Kejayaan Ph Sekarang Bergantung Kepada Persepakatan Kukuh Tun M Dan Anwar



Oleh DR MASZLEE MALIKJune 9, 2020 Sudah tiba masanya untuk saya terbitkan tulisan ini.Saya yakin, semua orang tahu dan sedar tentang pergelutan dalaman Pakatan Harapan (PH) berkaitan janji peralihan kuasa. Ia telah menjadi bualan terbuka dan sekali gus ia telah merosakkan imej PH.Kesannya besar, ia mewujudkan defisit kepercayaan oleh rakyat kerana percayalah, rakyat secara majoritinya mahu melihat pemimpin yang mengutamakan negara daripada cita-cita peribadi mereka. Rakyat mahukan pemimpin yang terus fokus bekerja dan berkhidmat untuk negara dan rakyat. Itu sahaja.Mahu tidak mahu, dua tokoh besar PH iaitu Tun Dr Mahathir dan Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu segera mencari cara untuk memperbaharui gandingan mantap mereka dengan melupakan segala kemelut masa lalu.Kedua-dua tokoh ini tidak asing dalam landskap politik Malaysia. Kedua-duanya mempunyai kekuatan masing-masing. Sekarang, hayat Pakatan Harapan sangat bergantung kepada kedua-dua tokoh ini. Jika tidak, PH akan terus menjadi pembangkang sampai bila-bila.Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai reputasi tersendiri kerana telah berjaya menggabungkan blok pakatan bukan Barisan Nasional (BN) sejak zaman Reformasi 1999 lagi.Bermula dengan Pilihan Raya Umum 1999 di bawah jenama Barisan Alternatif yang secara rasminya diketuai oleh Datuk Haji Fadzil Noor, Presiden Pas selaku Ketua Pembangkang, yang telah memenangi kerusi Pendang pada waktu itu.Kemudiannya pada Pilihan Raya Umum 2004 di bawah jenama Barisan Alternatif juga yang secara rasminya diketuai oleh Haji Hadi Awang, Presiden Pas selaku Ketua Pembangkang, walaupun beliau sendiri tewas di Marang.Diikuti Pilihan Raya Umum 2008 di bawah jenama Pakatan Rakyat (PR) yang secara rasminya diketuai oleh Datuk Seri Dr Wan Azizah, selaku Ketua Pembangkang, yang telah memenangi kerusi Permatang Pauh.Diteruskan juga pada Pilihan Raya Umum 2013 yang diketuai oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri, yang telah memenangi kerusi yang sama, iaitu Permatang Pauh.Namun pada Pilihan Raya Umum 2018, kita telah menyaksikan buat pertama kalinya blok pakatan bukan BN berjaya mengambil alih kerajaan.PH dengan gabungan parti AMANAH, Bersatu, DAP, PKR dan Warisan yang diketuai oleh Tun Dr Mahathir secara asasnya memenangi 122 kerusi.122 kerusi tersebut terdiri daripada 98 kerusi di Semenanjung, 14 di Sabah dan 10 di Sarawak.Atas kapasiti peribadi Tun Dr Mahathir dan pengaruh Datuk Seri Shafie Apdal, 8 kerusi Warisan berjaya digabungkan bersama 3 DAP dan 3 PKR dari Sabah.PH mendapat imbuhan lagi 2 kerusi, setelah 2 Ahli Parlimen Bebas dari Sarawak memilih untuk bergabung dengan PH, iaitu Jugah Muyang yang menang 3 penjuru di Lubuk Antu mengalahkan calon BN dan PKR, serta Larry Sang yang memecahkahkan rekod 19 tahun tanpa kalah penyandang kerusi Julau sejak 1999, Joseph Salang Gandum, yang juga seorang bekas timbalan menteri pusat.Yang jelas, walaupun tanpa 8 kerusi dari Warisan, kekuatan asas PH yang berada di tahap 114 tetap masih cukup untuk membentuk kerajaan.Namun perlu diingat, penerimaan dan kesediaan Warisan untuk bersama PH adalah faktor Tun Dr Mahathir. Tanpa Tun Dr