Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan


Penghidratan yang secukupnya penting untuk memastikan sistem imun anda berfungsi dengan baik dan menjaga kesihatan badan. Memandangkan Malaysia mencatatkan kadar influenza tertinggi pada bulan Januari dan Julai dan musim ini semakin hampir, WHO mengesyorkan orang ramai agar minum air dengan secukupnya  untuk memastikan tahap penghidratan yang optimum

Susan Bowerman, M.S., RD, CSSD, CSOWM, FANDPengarah Kanan, Pendidikan dan Latihan Pemakanan Sedunia di Herbalife 

Air adalah minuman paling semula jadi di dunia – malah manusia selama ini minum air sebelum mereka mula menikmati teh, kopi, air herba atau sebarang minuman lain. Walaupun kita tidak perlu berfikir panjang sebelum minum segelas air, kita perlu sentiasa sedar dan diberi peringatan tentang mengapa kita perlu terus mengambil minuman ‘tertua’ di dunia ini.  
Orang dewasa mempunyai sehingga 60 peratus air dalam badan mereka . Justeru, tidak hairanlah jika kita perlu mengekalkan tahap penghidratan yang secukupnya untuk kekal sihat. Dalam iklim Malaysia yang panas dan lembap, tahap penghidratan yang sewajarnya menyokong penghadaman, penyerapan nutrien dan perkumuhan. Selain itu, tanpa air yang mencukupi, pengawalan suhu badan menjadi sukar, sendi kehilangan keupayaan pelincir, dan otot pula menjadi letih dengan lebih cepat. Pada hakikatnya, setiap sel, tisu dan organ memerlukan air untuk berfungsi dengan baik



Air dan KeimunanSebagaimana sistem lain dalam badan, sel-sel dalam sistem imun anda memerlukan nutrien untuk menjalankan tugas mereka. Berikut ialah tiga cara utama air menyokong keimunan:
Air penting untuk penyerapan nutrien.Air diperlukan dalam seluruh proses penghadaman, khususnya berkaitan dengan penyerapan nutrien ke dalam aliran darah. Sebaik sahaja memasuki aliran darah, nutrien dibawa dalam persekitaran berair ini ke semua sel badan untuk diserap dan digunakan. 
Air adalah komponen utama cecair limfa.Air ialah komponen penting bagi satu lagi bendalir utama dalam sistem imun anda, iaitu limfa (atau bendalir limfa), yang bergerak melalui sistem saluran yang berasingan. 
Bendalir limfa mengandungi limfosit, sejenis sel darah putih khusus yang membantu badan anda melawan jangkitan. Peredaran bendalir limfa membantu membuang badan anda menyingkirkan bahan sisa, toksin dan kotoran daripada badan anda – termasuk bakteria dan virus. Oleh kerana sistem limfa anda mengandungi kira-kira 96 peratus air, tidak menghairankan jika penyahhidratan atau kekurangan air boleh melambatkan fungsi sistem penyaliran semula jadi dalam badan anda



Air membantu menjaga kesihatan membran mukus.Satu lagi cara air dan bendalir menyokong sistem imun ialah dengan menjaga kesihatan membran mukus anda. Sebagaimana kulit membantu melindungi bahagian luar badan anda daripada penceroboh asing, membran mukus lembap anda juga bertindak sebagai benteng pertahanan. Membran ini melindungi bahagian dalam badan anda yang terdedah kepada udara – seperti lubang hidung, mulut dan tekak. Apabila badan anda kekurangan cecair, saluran hidung anda mungkin menjadi kering, seterusnya menjadikan pelindung ini kurang berkesan. 
Akhir sekali, jika anda menghidap penyakit, mengalami batuk-batuk dan kekeringan  tekak, terasa demam, atau kehilangan bendalir badan akibat sakit perut atau usus, anda hendaklah minum banyak air bagi membantu proses pemulihan sistem.    Petua untuk Membantu Anda Mengekalkan Penghidratan Jika anda terasa sukar untuk minum air yang secukupnya setiap hari, berikut ialah beberapa petua yang mungkin boleh membantu anda

