Bayi 7 Bulan Pergi Mengejut Akibat Jangkitan Kuman Ibu Reda Pemergian Anak


Pemergian yang mengejutkan namun seorang ibu, Syahierah Zainal reda pemergian anak keduanya yang disahkan mengalami jangkitan kuman.
Menerusi perkongsiannya di Facebook, dia dan suami sempat meluangkan masa bersama bayi mereka pada hujung minggu dengan melakukan rutin harian serta mendodoikannya sehingga tertidur.

Apa yang membuatkan dia amat terkejut kerana bayinya itu tidak menunjukkan sebarang simptom sedang sakit malah ceria dan sihat seperti biasa sebelum disedari sudah membiru serta tidak sedarkan diri.
Memulakan perkongsian awalmya, ujar ibu ini sekitar jam 11 malam, suaminya melihat bayi mereka seakan tidak bergerak dan badannya nampak biru sebelum cuba mengangkatnya yang sudah lembik.
Disebabkan panik, Syahierah telah meminta bantuan jiran-jiran dan segera membawa bayinya yang berusia 7 bulan ke klinik berhampiran.
Tanpa disangka, dalam masa sejam sahaja, anak keduanya itu disahkan sudah tiada tanpa menunjukkan sebarang simptom.

“Sabtu ahad kita luang masa sama-sama, Ahad tu kita tangkap gambar, kita main, baik sangat awak. Kita balik rumah lepas maghrib papa mandikan awak, mama siapkn main-main dengan awak. Jam 8++ pm mintak papa tidurkan rapi awak mengamok tak nak tido dgn papa.
9++pm mama datang pujuk dodoi2, awak tertido macam biasa. Last mama tinjau awak tido dekat tempat yg sama. Mama keluar bilik duduk depan dengan abang.
10++ -11 pm papa masuk bilik nak tidokan abang, papa nampak awak kt tempat yg sama last mama tgk awak tido, papa nampak awak dh tak begerak, badan awak dh biru. Papa agkat awak dh lembek, papa jerit “ma anak dh biru!” mama mcm nk gila mintak tolong jiran2.
11:20 bawak ke klinik terdekat, doc sahkan awak dh takde😔 gelap dunia mama. Dalam sejam je Allah amek awak, awak pergi macam tu je. Sekelip mata. Mama takde dengar pun awak nangis, sikit pun awak tak tunjuk apa2 simptom. Sakit sangat mama nk terima nak. Mama salahkan diri mama sebab mama last yg tidokan awak. Mama pikir awak tersedak susu/lemas sebab mama. Mama rasa brsalah sangat.

Ramai datang teman awak sekali malam tu, tunggu sampai 4am polis datang, 5am kita sampai kt bilik jenazah forensik. Mama kena balik tinggalkn awak dekat forensik. 8:30am io call mintak datang ke forensik, Awak kena postmortem sebab nak tahu punca kematian.
Mama tak izinkn, mama taknak awak kena belah. Mama tak sanggup nak tengok awak sakit lagi.. tapi doc n io berkeras, akhirnya mama terpaksa akur. Io amek statment dr mama papa.
9:40am awak start postmortem, doc cakap 3-4jam je, tapi lama mama tunggu awak nak, 3pm baru selesai. Result postmortem keluar, doc explain satu2. Doc cakap awak bukan pergi sebab lemas/tersedak susu, takde pun tanda2 tu. Tapi doc jumpa benda pelik dalam badan awak.

Bukan tersedak susu tapi jangkitan kuman
Rupanya awak kena infection nak, limpa, usus, perut awak penuh dengan kuman, infection. Awak pergi mungkin disebabkan infection tu. mama tak sangka sangat sebab awak sihat, awak gemok, ceria, awak kuat senyum, langsung takde tanda2 awak sakit.
Awak tak demam, batuk or apa, najis awak pn ok. Tapi doc tak dapat detect kuman tu dr mana, kuman apa or bila kuman tu dah ada. Tak tahu punca datang dari mana. Doc kata kes ni rare, sampel kuman dihantar ke lab, 3-4 bulan baru tahu final result. Dalam surat kematian awak, punca kematian “PENDING ANYLYSIS”
Bila dengar, mama rasa lega awak pergi tak terseksa. Awak pergi masa tidur, dalam diam tanpa rasa sakit. Awak betul2 taknak susahkn mama papa. Tak nak bagi mama papa tengok awak pergi. Rasa bersalah mama hilang bila tahu awak bukan lemas, tapi mama terkejut sebab awak memang tak sakit nak.
Postmortem dah selesai doc cakap dah boleh amek jenazah Naura untuk mandi. Papa n atok tak bagi mama tengok sebab dorang takot mama tak boleh terima kadaan jasad awak yang dah dibedah, dorang takot mama pitam lagi.
Tapi mama berkeras, walau macam mana kadaan awak masa tu takpe, mama redho. Mama nak mandikan awak buat kali terakhir.

Tapi bila tengok jasad awak, mashaAllah cantiknya awak sayang, sempurna jahitan postmortem awak, muka awak macam awak tengah tidur, jasad awak macam biasa mama papa selalu mandikn, cuma kali ni mama papa mandikan dalam kadaan awak dah tak bernyawa.
Mama papa kafankan awak, mama papa sempurna fardhu kifayah yang terakhir untuk awak. Mama cium awak buat kali terakhir, wangi sangat awak, bersih suci muka awak, anak syurga.
Kami hantar awak sampai ke negeri abadi awak sayang. Mama cuba sebaik mungkin sempurnakan amanah mama ni.
7 bulan je Allah pinjamkan awak untuk mama, mama tak puas lagi gomol awak, perit sangat mama nak terima tapi Mama redho, mama dah lepaskan awak, mama dah terima qada’ qadar Allah.
Awak dah bermain-main dengan kawan-kawan kat syurga💕. Lega bila Mama tahu awak bahagia dekat sana. Doakan mama kuat ye sayang, kat sana nanti tarik mama papa abang ya. Awak selalu ada dalam hati mamapapa, abang Noah. Selamat jalan wildan syurga”.
Naura Ameena binti Muhamad Yusri
14/02/2024-29/9/2024
Menarik: MK K Clique Kongsi Nama Puteri Sulung, Makna Pun Elok!
MUA Bellaz Sebak Ada Sebab Gigih Rakam Momen Dengan Anak, “Dulu Tak Ada Gambar Waktu Kecil
Burnout Jaga Anak Sendirian, Suami Tempat Wany Hasrita Mengadu!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Sumber: Syahierah Zainal 
The post Bayi 7 Bulan Pergi Mengejut Akibat Jangkitan Kuman, Ibu Reda Pemergian Anak! appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/bayi-7-bulan-pergi-mengejut-akibat-jangkitan-kuman-ibu-reda-pemergian-anak/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anak Terkena Jangkitan Kuman Di Paru Paru Lelaki Menyesal Bawa Bayi Pergi Acara Rxz Member

Anak Terkena Jangkitan Kuman Di Paru Paru Lelaki Menyesal Bawa Bayi Pergi Acara Rxz Member

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 177 hits
Baru baru ini di laman TikTok tular luahan seorang individu lelaki yang menceritakan dirinya tidak akan membawa anak kecil lagi ke acara RXZ Member selepas berlakunya insiden melibatkan kesihatan anak hingga perlu mendapatkan rawatan di wad...
Ibu Ayah Alphard Anak Anak Ferrari Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 Di Sk Part 1

Ibu Ayah Alphard Anak Anak Ferrari Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 Di Sk Part 1

papar berkaitan - pada 24/9/2024 - jumlah : 276 hits
Masih ada lagi stok draft yang masih tersimpan dan ini salah satunya 22 Jun 2024 Sabtu Pada tarikh ini aku telah menghadiri Program Permuafakatan Bersama Waris Tahun 6 di SK dak Nuha Gigih aku mendengar semula rakaman suara penceramah dan a...
Nak Anak Pandai Bijak Ibu Hamil Kena Cukup Tidur Sekurang Kurangnya 7 Jam Setiap Malam

Nak Anak Pandai Bijak Ibu Hamil Kena Cukup Tidur Sekurang Kurangnya 7 Jam Setiap Malam

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 166 hits
Nak anak pandai bijak ibu hamil kena cukup tidur sekurang kurangnya 7 jam setiap malam Tidur yang cukup adalah keperluan asas bagi semua orang terutamanya bagi ibu hamil Nak Anak Pandai Bijak Ibu Hamil Kena Cukup Tidur Sekurang kurangnya 7 ...
Hiburan Kami Namakan Anak Kami Julian Noh Salleh Kongsi Momen Kehilangan Anak Sulung Dalam Kandungan 7 Bulan Lalu

