Akibat Mulut Laju Dari Otak


 
SELEPAS SUNGAI BAKAP, PENGUNDI CINA PROTES LAGI DI MAHKOTA?


24 September 2024


Ternampak semacam BN sedang berdepan masalah dengan pengundi Cina di PRK Dun Mahkota pada 28 September ini.


Setakat ini sudah dua kali Menteri Besar Johor, Onn Hafiz Ghali meluahkan kebimbangan dengan sokongan pengundi Cina.


Dua hari lalu, beliau dilaporkan meminta agar pengundi Cina tidak menghukumnya dengan tidak keluar mengundi di PRK Mahkota pada 28 September nanti.


Onn Hafiz berkata, beliau menerima laporan daripada komuniti perniagaan yang menyatakan pengundi Cina di Mahkota kurang berminat untuk mengundi kali ini.


“Jika benar, saya sangat-sangat sedih. Kerana isu-isu di peringkat persekutuan, mereka (pengundi Cina hendak) hukum saya.


“Kalau betul ia berlaku, saya rasa macam saya kena hukum, sebab saya sentiasa bekerja keras untuk bangsa Johor tanpa mengira warna kulit,tanpa mengira cuaca,” katanya pada satu video temu bual bersama China Press.


Komuniti Cina mewakili sekitar 35 peratus daripada pengundi Dun Mahkota, manakala Melayu 54 peratus, India 8 peratus dan selebihnya lain-lain kaum.


Semalam pula, Onn Hafiz sekali lagi bersuara berkenaan kebimbangannya terhadap sokongan pengundi Cina.


Kali ini beliau merayu pengundi Cina agar mengetepikan emosi yang boleh menjejaskan sokongan kepada calon BN pada pengundian PRK Dun Mahkota, Sabtu ini.


Menurutnya, penting untuk mereka membuktikan kestabilan yang wujud dalam kerajaan negeri bagi merealisasikan setiap perancangan yang dibuat khususnya dalam aspek pembangunan ekonomi yang turut melibatkan kerjasama pelabur asing.


“Saya memang sedih bila dia (media) tanya tentang (pengundi) Cina akan boikot (calon BN)…kerana mesej yang akan disampaikan kepada pelabur-pelabur akan menunjukkan bahawa Johor ini tidak stabil, jangan datang (melabur) di Johor, dan kita tak mesra. (Sedangkan) dalam hati kita semua mahu bangunkan ekonomi Johor.


“Kebanyakan yang berada di dalam dewan ini adalah tauke-tauke, pengerusi-pengerusi persatuan, pengerusi-pengerusi tokong, pemimpin-pemimpin masyarakat yang berpengaruh…saya merayu.


“Jangan terikut-ikut dengan (sentimen di) media sosial, kita kena perlu lebih rasional. Saya tahu banyak keputusan dibuat secara emosional. 


“Tapi ini adalah masa untuk beremosi demi kebaikan negeri Johor. Kita bulatkan tekad untuk bangunkan Johor ini bersama,” katanya berucap pada Majlis Perjumpaan Bersama Persatuan Peniaga Tionghua dan Masyarakat Tionghua Kluang di sini.


Benarkah pengundi Cina akan melakukan protes dan tidak keluar mengundi sebagaimana mereka tunjukkan di Sungai Bakap sebelum ini?


Apakah kali ini puncanya kerana serangan terbuka Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Salleh terhadap Naib Pengerusi DAP, Teresa Kok dengan memanggilnya “nyonya tua” serta mencadangkan agar ditampal “logo tidak halal” di dahi Ahli Parlimen Seputeh itu?


Memang kalah adalah hampir mustahil bagi BN di Mahkota ini, tetapi jika majoriti kemenangan jauh merosot berbanding keputusan sebelum ini, walaupun kini setelah PH dan BN bekerjasama, ia bermakna hubungan jangka panjang kerajaan perpaduan sedang berada di ambang bahaya.


Adakah masa depan hubungan UMNO dan DAP akan terus berantakan selepas PRK Mahkota ini? – ShahbudinHusin 24Septembrt2024.


https://shahbudindotcom.net/2024/09/24/selepas-sungai-bakap-pengundi-cina-protes-lagi-di-mahkota.html






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2024/09/akibat-mulut-laju-dari-otak.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Watak Utama

Buasir Otak Tv Buasir Otak The Muzik Watak Utama

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 260 hits
Kita hanyalah watak utama dalam kehidupan sendiri dan watak sampingan dalam kehidupan orang lain
Buasir Otak Tv Apa Di Dalam Ikan Di Luar Ayam Be Like

Buasir Otak Tv Apa Di Dalam Ikan Di Luar Ayam Be Like

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 419 hits
Bila orang tanya teka teki benda apa di dalam ikan di luar ayam Jom tonton animasi ini
Otak Penuh Pencemaran Lekeh

Otak Penuh Pencemaran Lekeh

papar berkaitan - pada 29/9/2024 - jumlah : 128 hits
Mukhlis Eddie Fazrin Jamal kata omputih ada Artificial Intelligence kita ada Azhar Idrus
Buasir Otak Tv Bila Nak Pergi Pekan Sekejap

Buasir Otak Tv Bila Nak Pergi Pekan Sekejap

papar berkaitan - pada 19/9/2024 - jumlah : 183 hits
Bila orang nak pergi ke pekan sekejap Jom tonton animasi ini
Pakar Otak Listkan Khasiat Keledek Ungu Rupanya Ramai Tak Tahu

Pakar Otak Listkan Khasiat Keledek Ungu Rupanya Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 15/9/2024 - jumlah : 341 hits
Biasa makan keledek tak Tentu ada yang pernah menikmati makanan ini bersama nenek atau ibu ayah di kampung Sebenarnya keledek ini banyak khasiat yang ramai tak tahu Bukan calang calang makanan kampung ini Rupanya telah terbukti mempunyai ba...
Buasir Otak Tv Roblox Sambutan Hari Malaysia Di Dataran Putrajaya Live

Buasir Otak Tv Roblox Sambutan Hari Malaysia Di Dataran Putrajaya Live

papar berkaitan - pada 18/9/2024 - jumlah : 274 hits
Ada sambutan Hari Malaysia ke kat Dataran Putrajaya dalam game Roblox SinarHarian Putrajaya Square Jom tonton animasi ini
Minuman Probiotik Contoh Minuman Manfaatnya

Jersi Terkini Big 6 Premier League Musim 2025 26 Home Away Third Kit

The Forgotten Postal Rebellion When Mail Carriers Went On Strike In 1970

Best Online And Offline Marketing

Packaging Kopi Custom Membezakan Jenama Anda Dari Pesaing

Mygov Malaysia Aplikasi Pusat Sehenti Perkhidmatan Kerajaan

Masa Depan Bitcoin Boleh Diramal Bitcoin Dicirikan Oleh Volatiliti Rendah Dalam Perdagangan Yang Suram

Pelajar Lelaki Tumbuk Guru Kerana Berang Ditegur Ponteng Kelas


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Garuda Muda Gagal Juara Aff U 23 2025 Usai Tumbang Dari Vietnam

How To Register For A New Member Slot Dana

Melawat Anak Buah Di Hospital

Rahsia Lembut Gebu Resipi Tosei Idli Homemade Bersama Chutney Kelapa Beraroma

Setiap Sesuatu Ada Sebabnya

Eur Usd 29 Julai Analisis Smart Money System