Kek Pisang Dua Benua Mudah Disediakan


Kek Pisang Dua Benua

Sedapnya makan kek pisang, minum pula teh panas tanpa gula. Nikmatnya! Kebiasaannya, Mai akan buat kek pisang yang biasa sahaja atau kek pisang coklat. Tapi kali ini buat dua-dua sekali dalam satu kek, ada yang biasa dan coklat. Maka, jadilah kek pisang dua benua

Kek Pisang Dua Benua

Cara membuat kek pisang dua benua sama sahaja seperti resepi kek pisang yang biasa. Setelah Mai menonton satu video di YouTube resepi kek pisang dua benua, cuma bahagian coklatnya ditambah sedikit emulco coklat atau serbuk coklat. Jangan risau tentang cara membuatnya, senang sahaja cara untuk menyediakannya. Asalkan cukup bahan yang diperlukan, bolehlah buat kek ini

Kek pisang dua benua nampak menarik kerana ada dua warna yang berbeza pada satu kek. Hiasan kreatif juga menaikkan lagi seri kek ini. Ada yang buat corak bunga menggunakan pelbagai jenis kekacang. Kalau Mai, cukup meletakkan hirisan pisang dan chocolate coin sebagai hiasan. Kurang rajin untuk menghias, sebab buat makan sendiri je hehehe



Jenis pisang yang digunakan untuk membuat kek ini pula, boleh gunakan pisang berangan, pisang emas dan pisang nangka. Untuk kek pisang dua benua ini, Mai telah menggunakan pisang nangka. Sedap juga hasilnya tau 😋😕😕

Ok, jom buat kek pisang yang sedap dan mudah ini


Resepi Kek Pisang Dua Benua

Bahan-bahan:
2 cawan pisang nangka dilenyek menggunakan garfu2 cawan tepung gandum 1 sudu teh soda bikarbonat 1 sudu teh serbuk penaik 1/2 cawan gula perang - guna gula kastor juga boleh. Anda boleh tambah atau kurangkan kuantiti, mengikut tahap kemanisan yang disukai masing-masing
4 biji telur1 sudu besar emulco coklat1 cawan mentega yang dicairkan1 sudu teh esen vanila Hirisan pisang secukupnya untuk hiasan Chocolate coin secukupnya untuk hiasan
Cara membuatnya:Ayak tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik. Setelah siap, ketepikan sebentar.Dalam mangkuk pengadun, masukkan gula perang, telur, esen vanila, mentega yang telah dicairkan dan pisang yang telah dilenyek. Putar sehingga kembang.Kemudian, tuang adunan tadi ke dalam mangkuk adunan lain. Masukkan bahan ayak (tepung gandum, soda bikarbonat dan serbuk penaik) sedikit demi sedikit dan gaul sebati. Setelah siap, bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian, tambah 1 sudu besar emulco kemudian kacau sebati dan satu bahagian lagi tidak ditambah bahan lain.Lapik loyang dengan parchment paper. Sapu tepi loyang dengan mentega atau minyak. Selepas itu, tuang kedua-dua adunan secara serentak (boleh rujuk video caranya).Hias permukaan dengan hirisan pisang dan chocolate coin.Panaskan oven pada suhu 160C selama 10 minit. Kemudian, bakar pada suhu 160C selama 50 minit (boleh laraskan masa dan suhu mengikut oven masing-masing dan bakar sehingga masak).Setelah siap dibakar, cucuk kek menggunakan lidi untuk mengetahui sama ada sudah masak atau belum. Jika lidi yang dicucuk, bersih apabila dikeluarkan, bermakna kek sudah masak elok.Sedia untuk dinikmati!
Anda juga boleh menonton video dibawah ini :


Mudah saja kan cara membuatnya? Nampak menarik pula rupanya dan gebu hasilnya. Dalam video ini, Mai menggunakan loyang 9 inci. Anda boleh guna loyang 7 atau 8 inci untuk kek nampak lebih tinggi

