Tun Sudah Tua Galah Sejengkal Berilah Kepada Anwar



Oleh A. Razak Ismail
Saya mengulas artikel ‘Galah sejengkal’ Tun Dr Mahathir yang ditulis oleh Dr Maszlee Malik baru-baru ini.
Bagi saya tiba masanya Dr Mahathir pula hulurkan galah sejengkal itu kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) untuk kait buah tinggi di pokok. Masa Dr Mahathir sebagai ‘pemegang utama’ galah itu sudah berlalu.
Dr Mahathir sudah terketar-ketar pegang galah dan nampak azab sangat untuk mendongak bagi mengait buah-buah di pokok. Berilah ‘nafas baru’ kepada DSAI yang lebih ‘bertenaga’ untuk kerja mengait. Sekiranya ikhlas dan berjiwa besar maka sokonglah DSAI dari belakang berdasarkan 22 tahun Dr Mahathir mengait sebelum ini dan pengalaman berurusan dengan peraih dan pembeli yang sering membeli buah-buah itu.
Masa telah berlalu
Masa Dr Mahathir sudah berlalu. Tempoh memegang jawatan PM selama 22 bulan lalu adalah ‘amanah’ serta konsensus persetujuan pemimpin-pemimpin Pakatan Harapan (PH) untuk beliau pikul dan bukan ‘hak mutlak’ beliau untuk berbuat sesuka hati dalam jawatan PM tersebut.
Itu yang rakyat lihat apabila Dr Mahathir tanpa sebarang rundingan atau perbincangan dengan kepimpinan PH telah mengadap Yang Dipertuan Agong menyerahkan surat perletakan jawatannya. Keesokan harinya kesemua jemaah Menteri termasuk TPM Kak Wan Azizah ‘terpelanting’ keluar dari Putrajaya. Itu ‘hadiah’ terbaik dan balasan Dr Mahathir kepada PH yang memilih beliau sebagai PM. Hal itu ‘menjengkelkan’.
Semasa mahu mendekati PH sebelum PRU 14, beliau dengan beberapa kuncu-kuncunya melancarkan ‘Deklarasi Rakyat’ dan mengumpul berjuta-juta helaian ‘petisyen’ yang dicurigai ‘kesahihannya’ untuk menunjukkan kononnya mendapat sokongan rakyat atas daya usaha menentang PM Najib Razak ketika itu.
Tunaikan janji
Sampai satu ketika beliau sanggup ‘gate crash’ (rempuhan majlis) ke program Konvensyen Reformis pada 2017 untuk meraih simpati dan sokongan kalangan Reformis. Walau bagaimana pun semasa berucap di pentas beliau di’boo’ oleh hadirin .
Ringkasnya Dr Mahathir semasa susah berpaut di mana saja dahan untuk bergantung tetapi apabila sudah senang bukan saja lupa kepada dahan tetapi sebaliknya mula menakik pohon tempat beliau berteduh.
Sewajarnya inilah masanya Dr Mahathir ‘menunaikan janji’ menyerahkan jawatan PM itu kepada DSAI setelah melakukan langkah sumbang hingga jatuhnya Kerajaan PH di Putrajaya Februari lalu, dan bukannya meraih simpati dalam kalangan pimpinan PH untuk ‘diberi peluang kedua’ menjadi PM bagi tempoh 6 bulan lagi seperti digembar gemburkan oleh media.
Mungkin pimpinan PH mengidamkan jawatan-jawatan Menteri di Putrajaya dan rela menyerahkan kembali jawatan PM kepada Dr Mahathir. Namun apakah ‘guarantee’ Dr Mahathir tidak meletakkan jawatan sekali lagi secara mengejut dan Menteri-menteri tadi ‘tidak terpelanting’ lagi kali kedua.
Pada pandangan Otai Reformis 1998, membantu Dr M seperti ‘melepaskan anjing tersepit’. Perumpamaan Melayu : “Jangan biarkan pisang berbuah dua kali”.
Lazimnya telahan Otai lebih tepat kerana Otai tiada kepentingan ke Putrajaya berbanding sesetengah pimpinan PH yg gagal berpegang kepada prinsip perjuangan serta lebih mengutamakan kerusi Menteri di Putrajaya itu.
_______________________________________________________________________________
Abdul Razak merupakan Setiausaha Otai Reformis 98


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://suarapakatandaily.com/archives/28240

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tun Telah Dapat Dua Kali Berilah Peluang Anwar Sekali

Tun Telah Dapat Dua Kali Berilah Peluang Anwar Sekali

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 312 hits
Anwar realistik Dia sebut jumlah yang ada dlm poket PH iaitu 107 MP Bodohlah dia kalau dia nak sebut ada berapa lagi MP yang berminat untuk bersama PH Jika ini diambil kira ertinya ada lagi 115 MP dari 222 kesemuanya Adakah Muhyidin dapat k...
Tun M Rayu Anwar Jawatan Pm Di Pejabat Pkr

