Kejadian Di Renal Park Kuala Klawang Jelebu Negeri Sembilan



Kali terakhir aku berkhemah pada tahun 2014 di Teratak Riverview Tanjung Malim, Perak di SINI. Selepas tu, 'khemah' tu hanya berkhemah dalam bilik tidur dak Adik


Tarikh: 29 hingga 30 Oktober 2022
Tempat: Renal Park, Kuala Klawang, Jelebu, Negeri Sembilan
(Maklumat mengenai tempat dan harga boleh rujuk di FB deme dan juga di SINI.

Tempatnya biasa, tak mewah dan sesuai bagi mereka yang inginkan ketenangan. Aku suka tempat yang bukan menjadi tumpuan orang. 'Lagi jauh ke dalam hutan, lagi aku suka'. 'Seorang Introvert susah nak berada di dalam kelompok Extrovert'. 

Ini hanyalah satu percutian singkat bersama family di SINI.

Pertama kali di sini

Kg. Renal
200 meter di hadapan
29 Oktober 2022 (Sabtu)
Tengahari..Kami ambil keputusan untuk memasang khemah terlebih dahulu tetapi kejadian yang tak disangka khemah yang kami bawa tu tak cukup sifatnya. Ia berpunca dari kawan en. Hubby yang meminjamnya tetapi tak lengkap isi dalamnya. Awalnya memang marah tapi masing-masing dah lapar + hujan dah mula turun, siap jugalah khemahnya dan kami makan di dalam khemah yang tak cukup sifat dengan bertutupkan kanvas (diberikan oleh tuan tanah) kepada kami

Nasi + kari daging = sedap
Alhamdulillah.. kenyang.. kemudian sambung kembali kerja yang terbengkalai tadi

Apa jadi dengan khemah itu..? 'Stor sementara kami..'
Selesai tiga buah khemah, mai pula lagi dua buah khemah. Ok, kejadian yang ini memang kelakar pada kami yang bukan kaki camping sehinggakan abang yang berkhemah berhampiran kami turut membantu memasang khemah tersebut. Masing-masing tiada pengalaman.. ok, zaman dah berubah.. 'Itulah kau, tahu main mahjong je..' 
di SINI.
Bila bapak budak pasang khemah

Siapa yang tak suka air kan.

Malam..Aktiviti biasa selain chit chat.


30 Oktober 2022 (Ahad)
Awal pagi:Hujan mula turun, satu lagi masalah yang mana salah satu khemah bergenang dengan air. Terasa diri seperti mangsa banjir. Tak lena tidur dibuatnya, masa ni tawakkal jelah. Kalau makin lebat, memang ku pindahkan barang masuk ke dalam kereta

En. Hubby pula kebasahan, gara-gara 'bumbung' yang dipasang untuk aktiviti santai di luar khemah 'runtuh'. Tidur dalam kereta sudahnya

Bangun pagi, seluarku basah  sedikit. Syukur hanya aku, tidak dak Nuha mahupun barang-barang yang berada di dalam khemah kami. Nasib baik juga hari ni hari kami check out, tak sanggup aku nak berada di dalam khemah yang uzur teruk ni

Sementara anak-anak leka bermain di dalam sungai, kami pulak sibuk 'memasak' untuk hidangan semua. Kemudian aku dan en. Hubby berjalan di sekitar kawasan. Agak luas sebenarnya

Kawasan memancing yang agak luas buat kaki pancing

Bunyi air yang menenangkan.
Sedikit kenangan di SINI..

Mereka yang lain mengikuti aktiviti lasak ATV, aku pula membantu en. Hubby membuka dan mengemas khemah-khemah kami. Tiga buah khemah 'selamat' kami masukkan ke dalam plastik hitam. Geram aku dengan orang yang pinjam tu

'Ok, kita beli yang baru je nanti'.'Jangan pulak nanti p bagi lagi kawan pinjam'.Adik ipar seorang ni, 'Kita beli yang boleh bukak sendiri, senang.. Lempar terus tadaaaa.. dah jadi bentuk khemah


Petang:Dalam perjalanan balik, merasalah juga melalui laluan Jalan Temiang-Pantai yang viral tu. Subhanallah.. cantik sungguh sepanjang perjalanan. Semalamnya laluan tersebut ditutup sebab ada event di situ. 
'Kita patah balik nak?' Semata-mata nak menikmati pemandangan sepanjang jalan
'Oh!Takpelah abang, kita terus je balik, lapar ni'.

Malam:Rasa macam nak demam dek dah lama tak buat aktiviti macam ni tapi apa-apa pun aku enjoy. Kalau aku join aktiviti night walk dengan ATV, mahu kejung semalaman badan aku. Sekarang en. Hubby dah mula survey khemah apa yang sesuai dan tempat mana yang menarik untuk aktiviti seterusnya. Aku..? Layankan aje.

=======================================================================
Satu kejadian di Jalan Temiang-Pantai:Sebelum ni banyak kisah disebalik viralnya Jalan 'New Zealand' tu. Kali ni berlaku dengan mata sendiri. Ada dua orang ni nak bergambar di tengah jalan. Nasib kau baik brother, kereta depan aku ni bawak tak laju waktu turun bukit. Kira sempatlah brek.. Ada ke nak bergambar di tengah-tengah jalan tu. Gila..!
Namum, sepanjang jalan tu ada je yang berhenti di tepi. Aku...? Cukuplah dalam kereta je, gambar gegar pun, gegarlah. Janji ada kenangan lalu di jalan tersebut.
#StatusHati: Siap juga entry ni..



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://aizamia3.blogspot.com/2022/11/kejadian-di-renal-park-kuala-klawang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Khairy Tiada Dalam Senarai Calon Bn Negeri Sembilan Laporan

Nama Khairy Tiada Dalam Senarai Calon Bn Negeri Sembilan Laporan

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 240 hits
agendaily com31 10 2022Ia adalah kebenaran dan saya tidak perlu membuktikannya kata Ahli Parlimen Rembau Khairy Jamaluddin pada 11 September 2022 Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan tidak disenaraikan sebagai calon mana mana keru...
Park Eunbin Bakal Adakan Acara Perjumpaan Peminat Di Kuala Lumpur Disember Ini

Park Eunbin Bakal Adakan Acara Perjumpaan Peminat Di Kuala Lumpur Disember Ini

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 229 hits
Nampaknya Park Eun bin bakal menemui peminat di Malaysia tak lama lagi ARTIKEL BERKAITAN Terbaru penganjur Trumpet International telah mengumumkan bahawa Park Eun bin bakal mengadakan acara perjumpaan peminat Eun Bin Note Binkan Fanmeet di ...
Minum Petang Di Restoran O T Mohamed Di Persada Cattleya Seremban Negeri Sembilan

Minum Petang Di Restoran O T Mohamed Di Persada Cattleya Seremban Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 291 hits
Restoran O T MohamedRestoran O T MohamedRestoran O T Mohamed ni restoran mamak Peminat mamak dimana saja anda berapa pasti akan cari restoran mamak gak kalau nak makan Restoran O T Mohamed yang aku terjah ni terletak di Jalan Cattleya 1 Per...
Gta Candidate Opposes Negeri Sembilan Mb S Pd Nomination

Gta Candidate Opposes Negeri Sembilan Mb S Pd Nomination

papar berkaitan - pada 10/11/2022 - jumlah : 232 hits
GE15 Gerakan Tanah Air candidate Ahmad Idham Ahmad Nadzri has lodged a report with the Election Commission against his Pakatan Harapan opponent Aminuddin Harun Ahmad Idham a candidate for the Port Dickson parliamentary seat claimed that Ami...
Mangsa Banjir Meningkat Di Enam Negeri Mana Zahid Ismail Sabri

Mangsa Banjir Meningkat Di Enam Negeri Mana Zahid Ismail Sabri

papar berkaitan - pada 13/11/2022 - jumlah : 197 hits
Berbaki tujuh hari sahaja lagi sebelum lebih 21 juta rakyat Malaysia akan membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Ke 19 pada 19 November ini banjir akibat hujan lebat terus berlaku dan menjejaskan kehidupan rakyat Terbaharu sehingga jam 8 pag...
Mca Optimis Lapan Calonnya Boleh Beri Kejutan Di Negeri Pahang Pada Pru 15

Mca Optimis Lapan Calonnya Boleh Beri Kejutan Di Negeri Pahang Pada Pru 15

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 191 hits
nbsp KUANTAN MCA optimis lapan calonnya di Pahang dengan majoriti adalah muka baru dapat membuat kejutan pada Pilihan Raya Umum ke 15 bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Presidennya Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata taruhan m
Prabn Keluar Notis Kesiapsiagaan Banjir Kilat Di Tujuh Negeri

Prabn Keluar Notis Kesiapsiagaan Banjir Kilat Di Tujuh Negeri

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 207 hits
Sumber gambar AFP KUALA LUMPUR Pusat Ramalan dan Amaran Banjir Negara Jabatan Pengairan dan Saliran mengeluarkan notis kesiapsiagaan kemungkinan banjir kilat melibatkan tujuh negeri nbsp Menurut notis itu negeri terlibat ialah Kedah Ne
Menceraikan Istri Demi Wanita Lain Ini Kisah Cinta Khalid Bin Yazid Dan Ramlah

Prk Dun Ayer Kuning Faktor Calon Sukarkan Pas

Raya Aidilfitri 2025

Tasik Kenyir Jana Ekonomi Terengganu

Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2025

Anak Buah Terpaling Kecil

Beli Barang Atas Dasar Buatan Bangsa Pilihan Atau Sebab Memang Nak Pakai Barang Tu

Calon Isteri Buat Suami Lakonan Jazmy Juma Siti Hariesa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Navigating Workers 39 Compensation A Comprehensive Guide For Lawyers

Importance Of Wills A Comprehensive Guide By Lawyers

Bekas Kakitangan Jkm Dipenjara 468 Tahun Denda Rm180 Juta

Samsung S Innovative Smart Ring Aims To Be Your Health Guardian Plus Exciting Offers Await

Adik Kawan Saya Meninggal Semalam Akibat Lecur Daripada Insiden Putra Heights

Family Staycation Indonesia Aktiviti Menarik Yang Korang Boleh Have Fun Kat Kawah Rengganis Ciwidey