Pemuda Umno Ingatkan Ppbm Jangan Angkuh


FMT Reportersfreemalaysiatoday.com
-September 28, 2020 11:36 PM
Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata ahli Umno juga ada maruah dan tidak selamanya parti itu boleh mengalah.
PETALING JAYA: Pemuda Umno mengingatkan PPBM supaya tidak angkuh selepas parti itu mengalah berhubung calon ketua menteri Sabah yang baharu selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) lalu.

Hari ini Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dianggotai Perikatan Nasional (PN), Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) menamakan Hajiji Noor daripada PPBM sebagai calon ketua menteri dan beliau dijadualkan mengangkat sumpah di Istana Negeri pagi esok.

Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki berkata, ahli Umno juga ada maruah dan tidak selamanya parti itu boleh mengalah.

“Waktu nak selamatkan kerajaan persekutuan, demi rakyat, Umno-BN dengan kerusi terbesar 43 ahli Parlimen, berjiwa besar mengalah kepada PPBM yang hanya ada 6 + 15 (ahli Parlimen lompat dari Umno) untuk mengangkat Muhyiddin Yassin sebagai PM (perdana menteri)

“Waktu nak tubuhkan kerajaan Perak, demi rakyat, Umno-BN dengan kerusi terbesar 25 Adun berjiwa besar, tetap mengalah kepada PPBM yang hanya ada 4 kerusi untuk mengangkat Ahmad Faizal Azumu sebagai MB (menteri besar).

“Waktu nak tubuhkan kerajaan Sabah, demi rakyat, Umno-BN dengan kerusi terbesar 14 Adun berjiwa besar, sekali lagi mengalah kepada PPBM yang hanya ada 11 kerusi untuk mengangkat Hajiji sebagai KM (ketua menteri),” katanya dalam kenyataan di Facebook hari ini.

Beliau berkata, dalam bersahabat dan berpakat mesti jujur dan ikhlas.

“Biarpun tidak diharap sebarang penghargaan mahupun pujian, saya tetap tabik hormat kepada seluruh jentera Umno-BN di akar umbi yang bekerja keras bukan sahaja di kawasan BN bertanding bahkan turut membantu memenangkan calon PPBM atas bendera PN di kawasan yang hakikatnya menjadi tradisi kubu kuat Umno-BN hampir 30 tahun,” katanya.

Asyraf berkata demikian sebagai respons terhadap Ketua Pemuda PPBM Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal yang menyatakan rakyat memilih PN disebabkan gabungan itu tidak dibebani dengan isu masa lalu.

“Perikatan Nasional tidak dibebani dengan isu legasi, ‘trust deficit’ kerana ianya masih baru dan segar. Kekuatannya banyak terkumpul pada Muhyiddin Yassin yang kita tahu tidak ponggah, tidak angkuh dan amat meraikan kerjasama asalkan matlamat utama dalam menubuhkan kerajaan yang kuat, berintegriti dan beramanah itu tercapai,” katanya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2020/09/pemuda-umno-ingatkan-ppbm-jangan-angkuh.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppbm Jangan Angkuh Pemuda Umno

Ppbm Jangan Angkuh Pemuda Umno

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 672 hits
Pemuda Umno mengingatkan PPBM supaya tidak angkuh selepas parti itu mengalah berhubung calon ketua menteri Sabah yang baharu selepas Pilihan Raya Negeri lalu Hari ini Gabungan Rakyat Sabah yang dianggotai Perikatan Nasional Barisan Nasional...
Najib Ingatkan Ketua Pemuda Bersatu Jangan Melampau

Najib Ingatkan Ketua Pemuda Bersatu Jangan Melampau

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 431 hits
Datuk Seri Najib Razak mengingatkan Ketua Armada Parti Pribumi Bersatu Wan Ahmad Fayshal Wan Ahmad Kamal agar jangan melampau Jgn melampau Rakyat sedang memerhati kata bekas Perdana Menteri itu dipetik Beliau mengulas kenyataan Wan Ahmad Fa...
Umno Ppbm Bersatulah Jangan Sebab Dendam Nasi Jadi Bubur

