Nama Khairy Tiada Dalam Senarai Calon Bn Negeri Sembilan Laporan


agendaily.com31/10/2022
Ia adalah kebenaran dan saya tidak perlu membuktikannya, kata Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin, pada 11 September 2022.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin dilaporkan tidak disenaraikan sebagai calon mana-mana kerusi Parlimen di Negeri Sembilan, dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) pada 19 November ini.

Beliau yang terpaksa melepaskan kerusi Parlimen Rembau kepada Timbalan Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan, sebelum ini dilaporkan bakal diletakkan di Tampin, Kuala Pilah atau Port Dickson.

Bagaimanapun, Utusan memetik sumber sebagai berkata ketiga-tiga kawasan Parlimen itu akan ditandingi pemimpin lain, dan nama Khairy sememangnya tiada dalam senarai calon Barisan Nasional (BN) Negeri Sembilan.

Khabar angin juga mengatakan bahawa Timbalan Ketua UMNO Bahagian Rembau itu akan diletakkan bertanding di kerusi Parlimen Sungai Buloh, Selangor atau Alor Gajah, Melaka.

Namun, Khairy sendiri membayangkan beliau akan dipertaruhkan bukan di kerusi selamat, sebaliknya kerusi yang dimenangi parti lawan pada PRU-14 lalu.

Tanpa mendedahkan kerusi di Parlimen mana, Khairy sebelum ini berkata buat masa ini terdapat tiga pilihan kawasan yang sedang dipertimbangkan dan beliau secara terbuka menerima cabaran berkenaan.

“Hampir sudah pasti saya akan dihantar ke kawasan yang di pegang oleh parti lawan, hampir pasti saya tidak akan dapat kerusi yang dianggap kerusi selamat dan kita tengok daripada pucuk pimpinan mana kerusi itu.

“Insya-Allah saya terima cabaran tersebut demi parti menggalas tanggungjawab untuk pergi mewakili parti saya di kawasan yang kita kalah, pelbagai negeri.

“Perbincangan dengan pucuk pimpinan dah ada, keputusan kerusi mana belum lagi, masih dalam penilaian pucuk pimpinan perbincangan sedang berlangsung, tetapi hampir pasti saya dihantar ke kawasan yang dulu kalah lah. Nak kena cuba menang balik,” katanya.

Sementara itu sumber Utusan berkata tiga orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) BN di Negeri Sembilan, selain Mohamad akan bertanding pada di kerusi Parlimen.

Mereka ialah ADUN Senaling, Datuk Adnan Abu Hassan di Kuala Pilah; ADUN Serting, Datuk Shamsulkahar Mohd. Deli di Jempol dan ADUN Gemas, Datuk Abd. Razak Ab. Said di Parlimen Tampin.

Penyandang Ahli Parlimen Jelebu, Datuk Seri Jalaluddin Alias pula dijangka terus menjadi calon bagi mempertahan kerusi tersebut.

Bekas Timbalan Menteri Pendidikan, Datuk P Kamalanathan pula disebut-sebut akan mencuba nasib di Parlimen Port Dickson yang merupakan kerusi tradisi buat MIC.

Sementara itu, semalam turut tular senarai nama yang dikatakan akan menjadi calon BN di kelapan-lapan kerusi Parlimen di Negeri Sembilan.

Menerusi senarai itu, turut dinyatakan Pengerusi MCA Negeri Sembilan, Siow Koi Voon menjadi calon di Parlimen Seremban manakala Setiausaha MCA Bahagian Rasah, Ng Kian Nam pula calon yang bakal dipertaruhkan di Parlimen Rasah


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://wak-labu.blogspot.com/2022/10/nama-khairy-tiada-dalam-senarai-calon.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Nama Dipancung Shahidan Annuar Tiada Dalam Senarai Calon Pru15

Nama Dipancung Shahidan Annuar Tiada Dalam Senarai Calon Pru15

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 328 hits
Penyandang kerusi parlimen Arau Shahidan Kassim malam ini mengejutkan ramai apabila mengumumkan semua bilik gerakan BN di kawasan itu ditutup Tidak cukup dengan itu dia yang dilantik menjadi Menteri Wilayah Persekutuan sebelum ini memberita...
Pas Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon Pru 15 Untuk Di Pertimbangkan

Pas Pahang Sudah Serah Senarai Nama Calon Pru 15 Untuk Di Pertimbangkan

papar berkaitan - pada 26/10/2022 - jumlah : 297 hits
KUANTAN PAS Pahang sudah menyerah senarai nama calon yang bakal berentap pada Pilihan Raya Umum ke 15 untuk dipertimbangkan PAS di peringkat pusat pada Selasa Timbalan Pesuruhjaya PAS negeri Andansura Rabu berkata senarai calon yang dikemuk...
Senarai Calon Parlimen Di Negeri Melaka

