Kekili Baitcasting Atau Spinning Untuk Kolam Air Masin
Ini adalah artikel ke 889 dalam blog aku, dan yang ke-14 streak tanpa henti tentang postingan memancing,haha!Nasib la korang.Tulisan harini aku nak tulis pendek je kot berkenaan pendapat aku tentang perbezaan penggunaan reel baitcasting (BC) dan spinning di kolam pancing air masin
Ni pendapat peribadi aku lah ya? Mungkin ada sesetengah orang yang tak bersetuju
Aku berpendapat reel spinning lebih sesuai bermain kolam air masin disebabkan sifatnya yang 'multi tasking'
Setuju
Kalau tak setuju, tak apa. Ada 888 tulisan aku yang lain untuk dibaca. Jika bersetuju, teruskan baca perenggan seterusnya
Alkisahnya begini; semalam aku masuk kolam pancing Sealion 3A sesi pagi, dari jam 9am - 2pm
Biasanya sesi pagi ni meriah sikit sebab ikan lapar. Tapi semalam lain macam betul
Pertamanya aku perhatikan orang tak ramai sangat macam selalu. Kedua, ikan malas nak makan
Bab ikan malas nak makan ni agak pelik sebenarnya. Daripada pemerhatian aku ada sesuatu yang tak kena. Sebelum ni ikan yang berjaya dibawa naik selalunya kerapu hibrid, jenahak dan MJ. Terlalu jarang aku tengok siakap bagong berjaya didaratkan
Tapi semalam lain sikit. Spesies yang berjaya didaratkan cuma MJ dan siakap. Dalam sebaris pemancing yang sama side kolam dengan aku, cuma dua pemancing yang berjaya bawa naik 4-6 ekor ikan setiap seorang
Hampir kesemua MJ dan cuma seekor siakap. Bayangkan 5 jam ikan ketuk pun tak ada. Sedangkan setiap satu jam ikan dilepaskan sebanyak 100 ekor. Misteri betul kejadian semalam
Dua pemancing yang berhasil mendaratkan ikan menggunakan teknik yang berbeza iaitu seorang casting-seret dan seorang lagi pelampung. Kedua-duanya menggunakan reel baitcasting
Jadi apa kaitannya dengan jenis reel yang aku nak cerita ni
Semalam aku bawa dua set pancing; Shimano Stradic ( spinning ) dan ATC Combat V2 shallow spool. Antara dua ni aku pilih pakai satu je iaitu ATC Combat V2 sebab set baru kan, nak test dululah
Sejam pertama aku main casting, tak ada masalah dengan jarak casting cuma agak kerap berlaku birdnest bila pakai umpan potongan ikan. Selebihnya aku banyak parking, main bottom sebab penat woi casting guna reel berat + rod 6'9". Aku imagine, katakanlah kalau setup yang aku pakai ringan sekalipun, aku tetap rasa set BC kurang sesuai untuk main game panjang
Bayangkan 5 jam kot, mampu ke kau non stop casting 5 jam? Kemudian satu problem lagi teknik pancingan dan mood ikan yang berubah-ubah. Ada masa dia bottom rancak,pelampung pun rancak. Selalunya castinglah paling rancak sebab skil umpan cari ikan
Tapi semalam lain. Ikan yang nak menjamah umpan cuma MJ dan teknik yang berkesan ialah teknik pelampung. Bila kau bawa set BC, apa kejadahnya nak main pelampung? Nak main bottom pun tak kena juga sebenarnya
Kat sini lah kita akan sedar limitasi reel BC iaitu tidak 'multi purpose'. Dia cuma sesuai untuk casting sahaja
Berlainan dengan reel spinning. Nak main teknik casting? Tak ada masalah. Boleh je sebab kat kolam tak perlukan accuracy. Open area kan, bedal jela jauh mana kau nak baling. Teknik pelampung? Pun tak ada isu, reel spinning tak akan buat tali kau membihun bila cast umpan berat dengan perambut panjang
Apatah lagi teknik bottom. Memang kerja dialah
Disebabkan mood ikan makan berubah-ubah, maka kita perlu bersedia dengan pelbagai teknik pancingan yang paling mujarab ketika itu. Dan reel yang sesuai untuk dilenjan pelbagai teknik sudah semestinya reel spinning
Jadi, untuk pemancing-pemancing baru yang target untuk bermain kolam, jangan ghairah membeli reel BC. Memang nampak hensem pakai BC bila strike ikan, tapi percayalah strike ikan banyak tiap kali turun memancing jauh lebih hensem. Reel BC tu simpan jela untuk trip-trip sungai dihutan,lombong atau jigging
Ni nasihat untuk diri aku juga ni. Bila turun memancing kolam air masin, stick to spinning reel. Beli reel yang padu-padu sikit spesifikasinya asal jangan terlalu besar. Saiz 1000 - 3000 dah memadai
Sekian
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://blog5zal.blogspot.com/2022/07/kekili-baitcasting-atau-spinning-untuk.html