Lihat di depan mata.  Satu cara yang berkesan ialah dengan melihat di depan mata jumlah air yang anda rancang untuk minum dan menjejak jumlah yang diminum sepanjang hari. Masukkan jumlah air yang sepatutnya anda minum dalam satu bekas di atas meja dapur anda atau letakkan di atas meja anda.  Bekas ini akan menjadi peringatan untuk minum lebih banyak air, dan anda akan terdorong untuk minum sedikit demi sedikit sepanjang hari – dan akhirnya mencapai matlamat anda untuk menghabiskannya

Sejukkan. Air sejuk selalunya nampak lebih menyegarkan daripada air pada suhu bilik. Cuba simpan sebotol air di dalam peti sejuk dan bawa bersama anda pada siang hari. Air akan kekal sejuk selama beberapa jam, dan anda mungkin terdorong untuk minum lebih banyak air. 


Bangun pagi minum air. "Mulut kering pada waktu pagi" merupakan peringatan bahawa kebanyakan kita pada kebiasaannya rasa haus pada waktu pagi. Simpan segelas air di tepi katil anda, dan minumlah sejurus selepas bangun tidur - sebelum tapak kaki anda menjejak lantai

Tambah perisa. Buat air berperisa anda sendiri. Masukkan sepotong lemon atau limau nipis segar, hirisan timun, beberapa biji beri, beberapa helai daun pudina segar, atau sepotong halia segar ke dalam air anda.  Menambah perisa kepada air akan menjadikannya lebih sedap dan menyegarkan. 
Air dalam makanan. Jangan lupa bahawa makanan berair seperti buah-buahan dan sayur-sayuran (terutamanya timun, tembikai, tomato dan sayur berdaun) menyumbang kepada keperluan cecair harian anda secara keseluruhan, jadi sertakan makanan sihat ini dalam sajian utama dan snek yang dinikmati. 
Jejak pengambilan. Sama seperti anda mengira pengambilan kalori anda, langkah menjejak jumlah air yang anda minum juga boleh membantu mencapai sasaran. Itulah sebabnya kaedah meletakkan bekas air di atas meja amat berkesan – pada bila-bila masa, anda boleh melihat berapa banyak air yang telah anda minum dan berapa banyak lagi perlu diminum sebelum penghujung hari. Jika anda ingin memanfaatkan teknologi, terdapat aplikasi pada telefon anda yang boleh menghantar peringatan ‘minum air’ kepada anda, mengukur kemajuan anda dan malah memberi kata-kata dorongan dan pujian secara maya apabila anda mencapai sasaran anda. 














Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mahagosip.com/2025/03/kekalkan-penghidratan-dan-jaga.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masak Nasi Daging Dengan Air Asam Kerisik

Masak Nasi Daging Dengan Air Asam Kerisik

papar berkaitan - pada 25/2/2025 - jumlah : 113 hits
Masak Nasi Daging Dengan Air Asam Kerisik Pertama kali akak kenal dan rasa nasi daging ni setelah menjadi warga utara Mudah nak sediakan sebab bahan utamanya adalah daging dan air asam Air asam paling sedap dimakan dengan nasi daging ialah ...
Masak Lemak Kuning Labu Air Kredit Morisaidkitchen

Masak Lemak Kuning Labu Air Kredit Morisaidkitchen

papar berkaitan - pada 24/2/2025 - jumlah : 87 hits
Resepi Labu Air Masak Lemak Kuning Kredit morisaidkitchen Jom kita masak labu air dengan resepi masak lemak kuning yang mudah dan sedap ni Masakan ni memang popular dan sesuai untuk seisi keluarga Nak tahu cara nak buat Mari saya kongsikan ...
Booms And Tremors In Bagan Ajam Just An Air Drill Say Cops

Booms And Tremors In Bagan Ajam Just An Air Drill Say Cops

papar berkaitan - pada 23/2/2025 - jumlah : 87 hits
Residents of Bagan Ajam had been jolted by the sounds of explosions over the Butterworth air base prompting them to notify the police PETALING JAYA The tremors and sounds of explosions that jolted Bagan Ajam residents in Butterworth Penang ...
Beri Anak Saudara 5 Tahun Minum Air Ketum Rakam Video Kongsi Di Media Sosial