Mahathir, tidak ada jaminan bahawa 8 kerusi tersebut boleh dituntut sebagai kerusi PH.Untuk 98 kerusi yang dimenangi oleh PH di Semenanjung pula, 13 daripadanya ialah sumbangan dari Bersatu.Secara kesimpulannya, tanpa Tun dan Bersatu, kerusi yang dimenangi adalah 85. Dalam kata lain, kerusi Semenanjung yang menjadi kekuatan blok Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah 85.Namun, mari kita nilai semula kekuatan kerusi Semenanjung pada 2008, 2013, 2018 dan 2020.Untuk rekod, PR memenangi 82 kerusi pada PRU 2008. Ia terdiri daripada 80 kerusi Semanjung dan 1 kerusi DAP dari Sabah dan Sarawak.Dari segi undian yang diraih, jumlah undi popular untuk PR di Semenanjung ialah 3.5 juta. Kekuatannya bersamaan dengan 50%.Untuk PRU 2013 pula, PR meraih lonjakan 1.5 juta tambahan undi di Semenanjung, menjadikan jumlah undian ialah 5 juta yang bersamaan dengan 53%.PR memenangi 89 kerusi, dengan 9 daripadanya datang dari Sabah dan Sarawak.Kesimpulan yang boleh dibuat ialah kerusi yang dimenangi di Semenanjung ialah 80. Jumlah kerusi ini lebih kurang sama tahap pencapaiannya dengan PRU 2008, walaupun dengan tambahan lonjakan undi 1.5 juta, ia tidak menyumbang kepada pertambahan kerusi.Berbalik kepada 85 kerusi blok Anwar pada PRU14, perlu diingat, PKR menghadapi krisis perpecahan dalaman dimana 7 Ahli Parlimen PKR telah keluar, menjadikan kerusi blok Anwar cuma di tahap 78 kerusi.Jumlah ini berada di bawah tahap 80 kerusi yang dicapai pada PRU 2008 dan PRU 2013.Jumlah undi yang dibawa bersama 78 kerusi ini adalah sekitar 4 juta yang bersamaan dengan 38%. Jika dibanding dengan undi popular 53% pada PRU 2013, tahap sokongan undi popular telah merosot sebanyak 15%.Kita perlu faham, dalam sistem politik Malaysia ala Westminster, percaturan bilangan kerusi adalah kriteria utama. Untuk membentuk Kerajaan, ia perlu melepasi nombor ajaib iaitu 122, daripada keseluruhan kerusi iaitu 222.Satu perkara yang sering dilupakan dalam congak politik Malaysia ialah percaturan blok kerusi Borneo (Sabah dan Sarawak) yang berjumlah 57 kesemuanya.Mana-mana blok tidak akan mampu membentuk kerajaan tanpa kerusi dari Sabah dan Sarawak. Mana-mana blok yang dominan di Semenanjung secara automatik akan mempunyai kelebihan untuk berunding dengan blok Borneo.Faktor utama kenapa BN belum pernah dikalahkan adalah kerana faktor dominasi mereka di Semenanjung. Dari 165 kerusi Semenanjung, ianya sentiasa didominasi oleh BN, sehinggalah nasib mereka pada PRU14.Dari perspektif blok bukan BN, mereka perlu memecahkan angka psikologi 95, ini adalah simbolik kepada nombor ajaib, ‘tipping point’ dari Semenanjung.Berbekalkan 95, tambahan 17 kerusi dari Borneo, cukup untuk mereka melepasi nombor ajaib 112.PRU 2018 menyaksikan perkara ini betul-betul berlaku. PH memenangi 98 kerusi, sekaligus melepasi nombor ajaib untuk Semenanjung. Sementara PKR dan DAP memenangi 16 kerusi dari Borneo.Tanpa kerusi Warisan, blok PH sudah melepasi rintangan 112. Ditambah dengan sumbangan kerusi Warisan dan Bebas, maka terjadilah satu fenomena yang disebut sebagai ‘the perfect storm’.Persoalannya, adakah fenomena ini akan terus berulang pada PRU15 nanti?Harus diimbas kembali, kekuatan maksimum Semenanjung blok Datuk Seri Anwar Ibrahim ialah 80, dan