Kehadiran Ke Sekolah Tanpa Penggiliran Tertakluk Kajian Analisis Kata Radzi


BERNAMA
Menurut menteri pendidikan, sebarang keputusan tidak dilakukan terburu-buru sehingga KPM melaksanakan perbincangan dengan KKM dan MKN dengan mengambil kira keadaan semasa.

Dua orang murid sedang melintas jalan semasa berjalan kaki ke sekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Kosas, Ampang. Kehadiran pelajar ke sekolah tanpa penggiliran bagi kumpulan pelajar lain akan dilaksana tertakluk kepada kajian dan analisis kementerian kesihatan (KKM) dan Majlis Keselamatan Negara (MKN), kata Menteri Kanan Pendidikan Radzi Jidin.
Beliau berkata pada masa ini, kementerian pendidikan (KPM) menetapkan sekolah yang telah mencapai kadar 90% vaksinasi lengkap atau lebih bagi pelajar kelas peperiksaan awam dan antarabangsa dibenarkan beroperasi tanpa penggiliran bermula 8 November ini.
“Dalam konteks ini, kita tidak buat keputusan secara semberono nak bawa masuk mana-mana kumpulan (ke sekolah) sehinggalah kita duduk berbincang dengan KKM, MKN dengan mengambil kira keadaan semasa. Sekiranya keadaan mengizinkan maka akan ada lagi kumpulan lain mungkin akan dimasukkan tanpa penggiliran.
“Namun ia tertakluk kepada kajian dan analisis sedang dilaksanakan pihak kementerian. Sebaiknya memanglah kita di pihak kementerian tak nak ada penggiliran, namun keadaan pada waktu ini memerlukan untuk diadakan penggiliran sehinggalah sampai satu ketika kita bincang dengan KKM rasa lebih selamat, insya-Allah kita buat tanpa penggiliran bila sampai masanya,” katanya.
Radzi berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan sumbangan kepada Yayasan Didik Negara oleh Farm Fresh Milk Sdn Bhd di bangunan Parlimen hari ini.
Mengulas mengenai perkembangan pembukaan sekolah, beliau berkata secara keseluruhan ia berjalan lancar dan kehadiran pelajar ke sekolah menunjukkan peningkatan dengan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).
“Jika kita lihat secara keseluruhannya, ia satu perancangan yang cukup teliti. Kita buka (sekolah) sedikit demi sedikit bagi memastikan kita dapat memantau keadaan supaya garis panduan yang telah ditetapkan itu dapat dipatuhi dengan baik.
“Alhamdulillah jika kita lihat sehingga hari ini dengan kemasukan terbaru lebih 1.3 juta murid segalanya berjalan dengan teratur dan selamat,” katanya.
Menurutnya setakat ini tidak ada perkara berbangkit berkaitan pembukaan sekolah dan melihat kepada jumlah kehadiran yang baik di sekolah serta pengoperasian pada waktu ini, beliau yakin ia akan memberi lebih keyakinan kepada ibu bapa untuk menghantar anak-anak mereka ke sekolah.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://dialograkyat.blogspot.com/2021/11/kehadiran-ke-sekolah-tanpa-penggiliran.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Keputusan Kajian Ivermectin Dibentang Minggu Depan Kata Khairy

Keputusan Kajian Ivermectin Dibentang Minggu Depan Kata Khairy

papar berkaitan - pada 29/10/2021 - jumlah : 219 hits
Fmt Reporters October 29 2021 PETALING JAYA Keputusan kajian mengenai ubat Ivermectin untuk digunakan bagi merawat pesakit Covid 19 akan dibentangkan minggu depan kata Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin Beliau berkata kementeriannya telah ...
Analisis Forex Kajian Analisis Teknikal Pasangan Eur Usd Untuk 1 November 2021

Analisis Forex Kajian Analisis Teknikal Pasangan Eur Usd Untuk 1 November 2021

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 306 hits
Gambaran Teknikal PasaranPasangan mata wang EUR USD telah diterbalikkan secara mendadak daripada tahap 1 1692 yang merupakan rintangan teknikal untuk kenaikan harga dan telah menembusi di bawah sokongan teknikal jangka pendek utama yang ter...
Kehadiran Ke Sekolah Kekal Bergilir Gilir

Kehadiran Ke Sekolah Kekal Bergilir Gilir

papar berkaitan - pada 9/11/2021 - jumlah : 192 hits
Kehadiran ke sekolah kekal bergilir gilir Kementerian Pendidikan Malaysia mengumumkan pengoperasian institusi pendidikan di bawah seliaannya di Kedah akan bermula pada 21 November ini KPM dalam satu kenyataan berkata bagi institusi pendidik...
Permudahkan Urusan Murid Tidak Wajib Pakai Uniform Sekolah Dr Radzi

