Anwar Tak Boleh Pinggirkan Kekuatan Tun M Maszlee



(Malaysia Gazette) – Pakatan Harapan (PH) yang diketuai Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menidakkan ‘kekuatan’ Tun Dr. Mahathir Mohamad sekiranya mahu ‘merampas’ semula kerajaan.
Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr. Maszlee Malik beranggapan, Anwar seorang sampai bila-bila pun tidak mampu berbuat demikian tanpa sokongan kem Mahathir kerana Presiden PKR itu tidak mampu mendapat sokongan angka keramat 112 ahli parlimen menyokongnya.
“Telah terbukti di beberapa PRU (pilihan raya umm) sebelum ini bahawa kekuatan maksimum Anwar hanyalah sekitar 78-80 ahli Parlimen di Semenanjung. Ditambah dengan ahli Parlimen DAP dan PKR di Sabah dan Sarawak, bolehlah mencapai angka 92 iaitu satu blok pembangkang yang cukup kuat.
“Jika hanya mahu menjadi pembangkang sampai bila-bila, bolehlah ketepikan Mahathir dan pengaruh yang beliau bawa. Tapi jika mahu kembali sebagai kerajaan seperti yang telah diberikan mandat pada PRU-14 yang lalu, maka di sinilah ‘galah sejengkal’ Tun Dr Mahathir berperanan,” katanya dalam artikel bertajuk ‘Galah Sejengkal Tun Mahathir Mohamad di media sosialnya hari ini.
Menurut bekas menteri itu lagi, analoginya mudah. Galah Anwar hanya mampu mencapai 92 atau lebih sedikit tetapi tidak mampu melepasi 112 sebaliknya sekiranya disambung dengan galah sejengkal Mahathir, maka angka 112 boleh dilepas.
“Bahkan 130 atau lebih sedikit pun boleh dijangkau. Mahathir boleh ‘ramp-it’ sehingga 148 jika betul rundingan dan percaturannya. Dengan menambah galah sejengkal Mahathir dengan galah Anwar, maka buah-buah yang banyak di bahagian atas pokok boleh dikait dengan mudah,” ujarnya lagi.
Bagi Maszlee, rundingan untuk ambil semula kerajaan daripada Perikatan Nasional (PN) dan memilih Perdana Menteri ke-9 haruslah tidak dengan keyakinan bahawa PM ke-9 adalah hak mutlak Anwar atas dasar nombor.
Hakikatnya jelas, tanpa Mahathir, peluang untuk mengambil semula kerajaan pun sangatlah tipis bahkan mustahil.
Kedudukan terkini iaitu 107 bagi pihak PH+ seperti yang telah diuar-uarkan boleh dianggap sebagai ukuran galah asal yang tak cukup sejengkal manakala Anwar Ibrahim hanyalah 91.
“Tetapi faktor galah sejengkal Mahathir telah memanjangkannya sedikit kepada 107 buat masa ini. Tinggal lima lagi untuk mencapai buah-buah ranum di puncak,” katanya.
Menurutnya, walaupun kedua-dua tokoh itu telah kehilangan pengaruh yang agak signifikan melalui pengkhianatan orang nombor dua dalam parti masing-masing, kita tetap juga perlu bertanya soalan yang realistik seperti siapakah yang masih berpengaruh kuat untuk berunding bagi mendapatkan sekurang-kurangnya sokongan lima lagi kerusi yang berbaki? ” soalnya.
‘The New Political Norm’ atau Kebiasaan Baharu Politik di Malaysia adalah permainan nombor dan angka bilangan ahli Parlimen.
Walaupun telah berlaku sebelum ini di peringkat negeri-negeri, namun Langkah Sheraton telah mendefinisikan kebiasaan baru politik Malaysia apabila tumbangnya kerajaan PH hanya melalui perpindahan ahli-ahli Parlimen dari pihak kerajaan kepada pihak pembangkang.
“Sebab itulah untuk melepasi angka 112 ini, saya khuatir kekuatan satu pihak sahaja tidak mencukupi. Dengan sambungan ‘galah sejengkal’ Mahathir bersama lima ahli Parlimen dan Warisan, angka 112 ini boleh dicapai. Ditambah pula dengan beberapa ahli parlimen Bersatu feksyen Tan Sri Muhyiddin Yassin yang sedang dilema mempersoalkan kedudukan mereka selain daripada beberapa orang Ahli Parlimen UMNO yang sudah muak dengan budaya rasuah dan kleptokrasi parti mereka.
“Apabila angka 112 ini telah dicapai, galah sejengkal ini akan digunakan lagi untuk membawa angka ini kepada 130. Analoginya mudah, galah 112 ini akan berupaya menggoncangkan pohon-pohon ‘buah 18’ yang lain walaupun tinggi.
“Dan apabila angka telah mencapai 130, pohon-pohon berbuah 17 (asalnya 21) pun akan turut rapuh untuk dipetik oleh galah sejengkal. Ianya bagus jika mahukan sebuah kerajaan yang stabil dengan bilangan ahli parlimen mencapai 148 sekurang-kurangnya.
“Hanya melalui PH+ mengambil semula kerajaan sahajalah negara boleh diselamatkan dan koruptor-koruptor jerung yang bakal terlepas satu demi satu tidak akan dibiarkan.
Galah sejengkal ini tidak akan berhenti di sini. Jika kita memahami keajaiban dan menghormati galah sejengkal Mahathir ini, bukan sahaja kerajaan boleh diambil semula, PRU-15 pun bolehlah distrategikan untuk menyempurnakan ‘Heineken Effect’ (to reach where others can’t) dan seterusnya menang dengan bergaya. Insya-Allah,” katanya.
 