kini sudah berkurang kepada 78 tanpa blok Datuk Seri Azmin Ali.Yang pasti, untuk mengambil alih kerajaan pusat, dan menjadi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu membuktikan beliau mampu meraih sekurang-kurangnya 95 kerusi dari Semenanjung sebagai bekalan untuk dibawa berunding dengan blok Borneo.Di samping itu, beliau perlu membuktikan kepada rakyat bahawa beliau mempunyai aura yang lebih hebat daripada Tun Dr Mahathir, dengan mampu menjinakkan Warisan, dan jangan lupa dengan PBB, GPS dan TYT Sarawak yang mempunyai citarasa dan maharnya sendiri untuk dibawa berunding.Sehingga hari ini, manusia yang paling mampu menjinakkan ketiga-tiga kategori ini ialah Tun Dr Mahathir. Beliau telah membuktikannya sebelum ini, dan beliau yang terlihat paling ‘credible’ untuk melakukannya.Persoalannya, dengan ketidaktentuan dan tanpa aura Tun Dr Mahathir, mampukah Datuk Seri Anwar Ibrahim memimpin PH dan menang lagi pada PRU15 nanti?Sanggupkah rakyat mempertaruhkan lagi harapan, ataupun sekali lagi berdepan dengan kegagalan sepertimana PRU 1999, PRU 2004, PRU 2008 dan PRU 2013?Atau adakah rakyat sudah bersedia untuk menerima hakikat bahawa masa depan terbaik politik blok bukan BN harus diterajui oleh orang lain, atau generasi muda?Jika semua pilihan ini tidak diambil kira, bersedialah kita untuk menjadi penonton kepada kerajaan korupsi-kleptokrasi Umno-BN terus bermaharajalela lagi.Saya menyorot semua ini kerana ramalan politik ialah berdasarkan trend dan corak yang terbentuk melalui sejarah. Fakta sejarah tidak menipu kita.Harapan saya sebagai Ahli Parlimen dan sebagai orang sentiasa berharap untuk negara ini terus ditadbir dengan baik ialah agar kedua-dua tokoh ini harus segera mencari formula demi membentuk gandingan yang lebih mantap dan lebih kukuh dari sebelum ini.Saya merayu dan menyeru semua pihak untuk mengutamakan kepentingan negara berbanding cita-cita peribadi. Ia bukan tentang siapa PM, tetapi ia tentang negara yang kita cintai ini. Ia tentang aspirasi rakyat terbanyak.Kejayaan dan pencapaian kita selama ini ialah penat lelah semua pihak; rakyat, penjawat awam, MP-MP samada backbenchers dan Menteri-menteri. Dan segala penat lelah ini akhirnya harus pulang kepada rakyat. Rakyatlah yang menikmati hasilnya.Sanggupkah kita mengetepikan ini semua hanya untuk memenangkan cita-cita satu pihak?Sekiranya perdebatan tentang siapa PM ini terus menjadi bualan terbuka dan tidak ditamatkan, PH akan terlihat mempunyai krisis dalaman yang tak sudah, momentum akan terus hilang dan akhirnya, kita telah membiarkan negara ini terus ditadbir oleh Kerajaan yang korup dan rosak.Sudah sampai masanya untuk kita tamatkan sandiwara ini, mencari titik pertemuan segera untuk terus berganding bahu dan kembali mentadbir negara.Negara perlukan Tun Dr Mahathir.Negara juga perlukan Datuk Seri Anwar Ibrahim.Kata Albert Einstein, “Insanity is doing the same thing over and over again and expecting different results”.* Dr Maszlee Malik adalah Ahli Parlimen Simpang Renggam dan Ahli MPT Bersatu.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wrlr.blogspot.com/2020/06/kejayaan-ph-sekarang-bergantung-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Sudah Tua Galah Sejengkal Berilah Kepada Anwar

