Selepas Hukuman Najib Kekal Isu Pru Lebih Awal Dibangkitkan Mt Umno


agendaily.com10/12/2021
Kumpulan 15 Ahli Parlimen UMNO yang menjatuhkan kerajaan Perikatan Nasional sebelum ini.
Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO yang berlangsung pada malam selepas keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan hukuman terhadap Datuk Seri Najib Razak tertumpu kepada strategi untuk mempercepatkan pilihan raya umum (PRU), dedah sumber dalaman parti kepada Agenda Daily.

Mahkamah Rayuan membuat keputusan pada pagi Rabu dan disusuli malam hari yang sama, ia secara tidak langsung menunjukkan tahap keseriusan UMNO terhadap implikasi keputusan terhadap bekas presidennya tersebut.

Presiden parti, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mempengerusikan mesyuarat tersebut, ia turut dihadiri Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemimpin kanan UMNO yang lain.

Kes Najib menjadi topik utama dikalangan ahli MT UMNO yang menghadiri mesyuarat tersebut, majoriti tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan terdapat beberapa ahli MT yang membangkitkan langkah untuk mempercepatkan PRU susulan keputusan Mahkamah Rayuan paginya itu.

Ahli MT yang tidak berpuas hati dengan keputusan Mahkamah Rayuan terdiri daripada kumpulan sebelah kem Zahid yang diketahui juga berdepan pertuduhan di mahkamah sama seperti yang dihadapi Najib.

Untuk rekod, Zahid dan Najib berdepan puluhan pertuduhan di mahkamah yang sedang berjalan ketika ini.

Mesyuarat MT tersebut juga diadakan dengan tergesa-gesa, Zahid difahamkan mempertahankan Najib selepas keputusan mahkamah tidak memihak kepadanya.

“Zahid menyatakan rasa simpati terhadap hukuman yang dijatuhkan terhadap Najib, merasakan keputusan tersebut tidak adil dan berat sebelah,” kata sumber.

Bagaimanapun, perkara tersebut sememangnya sudah dijangka akan dibangkitkan oleh Zahid kerana beliau juga mungkin akan berdepan situasi sama dengan rakan karibnya itu.

Sudah pasti, Zahid juga tidak mahu berada dalam keadaan dihadapi Najib sehingga dimalukan dengan gelaran “kemaluan nasional” atau “national embarassment” oleh hakim yang menjatuhkan hukuman terhadapnya.

Zahid juga sudah kesuntukan masa seperti Najib, sesuatu perlu dilakukan dengan segera sekiranya mahu menyelamatkan dirinya daripada pertuduhan di mahkamah.

Menurut sumber, beberapa ahli MT semasa mesyuarat tersebut mencadangkan kepada Ismail Sabri agar PRU disegerakan dan menjadikan kemenangan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka sebagai kayu pengukur.

Seorang ahli MT semasa mesyuarat tersebut begitu yakin dengan prestasi di Melaka, ia juga tidak mustahil kemenangan sama akan diperoleh UMNO dalam PRU nanti.

“Ada ahli MT yang begitu yakin UMNO akan menang besar dalam PRU nanti, apabila menang besar maka UMNO akan menjadi dominan… Hanya dengan kuasa dominan baharulah dapat menyelamatkan pemimpin utama parti itu yang sedang bergelut dengan kes mahkamah.

“Jika dengan keadaan sekarang, UMNO tidak boleh membuat keputusan sesuka hati atau mencampuri urusan mahkamah supaya mengikut telunjuk dan kehendak mereka,” kata sumber itu.

Zahid semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut juga dilihat senada dengan pandangan beberapa ahli MT UMNO yang mahu PRU diawalkan, malah tidak menolak kejayaan sama dalam PRN Melaka dapat diulangi semasa PRU nanti.

Sekiranya PRU diawalkan, ia bermakna Ismail Sabri akan menjadi PM tersingkat dalam sejarah negara dan lebih membimbangkan UMNO tidak akan mencalonkannya sebagai PM semula jika berjaya memenangi pilihan raya nanti.

Zahid tidak akan membenarkan Ismail Sabri untuk dicalonkan sebagai PM semula kerana ia bakal mengakibatkan dirinya kehilangan kuasa dan kawalan terhadap UMNO.

Bagaimanapun, terdapat juga sebilangan kecil ahli MT yang menolak cadangan PRU diadakan dengan segera dengan alasan parti masih belum bersedia dan ia akan menimbulkan kemarahan rakyat yang baharu sahaja berdepan kesukaran kehidupan akibat penularan Covid-19.

“Terdapat ahli MT membantah cadangan itu, bimbang Covid-19 yang baharu sahaja reda akan menular kembali sekiranya PRU diadakan… Lebih-lebih lagi varian Omicron yang baharu dikesan nampaknya lebih merbahaya dan cepat menular.

“Lagipun rakyat baharu sahaja dapat hidup dengan normal selepas berdepan kesukaran pandemik Covid-19,” kata sumber.

Namun, alasan penularan Covid-19 dan jentera UMNO yang tidak bersedia untuk menghadapi PRU ditolak oleh beberapa ahli MT yang masih bertegas supaya ia diadakan dengan segera.

Ahli MT UMNO yang berpendirian supaya PRU diawalkan memberi contoh PRN Melaka yang berlangsung baru-baru ini tidak menyebabkan penularan Covid-19, malah kemenangan besar juga membuktikan jentera akar umbi parti sudah bersedia sepenuhnya.

Menurut sumber, Ismail Sabri mendengar setiap pandangan yang diberikan semasa mesyuarat tersebut berlangsung dan dilihat agak tertekan dengan desakan yang ditimbulkan beberapa ahli MT yang mahu PRU disegerakan.

Tidak banyak yang boleh dilakukan Ismail Sabri sekiranya badan tertinggi parti itu mendesaknya supaya mengadakan PRU lebih awal, berkemungkinan juga senario sama yang berlaku di Melaka juga bakal dihadapinya.

PRN Melaka sebelum ini diadakan selepas pemimpin UMNO yang menjatuhkan kerajaan sendiri ekoran perebutan kuasa sesama sendiri.

Sepanjang mesyuarat MT tersebut, Ismail Sabri dilihat menerima lebih banyak tekanan dan desakan daripada Ahli MT yang berada dalam kem Zahid yang sememangnya diketahui cenderung bersimpati kepada Najib.

Jelas sumber lagi, kenyataan akhbar yang lewat dikeluarkan oleh Setiausaha Agung, Datuk Seri Ahmad Maslan adalah mesej jelas bahawa mesyuarat MT pada malam Rabu berlangsung dengan panas, Ismail Sabri nyata berdepan tekana yang hebat daripada Zahid dan pengikutnya dikalangan ahli MT UMNO.

Tidak banyak pilihan yang ada pada Ismail Sabri, bagaimanapun beliau boleh memilih untuk kekal menjadi seorang yang berprinsip dan tidak tunduk kepada kumpulan Kluster Mahkamah seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin yang tidak mengadaikan prinsipnya


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2021/12/selepas-hukuman-najib-kekal-isu-pru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Selepas Mengaibkan Negara Najib Tidak Harus Lagi Diberi Penangguhan Hukuman

Selepas Mengaibkan Negara Najib Tidak Harus Lagi Diberi Penangguhan Hukuman

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 172 hits
Oleh SHAHBUDIN HUSIN December 9 2021Secara umumnya keputusan Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan bersalah terhadap Najib Razak yang dijatuhkan Mahkamah Tinggi sebelum ini diterima dengan baik dan tanpa kesangsian oleh masyarakat pelbagai la...
Selepas Cadangan Pru Awal Ditolak Zahid Bangun Tinggal Mesyuarat Mt

Selepas Cadangan Pru Awal Ditolak Zahid Bangun Tinggal Mesyuarat Mt

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 208 hits
agendaily com15 12 2021Mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Tidak seperti kebiasaan dalam mesyuarat Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi selaku Presiden tidak membuat penggulungan semasa penghujung mesyuarat yang berlangsung pada ...
Najib Kekal Didapati Bersalah Hukuman Penjara Kekal

Najib Kekal Didapati Bersalah Hukuman Penjara Kekal

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 218 hits
AGENDA DAILY Datuk Seri Najib Razak kekal didapati bersalah dalam kes SRC Datuk Seri Najib Razak kekal didapati bersalah bersabit kes pertuduhan penyelewengan dana RM42 juta milik SRC International Sdn Bhd selepas rayuannya ditolak pagi ini...
Pemilihan Umno Mungkin Lebih Awal Jika Ismail Sabri Enggan Bubar Parlimen

Pemilihan Umno Mungkin Lebih Awal Jika Ismail Sabri Enggan Bubar Parlimen

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 196 hits
agendaily com15 12 2021Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Jika Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob enggan membubarkan Parlimen bagi memberi laluan pilihan raya umum diadakan be...
Malaysia Kekal Negara Kleptokrasi Jika Umno Terus Disokong Dr Mahathir

Malaysia Kekal Negara Kleptokrasi Jika Umno Terus Disokong Dr Mahathir

papar berkaitan - pada 15/12/2021 - jumlah : 244 hits
satuberita myBy December 15 2021 Ahli Parlimen Langkawi Tun Dr Mahathir MohamadMALAYSIA akan kekal sebagai satu negara kleptokrasi sekiranya orang Melayu dan Bumiputera meneruskan sokongan mereka kepada parti UMNO kata bekas Perdana Menteri...
Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Src Najib Sekali Lagi Lafaz Sumpah Laknat

Selepas Mahkamah Tolak Rayuan Kes Src Najib Sekali Lagi Lafaz Sumpah Laknat

papar berkaitan - pada 9/12/2021 - jumlah : 237 hits
KUALA LUMPUR Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sekali lagi mengulangi lafaz sumpah laknat sebagai menyatakan beliau tidak bersalah di atas tuduhan salah guna kuasa pecah amanah dan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd Sehubung...
Umno Hanya Anggap Mahkamah Adil Jika Najib Dibebaskan

Umno Hanya Anggap Mahkamah Adil Jika Najib Dibebaskan

papar berkaitan - pada 11/12/2021 - jumlah : 267 hits
SHAHBUDIN HUSINWalaupun mesyuarat MT Umno diadakan pada malam 8 Disember tetapi kenyataan media berkenaan mesyuarat tersebut hanya dikeluarkan lewat petang semalam iaitu 9 Disember Barangkali ini adalah pertama kali dalam sejarah Umno kenya...
Najib Akan Putuskan Bertanding Pru 15 Bila Tiba Masanya

Najib Akan Putuskan Bertanding Pru 15 Bila Tiba Masanya

papar berkaitan - pada 8/12/2021 - jumlah : 318 hits
MALAYSIA POST BEKAS Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan membuat keputusan mengenai kedudukannya sebagai Ahli Parlimen apabila tiba masanya kelak Menurutnya terdapat beberapa pertimbangan yang perlu dibuat susulan sabitan dan hukuman...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran