Kelantan Tidak Lagi Terpinggir Akibat Perbezaan Politik






 *Kelantan tidak lagi terpinggir akibat perbezaan politik*



Kedatangan Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Seri Anwar Ibrahim ke negeri Kelantan, Tanah Serendah Sekebun Bunga semalam merupakan siri kedatangan yang cukup bermakna buat rakyat di sini.


Sebagaimana penegasan sebelum ini, negeri ini khususnya dan ‘Malay belt’ lain amnya sentiasa mendapat perhatian beliau dan tidak dicicirkan dari peruntukan dan langkah kemajuan seiring dengan positifnya perkembangan ekonomi negara di kala ini.


Kehadiran sosok yang dinanti nantikan ke Pasar Besar Siti Khadijah untuk beramah mesra menjenguk satu daripada destinasi tarikan pelancong di sini cukup dinantikan khususnya oleh warga Kota Bharu. 


Dengan ditemani oleh penyokong nombor satunya, tidak lain isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail beliau hadir selepas program sebelumnya di Istana Kelantan. Jenakanya tentang tarikan pelancong kerana cantik ya wanita Kelantan pastinya mencuit hati Wan Azizah.


Dalam mengumumkan peruntukannya, beliau cukup berhati hati dan teliti agar ianya betul digunakan untuk kerja kerja yang sepatutnya. Penekanan kepada aspek kebersihan termasuk tandas, keselamatan seperti pendawaian, keselesaan kepada penjual dan pembeli dalam membaikpulih kebocoran membuktikan keperihatin ‘seorang bapa’. 


Walaupun dicerca dan ditohmah, bahkan diminta untuk meletakkan jawatan oleh sesetengah pihak, yang anehnya datang juga tanpa silu mengambil peluang, tetap dilayan oleh Anwar tanpa ralat dan muka kelat. Mungkin ada sedikit singgungan yang diberi namun tidak berlebihan kerana fokusnya untuk membela rakyat tidak pernah lari.


Tapak Pasar Besar inilah tempat kelahiran saya. Dulunya dipanggil Kampung Dalam Kubu/ Parit Dalam. Ramai sanak saudara  dekat dan kenalan berniaga di sini. Pastinya tidak pernah lupa bila arwak mak (nenek ) yang dulunya berniaga di kaki lima menjual barangan sepertimana pengasas Mydin sebelum ini diminta berpindah ke pasar ini selepas pembukaannya. 


Bila Mydin dibuka dengan konsep harga borong dijual secara runcit, jualan oleh penjual penjual kecil begitu terkesan. Apatah lagi bila diminta untuk berniaga di bahagian agak tengah tingkat satu, banyak hari hari dilalui tanpa jualan langsung hingga akhirnya tidak dapat bertahan.


Masih teringat bila satu hari tolong menjaga tapak kedai untuk Mok pergi solat, dengan tiada jualan dari pagi, singgah seorang abang untuk membeli bateri. Mungkin bila dilihat yang membantu di tapak itu seorang kanak kanak lalu timbul rasa kasihan. Sikap empati sebegini perlu diterapkan. Bila mana anak anak mengajak ke kedai makan jenis rangkaian, saya selalu ingatkan supaya tidak lupa kepada kedai kedai tempatan yang sangat bergantung kewujudannya kepada anak anak tempatan.


Begitulah  juga suasana hari ini, dengan begitu ramainya penjual penjual di Bazar sekitarnya termasuklah Bazar Tok Guru yang letaknya tidak jauh juga dari situ, pencarian peniaga peniaga ini tentunya banyak mengharapkan sentuhan ‘seorang ayah’ dari masa ke semasa dan Anwar datang tepat pada masanya.


Semasa mengumunkan peruntukan baharu sebanyak RM5.5 juta sebagai tambahan kepada RM1.5 yang disalurkan sebelum ini, Anwar bertanya penuh cakna kepada hadirin jumlah yang patut disalurkan. Bila ada menyebut RM3 dan RM4 juta beliau kemudiannya bersetuju untuk jumlah keseluruhannya menjadi RM7 juta. Beliau menolak dengan senyum bila ada yang menyebut RM10juta kerana jumlahnya berlebihan, ia wang rakyat.


