Kek Pisang Marble Mudah Dibuat Dan Sedap


Resepi Kek Pisang Marble

Anda peminat kek pisang? Ok, kita geng hehe. Mai suka sangat dengan rasa kek ini. Sudah semestinya ada rasa pisang kan. Selalunya Mai buat kek pisang biasa saja, sekali sekala olah resepi dengan menambah serbuk coklat, lebih sedap dan cantik kejadian kek. Maka, jadilah kek pisang marble coklat. 



Setakat ini Mai pernah buat kek pisang berangan dan emas. Kek pisang nangka juga Mai pernah buat. Yang menariknya kek pisang nangka ini, ada sedikit rasa masam pisang nangka yang asli. Sedap jadinya apabila dibuat kek

Kali ini, resepi kek pisang biasa Mai olah sedikit dengan menambah serbuk coklat dan menjadikan hasilnya kek pisang marble. Cara membuatnya tidaklah rumit mana, sama sahaja seperti yang Mai sudah kongsikan sebelum ini. 

Jom buat kek pisang marble! 

Kek Pisang MarbleBahan-bahan:
4 biji pisang berangan masak atau 11 biji pisang emas masak saiz kecil  - dilenyek menggunakan garpu 2 cawan tepung gandum *(beli tepung gandum online di sini)3/4 sudu teh soda bikarbonat * (beli soda bikarbonat online di sini)1 sudu teh serbuk penaik * (beli serbuk penaik online di sini)3 sudu besar serbuk coklat - dilarutkan dengan sedikit air (beli serbuk coklat online di sini)100 gram gula kastor - guna gula perang juga boleh. Anda boleh tambah atau kurangkan kuantiti, mengikut tahap kemanisan yang disukai masing-masing. (beli gula kastor online di sini)3 biji telur Gred A 1 cawan Buttercup/mentega/minyak jagung/minyak masak - kalau guna Buttercup atau mentega, cairkan dulu 1 sudu teh esen vanila (beli esen vanila di sini)1 biji pisang emas masak - dihiris nipis untuk diletak atas permukaan kek sebagai hiasan
Yang bertanda * perlu diayak bersama

Cara membuatnya:
1. Dalam satu bekas, masukkan gula perang, telur, Buttercup dan esen vanila. Kemudian, pukul sehingga kembang

2. Masukkan pisang yang telah dilenyek dan kacau rata

3. Kemudian, masukkan sedikit demi sedikit tepung gandum yang telah diayak bersama soda bikarbonat dan serbuk penaik ke dalam adunan tadi. Kacau sebati dan pastikan adunan tidak berketul

4. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian dicampur dengan coklat (kacau supaya sebati), satu adunan lagi tanpa coklat

5. Panaskan ketuhar pada suhu 170⁰C selama 10 minit.
 
6. Tuang adunan secara berselang seli sehingga habis ke dalam loyang yang telah disapu mentega atau dilapik dengan baking paper. Setelah siap, lorekkan corak pada permukaan atasnya. Kemudian, letakkan hirisan pisang sebagai hiasan

7. Bakar dalam ketuhar pada suhu 170⁰C selama 50-60 minit atau sehingga masak (suhu dan masa boleh adjust mengikut ketuhar masing-masing)

8. Setelah ketuhar berbunyi 'ting', keluarkan loyang dan cucuk kek dengan lidi untuk tahu sama ada sudah masak atau belum. Jika masih belum masak, masukkan semula ke dalam ketuhar dan bakar lagi beberapa minit sehingga masak

9. Biarkan kek sejuk seketika, kemudian bolehlah dipotong. Kalau nak potong ketika panas pun tidak menjadi masalah. Sedap juga makan panas-panas ni nyumsss. 

Anda boleh menonton video di bawah ini untuk melihat cara membuat kek pisang marble...