Gebuuu

Sekali sekali buat kelainan seperti kek pisang dua benua sedap juga. Resepi sudah ada. Jangan lupa untuk mencuba resepi ini ya. 😊 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.maisarahsidi.com/2021/09/kek-pisang-dua-benua-mudah-disediakan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kek Pisang Marble Mudah Dibuat Dan Sedap

Kek Pisang Marble Mudah Dibuat Dan Sedap

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 181 hits
Resepi Kek Pisang MarbleAnda peminat kek pisang Ok kita geng hehe Mai suka sangat dengan rasa kek ini Sudah semestinya ada rasa pisang kan Selalunya Mai buat kek pisang biasa saja sekali sekala olah resepi dengan menambah serbuk coklat lebi...
Muffin Pisang Coklat Kudapan Mudah Buat Anak Anak Pun Suka

Muffin Pisang Coklat Kudapan Mudah Buat Anak Anak Pun Suka

papar berkaitan - pada 18/11/2021 - jumlah : 215 hits
Muffin pisang coklat chips paling senang nak buat Tak perlu gajet pelik pelik pun boleh bikin ok Anak anak pasti menyukainya Dapat juga nikmati kudapan yang enak ni selepas makan malam nanti BANANA CHOCOLATE CHIPS MUFFINSBahan bahan 1 1 2 c...
Jom Buat Chicken Chop Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah

Jom Buat Chicken Chop Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 377 hits
Jom Buat Chicken Chop Yang Sedap Dan Mudah Disediakan Di Rumah Hari hari memang jadi pening nak fikirkan apa lauk nak di masak di rumah Hari kerja memang akak akan masak menu yang mudah tambahan kalau ada meeting dan report yang perlu dibua...
20 Resepi Biskut Raya Mudah Disediakan Pasti Jadi

20 Resepi Biskut Raya Mudah Disediakan Pasti Jadi

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 375 hits
Resepi Biskut Raya Mudah DibuatApabila tiba musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha Mai pasti akan buat beberapa biskut raya mudah disediakan Selalunya biskut ini tidak mengambil masa yang lama untuk disiapkan dan hasilnya...
Tak Mudah 3 Tahun Baru Dapat Lengkapkan Misi Dua Sahabat Raih Pengalaman Berharga Kembara Ke Indonesia Naik Vespa

Tak Mudah 3 Tahun Baru Dapat Lengkapkan Misi Dua Sahabat Raih Pengalaman Berharga Kembara Ke Indonesia Naik Vespa

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 289 hits
KITA mungkin sering mendengar tentang jelajah atau ekspedisi menggunakan motosikal ke Thailand tetapi jarang pula dengar tentang kembara ke negara jiran Indonesia Barangkali dari segi logistik dan kos yang tinggi membuatkan ramai rider lebi...
Masak Ayam Goreng Kunyit Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Disediakan

Masak Ayam Goreng Kunyit Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 12/11/2021 - jumlah : 247 hits
Masak Ayam Goreng Kunyit Ala Thai Yang Menyelerakan Dan Mudah Disediakan Mak mak macam akak ni memang akan sentiasa mencari menu yang mudah disediakan di hari bekerja Masa yang terhad paling lama satu jam sahaja yang ada untuk bersilat di d...
Resepi Kek Pisang Moist Confirm Sedap

Resepi Kek Pisang Moist Confirm Sedap

papar berkaitan - pada 5/11/2021 - jumlah : 287 hits
Resepi Kek Pisang Moist Confirm SedapKek pisang ni 1 2 jam licin family ika makan Semua kata sedap siap request suruh buat lagi Jenuh bertahun tahun ika cuba buat kek pisang Ade je tak kene dengan tekak ika Sebab tiap kali buat kek pisang m...
Puding Tiramisu 5 Bahan Sahaja Pemanis Mulut Yang Mudah Disediakan

Puding Tiramisu 5 Bahan Sahaja Pemanis Mulut Yang Mudah Disediakan

papar berkaitan - pada 10/11/2021 - jumlah : 253 hits
Teringin nak makan manisan yang sedap dan mudah tapi nak buat sendiri sebab senang boleh makan berulang kali Paling seronok kalau dapat buat manisan yang tak perlu sediakan bahan yang banyak sebab cepat dan mudah nak disediakan tak perlu na...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator