Mangsa Banjir Meningkat Di Enam Negeri Mana Zahid Ismail Sabri









Berbaki tujuh hari sahaja lagi sebelum lebih 21 juta rakyat Malaysia akan membuang undi dalam Pilihan Raya Umum Ke-19 (PRU-19) pada 19 November ini, banjir akibat hujan lebat terus berlaku dan menjejaskan kehidupan rakyat.

Terbaharu, sehingga jam 8 pagi ini (Sabtu, 12 November 2022) Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) memaklumkan enam negeri berdepan banjir, dengan mangsa yang dipindahkan meningkat kepada 1,359 orang.

Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Melaka, Johor dan Kelantan telah membuka 23 pusat pemindahan sementara (PPS) bagi menempatkan mangsa banjir.

Dalam kenyataan laman Facebooknya NADMA berkata, Selangor merekodkan jumlah tertinggi mangsa yang dipindahkan iaitu 903 orang, diikuti Kedah (233); Pulau Pinang (75); Kelantan (62); Johor (57) dan Melaka (29).

D Selangor, NADMA berkata seramai 217 keluarga dengan 903 mangsa membabitkan dua daerah iaitu Klang dan Kuala Selangor ditempatkan di lapan PPS.

Di Kedah pula, seramai 233 mangsa daripada 60 keluarga ditempatkan di Kulim dan Bandar Baharu di lima PPS iaitu Surau Kampung Batu 18; Dewan Masjid Sungai Seluang; Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang Tok Dik; SK Sri Limau; dan Surau Taman Sang Kancil.

Di Pulau Pinang, seramai 75 mangsa daripada 23 keluarga ditempatkan di dua PPS, manakala di Kelantan, 62 mangsa daripada 15 keluarga dipindahkan ke tiga PPS.

Menurut NADMA, 57 mangsa daripada 18 keluarga dipindahkan ke tiga PPS di daerah Segamat, Johor manakala 29 mangsa daripada 12 keluarga di Melaka dipindahkan ke dua PPS di Alor Gajah.

Susulan banjir yang berlaku itu, netizen tertanya-tanya di mana Presiden UMNO yang juga Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Ini kerana, Zahid sebelum ini mendakwa UMNO sanggup meredah banjir untuk berkempen dalam PRU-15 kali ini.

Demikian juga Ismail Sabri yang membubarkan Parlimen ke-14, walaupun pelbagai pihak, termasuk jabatan dan agensi kerajaan telah memaklumkan bahawa pilihan raya tidak sesuai diadakan ketika musim tengkujuh mulai November hingga Mac setiap tahun.

Ismail Sabri yang hanya Naib Presiden UMNO, membubarkan Parlimen pada 10 Oktober lalu bagi membolehkan PRU-15 diadakan setelah menerima desakan daripada Zahid dan Majlis Tertinggi parti itu.

Susulan itu Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 15 November ini sebagai hari pengundian awal dan 19 November hari pengundian.

 



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wrlr.blogspot.com/2022/11/mangsa-banjir-meningkat-di-enam-negeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jumlah Mangsa Banjir Di 4 Negeri Meningkat Malam Ini

Jumlah Mangsa Banjir Di 4 Negeri Meningkat Malam Ini

papar berkaitan - pada 15/11/2022 - jumlah : 221 hits
JUMLAH mangsa banjir di empat negeri iaitu Johor Melaka Kelantan dan Perak merekodkan peningkatan malam ini manakala Selangor pula menunjukkan penurunan Keadaan banjir di Pulau Pinang semakin pulih selepas pusat pemindahan sementara terakhi...
Ismail Sabri Arah Semua Agensi Bantu Mangsa Terjejas Banjir