Mudah saja kan cara untuk membuat kek pisang marble ini? Kalau ada pisang lebih di rumah, bolehlah cuba resepi ini. Sedap dibuat makan petang, dihidangkan bersama teh O panas

Selamat mencuba






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.maisarahsidi.com/2021/08/kek-pisang-marble-mudah-dibuat-dan-sedap.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Pisang Dua Benua Mudah Disediakan

Kek Pisang Dua Benua Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 198 hits
Kek Pisang Dua BenuaSedapnya makan kek pisang minum pula teh panas tanpa gula Nikmatnya Kebiasaannya Mai akan buat kek pisang yang biasa sahaja atau kek pisang coklat Tapi kali ini buat dua dua sekali dalam satu kek ada yang biasa dan cokla...
Resepi Kek Marble Lembut Dan Sedap

Resepi Kek Marble Lembut Dan Sedap

papar berkaitan - pada 17/11/2021 - jumlah : 267 hits
RESEPI KEK MARBLE LEMBUT DAN SEDAPHari ni lalu kat fb terjumpa pulak resepi yang ni Macam best je Terus tepek sini Kalau ada cukup bahan akan TB buat Taoi tu laaa TB buat lepas tu malasnya nak uo kat sini Terus up kat tiktok tu je Haha Nant...
Resepi Kek Pisang Moist Confirm Sedap

Resepi Kek Pisang Moist Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 287 hits
Resepi Kek Pisang Moist Confirm SedapKek pisang ni 1 2 jam licin family ika makan Semua kata sedap siap request suruh buat lagi Jenuh bertahun tahun ika cuba buat kek pisang Ade je tak kene dengan tekak ika Sebab tiap kali buat kek pisang m...
Puding Jagung Mudah Dan Sedap

Puding Jagung Mudah Dan Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 401 hits
Alhamdulillah lama saya tak update blog kerana kesibukan saya dan suami bercuti sambil jalan jalan cari makan sebaik rentas negeri dibenarkan Kami ke Kuala Selangor bersama geng alumni selepas itu kami ke Muar dengan bekas roomate suami mas...
Muffin Pisang Coklat Kudapan Mudah Buat Anak Anak Pun Suka

Muffin Pisang Coklat Kudapan Mudah Buat Anak Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 214 hits
Muffin pisang coklat chips paling senang nak buat Tak perlu gajet pelik pelik pun boleh bikin ok Anak anak pasti menyukainya Dapat juga nikmati kudapan yang enak ni selepas makan malam nanti BANANA CHOCOLATE CHIPS MUFFINSBahan bahan 1 1 2 c...
Resipi Popia Begedil Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

Resipi Popia Begedil Mudah Nak Buat Rasa Pun Sedap

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 251 hits
Kalau begedil biasa kita buat dengan tauhu Kali ini apa kata gantikan dengan kulit popia untuk jadikan popia begedil Resipi popia begedil yang dikongsi Aznor Aznora ini sangat senang dan mudah untuk membuatnya Sesuai untuk menu minum petang...
Resepi Rendang Ayam Asli Mudah Sedap

Resepi Rendang Ayam Asli Mudah Sedap

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 244 hits
Rendang ayam merupakan antara masakan popular menjelangnya lebaran Berikut ditunjukkan cara cara untuk memasak rendang ayam yang sedap dan mudahBahan bahan diperlukan untuk masakan rendang ayam tradisional minyak masakgula pasirgaramasam ke...
10 Resipi Indian Food Sedap Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali

10 Resipi Indian Food Sedap Mudah Boleh Masak Sempena Deepavali

papar berkaitan - pada 3/11/2021 - jumlah : 348 hits
Masakan atau Indian food semestinya menjadi kegemaran rakyat Malaysia yang berbilang kaum dan budaya Selain dari kari terdapat banyak lagi hidangan hidangan yang dimasak enak menggunakan rempah rempah terpilih Istimewa buat anda RASA kongsi...
Mudah Je Nak Buat Kuih Tradisional Beluda Sedap Makan Panas Panas

Mudah Je Nak Buat Kuih Tradisional Beluda Sedap Makan Panas Panas

papar berkaitan - pada 4/11/2021 - jumlah : 435 hits
Roti Beluda merupakan sejenis kuih tradisional yang terdapat di Terengganu Beluda ini dikatakan berasal dari hidangan istana Berbeza dengan roti paung roti beluda dibakar di dalam tin susu Namun menerusi perkongsian daripada Muliadi Ramli d...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner