Kejayaan Dua Anak Malaysia Harumkan Negara


Oleh JUANI MUNIR ABU BAKAR - FB ISTANA NEGARAPETALING JAYA : Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan ucapan tahniah kepada dua pelajar Malaysia di atas kejayaan antara 10 teratas peperiksaan Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA).
Istana Negara dalam kenyataan memaklumkan, Seri Paduka Baginda menzahirkan rasa suka cita dan bangga dengan pencapaian cemerlang Nurul Fatin Nabihah Hamdan dan Siti Naziah Mohamad Nazid sehingga mengharumkan nama negara.
“Seri Paduka turut menzahirkan rasa kagum di atas kesungguhan dan semangat perjuangan tinggi dipamerkan kedua-dua pelajar ini dalam menghadapi dugaan dan kekurangan bagi mengejar cita-cita mOleh JUANI MUNIR ABU BAKARereka.
“Kejayaan kedua-dua pelajar ini sekali lagi membuktikan bahawa Malaysia mampu melahirkan individu yang berkualiti, berwibawa dan bertaraf antarabangsa.
“Kejayaan ini turut membuktikan bahawa dengan iltizam dan bantuan serta bimbingan, pelajar-pelajar dari golongan B40 dan asnaf mampu berjaya dengan cemerlang di peringkat global sekiranya diberi peluang,” kata kenyataan itu hari ini.
Dalam pada itu, kenyataan memaklumkan Seri Paduka menzahirkan harapan agar kejayaan Nurul Fatin Nabihah dan Siti Naziah dapat menjadi sumber inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia.
Ia khususnya para belia untuk bekerja keras dan berusaha mencapai kejayaan di dalam bidang masing-masing.
“Yang di-Pertuan Agong mengucapkan selamat maju jaya kepada kedua-duanya serta mendoakan semoga mereka dilimpahi kejayaan cemerlang berterusan dan terus mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa di masa hadapan,” kata kenyataan itu lagi.
Nurul Fatin Nabihah, 25, dari Berang, Terengganu adalah pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) tajaan Yayasan Sime Darby berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan ketujuh di dunia bagi kertas Strategic Business Reporting (SBR).
Beliau adalah anak sulung daripada empat beradik itu kehilangan bapa pada usia 11 tahun dan kemudiannya dibesarkan oleh bapa tirinya bekerja sebagai petani sementara ibunya merupakan seorang suri rumah tangga.
Mengikuti pembelajaran dalam talian sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), Nurul Fatin juga berjaya lulus di dalam satu lagi kertas yang diambilnya iaitu Advanced Taxation (ATX).
Manakala Siti Naziah, 21, pula adalah pelajar tajaan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak pula berjaya mendapat tempat pertama di Malaysia dan tempat kesembilan di dunia bagi kertas Audit & Assurance (AA).
Anak sulung daripada dua beradik yang berasal dari Taiping, Perak itu menghadapi cabaran yang getir kerana kehilangan ayah pada 2018 akibat kanser dan ketika itu beliau sedang sibuk dengan persiapan untuk menghadapi peperiksaan CAT.
Pelajar-pelajar di bawah seliaan Malaysia Professional Accountancy Centre (MyPAC) itu merupakan antara 92,000 orang calon dari seluruh dunia yang menduduki peperiksaan tersebut pada sesi Mac lalu. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/04/kejayaan-dua-anak-malaysia-harumkan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panas Dr Rafidah Belasah Golongan Kayangan Pasrah Dengan Layanan Dua Darjat Dalam Negara

Panas Dr Rafidah Belasah Golongan Kayangan Pasrah Dengan Layanan Dua Darjat Dalam Negara

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 101 hits
April 23 2021 Kepada golongan kayangan luangkanlah sedikit masa membaca coretan ini Saya pelik betul anda tidak segan silu menjalankan aktiviti langgar SOP terang terangan Tidak mengapalah mungkin begitulah perangai dan cara kehidupan Saya ...
Dua Penuntut Universiti Malaysia Pahang Mati Lemas Mandi Di Air Terjun Sungai Pandan

Dua Penuntut Universiti Malaysia Pahang Mati Lemas Mandi Di Air Terjun Sungai Pandan

papar berkaitan - pada 23/4/2021 - jumlah : 90 hits
KUANTAN Dua penuntut Universiti Malaysia Pahang lemas ketika mandi di Air Terjun Sungai Pandan di sini hari ini Mayat A Sharvin Ananth 24 berasal dari Skudai Johor 24 dan Goobi 23 dari Karak Bentong Pahang masing masing ditemui pada jam 3 1...
Malaysia Bukan Kategori Negara Terkesan Impak Perubahan Iklim Tuan Ibrahim

Malaysia Bukan Kategori Negara Terkesan Impak Perubahan Iklim Tuan Ibrahim

papar berkaitan - pada 8/4/2021 - jumlah : 85 hits
Tuan Ibrahim berkata terdapat banyak negara yang menyerlah dalam agenda perubahan iklim seperti Sweden Switzerland dan Thailand tidak dijemput menghadiri persidangan tersebut KUALA LUMPUR Malaysia tidak diundang pada Sidang Kemuncak Pemimpi...
5575 Santuni Anak Yatim Bukan Sekadar Rutin Ramadan Utusan Malaysia 18 04 2021