Ismail Sabri Arah Semua Agensi Bantu Mangsa Terjejas Banjir

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 488 hits
PERDANA Menteri Ismail Sabri Yaakob mengarahkan semua agensi termasuk Jabatan Kesihatan dan Jabatan Kebajikan Masyarakat memberi perhatian sepenuhnya kepada usaha membantu Keluarga Malaysia yang ditimpa musibah banjir Menerusi catatan di la...
Ismail Sabri Perdana Menteri Selepas Pru15 Terpulang Kepada Agong Kata Zahid

Ismail Sabri Perdana Menteri Selepas Pru15 Terpulang Kepada Agong Kata Zahid

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 239 hits
Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi hari ini sekali lagi menegaskan bahawa Ismail Sabri Yaakob kekal sebagai calon perdana menteri Barisan Nasional namun berkata Agong mempunyai hak mutlak untuk memilih ketua kerajaan selari dengan Perlembagaa...
Mana Zahid Hamidi Cakap Hari Tu Nak Turun Redah Banjir

Mana Zahid Hamidi Cakap Hari Tu Nak Turun Redah Banjir

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 276 hits
FAZLI RADZI Mana Zahid Hamidi Cakap hari tu nak turun redah banjir Itu antara sindiran warganet berikutan banjir kilat di beberapa jalan raya utama di sekitar Kuala Lumpur dan Shah Alam Susulan hujan lebat berterusan mulai jam 4 petang tadi...
Zahid Kencing Dia Yang Akan Jadi Pm Bukan Ismail Sabri Dakwa Tun M

Zahid Kencing Dia Yang Akan Jadi Pm Bukan Ismail Sabri Dakwa Tun M

papar berkaitan - pada 9/11/2022 - jumlah : 262 hits
PETALING JAYA Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan menjadi Perdana Menteri sekiranya gabungan itu menang pada Pilihan Raya Umum Ke 15 Dr Mahathir yang juga Pengerusi Penaja Gerakan T...
Ismail Sabri Says Opposition S Zahid Will Be Pm Sentiment Merely Fairy Tale

Ismail Sabri Says Opposition S Zahid Will Be Pm Sentiment Merely Fairy Tale

papar berkaitan - pada 14/11/2022 - jumlah : 238 hits
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob during a walkabout in Durian Tunggal Melaka November 9 2022 8211 Malay Mail photo KUALA LUMPUR Umno vice president Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob said the Opposition 8217 s statement that Barisan Nasional B
Ahmad Zahid Ulang Pendirian Ismail Sabri Kekal Pm

Ahmad Zahid Ulang Pendirian Ismail Sabri Kekal Pm

papar berkaitan - pada 11/11/2022 - jumlah : 268 hits
MELAKA Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengulangi pendirian bahawa Naib Presiden UMNO Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan kekal sebagai calon Perdana Menteri BN apabila parti itu diberi mandat membentuk kerajaan ...
Zahid Kata Ikut Budi Bicara Agong Tapi Ismail Sabri Kata Dirinya Calon Pm

Zahid Kata Ikut Budi Bicara Agong Tapi Ismail Sabri Kata Dirinya Calon Pm

papar berkaitan - pada 16/11/2022 - jumlah : 213 hits
agendaily com16 11 2022Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri dan Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi Walaupun Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata lantikan Perdana Menteri baharu adalah bergantung kepada budi bicara...
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

No Formal Protests Over Malaysia S Naturalised Players Says Afc

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Putra Heights Gas Pipeline Fire Mca Calls For Rci Says Residents Deserve The Truth

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Tkbpg 3 November Tkbpg Top 5 By Octavio

Osmanthus In Bloom Minuman Baharu Kenangan Coffee Yang Beraroma Eksklusif

Untuk Hati Yang Sedang Letih

Penerbangan Terkejut Boeing 737 Menurun 26 000 Kaki Dalam 10 Minit

Kementerian Peralihan Tenaga Dan Transformasi Air Luluskan 38 Projek Air Rm5 9 Bilion Di Pahang

Cafa Nations Cup 2025 Senarai Pasukan Pemain Malaysia