Kejatuhan Pak Lah Dan Perang Puak Dalam Umno


 
Kejatuhan Pak Lah dan perang puak dalam Umno



Imran Ariff -December 12, 2021 Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah Ahmad Badawi, menyekat cubaan Mukhriz Mahathir, anak Dr Mahathir Mohamad untuk mendesak peletakan jawatan Pak Lah.PETALING JAYA: Sebuah buku baharu mengupas kejatuhan Barisan Nasional (BN) mendedahkan usaha Khairy Jamaluddin menyekat cubaan Mukhriz Mahathir untuk menjatuhkan Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri sejurus selepas prestasi teruk BN pada pilihan raya umum 2008.
Abdullah, yang lebih dikenali sebagai Pak Lah, didesak secara lantang untuk berundur oleh Dr Mahathir Mohamad yang sebelum itu melantiknya untuk menggantikan beliau sebagai Perdana Menteri pada 2003.
Ketegangan antara dua pemimpin itu sudah pun wujud sebelum PRU 2008, sebahagian besarnya kerana keengganan Abdullah meneruskan beberapa projek mega yang terlebih dahulu diluluskan Mahathir, menurut bekas wartawan Romen Bose dalam buku itu.
Hubungan renggang itu juga akibat teguran Mahathir terhadap Khairy sebagai “budak tingkat empat” yang mempengaruhi keputusan-keputusan Abdullah yang juga bapa mertuanya. “Tingkat empat” merujuk kepada pejabat yang menempatkan penasihat dan pembantu Abdullah.
Romen Bose.Dalam buku yang ditulisnya, Bose, bekas wartawan AFP, mengimbas panggilan telefon yang diterimanya daripada setiausaha akhbar Mukhriz, anak Mahathir beberapa hari selepas keputusan PRU 2008.
Setiausaha akhbar itu memaklumkan Mukhriz akan membuat “kenyataan sangat penting” di sebuah hotel di Pulau Pinang keesokannya.
“(Setiausaha akhbarnya) berkata Mukhriz akan menjadi antara pemimpin tertinggi Umno mendesak peletakan jawatan Pak Lah dan ia pasti menyebabkan pemimpin lain turut menuntut perkara (sama),” tulis Bose dalam bukunya “Final Reckoning: An Insider’s View of the Fall of Malaysia’s Barisan Nasional Government”.
Setibanya di hotel berkenaan di Seberang Prai, Bose mendapati suasana tegang dengan ramai yang hadir pada majlis itu “melihat satu sama lain secara curiga”.
“Jelas terdapat dua puak berbeza yang hadir dan kelihatan suatu pertarungan bakal berlaku,” tulis Bose yang juga bekas perunding komunikasi politik kepada Najib Razak.
Beliau kemudiannya mendapat tahu, Mukhriz memutuskan untuk membuat pengumumannya di tempat lain.
“(Setiausaha akhbarnya) berkata ia disebabkan ramai yang hadir di hotel yang ditetapkan sebelumnya bukan setakat penyokong Mukhriz dan Mahathir.
“Beliau berkata Khairy mendapat tahu Mukhriz mengadakan sidang media untuk mendesak bapa mentuanya berundur sebagai Perdana Menteri dan Khairy tidak rela membiarkannya,” tulis Bose.

Menurut Bose, beliau dimaklumkan Khairy mengarahkan penyokongnya dalam Pemuda Umno “mengganggu” sidang media Mukhriz “walau apa pun”.
Bimbang kemungkinan keganasan tercetus, Mukhriz dilaporkan menukar lokasi sidang media beberapa kali dalam cubaan mengelak “budak-budak Khairy”.
“Akhirnya, Mukhriz mengadakan sidang media itu. Tetapi, beliau tidak mendesak Pak Lah meletak jawatan secara terbuka. Ia pendekatan lebih bijak, mengambil kira risiko pergaduhan tercetus pada majlis itu.
“Keesokannya, Mukhriz menulis surat terbuka kepada Pak Lah, menggesa beliau berundur secara rasmi. (Lalu) pertarungan menggulingkan Pak Lah (sebagai PM) telah bermula,” tulis Bose.
Hajat mereka yang mahu menjatuhkan Perdana Menteri tercapai tidak lama selepas itu.
Susulan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di mana Abdullah mengumumkan keputusannya untuk berundur, Bose memperolehi maklumat penting.
Beliau diberitahu bekas Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Jamaluddin Jarjis, mengenai apa yang Abdullah akan perolehi susulan peletakkan jawatannya, menurut buku itu.
“Jamaluddin mendedahkan Pak Lah dan isterinya akan dianugerahkan gelaran Tun, dan diberikan sebidang tanah bersebelahan Carcosa Seri Negara di Taman Tasik Perdana dan beberapa benda lain,” Bose menulis.
Pada Mac 2009, Abdullah meletak jawatan untuk Najib menggantikannya sebagai perdana menteri.
Buku ditulis Bose akan dijual mulai 14 Dis. Tempahan awal boleh dibuat melalui kedai buku ini:
Kinokuniya
MPH
Popular
Petikan daripada buku itu disiarkan dengan kebenaran Penguin Random House SEA.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2021/12/kejatuhan-pak-lah-dan-perang-puak-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Masa Makan Sahabat Lah Masa Lain Tipu Kiri Kanan Tegur Veteran Pas Kepada Umno

