linux seperti permainan natif/asli untuk Linux. Tidak mengapa, jika pembangun tidak mahu membangunkan permainan untuk Linux, kerana disebabkan itulah lahirnya Proton, sejenis lapisan keserasian hasil daripada fork WINE.
Berbeza dengan WINE, Proton benar-benar merupakan perubahan yang sekian lama dinanti terutamanya oleh para pengguna Linux. Beribu-ribu permainan Windows baru sudah boleh dimainkan pada PC Linux kini, walaupun adakalanya memerlukan beberapa ‘usikan’ pada tetapan. Pada ketika ini, laman web ProtonDB yang dikendalikan oleh komuniti menyenaraikan hampir 19,000 permainan yang serasi dengan Proton, dan lebih dari 15,000 daripadanya dapat dijalankan dengan baik di Linux.
Ya, teknologi ini masih lagi belum sempurna sepenuhnya, kerana terdapat beberapa permainan yang memerlukan elemen seperti Easy Anti-Cheat dan BattlEye masih tidak berfungsi di Linux kerana ia tidak serasi dengan Proton. Tetapi dengan sokongan daripada studio dan tekad Valve untuk menyelesaikannya, dalam sedikit masa lagi pastinya isu ini akan dapat diperbaiki.
The post Mengapa Steam Deck Menggunakan Linux? appeared first on OMG! Hackers?.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://omghackers.com/mengapa-steam-deck-menggunakan-linux/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Permukaan Agar Agar Milo Seakan Corak Marble Dengan Hanya Menggunakan Serbuk Milo

Permukaan Agar Agar Milo Seakan Corak Marble Dengan Hanya Menggunakan Serbuk Milo

papar berkaitan - pada 6/8/2021 - jumlah : 344 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Setiap kali lepas makan CCL selalu cari dessert tak kisah lah sama ada dessert yang macam mana pun Dessert paling wajib yang selalu ada peti sejuk rumah CCL adalah agar agar Antara salah satu dessert yang...
10 Manfaat Menggunakan Aplikasi Absensi Online Selama Pandemi

10 Manfaat Menggunakan Aplikasi Absensi Online Selama Pandemi

papar berkaitan - pada 7/8/2021 - jumlah : 478 hits
Selama pandemi COVID 19 ini memaksa karyawan yang bekerja di sektor non esensial diharuskan Work From Home Tentunya WFH ini mengubah proses dan cara kerja karyawan dalam bekerja Nah biasanya perusahaan melakukan evaluasi kinerja karyawan le...
Cara Aman Menggunakan Disinfektan Di Rumah

Cara Aman Menggunakan Disinfektan Di Rumah

papar berkaitan - pada 9/8/2021 - jumlah : 373 hits
Di masa pandemi seperti sekarang ini penggunaan disinfektan untuk sekala rumahan memang sangat dianjurkan Bukan tanpa alasan disinfektan berfungsi sebagai cairan untuk mensterilisasi rumah dari paparan bakteri dan virus yang menjadi salah s...
Tips Memilih Dan Menggunakan Pantyliner Yang Tepat

Tips Memilih Dan Menggunakan Pantyliner Yang Tepat

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 321 hits
Bagi wanita pantyliner tentu bukan lagi sebuah nama yang asing di telinga Ini sudah seperti perkakas wajib yang dimiliki oleh wanita untuk mengatasi masalah seputar kewanitaan Nah meskipun dari segi bentuk dan cara penggunaanya sama dengan ...
Pemprov Dki Terus Kaji Rencana Aturan Hukum Larangan Menggunakan Air Tanah

Pemprov Dki Terus Kaji Rencana Aturan Hukum Larangan Menggunakan Air Tanah

papar berkaitan - pada 4/8/2021 - jumlah : 299 hits
Kepala Seksi Perencanaan pada Dinas Sumber Daya Air DKI Jakarta Elisabeth Tarigan menyatakan pembahasan aturan hukum tentang larangan penggunaan air tanah di Jakarta masih terus dilakukan
Menggunakan Router 4g Dengan Plan Tanpa Had Umobile

Menggunakan Router 4g Dengan Plan Tanpa Had Umobile

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 421 hits
Assalamualaikum Abe Kie ada guna Streamyx a k a Unifilite di rumah tapi servisnya kadang2 bermasalah Boleh dikatakan setiap bulan ada saja kelajuan internet tu turun di bawah 1Mbps Bila terjadi sebegini anak2 tak sedap duduk Lalu abam kie k...
Ketahui Punca Kualiti Sperma Boleh Rosak Jika Salah Cara Menggunakan Wifi Komputer Riba

Ketahui Punca Kualiti Sperma Boleh Rosak Jika Salah Cara Menggunakan Wifi Komputer Riba

papar berkaitan - pada 2/8/2021 - jumlah : 379 hits
Menggunakan komputer riba untuk melayari internet secara wayarles berkemungkinan besar boleh merosakkan kualiti sperma lelaki dan bahkan membunuhnya para saintis memberi amaran Kajian makmal yang dilakukan oleh sekumpulan penyelidik mendapa...
Kini Tiada Lagi Dead Zone Selepas Menggunakan Wifi Range Extender

Kini Tiada Lagi Dead Zone Selepas Menggunakan Wifi Range Extender

papar berkaitan - pada 10/8/2021 - jumlah : 398 hits
Tidak guna kalau wifi laju pun tetapi capaiannya tidak sampai ke peranti anda baik smartphone ataupun laptop Jadi antara solusi yang boleh digunakan untuk masalah ini adalah dengan menggunakan Wifi Range Extender Ini merupakan masalah pada ...
Resep Masakan Menggunakan Ayam

Resep Masakan Menggunakan Ayam

papar berkaitan - pada 11/8/2021 - jumlah : 906 hits
Moga resipi min share ni boleh bantu bagi idea buat para ibu Resepi ayam ini khas untuk anda yang gilakan ayam goreng Pin Di Ayam 1 ekor ayam potong menjadi 16 bagian Resep masakan menggunakan ayam 200 250 gram jamur kancing iris tipis 20 R...
Pitch Your Startup To Investors

Kotak Packaging Custom Rahsia Tarikan Visual Yang Buat Produk Lebih Menjual

Perak Masjid Ubudiah Kuala Kangsar 2025

Surah Al Kahfi Al Mulk Atau Yassin Dalil Kelebihan Bacaan Hari Jumaat

Betul Ke Kat Bawah Sungai Amazon Ada Sungai Lagi

Tular Video Bella Astillah Bersalam Dengan Ibu Syed Saddiq Netizen Persoal Cara Salam

Malaysia Sarong Music Run 2025 Edisi 2 0 Kembali Dengan 40 000 Kuih Muih Tradisional

Malaysia Day More Than A Holiday Less Than A Celebration


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Paper Bowl Printing Pilihan Praktikal Stylish Untuk Produk Makanan Panas Sejuk

Pm Anwar Gesa Isu Sempadan Thailand Kemboja Dibawa Ke Meja Rundingan Melalui Jbc

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Amira Othman Tak Pernah Terlintas Dalam Hati Saya Cemburu Dengan Rezeki Kakak

Rakaman Video Nahas Ufo Dimuat Naik Di Arkib

Kerjasama Pas Bersatu Berisiko Terburai

Pm Anwar Mahu Pemulihan Prasarana Bantuan Mangsa Banjir Sabah Disegerakan