Hiburan Selalu Bergurau Nak Kahwin Dua Azmi Caliph Busker Terdiam Bila Isteri Ungkit Hal Anak
Selepas 10 tahun menanti, Azmi Caliph Busker akhirnya bakal menjadi seorang ayah apabila isteri disahkan hamil. Difahamkan, kandungan isteri kini sudah memasuki usia empat bulan.
BACA: 10 Tahun Menanti, Azmi Caliph Buskers Bakal Timang Cahaya Mata Pertama
AdvertisementTerbaru, Azmi menerusi perkongsian di Facebook berkata pada lima tahun pertama perkahwinan dia sering ‘bergurau’ mengenai hajat ingin berkahwin dua. Isteri pada awalnya hanya melayan sahaja gurauan siap mencabar kehendak Azmi itu.
Dulu, waktu 5 tahun awal perkahwinan saya dan isteri, , dia tak marah langsung kalau saya bergurau fasal nak kahwin lain. Kononnya nak carikan dia kawanlah, kasihan dia penat buat kerja seorang-seoranglah, nak bagi dia merasa ada payung emaslah. Bukan setakat tak marah, malah dia boleh mencabar saya lagi sebab dia tahu saya memang tak berani. Sembang saja kuat.Namun, apabila memasuki tahun keenam perkahwinan, isteri tidak lagi memberikan respon yang sama. Isteri lebih banyak berdiam diri membuatkan Azmi mengurangkan gurauan sebegitu.
Pada tahun ke lapan perkahwinan, dia hamil tapi tak sampai 2 bulan kandungannya gugur. Mulai dari saat itu, dia selalu termenung bila baru lepas bermain dengan budak kecil, sedih bila terbaca ucapan Selamat Hari Ibu, rasa kecil bila kawan-kawan bersembang fasal anak masing-masing. Apa lagi bila berjumpa dengan saudara-mara yang tak pandai jaga mulut persoalkan bila nak dapat anak. Akan basahlah baju saya dengan airmatanya. Dia juga selalu sangat bertanya pada saya, “Yang, kalau saya tak dapat beri awak anak, awak akan kahwin lain tak?”Menyedari pedih hati isteri yang bimbang akan ditinggalkan kerana belum hamil, Azmi menghiburkan hati isteri dengan membawanya bercuti ke hotel.
Apa sahaja dilakukan Azmi untuk mengelakkan isteri kesunyian. Jelas Azmi lagi, dia mahu membuktikan hidup tanpa anak juga mampu bahagia.
AdvertisementAlhamdulillah rasanya hiburan yang saya beri menjadi. Sampai masuk tahun 2021 iaitu tahun ke sepuluh perkahwinan, kami sepakat untuk lupakan fasal anak. Kita cari kebahagiaan berdua sahaja. Segala puji bagi Allah. Dialah yang maha mengetahui dan Dialah yang merancang segalanya. Berkat doa yang tak putus-putus dari Emak, keluarga dan orang sekeliling, tak lama lepas kami sepakat begitu, isteri kata dia rasa tak selera makan, selalu rasa nak muntah.Selepas redha dengan ketentuan Allah SWT, mereka dikejutkan dengan hadiah terbesar iaitu kehamilan isteri yang sudah mencecah usia 4 bulan. Meluahkan rasa syukur yang tidak terhingga, Azmi memohon rakan-rakan mendoakan semoga semuanya selamat.
The post Selalu Bergurau Nak Kahwin Dua, Azmi Caliph Busker ‘Terdiam’ Bila Isteri Ungkit Hal Anak first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/04/hiburan-selalu-bergurau-nak-kahwin-dua.html