Senarai Calon Parlimen Di Negeri Melaka

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 290 hits
Berikut adalah senarai calon yang bakal bertanding di kerusi Parlimen dalam Negeri Melaka pada Pilihan Raya Umum ke 15 berlangsung pada 19 November 2022 P 134 MASJID TANAH1 Abdul Hakim Abdul Wahid 2 Datuk Mas Ermieyati Samsudin3 Mutalib Uth...
Rasmi Senarai Calon Perikatan Nasional Pru15

Rasmi Senarai Calon Perikatan Nasional Pru15

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 629 hits
MAJLIS PENGUMUMAN BAKAL CALON PERIKATAN NASIONAL PRU 15 Selepas memuktamadkan pemilihan kerusi Perikatan Nasional bakal mengumumkan senarai calon bertanding dalam Pilihan Raya Umum Ke 15 malam ini 1 November 2022 Senarai Calon Perikatan Nas...
Parti Amanah Negara Senarai Penuh Calon Pru15

Parti Amanah Negara Senarai Penuh Calon Pru15

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 401 hits
Parti AMANAH Negara pertama kali diperkenalkan dalam satu majlis pelancaran pada 16 September 2015 Sebelum dikenali sebagai Parti Amanah Negara parti ini sebelumnya didaftarkan sebagai Parti Pekerja Pekerja Malaysia Pengenalan Parti AMANAH ...
Senarai Calon Kerusi Parlimen Dun Pn

Senarai Calon Kerusi Parlimen Dun Pn

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 479 hits
Kuala Lumpur Berikut senarai bakal calon Perikatan Nasional bagi kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri Pilihan Raya Umum ke 15 yang diumumkan Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin PERLISP001 Padang Besar Rusydan RusmiP002 Kangar Zakri H...
Senarai Calon Pru15 Amanah Perak

Senarai Calon Pru15 Amanah Perak

papar berkaitan - pada 29/10/2022 - jumlah : 285 hits
Mujahid kekal pertahan kerusi Ketua WARDA antara muka baharu dipertandingkan di Parlimen ParitSITI NUR ZAWANI MISCONParti Amanah Negara Perak selesai mengumumkan muka baharu dan senarai calon di semua 20 kerusi Parlimen dan enam kerusi Dewa...
Senarai Calon Pru 15

Senarai Calon Pru 15

papar berkaitan - pada 28/10/2022 - jumlah : 476 hits
FAKTA FAKTA UMUM UNTUK CALON PRU 15 Menjadi Ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri Untuk menjadi seorang ahli Dewan Rakyat seseorang itu mestilah dicalonkan dan memenangi dalam pilihan raya bahagian Parlimen Begitu juga halnya jika seseor...
Senarai Calon Kerusi Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Umum Ke 15

Senarai Calon Kerusi Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Umum Ke 15

papar berkaitan - pada 6/11/2022 - jumlah : 368 hits
Senarai Calon Kerusi Parlimen Putrajaya Pilihan Raya Umum Ke 15 boleh dilihat di mana penamaan calon bermula dari pukul 9 pagi sehingga pukul 10 pagi di 222 pusat penamaan calon seluruh negara pada 5 November 2022 ini melibatkan sebanyak 22...
Program Pemerkasaan Usahawan Wira Ltat Catat Peningkatan Pendapatan 216 Dalam Kalangan Veteren Atm

Salah Siapa Kerana Semakin Menakutkan

Resepi Sup Ayam Simple Sedap Tak Sampai 30 Minit Dah Siap

Vietjet Dinobatkan Sebagai Syarikat Penerbangan Terbaik Asia Untuk Pengalaman Pelanggan

The Need For Economic Literacy

Kenaikan Kes Influenza Di Kedah Tinjauan Isu Data

29 Contoh Kata Kata Buat Orang Yang Suka Ngurusin Hidup Orang Lain Yang Ngena Tapi Tetap Elegan

6 Resipi Roti Sandwic Sedap Untuk Guna Roti Hampir Tamat Tempoh


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Sup

Hiburan Makcik Blower Dengan Makcik Gayong Bergaduh Polis Sahkan Terima Laporan

Anggota Polis Antara Didakwa Terlibat Pemerdagangan Orang

Polis Siasat 5 Wanita Bergaduh Akibat Selisih Faham

Rasa Taiwan Kembali Ke Kuala Lumpur Bersama 6 Jenama Hadiah Terkenal Taiwan Dalam Satu Pameran Unik

Byd Panggil Semula Lebih 115 000 Unit Kereta Akibat Masalah Reka Bentuk Bateri