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2020/06/12/anwar-tak-boleh-pinggirkan-kekuatan-tun-m-maszlee/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hentikan Bicara Soal Kekuatan Antara Anwar Dan Tun

Hentikan Bicara Soal Kekuatan Antara Anwar Dan Tun

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 305 hits
MALAYSIA DATELINE Dalam tempoh rundingan yang masih berjalan tidak wajar jika penyokong Tun Mahathir mahupun penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim saling beradu kekuatan masing masing di media sosial dengan harapan usaha itu mampu mempengaruhi...
Kabinet Ph Perlu Pasukan Terbaik Pm Boleh Tun M Disusuli Anwar

Kabinet Ph Perlu Pasukan Terbaik Pm Boleh Tun M Disusuli Anwar

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 265 hits
Kabinet PH perlu pasukan terbaik PM boleh Tun M disusuli AnwarOleh June 14 2020Oleh Dr Mohd Amim OthmanKemelut terkini politik Malaysia perlu diselesaikan segera dengan memberi setiap bucu serban kepada haknya agar matlamat meletakkan semul...
Biarlah Munasabah Tun Tidak Boleh Jadi Pm Sampai Tiga Kali

Biarlah Munasabah Tun Tidak Boleh Jadi Pm Sampai Tiga Kali

papar berkaitan - pada 8/6/2020 - jumlah : 318 hits
Seringkali ada yang menulis Tun dengan Anwar mesti berbaik dan bersatu jika mahu ambil kembali mandat rakyat dari kerajaan pintu belakang Saya tidak nampak bagaimana lagi Anwar mahu tunjukkan bukti dia terlalu baik bahkan terlebih baik deng...
Anwar Aide Hits Out At Maszlee

Anwar Aide Hits Out At Maszlee

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 229 hits
PKR president Anwar Ibrahim s aide has hit out at PPBM s former leader Maszlee Malik for stating Pakatan Harapan will remain in the opposition indefinitely if it chooses to sideline former prime minister Dr Mahathir Mohamad Perak PKR chief ...
Anwar Tiada Masalah Tetapi Kami Ada Masalah Dengan Kamu Tun