Tun M Rayu Anwar Jawatan Pm Di Pejabat Pkr

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 427 hits
Bekas Setiausaha Politik Terkejut Dr Mahathir Jumpa Anwar Rayu Jawatan PMKUALA LUMPUR Bekas setiausaha politik Dr Mahathir Mohamad sangat terkejut bekas majikannya itu sanggup bertemu Presiden PKR Anwar Ibrahim dan sanggup merayu semula jaw...
Lagi Cerita Tentang Galah Sejengkal

Lagi Cerita Tentang Galah Sejengkal

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 387 hits
Kali ini saya nak bercerita lagi tentang kisah galah sejengkal yang dibangkitkan oleh Dr Maszlee Malik pada minggu lepas Ini kerana kisah tersebut masih diperkatakan di mana mana walaupun Dr Maszlee terlihat seperti sudah tidak mampu lagi b...
Siapa Pm Ke 9 Rentasan 694 Panas Penyokong Anwar Dan Tun M Kembali Menyerang

Siapa Pm Ke 9 Rentasan 694 Panas Penyokong Anwar Dan Tun M Kembali Menyerang

papar berkaitan - pada 16/6/2020 - jumlah : 425 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 6941 APA ADA PADA ANALOGI GALAH NIK AZIZ 2 WANITA KEADILAN IKRAR SETIA KEPADA ANWAR 3 UJIAN COVID 19 PALSU CARI DALANGNYA 4 KITA BUKAN TUHAN KATA MUJAHID
Tun M Calon Pm Anwar Tpm Video

Tun M Calon Pm Anwar Tpm Video

papar berkaitan - pada 17/6/2020 - jumlah : 461 hits
Tun M calon PM Anwar TPM The post appeared first on
Hentikan Bicara Soal Kekuatan Antara Anwar Dan Tun

Hentikan Bicara Soal Kekuatan Antara Anwar Dan Tun

papar berkaitan - pada 13/6/2020 - jumlah : 347 hits
MALAYSIA DATELINE Dalam tempoh rundingan yang masih berjalan tidak wajar jika penyokong Tun Mahathir mahupun penyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim saling beradu kekuatan masing masing di media sosial dengan harapan usaha itu mampu mempengaruhi...
Anwar Tun M Dinasihatkan Bersara Sahaja

Anwar Tun M Dinasihatkan Bersara Sahaja

papar berkaitan - pada 12/6/2020 - jumlah : 270 hits
SIK Tun Dr Mahathir Mohamad dan Dato Seri Anwar Ibrahim dinasihatkan agar bersara dari terlibat dengan politik demi masa depan Malaysia yang lebih baik Demikian saranan Menteri Besar Kedah Mohammad Sanus Md Nor ketika mempengerusikan sidang...
Galah Sejengkal Dr Mahathir Mohamad

Galah Sejengkal Dr Mahathir Mohamad

papar berkaitan - pada 14/6/2020 - jumlah : 315 hits
Jika PH hanya berharap pada kemampuan Anwar Ibrahim maka sampai bila bila pun ia tidak akan melepasi angka keramat 112 ahli Parlimen
Hari Lautan Sedunia Untuk Lebih Dihargai Lautan Wajar Diberikan Tanda Harga

Kemalangan Maut Empat Beradik Di Jerantut Feri Ibu Saudara Dakwa Panggilan Terakhir Tersilap Simpang

Wanita Jumpa Wang Lebih Rm1 Juta Dalam Kotak Di Tempat Buang Sampah

5 Jenis Pelaburan Patuh Syariah Paling Menguntungkan Di Malaysia

Siakap Masak Lemak Cili Padi Kegemaran Sekeluarga

Comment On Plate Gold Tak Sepanas Plate Ff By Tempahan Plate Fg Putrajaya Dibuka 2025 Adzril

Calon Jamaah Haji Furoda 2025 Tidak Jadi Berangkat Cecep Abdullah Justru Diundang Langsung Oleh Kerajaan

Mcmc Perjelas Isu Pengumpulan Data Telefon Bimbit Tegaskan Privasi Dilindungi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cemburu Dengan Hasil Usaha Orang Lain

Kadang Kita Salah Berdoa Dan Selalu Minta Yang Terbaik Kadang Allah Bagi Bukan Yang Kita Nak Tapi Yang Kita Perlu

Not By Accident

Agen Mesin Laundry Pontianak Berikan Layanan Pendampingan Dan Purna Jual Ke Para Pelanggan

Prinsip 90 10 Cara Mudah Untuk Hidup Lebih Tenang

Tetamu Complain Majlis Akikah Anak Nabila Razali Sempit Amp Khemah Kecil Netizen Sound Kau Kebulur Nak Datang Apehal