Teringat saya kepada Almarhum Datuk Fadzil Noor rakan karib Anwar sebelum ini. Pernah ditugaskan membawa beliau membeli belah selepas berjumpa penuntut penuntut di United Kingdom (UK) sekitar hujung 1990an dan awal 2000 dahulu. Beliau suka bertanya apa yang patut dibeli, berapa kuantiti yang perlu dibeli dan lain lain. Seorang yang dekat di hati rakyat dan sentiasa cuba merasai denyut nadi dan kesusahan mereka.


Kedatangan Anwar sempena sambutan keputeraan ke 54 Sultan Kelantan, Sultan Muhmmad V tentunya ada signifikannya tersendiri. Dengan adanya Sultan yang dekat di hati rakyat dan Perdana Menteri yang cakna, ianya merupakan satu kombinasi yang cukup baik untuk membangun sebuah negeri yang begitu lama dipinggirkan sebelum ini. 


Bencana rakyat dihukum kerana perbezaan anutan politik suatu ketika dahulu harus ‘dimuziumkan’ untuk ianya tidak lagi merosakkan keharmonian dan perpaduan masyarakat. 


Menjuzukkan kemajuan ekonomi kepada 4 negeri sebagaimana wujudnya SG4 mungkin penerusan kepada sikap pecah belah yang tidak berkesudahan diamalkan. Rakyat Kelantan khususnya perlu diingatkan dengan kezaliman yang mereka pernah lalui. Ekonomi negara yang sedang menaik tatkala ini pastinya lahir dari kepercayaan pelabur pelabur luar kepada gaya dan kepimpinan yang ada pada hari ini dalam tempoh tidak sampai dua tahun memimpin.


Semoga tempias dari sentimen kuat pelabur untuk masuk nanti dapat sampai ke Kelantan lalu memesatkan lagi pembangunan di sini. Pun begitu, ianya perlu seiring dengan pembangunan jiwa dan tradisi ilmu yang mantap untuk menjadi ketandaan kepada negeri Serambi Mekah ini. 


Kemuncaknya dirasai semasa keberadaan Almarhum  Tan Sri Tuan Guru Nik Abdul Aziiz Nik Mat yang semasa hayatnya cukup menyokong kepimpinan susuk tubuh bernama Anwar Ibrahim ini. 


Cadangan untuk menubuhkan Universiti Islam Kelantan oleh ulama pendukung kerajaan Madani contohnya sudah ada dalam perkiraan pemimpin Kerajaan Pusat dan pastinya dengan sikap yang betul dan iltizam politik yang kuat ianya dapat direalisasikan.


Untuk sekian kalinya dengan penuh syukur diucapkan terima kasih dan setinggi tinggi penghargaan atas komitmen Anwar menoktahkan kezaliman yang pernah dibuat sebelum ini dan saya juga menarik balik istilah Kelantan selalu dianaktirikan yang pernah saya ungkapkan kepada beliau sebelum ini. 
Terima kasih Perdana Menteri Rakyat!


Dr Rosli Allani Abdul Kadir
Mantan Calon PH
P29 Parlimen Machang PRU15






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/10/kelantan-tidak-lagi-terpinggir-akibat.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kelantan Terima Kasih Pada Pm Ikrar Amal Politik Matang

Kelantan Terima Kasih Pada Pm Ikrar Amal Politik Matang

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 180 hits
malaysiakini comDiterbitkan Oct 2 2024 12 15 PMKerajaan Kelantan menyambut baik beberapa pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Anwar Ibrahim sempena lawatan kerjanya ke negeri itu semalam Menteri besarnya Mohd Nassuruddin Daud berkata piha...
Pm Banduan Yang Hebat Masuk Penjara Akibat Dizalimi Lebih Mulia Dari Memasukkan Orang Ke Penjara Secara Zalim

Pm Banduan Yang Hebat Masuk Penjara Akibat Dizalimi Lebih Mulia Dari Memasukkan Orang Ke Penjara Secara Zalim

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 162 hits
Banduan bererti mereka yang pernah dipenjarakan samada secara adil atau tidak Sebab itu istilah banduan tidak sejijik istilah perasuah atau penyakau mahu pun penunggang agama Apa dalilnya Selain dari Nabi Allah Yusuf A S yang pernah dipenja...
Duku Langsat Dokong Perbezaan Dan Asal Usul