5575 Santuni Anak Yatim Bukan Sekadar Rutin Ramadan Utusan Malaysia 18 04 2021

papar berkaitan - pada 20/4/2021 - jumlah : 117 hits
ARAU Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail mengingatkan tanggungjawab menyantuni anak yatim bukan sekadar rutin di bulan Ramadan sebaliknya perlu dilaksanakan secara konsisten Titah baginda tugas sebagai pengganti kepada ...
Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

Tidak Perlu Permohonan Maaf Ini Kes Jenayah Kata Ahli Dewan Negara

papar berkaitan - pada 18/4/2021 - jumlah : 133 hits
Beliau turut mempersoalkan mengapa polis memberikan layanan istimewa dengan membenarkan majikan itu mengadakan sidang media ketika sedang direman Kesan rotan di badan mangsa Gambar PDRM Seorang ahli Dewan Negara menyelar tindakan majikan ya...
Hiburan Selalu Bergurau Nak Kahwin Dua Azmi Caliph Busker Terdiam Bila Isteri Ungkit Hal Anak

Hiburan Selalu Bergurau Nak Kahwin Dua Azmi Caliph Busker Terdiam Bila Isteri Ungkit Hal Anak

papar berkaitan - pada 13/4/2021 - jumlah : 100 hits
Selepas 10 tahun menanti Azmi Caliph Busker akhirnya bakal menjadi seorang ayah apabila isteri disahkan hamil Difahamkan kandungan isteri kini sudah memasuki usia empat bulan BACA AdvertisementTerbaru Azmi menerusi perkongsian di Facebook b...
Rakyat Malaysia Berang Kerajaan Hantar Stok Vaksin Ke Negara Lain

Rakyat Malaysia Berang Kerajaan Hantar Stok Vaksin Ke Negara Lain

papar berkaitan - pada 10/4/2021 - jumlah : 81 hits
SITI NUR ZAWANI MISCONKeputusan kerajaan yang memutuskan untuk menyalurkan sebanyak 50 000 dos vaksin Covid 19 ke Bosnia Herzegovina mengundang kecaman pelbagai pihak yang menurut mereka tindakan berkenaan seperti meminggirkan rakyat Malays...
Hiburan Akui Dah Kurang Berbual Dengan Awal Scha Alyahya Sibuk Uruskan Dua Anak

Hiburan Akui Dah Kurang Berbual Dengan Awal Scha Alyahya Sibuk Uruskan Dua Anak

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 109 hits
Pelakon jelita Scha Alyahya mengakui sejak kelahiran anak keduanya Lyla Amina dia dan suami Awal Ashaari sudah jarang meluangkan masa berdua dan duduk berbual bersama sama seperti sebelum ini Scha atau nama sebenarnya Sharifah Nor Azean Sye...
Saya Percaya Kedua Dua Anak Ini Akan Sayang Jaga Ibunya Sebak Luahan Datuk K

Saya Percaya Kedua Dua Anak Ini Akan Sayang Jaga Ibunya Sebak Luahan Datuk K

papar berkaitan - pada 22/4/2021 - jumlah : 208 hits
Diberikan rezeki sekali lagi di usia 42 tahun menimang cahaya mata kedua benar benar anugerah yang cukup berharga buat penyanyi nombor satu negara Datuk Seri Siti Nurhaliza Berita kelahiran bayi lelaki ini pagi 19 April ternyata memberi keg...
Dah Nak Pupus Baru Sedar Diri

Allah Berikan Keajiaban Di Tanah Para Ambiaya

Resepi Rahsia Turun Temurun Pembeli Sanggup Tunggu Walau Hujan Lebat

Mahiaddin Ada Majoriti Wanita Ph Lapor Polis

7 Telefon Murah Tapi Berkualiti 2021

Cara Pasang Tinted Kaca Tingkap Mr Diy

7 Tips Dan Cara Pakai Clay Mask Yang Betul Sebelum Cuci Muka

Harga Minyak Petrol Dan Diesel Bulan Ogos 2021



7 Atlet Dengan Pingat Terbanyak Dalam Sejarah Sukan Olimpik

Bagaimana Breakdance Terpilih Menjadi Acara Olimpik 2024

10 Negara Paling Banyak Menang Pingat Di Sukan Olimpik

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Siapa Jaga Mak Slot Tiara Astro

5 Kesilapan Terbesar Dilakukan Syarikat Gergasi Silicon Valley


Lirik Lagu Berakhirlah Pencarianku Hafiz Suip Ernie Zakri

Dayang Nurfaizah Feat Zynakal Sayang Aku Tanya Apa Khabar Chord

Charli Xcx S Legs And Feet In Tights No Shoes

Kalender Hijriyah 1443 Beserta Asal Usul Dan Sejarah

Tular Surat Umno Kepada Menteri Timbalan Menteri Tuntut Letak Jawatan Segera

Tolak Rekomendasi Ombudsman Kpk Dinilai Antikoreksi