Hiburan Kami Namakan Anak Kami Julian Noh Salleh Kongsi Momen Kehilangan Anak Sulung Dalam Kandungan 7 Bulan Lalu

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 181 hits
Penyanyi dan komposer menerusi satu hantaran di media sosial ada berkongsi mengenai momen kehilangan anak sulungnya bersama isteri Fathin Athira Difahamkan bayi sulung Noh dan Fathin meninggal dunia di dalam kandungan ketika umurnya tujuh b...
Apa Yang Ibu Perlu Makan Semasa Menyusukan Bayi

Apa Yang Ibu Perlu Makan Semasa Menyusukan Bayi

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 147 hits
Breastfeeding bermaksud penyusuan susu ibu Ia merujuk kepada proses memberi bayi minum susu secara terus daripada payudara ibu Jadi pemakanan yang seimbang dan sihat sangat penting semasa menyusukan bayi sebab apa yang ibu makan akan member...
Ezzaty Abdullah Sarat Hamil Anak Ketiga Tak Buat Ujian Jantina Bayi Nak Buat Kejutan

Ezzaty Abdullah Sarat Hamil Anak Ketiga Tak Buat Ujian Jantina Bayi Nak Buat Kejutan

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 100 hits
sarat anak ketiga tak buat ujian jantina bayi nak buat kejutan Pelakon Ezzaty Abdullah kini sedang sarat Mengambil pendekatan untuk tidak banyak berkongsi kehamilan ketiga suri hati Azwan Kombos ini lebih selesa untuk berkongsi kepada umum ...
Rezeki Suami Isteri Dapat 3 Anak Dalam Masa 10 Bulan

Rezeki Suami Isteri Dapat 3 Anak Dalam Masa 10 Bulan

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 163 hits
KOSMO Bailey dan suaminya Chris Goulden serta anak anak mereka SWNSLONDON Sepasang suami isteri di nbsp Dover England dikurniakan tiga anak dalam selang masa hanya 10 bulan dan menganggap ketiga tiga cahaya mata itu sebagai pasangan kembar ...
Noh Salleh Amp Isteri Akui Perit Genap 7 Bulan Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan

Noh Salleh Amp Isteri Akui Perit Genap 7 Bulan Bayi Meninggal Dunia Dalam Kandungan

papar berkaitan - pada 23/9/2024 - jumlah : 164 hits
Penyanyi Noh Salleh dan isteri Fatin Athirah Mustapa akui perit ketika berkongsi berita bayi meninggal dunia dalam kandungan menerusi sebuah hantaran di Instagram hari ini Kongsi pemilik nama Mohammad Noh Salleh tanggal 22 September merupak...
Saya Sendiri Pilih Mama Untuk Anak Anak Saya Raja Syahiran Hargai Pengorbanan Uyaina Sebagai Ibu

Saya Sendiri Pilih Mama Untuk Anak Anak Saya Raja Syahiran Hargai Pengorbanan Uyaina Sebagai Ibu

papar berkaitan - pada 30/9/2024 - jumlah : 121 hits
Kehidupan sebagai pasangan selebriti sering kali diselimuti dengan sorotan media dan tekanan industri Namun bagi Raja Syahiran dan Uyaina Arshad kehadiran dua permata hati mereka iaitu Raja Urhan dan Raja Urayyan telah membawa sinar baru ya...
Ismail Seru Pm Terus Angkat Cadangan Jadikan Bm Bahasa Kedua Asean

Lirik Lagu Hati Meraung Danial Ismail

Dr M S Lawyer Why Did Pm Keep Silent On Rushed Prosecution In 2018

Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Solat Hajat Perdana Spm Stpm Smk Gelang Patah

Some 2018 Cases Rushed Flawed And Tainted By Venom Enmity Pm

Ismail Sabri Ajak Pemimpin Asean Berucap Dalam Bahasa Melayu Di Sidang Kemuncak 2024 Di Malaysia

Lirik Lagu Mesin Waktu Budi Doremi


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Exploring Botox In East Brunswick Nj Wrinkle Reducing Treatments For A Youthful Glow

Peguam Minta Rm1 Juta Keluarga Tak Mampu Penyanyi Dikir Barat Terus Ditahan Di Narathiwat

Atletico Bangkit Tewaskan Barcelona Untuk Rampas Singgahsana La Liga