Masa Makan Sahabat Lah Masa Lain Tipu Kiri Kanan Tegur Veteran Pas Kepada Umno

papar berkaitan - pada 29/11/2021 - jumlah : 357 hits
gemilangdaily comMasa makan sahabat lah masa lain tipu kiri kanan tegur Veteran Pas kepada Umno Veteran Pas Kelantan Abdul Fatah Harun menyifatkan persahabatan antara Umno dengan Pas hanya ketika makan sahaja Tetapi dalam pentadbiran Pas di...
Insaflah Umno Pas Jangan Alpa Dengan Perjuangan Politik

Insaflah Umno Pas Jangan Alpa Dengan Perjuangan Politik

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 257 hits
ismaweb netMN jadi gajah putih jika parti Melayu tidak sedar kepentingan kerjasamaOleh Siti Hafidah Abd GhaffarBANGI 5 Jamadilawal 1443H Jumaat Ketidaksefahaman antara UMNO dan PAS dalam menentukan kerjasama politik menimbulkan kemungkinan ...
Melayu Kampung Baru Kena Kencing Dengan Umno

Melayu Kampung Baru Kena Kencing Dengan Umno

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 271 hits
There s nothing political just hard cold facts not one but four judges have found the ex PM Najib Razak guilty says DPP Sithambaram He expects at least six months for the appeal process to be exhausted The next and final stop the Federal co...
Selepas Hukuman Najib Kekal Isu Pru Lebih Awal Dibangkitkan Mt Umno

Selepas Hukuman Najib Kekal Isu Pru Lebih Awal Dibangkitkan Mt Umno

papar berkaitan - pada 10/12/2021 - jumlah : 270 hits
agendaily com10 12 2021Kumpulan 15 Ahli Parlimen UMNO yang menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO yang berlangsung pada malam selepas keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman terhada...
Umno Hanya Anggap Mahkamah Adil Jika Najib Dibebaskan

Umno Hanya Anggap Mahkamah Adil Jika Najib Dibebaskan

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 312 hits
SHAHBUDIN HUSINWalaupun mesyuarat MT Umno diadakan pada malam 8 Disember tetapi kenyataan media berkenaan mesyuarat tersebut hanya dikeluarkan lewat petang semalam iaitu 9 Disember Barangkali ini adalah pertama kali dalam sejarah Umno kenya...
Umno Selangor Harap Diberi Autonomi Teruskan Mn

Umno Selangor Harap Diberi Autonomi Teruskan Mn

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 189 hits
MALAYSIA POST UMNO Selangor berharap diberi autonomi oleh pucuk pimpinan parti itu untuk meneruskan kerjasama dengan PAS di negeri berkenaan menerusi Muafakat Nasional Pengerusinya Tan Sri Noh Omar berkata hubungan kerjasama antara Umno dan...
Apakah Pendirian Mt Umno Bermaksud Mereka Menuduh Keputusan Mahkamah Rayuan Tidak Adil

Apakah Pendirian Mt Umno Bermaksud Mereka Menuduh Keputusan Mahkamah Rayuan Tidak Adil

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 195 hits
Walaupun mesyuarat MT UMNO diadakan pada malam 8 Disember tetapi kenyataan media berkenaan mesyuarat tersebut hanya dikeluarkan lewat petang semalam iaitu 9 Disember Barangkali ini adalah pertama kali dalam sejarah UMNO kenyataan media dike...
Analysts Expect Lively Battle For Top Posts At Next Umno Election

Analysts Expect Lively Battle For Top Posts At Next Umno Election

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 267 hits
They predict stiff competition for the top two spots by party bigwigs Analysts are expecting some zing in the next Umno election as a number of leaders seen as heavyweights will likely be jostling for the top two spots in the party Speaking...
Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam

Tebar Roti Canai Demi Anak Anak Tular Video Pasangan Mangsa Tragedi Sungai Korok

Bara Sengketa Masih Menyala

Itinerary Cameron Highland 2025 4d 3n

Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean

Isu Ketua Hakim

Chelsea Idam Final Kedua Dalam Tiga Bulan Fluminense Intai Kejutan

Urus Niaga Dibatalkan Surat Baharu Dihantar Menuju Ke Arah Kekacauan Perdagangan Kalendar Pedagang Untuk 7 9 Jun


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Cipta Identiti Visual Yang Kuat Dengan Bantuan Designer Profesional

Lelaki Melompat Ke Dalam Enjin Pesawat Bergerak

Lirik Lagu Gtt Benzooloo

Kenapa Bajet Bulanan Anda Bocor Ini 5 Punca Utama

Zahid Apologises For Angel Remark Says It Was Emotionally Driven

Video Of Exchange At Zebra Crossing Sparks Debate On Road Manners