Kehadiran Ke Sekolah Kekal Bergilir Gilir
Kehadiran ke sekolah kekal bergilir-gilir
Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan pengoperasian institusi pendidikan di bawah seliaannya di Kedah akan bermula pada 21 November ini.
KPM dalam satu kenyataan berkata bagi institusi pendidikan di Perak, Perlis, Pulau Pinang dan Sabah pula, operasinya akan bermula pada 22 November.
Menurut kenyataan kementerian, kemasukan kali ini tidak dilakukan secara berperingkat tetapi masih mengekalkan kaedah bergilir-gilir.
Kementerian berkata kemasukan akan membabitkan murid Tahun 1 hingga Tahun 6 di sekolah rendah serta kelas peralihan dan Tingkatan 1 hingga Tingkatan 4 di sekolah menengah.
“Kehadiran murid dalam kumpulan tersebut di sekolah harian adalah mengikut kaedah penggiliran. Manakala kehadiran murid di sekolah asrama sepenuhnya adalah tanpa penggiliran.
“Perincian mengenai kemasukan murid sekolah asrama sepenuhnya akan dimaklumkan oleh pihak sekolah kepada ibu bapa/penjaga,” katanya.
Kenyataan itu dikeluarkan bagi menjelaskan laporan berkaitan isu sama semalam.
Setelah mengambil kira dapatan pengoperasian yang bermula pada 3 Oktober lalu, serta situasi semasa pandemik COVID-19, KPM memutuskan kehadiran murid pada kali ini tidak dilaksanakan secara berperingkat namun mengekalkan kaedah penggiliran.
Kementerian sentiasa memantau dan meneliti keadaan semasa pengoperasian sekolah secara bersemuka sejak dibuka semula bermula 3 Oktober 2021.
Katanya, dapatan daripada pemantauan dan penelitian menunjukkan bahawa pengoperasian sekolah berjalan dengan lancar dan teratur mengikut Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.
“Institusi pendidikan bawah KPM dalam kenyataan media ini turut merujuk kepada institusi pendidikan swasta yang berdaftar bawah KPM bagi kategori sekolah dan kategori pusat,” katanya. BH
Kehadiran ke sekolah kekal bergilir-gilir
Baca Artikel Menarik :
Dos penggalak COVID-19: ‘Pergi klinik, klinik tutup’, KKM perkukuh MySejahtera
Anak arwah Vanessa masih di rawat
Siakap kayangan, Restoren Terapung Sas Rimba tak terjejas
Kerajaan gagal lucut hak barangan milik Najib, Rosmah
PAS tidak boleh bermain ‘Dua Kolam’
PRN Melaka: Serangan peribadi tidak melunturkan semangat Dira untuk berkhidmat
Tak terkelip tengok Nabila Huda bertinju
Sebak tengok ‘baby bump’ Neelofa
Mike Tyson bidas pemimpin Melayu UMNO, Bersatu dan PAS
Bekas YB ‘Juara Penambak Babi’ yakin menang walaupun bertanding bebas
PRN Melaka: PH suka katak, pengkhianat hawau
Layari Laman Facebook MYKMU
PH sudah tersilap, jangan buat lagi dalam isu calon KM Melaka – Guan Eng
Nik Abduh, Khairuddin kalah kerana bukan team presiden?
The post Kehadiran ke sekolah kekal bergilir-gilir appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2021/11/09/kehadiran-ke-sekolah-kekal-bergilir-gilir/