Tun Sudah Tua Galah Sejengkal Berilah Kepada Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 359 hits
Oleh A Razak Ismail Saya mengulas artikel Galah sejengkal Tun Dr Mahathir yang ditulis oleh Dr Maszlee Malik baru baru ini Bagi saya tiba masanya Dr Mahathir pula hulurkan galah sejengkal itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk kait buah ...
Hentikan Bicara Soal Kekuatan Antara Anwar Dan Tun

Hentikan Bicara Soal Kekuatan Antara Anwar Dan Tun

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 310 hits
MALAYSIA DATELINE Dalam tempoh rundingan yang masih berjalan tidak wajar jika penyokong Tun Mahathir mahupun penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim saling beradu kekuatan masing masing di media sosial dengan harapan usaha itu mampu mempengaruhi...
Anwar Tak Boleh Pinggirkan Kekuatan Tun M Maszlee

Anwar Tak Boleh Pinggirkan Kekuatan Tun M Maszlee

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 322 hits
Pakatan Harapan yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menidakkan kekuatan Tun Dr Mahathir Mohamad sekiranya mahu merampas semula kerajaan Ahli Parlimen Simpang Renggam Dr Maszlee Malik beranggapan Anwar seorang sampai bila bila...
Tun Telah Dapat Dua Kali Berilah Peluang Anwar Sekali

Tun Telah Dapat Dua Kali Berilah Peluang Anwar Sekali

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 281 hits
Anwar realistik Dia sebut jumlah yang ada dlm poket PH iaitu 107 MP Bodohlah dia kalau dia nak sebut ada berapa lagi MP yang berminat untuk bersama PH Jika ini diambil kira ertinya ada lagi 115 MP dari 222 kesemuanya Adakah Muhyidin dapat k...
Rundingan Berjalan Henti Berbalah Kem Tun M Anwar

Rundingan Berjalan Henti Berbalah Kem Tun M Anwar

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 262 hits
Pelan peralihan kuasa akan musnah sekiranya ketegangan terus wujud antara penyokong kem Tun Mahathir dan Anwar Ibrahim Menurut AJK Biro Komunikasi Pemuda AMANAH Selangor Syazmir Hariz Noorazalan kedua dua kem tidak patut menunjuk nunjuk sia...
Kabinet Ph Perlu Pasukan Terbaik Pm Boleh Tun M Disusuli Anwar

Kabinet Ph Perlu Pasukan Terbaik Pm Boleh Tun M Disusuli Anwar

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 267 hits
Kabinet PH perlu pasukan terbaik PM boleh Tun M disusuli AnwarOleh June 14 2020Oleh Dr Mohd Amim OthmanKemelut terkini politik Malaysia perlu diselesaikan segera dengan memberi setiap bucu serban kepada haknya agar matlamat meletakkan semul...
Siapa Pm Ke 9 Rentasan 694 Panas Penyokong Anwar Dan Tun M Kembali Menyerang

Siapa Pm Ke 9 Rentasan 694 Panas Penyokong Anwar Dan Tun M Kembali Menyerang

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 375 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6941 APA ADA PADA ANALOGI GALAH NIK AZIZ 2 WANITA KEADILAN IKRAR SETIA KEPADA ANWAR 3 UJIAN COVID 19 PALSU CARI DALANGNYA 4 KITA BUKAN TUHAN KATA MUJAHID
Berbanding Tun M Anwar Gandingan Anwar Mukhriz Lebih Mengujakan Untuk Diterima

Berbanding Tun M Anwar Gandingan Anwar Mukhriz Lebih Mengujakan Untuk Diterima

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 389 hits
Shahbudin Husin Apa yang semua orang fahami sekarang ini ada dua gandingan calon PM dan TPM untuk ditonjolkan dalam usaha menjadikan PH sebagai kerajaan semula Pertama calon PM ialah Tun Mahathir Mohamad dan TPM adalah Anwar Ibrahim Kedua c...
Ratusan Warga Asing Ditangkap Guna Ic Palsu Untuk Kerja Di Malaysia

Blogger Pinned Article Featured Post Display Issue

Kumpulan Sunway Healthcare Tandatangan Mou Bersama Syneos Health

Inflationary Spike Mothers Fume At School Canteen Dishing Out Pathetic Noodles Portion At Rm3 Plate

Top Investment Platforms In The Philippines 2025

Perginya Atuk Khaled Nabhan

Pressure Mounts On Anwar For Real Reforms While Many Show Concerns

Patutlah Viral Ayam Gepuk Top Global


echo '';
10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3

6 Tapak Buangan Produk Manusia Yang Bersaiz Gergasi

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Holiday Schedule 2024

Why We Should Be Looking At Children S Learning From A Long Term Perspective

Alihkan Anak Pokok Limau Kasturi

Wanita Milik Kaiden

Tips Hilangkan Stress Pergi Tempat Kesukaan Kita

5 Alat Canggih Untuk Membuat Konten Otomatis Dengan Ai Pada 2025