Duku Langsat Dokong Perbezaan Dan Asal Usul

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 180 hits
DUKU DOKONG dan LANGSAT merupakan sejenis buah buahan bermusim di Malaysia yang ditanam daripada keluarga Meliaceae Secara luarannyaa ketiga tiga buah buahan ini dilihat seakan akan sama maka tidak mustahillah ramai yang terkeliru dan sukar...
Perbezaan Harga Iphone 16 Di Malaysia Berbanding As Dan Singapura Buat Pembeli Fikir Panjang

Perbezaan Harga Iphone 16 Di Malaysia Berbanding As Dan Singapura Buat Pembeli Fikir Panjang

papar berkaitan - pada 22/9/2024 - jumlah : 300 hits
Perbezaan harga iPhone 16 di Malaysia berbanding AS dan Singapura buat pembeli fikir panjang ORANG ramai melihat iPhone 16 yang dijual dengan pembukaan gedung Apple Store seawal jam lapan pagi di TRX Exchange Mall Kuala Lumpur FOTO Aizuddin...
Akibat Mulut Laju Dari Otak

Akibat Mulut Laju Dari Otak

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 100 hits
SELEPAS SUNGAI BAKAP PENGUNDI CINA PROTES LAGI DI MAHKOTA 24 September 2024Ternampak semacam BN sedang berdepan masalah dengan pengundi Cina di PRK Dun Mahkota pada 28 September ini Setakat ini sudah dua kali Menteri Besar Johor Onn Hafiz G...
Bayi 7 Bulan Pergi Mengejut Akibat Jangkitan Kuman Ibu Reda Pemergian Anak

Bayi 7 Bulan Pergi Mengejut Akibat Jangkitan Kuman Ibu Reda Pemergian Anak

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 448 hits
Pemergian yang mengejutkan namun seorang ibu Syahierah Zainal reda pemergian anak keduanya yang disahkan mengalami jangkitan kuman Menerusi perkongsiannya di Facebook dia dan suami sempat meluangkan masa bersama bayi mereka pada hujung ming...
Mou Peruntukan Ditolak Tiada Rakyat Yang Terpinggir Fadillah

Mou Peruntukan Ditolak Tiada Rakyat Yang Terpinggir Fadillah

papar berkaitan - pada 21/9/2024 - jumlah : 123 hits
Kerajaan Perpaduan tidak berhasrat untuk membincang lanjut termasuk meminda mengenai draf memorandum persefahaman peruntukan Ahli Parlimen pembangkang selepas ditolak pembangkang Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof berkata bi...
Akibat Bangang Isham Jalil

Akibat Bangang Isham Jalil

papar berkaitan - pada 4/10/2024 - jumlah : 215 hits
Yanie MansorHAHAHA BANGANGSampai 9 kali edit post yang sama try hard nak tuduh sangat yb Fahmi Fadzil Kalau macam tu ramai ler adik beradik aku nama Mansor di Malaysia ni Tulah aku tengok awat muka lain bebeno Tak mestinya nama bapa sama me...
Pahang Mencatatkan L Ima Kematian Akibat Wabak Denggi Kedua Tertinggi Dalam Negara Tahun Ini

Pahang Mencatatkan L Ima Kematian Akibat Wabak Denggi Kedua Tertinggi Dalam Negara Tahun Ini

papar berkaitan - pada 3/10/2024 - jumlah : 220 hits
KUANTAN Pahang mencatatkan lima kematian akibat wabak demam denggi sepanjang tahun ini berbanding tahun lalu yang merekodkan satu kematian Exco Kerja Raya Pengangkutan dan Kesihatan Datuk Razali Kassim berkata peningkatan 400 peratus itu me...
Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Le Tour De Langkawi 2025 Tarikh Jadual Trek Perlumbaan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Penerangan Jenis Jenis Ruam Panas Bayi Serta Dewasa Dan Cara Rawat Ruam Panas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kubu Simpanan Emas Terbesar Di Dunia

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Sambutan Yang Baik

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt

Air Borneo Sarawak S Billion Ringgit Gamble Or The Next Big Thing