Umno Ppbm Bersatulah Jangan Sebab Dendam Nasi Jadi Bubur

papar berkaitan - pada 28/9/2020 - jumlah : 353 hits
ismaweb netTurunkan ego fikir masa depan yang lebih penting dari masa kiniINSAFLAH wahai umat Islam hentikan segera pertikaian sesama sendiri demi masa depan anak bangsa dan tanah air tercinta iniPilihan Raya Negeri Sabah semakin jelas menu...
Jangan Melampau Amaran Pemuda Umno Kepada Pemuda Ber

Jangan Melampau Amaran Pemuda Umno Kepada Pemuda Ber

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 892 hits
Pemuda UMNO mengeluarkan kenyataan balas yang pedas dan tajam kepada Pemuda Bersatu yang menuduh pihak sekutu sebagai sepet akal dan tamak dalam mendapatkan kuasa memerintah Berikut kenyataan penuh pemuda UMNO Waktu nak selamatkan Kerajaan ...
Pemuda Umno Takkan Bisu Jer

Pemuda Umno Takkan Bisu Jer

papar berkaitan - pada 19/9/2020 - jumlah : 360 hits
Saya ambil maklum Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dalam suatu kenyataan rasmi di laman Facebook berkenaan pelancaran portal bahasa Mandarin Usaha ini dikatakan bagi memenuhi keperluan masyarakat Cina mendapatkan maklumat tentang penc...
The Umno Ppbm Cold War Is Because Of The Many Egos

The Umno Ppbm Cold War Is Because Of The Many Egos

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 430 hits
So how is the Umno PPBM cold war going to be resolved It cannot As long as there are quarrelsome Malays and politicians who love to fight still around the Umno PPBM cold war will continue And if PPBM is not around it would be an Umno PAS co...
Umno Pas Ppbm Meeting Underway To Decide Who To Back For Pm

Umno Pas Ppbm Meeting Underway To Decide Who To Back For Pm

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 463 hits
Several Umno MPs are said to be looking at options to dissolve Parliament as discussions among the party PAS and PPBM get underway They also want firm decisions to be made over the future of Umno before opposition leader Anwar Ibrahim s aud...
Ahli Parlimen Umno Mahu Pertimbang Pilihan Meski Dalam Proses Bincang Bersama Pas Ppbm

Ahli Parlimen Umno Mahu Pertimbang Pilihan Meski Dalam Proses Bincang Bersama Pas Ppbm

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 615 hits
freemalaysiatoday com September 30 2020 3 30 PMPemimpin Umno PAS dan PPBM akan berbincang minggu ini mengenai beberapa isu PETALING JAYA Beberapa ahli Parlimen Umno dikatakan sedang mempertimbang pilihan untuk membubarkan Parlimen ketika pe...
Ppbm Youth Says Statement On Trust Deficit Not Aimed At Umno

Ppbm Youth Says Statement On Trust Deficit Not Aimed At Umno

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 854 hits
Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir PETALING JAYA PPBM Youth information chief Mohd Ashraf Mustaqim Badrul Munir today urged political parties to not be offended by the statement issued by his Youth chief In a Facebook post Ashraf said the st...
Resepi Nasi Lemak Sedap Homemade Keluarga

Why Financial Literacy Is The Most Important Skill You Were Never Taught

Bermain Badminton Waktu Malam Boleh Dapat Serangan Jantung

The Timeless Craftsmanship Of Dagestan S 200 Year Old Nail Free Bridge

Orang Mati Di Merata Tempat Di Dalam Pembunuhan Hanukkah Di Australia

Aktiviti Program Kenangan Perjuangan Kaseh Tanah Air Bonda Pertiwi Dan Ambang 2026 Ppim 14 12 2025

Nasi Goreng Tomyam Padu Wangi Resipi Pedas Yang Buat Terus Lapar

Beli Rak Letak Pokok Bertingkat Online


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kenapa Pilih Syarikat Packaging Custom Ini 7 Sebab Produk Anda Perlu Kotak Berkualiti

Terlupa Majlis Anugerah Kecemerlangan Murid

Kesan Kopi Jantung Berdebar Setelah Dua Tiga Teguk

Panda Gergasi Terakhir Japan Mengucapkan Selamat Tinggal Yang Emosional Di Zoo Tokyo

Asus V600 Aio Kini Boleh Didapatkan Pada Rm3599

Celcomdigi Dan Ppum Jayakan Pembedahan Ent Secara Langsung Berasaskan 5g