Beri Anak Saudara 5 Tahun Minum Air Ketum Rakam Video Kongsi Di Media Sosial

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 99 hits
Alias Abd Ranibhnews bh com myTertuduh yang memberi anak saudara perempuan berusia lima minum air ketum sebelum dirakam video dan dikongsi di media sosial didenda RM10 000 oleh Mahkamah Sesyen Batu Pahat hari ini NSTP Alias Abd RaniBATU PAH...
Kompleks Sukan Air Putrajaya

Kompleks Sukan Air Putrajaya

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 117 hits
Lokasi Kompleks Sukan Air PutrajayaAlamat Jalan P6 Presint 6 62000 PutrajayaWaktu Operasi 9 00 pagi 10 00 malam Tutup Harga Tiket RM 2 RM 1 Sesi Mandi Kolam Renang9 00 pagi 11 00 pagi 1 00 petang 3 00 petang 5 00 7 00 petang 8 00 10 00 mala...
Dia Pikul Tong Air

Dia Pikul Tong Air

papar berkaitan - pada 1/3/2025 - jumlah : 107 hits
Hujan turun orang ramai mengeluh Ada yang basah kuyup ada yang merungut kerana lupa bawa payung Tapi di tengah tengah keadaan itu ada seorang lelaki yang nampak peluang Dia pikul tong airMemang nampak kelakar tapi inilah realiti dunia keusa...
Lirik Lagu Jangan Ada Air Mata Alif Satar The Locos

Lirik Lagu Jangan Ada Air Mata Alif Satar The Locos

papar berkaitan - pada 28/2/2025 - jumlah : 127 hits
Jika nanti tak bersamaJangan ada air mataPasti semua yang tersisaHanya tawa manis bahagiaTerlukis indah di kalbuHitam putih juga biru kuBersamamuCintakuTakkan ada yang seperti kamuSelamanya kan begituTakkan terhapusTetap akan ku simpan dala...
Murid Merentas Desa Tuan Rumah Tumpang Seronok Tiga Tahun Berturut Bagi Air Percuma

Murid Merentas Desa Tuan Rumah Tumpang Seronok Tiga Tahun Berturut Bagi Air Percuma

papar berkaitan - pada 26/2/2025 - jumlah : 88 hits
Sebelum bermula Ramadan pada hujung minggu ini kebanyakkan sekolah di negara kita mengadakan aktiviti merentas desa yang bermula pada minggu ini Seorang wanita yang dikenali sebagai Shaf menarik perhatian ramai apabila menyediakan air minum...
Kerang Air Asam Gaya Santai Bawang Merah Cili Api Dan Tomato Hiris

Kerang Air Asam Gaya Santai Bawang Merah Cili Api Dan Tomato Hiris

papar berkaitan - pada 22/2/2025 - jumlah : 101 hits
Resepi Kerang Air Asam Bahan bahan Bawang merah 1 2 biji cili api Tomato Daun ketumbar Belacan Asam jawa Air masak Nampla Limau nipis Cara penyediaan Rebus kerang sekejap lepas tu kopek dan asingkan dalam mangkuk lain Campurkan sedikit asam...
Hukum Sahur Ketika Azan Subuh

Speed Read A Kenny Roberts Inspired Yamaha Xjr1300 And More

Buffet Ramadan 2025 New York Hotel Johor Bahru

Wanita Warga Emas Maut Terbakar Disyaki Angkara Anak Lelaki Oku Mental

Mahalini Udah Langsing Dan Bisa Pakai Jeans Abis Lahiran Warganet Kayak Gadis Lagi

Jualan Epik Raya Lazada 3 3 Diskaun Gila Gila Tawaran Eksklusif Menanti Anda

Startups Vs Established Industries

How To Recover Lost Data From Your Smartphone


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lirik Lagu Last Time Killa Driz Ft Sonaone Joe Flizzow

Kekalkan Penghidratan Dan Jaga Kesihatan Bagaimana Air Menyokong Keimunan

Mp Bahalul Ni Nak Apa Sebenarnya

Tajuk Resepi Cucur Udang Yang Sedap Dan Gebu Bahan Bahan 1 2kg Tepung Gandum 1 Biji Telur 1 Biji B

Jika Anda Sering Mengalami Sakit Belakang Atau Sukar Tidur Anda Perlu Cari Tilam Yang Sesuai

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan