Saya Percaya Kedua Dua Anak Ini Akan Sayang Jaga Ibunya Sebak Luahan Datuk K
Diberikan rezeki sekali lagi di usia 42 tahun menimang cahaya mata kedua benar-benar anugerah yang cukup berharga buat penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.
Berita kelahiran bayi lelaki ini pagi 19 April ternyata memberi kegembiraan buat seluruh ahli keluarga Datuk Siti dan suaminya, Datuk Khalid serta rakyat Malaysia.
Siapa sangka, penantiannya hampir 11 tanpa putus asa untuk bergelar ibu berakhir dengan rasa syukur setelah berjaya memiliki sepasang anak.
ARTIKEL BERKENAAN [Alhamdulillah, Saya & Anakanda Baik, Siti Syukur Lalui Nikmat Bersalin Di Usia 42 Tahun]
Apa yang membuatkan ramai tersentuh hati apabila kelahiran bayi lelaki yang mesra dipanggil “anakanda” atau baby A dianggap sebagai pelengkap hidup Siti bergelar ibu.
Ini kerana dalam sedutan video yang dikongsikan di Instagram Beauty & Co.Clinic, perasaan sebak Datuk K menunjukkan beliau seorang suami dan ayah yang penyayang serta bertanggungjawab.
Video yang berdurasi 6 minit itu adalah perkongsian Siti mengharungi perjalanan kehamilan yang keduanya serta kesyukuran Datuk K dengan kelahiran bayi lelaki ini.
View this post on Instagram
A post shared by Beauty & Co (@beautynco.clinic)
“Kedua-dua anak ini bawa kegembiraan pada ibu..”
Semasa sesi temubual itu, Datuk K meluahkan perasaannya kemungkinan beliau tidak sempat melihat anak-anaknya bersama Siti membesar dan berjaya dalam hidup masing-masing pada suatu hari nanti.
“Saya percaya kedua-dua anak ini akan memberinya berjuta-juta kegembiraan dan harapan yang menggunung. InsyaAllah kedua-dua anak ini akan menjadi solehah dan soleh yang akan menyayangi ibunya.
“Sebab pada saya menjangkau umur yang melebihi 60 tahun dan Siti baru 40an dan anak yang baru dilahirkan..untuk melihat mereka berjaya atau pun grown up, kemungkinan sangat tipis.
View this post on Instagram
A post shared by Siti Nurhaliza Tarudin (@ctdk)
“Apa yang saya doakan anak-anak inilah yang akan bersama-sama ibunya. Yang akan mengharungi masa depan mereka bersama..InsyaAllah,” tuturnya dalam keadaan sebak.
Rata-rata yang menonton video tersebut pun tersentuh hati dan mendoakan Datuk K serta Siti dipanjangkan usia dan sentiasa sihat agar dapat melihat Aafiyah dan adiknya membesar bersama-sama.
Sebelum ini, Siti bersyukur dan berterima kasih pada semua pihak yang tak putus mendoakannya sehingga kelahiran bayi kedua berjalan lancar.
ARTIKEL BERKAITAN [Sebab Tu Saya Suka Pantang, Menu Sedap-Sedap Belaka, Siti Kongsi Rutin & Menu Berpantang]
“Alhamdulillah..proses melahirkan anak kedua semuanya baik dan lancar. Saya dan bayi juga dalam keadaan baik,” kongsi Datuk Siti.
Terdahulu Siti selamat melahirkan baby A tepat jam 6.21 pagi seberat 3.84 kilogram, 19 April di sebuah pusat perubatan di Selangor secara pembedahan.
Kredit: Instagram beautynco.clinic & ctdk
**Nak menang hadiah menarik dari SSPN, boleh hantar penyertaan Cabaran RM10 mengikut kreativiti anak. Nak tahu lanjut boleh klik sini
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
The post “Saya Percaya Kedua-Dua Anak Ini Akan Sayang & Jaga Ibunya..” Sebak Luahan Datuk K appeared first on Pa&Ma.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.majalahpama.my/saya-percaya-kedua-dua-anak-ini-akan-sayang-jaga-ibunya-sebak-luahan-datuk-k/