Anwar Tiada Masalah Tetapi Kami Ada Masalah Dengan Kamu Tun

papar berkaitan - pada 6/6/2020 - jumlah : 308 hits
ANWAR TIADA MASALAH TETAPI KAMI ADA MASALAH DENGAN KAMU TUN KAMI YANG HASUT ANWAR SUPAYA JANGAN LAGI PERCAYAKAN KAMU Anwar pun takde masalah dengan kamu Tun Buktinya Anwar sanggup mengalah dan langgar perjanjian beri kamu laluan terus jadi ...
Tun M Dan Anwar Dalam Kovidtokrasi Dan Kovidtopolis

Tun M Dan Anwar Dalam Kovidtokrasi Dan Kovidtopolis

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 193 hits
Sekitar dua minggu ini sebelum kunjungan Tun Dr Mahathir ke ibu pejabat PKR dan sesudahnya isu yang berlegar ialah jika berlaku peralihan kuasa siapa yang akan menjadi Perdana Menteri Banyak spekulasi mengatakan kebuntuan memilih calon PM T...
Berbanding Tun M Anwar Gandingan Anwar Mukhriz Lebih Mengujakan Untuk Diterima

Berbanding Tun M Anwar Gandingan Anwar Mukhriz Lebih Mengujakan Untuk Diterima

papar berkaitan - pada 15/6/2020 - jumlah : 385 hits
Shahbudin Husin Apa yang semua orang fahami sekarang ini ada dua gandingan calon PM dan TPM untuk ditonjolkan dalam usaha menjadikan PH sebagai kerajaan semula Pertama calon PM ialah Tun Mahathir Mohamad dan TPM adalah Anwar Ibrahim Kedua c...
Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

Anwar Mengkritik Pentadbiran Tun Mahathir Sebelum Ini Dalam Sidang Video Terbaru

papar berkaitan - pada 30/5/2020 - jumlah : 383 hits
Dalam sidang video Anwar berkata Pakatan Harapan tidak akan mengulang kesilapan sama dalam memilih perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH akan memilih perdana menteri yang bersih menunaikan janji dan menjalankan tanggungjawab K...
Tun M Rayu Anwar Jawatan Pm Di Pejabat Pkr

Tun M Rayu Anwar Jawatan Pm Di Pejabat Pkr

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 386 hits
Bekas Setiausaha Politik Terkejut Dr Mahathir Jumpa Anwar Rayu Jawatan PMKUALA LUMPUR Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad sangat terkejut bekas majikannya itu sanggup bertemu Presiden PKR Anwar Ibrahim dan sanggup merayu semula jaw...
Makan Steamboat Dapat Henna Free

15 Kafe Di Johor Bahru Instagrammble Muslim Friendly

Sarawak And Malaysia Can T Afford Escalating O G Disputes

Antara Projek Pungguk Rindu Bulan Tilapia M Sia Pro Hamas

Isu Calon Perdana Menteri Kembali Menjadi Tegang Di Kalangan Pemimpin Pn

Isu Papan Tanda Aneh Dan Pelik Menteri Wilayah Masih Diam

Worldcoin Dan Ai

Coffee Is For Closers The Motivational Phrase From Quot Glengarry Glen Ross


echo '';
Memahami Fasa Renjatan Elektrik Yang Selamat dan Berbahaya Untuk Manusia

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Lara Kasih Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 2 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


E Book Pertama Saya

Resipi Ayam Gepuk

Orbit Labels The Parent S Choice For Safe And Sanitary Feeding

Samun Barang Kemas Dianggar Seberat 4 1 Kilogram Bernilai Rm1 54 Juta Sekumpulan Penjenayah Diburu

Kes Bunuh Pelajar Vokasional Warden Temui Mangsa Tak Sedarkan Diri

Elak Kenyataan Merugikan Kerajaan Perpaduan Pemuda Umno Wp