Permudahkan Urusan Murid Tidak Wajib Pakai Uniform Sekolah Dr Radzi

papar berkaitan - pada 2/11/2021 - jumlah : 309 hits
KUALA LUMPUR Pihak sekolah hanya perlu membenarkan pelajar mengenakan pakaian kemas dan tidak mewajibkan mereka untuk memakai pakaian seragam jika terdapat kekangan terutama bagi keluarga tidak berkemampuan Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr...
Hiburan Tak Setuju Vaksin Anak Anak Bawah 12 Tahun Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Capai Kata Sepakat

Hiburan Tak Setuju Vaksin Anak Anak Bawah 12 Tahun Fizz Fairuz Dan Almy Nadia Capai Kata Sepakat

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 462 hits
Pelakon Datuk Fizz Fairuz bersama isteri Datin Almy Nadia mencapai kata sepakat untuk tidak bersetuju berkenaan keputusan kerajaan untuk mendapatkan vaksin jenis Pfizer BioNTech kepada kanak kanak di bawah usia 12 tahun ARTIKEL BERKAITAN Ad...
Pn Akan Tewas Jika Pas Guna Logo Sendiri Kata Penganalisis

Pn Akan Tewas Jika Pas Guna Logo Sendiri Kata Penganalisis

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 350 hits
freemalaysiatoday com October 31 2021 8 30 AMPN memerlukan PAS untuk bertanding menggunakan logonya sendiri bagi memberikannya kredibiliti menurut penganalisis PETALING JAYA Parti parti dalam Perikatan Nasional khususnya Bersatu dan Gerakan...
Bajet 2022 Pulihkan Keyakinan Rakyat Bukan Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Kata Bersatu Sarawak

Bajet 2022 Pulihkan Keyakinan Rakyat Bukan Sekadar Gula Gula Pilihan Raya Kata Bersatu Sarawak

papar berkaitan - pada 31/10/2021 - jumlah : 333 hits
Pengumuman Bajet 2022 adalah susulan hasil kejayaan program imunisasi Covid 19 dirancang di bawah kepimpinan Muhyiddin Yassin sebelum ini kata Pengerusi Bersatu Sarawak Jaziri Alkaf Suffian PETALING JAYA Kerajaan perlu mengembalikan keyakin...
Semua Parti Sah Guna Logo Ph Dalam Prn Melaka Kata Adly

Semua Parti Sah Guna Logo Ph Dalam Prn Melaka Kata Adly

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 304 hits
Oleh SURI LAILA October 31 2021Pengerusi Pakatan Harapan Melaka Adly Zahari mengesahkan penggunaan logo rasmi gabungan itu bagi semua parti dalam Pilihan Raya Negeri Melaka November ini Adly dalam satu kenyataan ringkasnya hari ini meminta ...
Hiburan Iqbal Zulkefli Muat Naik Teaser Hujan Peminat Kata Boleh Bertanding Di Ajl

Hiburan Iqbal Zulkefli Muat Naik Teaser Hujan Peminat Kata Boleh Bertanding Di Ajl

papar berkaitan - pada 1/11/2021 - jumlah : 465 hits
Hanya memuat naik teaser lagu barunya dengan berlatar belakangkan rintik hujan usahawan dan juga bekas pembantu peribadi kepada Datuk Seri Vida Iqbal Zulkefli telah mencuri perhatian netizen di media sosial ARTIKEL BERKAITAN AdvertisementLa...
Bomba Teruskan Operasi Padam Kebakaran Hutan Simpan Jalan Genting

Kawaguchi Facing Charges Over Unpaid Worker Wages Says Source

Masak Ayam Paprik Tapi Rasa Macam Chef Thai Yang Buat Serius Padu

Psm The More You Suppress The More Will Turun

Kuala Selangor Catat Ipu Tidak Sihat

Retaining Top Talent For Businesses

Kenapa Saya Kembali Pilih Billplz Untuk Bisnes Kecil Ngo

Hebahan Pendaftaran Anak Merdeka Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Mihun Oh Mihun

Huawei Pura 80 Series Lands In Malaysia With Next Gen Camera Capabilities And Iconic Style

Nilai Rm100 Kita Berbeza

Realme 14 5g Peranti Permainan Mantap Bawah Rm1300

Himpunan Turun Anwar Sekadar Hiburan

Where Is Pamela Ling Dap Mp Calls For Answers In Dewan Rakyat